Showing posts with label cinta monyet nadiasyafiq. Show all posts
Showing posts with label cinta monyet nadiasyafiq. Show all posts
February 14, 2014
kisah sebenar perjalanan cinta nadia dan syafiq :)
ramaiii yang tanya, syafiq tahu tak tentang kewujudan blog akuuu? syafiq tahu tak aku suka cerita kisah rumah tangga kitorang dalam blog? syafiq tahu tak kadang-kadang aku suka cerita lucah kitorang laki bini? and the answer is yesssssssss. :) kaw gilee dia tak tau. dia setiap hari laaa baca blog akuu. kalau aku tak update, dia orang pertama yang akan membebel potpetpotpet kalah mak aku. :p aku kan pemalas ya rabbiiii. :p tapi korang jangan risauuu, walaupun kadang-kadang aku melucah, aku tahuuu batas dalam kain kitorang laki bini. apa yang boleh kita bercerita aku cerita. yang tak boleh memang takkkk la aku nak cerita. kaw gileee nak kongsi ohhh hari ni saya menyondol 4 kali, ohhhh semalam saya tido pakai baju seksi hoiii ape ke faedahnyaaaa aku cerita dekat korang. T__T haa kaw jangan tak tau, mak ayah aku hari-hari baca blog aku, kawan-kawan mak ayah aku pon baca, pak sedara mak sedara sepupu sepapat sedara mara aku pon baca. tapi kotttt laaa kannnn kalau ada yang kurang selesa dengan jalan penceritaan dekat blog aku yang kadang-kadang very the detail, i is ok jewwww. ;)) dengan penuh merendah diri aku nak tanya, kenapa baca? muehehehe :p
aku mula kenal siapa lelaki bernama nik asyraf syafiq ni dari tahun 2000 lagii. yes trust me. dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal sepanjang aku hidup, kalau kaw tanya aku kenapa aku pilih dia, 4 helai A4 paper pon belum tentu cukup aku nak hurai satu-satu. ;)) aku tak nafikan walaupun syafiq ni bukan spesis romantik sikit-sikit bagi bunga, sikit-sikit bagi hadiah, sikit-sikit buat suprise tapi dia punya kebaikan anyonyonyooo jauhhh lagi banyak untuk tutup segala kekurangan dia. :)
kekurangan dia ape jeee ponnnnnn. malas kemas rumah dan tak tau masak. muahahaha :p yang lain tiptoppp bombastik misterlobaloba. :p standard la kannn. bila kita kawen, kita akan saling melengkapi. kalau dua dua pandai masak, tak ke haruuu berebut dapur dua dua nak masak kuikuikui :p sebab tu Allah cipta setiap hamba Dia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. haaa satu lagi kalau korang perasan, yang mana mengenali aku di dunia nyata, syafiq kurang pandai bercakap kalau dengan orang dia tak kenal. bukan tak peramah. dia peramah tapi kurang confident untuk bercakap di khalayak ramai. sebab tu Allah ciptakan aku sebagai isteri dia sebab aku spesis tak tau malu asyik bercakapppppp jee kahkahkah ;) kaw bayangkan kalau aku laki bini dua dua tak suka bercakap, bohsannnya malam-malam awak sayangggg diam je kaku u stiff dua dua kahkahkah ;p tapi satu benda aku paaaaaling salute dengan syafiq, dia paaaaaaaling hormat orang tua. dia sangattttt la suka berborak dengan orang tua. kaw boleh tinggal je dia 5 jam berborak dengan nenek mana ntah tak kenal pon tapi dah gaya macam nenek dia. seriuss. :))
aku tak tau rumahtangga orang lain macam mana tapi aku sentiasa doakan yang terbaik jugak untuk semua. :) ye tak dinafikan dalam dunia yang semakin mencabar, kaw ingat senang nak jumpa pasangan hidup yang betul-betul boleh menjadi seorang pasangan seumur hidup? takkkkk. aku ada beberapa kawan dan syafiq pon ada beberapa kawan yang bertahun-tahun couple dari sekolah menengah bermadu kasih bersulam cinta tapi at the end, pada usia 25 tahun, pada usia 27 tahun, tiba-tiba masing-masing memilih untuk hidup sendiri. hoiiiiii tragisnyaaa. T___T bagi aku, seorang perempuan di usia 25 tahun baruuu lepas patah hati, kaw ingat senang nak cari pengganti semudah petik jari. susah babe. kadang boleh makan diri sebab kita akan rasa, angka 25 untuk seorang perempuan dah cukup tua. mana nak cari boyfriend baruu, mana nak kenal hati budi betul ke dia suka aku, mana nak cari cinta yang satu. tapiiiiiiiiiiiiiii, percayalah dengan kuasa Allah. pleasee. Dia lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba dia kadang tanpa kita jangka dan tanpa kita duga. :)
