Lazada Malaysia

October 21, 2010

Gambar Rozaliya Mat Lazim ditemui.

 

 aku br tau cite the latest adik cantik cun abis ni dari hot hm tadi.
terus on9 dan baca berita penuh. 

KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, 
akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka 
di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa 
rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan 
membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.

“Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). 
Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’

Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran 
dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia 
diatur pada 12 November ini.

“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.

Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.

“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff 
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, 
ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.

“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi:

‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ 
dan 
‘abang datang cepat, saya takut’

beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur 
seorang diri pada hari kejadian.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, 
lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan 
sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.

Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.



 note: kenapa la dier xtepon mak ayah dier bgtau perkara sbnr. kan sonang.
xpasal2 1 malaysia kecoh isu dier dan yg paling penting, 
kesian mak ayah dia kehulu kehilir cari dier.


4 comments:

  1. nadia,bdk cun dok area umah ayah kak dah tau..ayah kak dah felda neram 1..bdk cun ni plk dok ceneh..ntah hape2 kan..sian mak pak dia..sggup nyusahkan org tua..

    ReplyDelete
  2. cunnya dia...patutla tunang dia kongkong tapi menyusahkan orang....budak2 lagi ni

    ReplyDelete
  3. pagi nad..amboi2..awal on9..dah masak ke??

    hurm..pasal si rozaliya ni nape la dia x terus terang kan?
    dia xtahu ke sekarang ni kes bunuh dan rogol ada.
    adoiyaiii.

    hurm..muda lagi..susah nk ckp..

    masak apekah hr ini??

    ReplyDelete
  4. die bdk 1 lg nge ibu-Afham....mmg knal die ni...n agak sengal laa kan?bukan dilarikan tapi melarikan diri sbb majuk nge tunang die n x nak kwen nge laki 2...die budak lg..x matured enaf kot...tp mujur die ok...adui wt malu mak+ayh die jek...uuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...