and this happened to me too. ye aku couple dengan syafiq dari tahun 2000. tapi bukan dari tahun 2000 sampaiiiiiii 2014. noooo actually :) kuasa Allah kan semua. aku pendekkan cerita ye sebab kalau nak cerita satu-satu, sebulan belum tentu habis. kitorang couple dari tahun 2000 hingga akhir 2001. aku mintak breakup dengan alasan konon nak fokus UPSR. puiii. :p UPSR jeeewww ponnnn eksyennn kemain. muehehe. syafiq tua dua tahun dari aku. jadi time ni, aku darjah 6, dia tingkatan dua. :)
yes aku mintak clash bodo bodo gituuu jee kesian tauuu abang syafiq i merana siap tumbuk-tumbuk dinding berdarah tangan tak rela berpisah oiii geli nak muntahhh kuikuikui :p oleh disebabkan aku yang mintak clash, jadi aku tak merana sangat. steadyyyy kehkehkeh :p dan kebetulan ayah aku baru beli rumah time tu, terus kitorang pindah rumah. so takde lagi istilah kita berjiran hari-hari boleh pandang. kesian syafiq. T____T kejam gilee aku rasa. aku langsung tak kontek dia dan dia pon satu! nape time tu tak terus bagitau yang saya ni cinta pertama awakkkkkkk. kalau tak takde la saya tinggal awak bodo-bodo gituuuuuuewww :p paling-paling pon saya mestiii contact awak. mana saya tahu awak merana sebab awak tak bagitau kannnn. saya assume awak takde hall laaa. lelaki kann. petik jari je boleh cari perempuan lain. so time form 1, aku dapat masuk MRSM Kuala Lipis. dah nama pon MRSM kannnn. dan tentu-tentu kena duduk asrama. dia tak tau rasanya aku kena duduk asrama. jadi dengan gigihnya laaaa boleh dikatakan setiap hari dia mestiiiii pegi makan dekat kedai nenek aku semata-mata nak jumpa aku tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa sebab aku kan duduk asrama. aku tau tu pon time cuti semesta pertama. nenek aku cite boleh dikatakan setiap hari akan ada sekumpulan budak-budak laki, habis je waktu sekolah akan datang makan lepak-lepak dekat kedai nenek aku tapi ada sorang ni selaluuuu tanya pasal aku. mungkin laaa selepas beberapa bulan dia tunggu-tunggu tak jumpa-jumpa, last-last budak laki tu dah tak datang makan dekat kedai nenek aku dahhhhhhh. T____T
dan bermula la episod syafiq patah hati sepatah-patahnya tanpa aku tauuuu. T_____T so semasa cuti semesta pertama tu, aku memang hari-hari pergi kedai nenek aku sebab dah terbiasa dari kecik sampai besar kannnn. so time tu la nenek aku cerita pasal budak laki tadi. kaw gileee aku takde perasaan. terus rasa kejamnyaaaaaa akuuuuu. rinduunyaaa. sayangnyaaaaa. T_____T masa tu mana ada facebook email hp segalaaaa. macam mana nak cari dia balik. tiba-tiba aku teringat nombor telefon rumah dia. gigihhhh cari public phone takut kantoi dengan mak aku kannn. :P terus call rumah dia dengan 1001 harapan, harap-harap dia yang jawab. sekali, ibu dia yang jawab. aku berdebar jangan cakap. terus tanya ibu dia syafiq ada kat rumah tak. dan percayalah, selama berbulan-bulan aku cuba telefon rumah dia, dia tak pernahhhhhh jawab telefon dan setiap kali ibu dia jawab, mesti ibu cakap syafiq takde kat rumah. T________T dan sekarang, berlalu la episod aku pulak yang patah hatiiiiiiiii macam nak mati.
selepas putus asa yang betul-betul putus asa, aku bawak diri yang lara. sampai laaaa aku naik form two. awal-awal form two, selepas berbulan-bulan tak telefon rumah dia, ntah tergerak hati nak telefon lagi dan kali ni, ibu dia bagitau syafiq baruuu je masuk asrama sekolah teknik dekat kuantan. huwaaaaa T_____T hancur harapannnnnnn tapiii tiba-tiba ibu dia bagitau, syafiq baruuu pakai hp. jadi apa-apa terus contact dia la. aku berbunga-bunganya hatiii jangan cakapppppppppppppp. terus berdebar-debar nak pitam nak pengsan sume ada. hoiii mau takkk, ni nak call macam jejak kasih tauuuu :p akhirnya, selepas setahun lebih, aku dengar suara seorang lelaki yang paaaaaling aku rindu, 'Hello'. hoiii bergetar jiwa waaa babeee jangan cakap. aku terus terdiam. kelu kan. tak tau nak mula macam mana. aku pon dengan bodohnyaa pegi letak ganggang public phone. alaaaaa vodonyaaa ingat balik. macam cite hindustan muahahahah :p
keesokannya, aku gigih pegi beli kad telefon baru sebab konon nak meluahkan segala perasaan kannn kena la telefon bercakap lama-lama. sekali bila aku call, dia jawab 'Hello', aku terus cakap emmm saya nadia. saya nak mintak maaf sebab saya tinggalkan awak dulu tapi saya tak pernah berhenti cuba contact awak tapi awak tak pernah jawab telefon rumah. kaw tau dia jawab ape?
'aku tahu sebab rumah aku tak pernah ada orang perempuan lain tahu no telefon. tapi sekarang aku tak berminat. sorry.'
dia terus letak telefon. T______T esak-esak aku nangissssssssss. hancurnyaaa sekeping hati tuhan je tahu. dan percayalah, aku bangsa tak tau erti putus asa. selepas kejadian tu, aku tetap telefon dia boleh dikatakan setiap minggu selama 2 bulan berturut-turut tapi asal dia dengar suara aku, mestiii dia letak telefon atau suruh kawan dia jawab sampai la satu hari, hari terakhir aku telefon dia, sorang perempuan yang jawab dan perempuan tu kata dia adalah girlfriend syafiq dan tolong jangan ganggu syafiq. mulai dari saat tu, percayalah. bila seorang perempuan patah hati, dia akan betul-betul patah hati. hancur gileee hati aku kaw jangan cakap. so selepas beberapa bulan proses recovery menyembuhkan hati terluka, dah sembuh je bermula la episod aku kapel dengan orang lain, dia pon mungkin akan kapel dengan orang-orang lain. :p kuikuikui.
yes, dari aku form two sampaiiiiiiiiii la aku akhir form 4, aku tak dengar lagi sebarang berita tentang lelaki bernama nik asyraf syafiq ni. time form 4 dan form form 5 ni, aku sambung belajar dekat MRSM Pengkalan Chepa. syafiq masa ni aku tak tau pon dia sekolah mana ke buat ape ke aku tak tau langsung. walau seinci aku tak tau sebab aku kan tengah konon bahagia bercouple dengan orang lain kahkahkah :p sampaiiii la satu ketika, aku tengah outing dengan kawan-kawan aku dekat Mydin Kota Bharu. time tu aku baruuuu nak masuk mydin. tiba-tiba aku terpandang syafiq dengan seorang perempuan yang baruuuuuuu nak keluar mydin. masing-masing tengah berjalan tapi aku nampak, dia berhenti. aku? memang takkk la aku nak berhentiiii konon sedih merintih merayu. :p aku kannn dah patah hati. so aku buat angkuhnya terus berlalu meninggalkan mu terkapai-kapai disitu. HAHAHHAAH :p tapi dalam hati kaw jangan tak tau, seram sejuk berdebar menggigil sume ada. aku tak tau celah bedah mana syafiq pegi tinggal awek dia tadi. lepas dah kawen baru dia bagitau, rupanya dia masuk mydin tu balik cari aku tapi tak jumpa dah. nak contact tak tau. sweet laaa konon? choiiiii :p
so episod tu berlalu macam tu jeeeeee. still tak berhubung dan terputus hubungan macam tu je. sampaiiii la satu ketika, time tu dah akhir-akhir aku form 5. kuasa Allah kan semua. time tu aku tengah berebut-rebut naik bas untuk balik ke besut dari kota bharu. time tu hari khamis, cuti hujung minggu. bas tu padat gileeee dengan manusia. aku antara orang terakhir naik bas tu dan sepanjang perjalanan aku berdiriiii je takde seat. aku kan naik bas tadi dalam keadaan berebut-rebut, naik-naik je terus pandang depan sebab aku berdiri betul-betul sebelah driver bas. bas tu bawak laju kottt. bergoyang-goyang, dah la penuh umat manusia berdiri. tiba-tiba, ada orang cuit bahu aku dari belakang. aku pandang la, sekali kaw tau sape? syafiqqqqqqqqqqqqqqqqqqq! (-___-') dia berdiri betul-betul belakang aku. aku pandang, dia senyum. aku pon senyum je la. sebab terkejut kan. takde kata-kata. dua dua terdiam sebab rasa Allahhhhh keciknyaa duniaaaaaaa. kenapa dalam bas dan kenapa kaw yang berdiri belakang aku. T_____T berdebarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mungkin la dia pon berdebar. so sampai sudah kitorang tak borak pon. langsung. dia cuit semata nak bagitau, dia ada belakang aku. so sweetttttttttt :')) selepas 1 jam perjalanan, dia turun dulu sebab bas tu lalu depan rumah dia dulu. aku? still tak bercakap apa-apa. dia pandang aku, aku pandang dia. baiiii :)
hari sabtu, dia datang kedai nenek aku dan kebetulan time tu, aku ada dan aku tengah bersiap-siap nak balik asrama sambil tunggu bas. sekali dia ikut aku naik bas balik kota bharu. dan pertama kali selepas bertahun-tahun lamanya, dia duduk sebelah aku dalam bas. yes dia sengaja duduk sebelah aku. tapi kitorang tak borak pon. diammm macam biasa. percayalah. sampaiiiii la di Kota Bharu, turun-turun je bas, perkataan pertama dia cakap, jom minum air. aku tak sampai hati nak tolak sebab hati aku pon tengah bergelora kannnnnn, so aku ikut je minum air.
dan di kedai ni la segalanya bermula. habissssssss semua benda dia luahkan dari episod tahun 2001 sampai la tahun 2006 tu. dan jangan tak tau, masa ni la pertama kali syafiq setelah sekian lama, dia merayu tolong jangan tinggal dia lagi. aku? egooo kann. diamm je tak cakap ape. :) sampai la tiba-tiba kaw tau dia buat apa? dia ludah air milo yang dia tengah minum atas meja dan dia sedut balik air milo tu guna straw. euuuuwwwww. aku geli campur terkesima. awak ni kenapa? kotorlahhhh. dan kaw tau apa dia jawab?
'selepas awak tinggalkan saya, saya pernah berjanji dengan diri sendiri. saya takkan jilat balik apa yang saya ludah. tapi hari ni, saya mintak maaf. saya tarik balik kata-kata saya. saya menyesal. saya sanggup jilat balik ludah saya, janji awak tak tinggalkan saya.'T___T
yess, selepas 5 tahun, tu pertama kali aku dengar syafiq meluahkan perasaan sambil bergenang air dekat kelopak mata dia. :') aku nampak muka dia penuhhhh mengharap. aku jawab ye saya sayangkan awak tapiiiii saya tak boleh terus terima awak bulat-bulat gitu je sebab saya ada boyfriend. haaaa kaw nampak tak hindustannya kisah kitorang. HAHAHA. dan jangan tak tau, syafiq pon still ada awek time ni tapi mungkin laaaa kesakitan yang kitorang lalui membuatkan kitorang lebih memahami. time tu aku fikir, mustahil aku nak tinggal boyfriend aku bulat-bulat gitu jeee tanpa belum ada jaminan pon syafiq betul-betul nak dekat aku sebab dia kan ada awek jugak. so kitorang memilih untuk teruskan berkawan tapi bukan sebagai pasangan bercinta. dia amek nombor hp aku, aku amek nombor hp dia.
dan bermula la episod setiap hari dia sms aku, 'Hai'.. tu jee. aku? balas Hai jugak la. tu jee. hahaha. :P kan dah ada boyfriend, setia la kononnnn puiiii. :p syafiq ni dari dulu sampaiii saat ni, dia sangatttt memahami. dia tak suka paksa-paksa orang. dia jenis follow the flow. janji takkan lost contact lagi dah. sampaiiiiiiiiiiiii la satu ketika, aku kena pegi plkn, sambil-sambil tengah tunggu bas plkn, dia datang dan jumpa mama papa aku dekat stesen bas tu. kenalkan diri dia walaupun mama papa aku dah lama kenal. kata dulu jiran kannn kuikuikui. :P aku tak sembang pon dengan dia. sampai la bila bas tu bergerak, dia sms,
'saya akan buat apa saje untuk dapatkan awak. sape cepat dia dapat walaupun saya tau awak ada boyfriend. saya tunggu awak balik plkn. saya serius. saya dah bagitau mama papa.'
aku jawab ok dan sepanjang 3 bulan, aku kan dekat plkn, kitorang tak contact pon. dan percayalah, selepas 3 bulan, keesokan harinya selepas aku balik dari plkn, dia mesej cakap on the way nak datang amek aku jumpa ibu dia. aku ingat main-main sekali betul-betul. so bermula la episod syafiq bersungguh-sungguh menawan hati aku dan dia sangattt pandai membeli hati mama papa aku. dia kalau nak ajak aku keluar, dia terus datang rumah jumpa mama dulu. samaada kitorang keluar kejap minum-minum atau dia lepak je dekat rumah aku dengan adik-adik dan keluarga aku.
jenis aku, yes aku akan pilih lelaki yang sanggup berusaha untuk aku. aku akan pilih lelaki yang mampu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada aku. aku akan pilih lelaki yang kaw boleh terima seadanya siapa aku. aku akan pilih lelaki yang kaw tak hipokrit langsung dengan aku. aku akan pilih lelaki yang bukan duit yang datang dulu. aku akan pilih lelaki yang manjakan aku tanpa rasa jemu. aku akan pilih lelaki yang utamakan keluarga dulu. aku akan pilih lelaki yang bukan memilih aku kerana nafsu. aku akan pilih lelaki yang tau siapa sebenar aku. dan awak la suami saya ituuuuuu. :)) and yes, you are the best husband in the worldddddddddddddd. :)
Labels:
cinta,
cinta monyet nadiasyafiq,
love,
perkahwinan,
syafiq,
tentang nadia,
tips cinta
October 02, 2013
sinilah tempat kami mula jatuh cintaaa :P
tajukkkkkkkk, kemainnnnn :P gewliii tauuu (x__x) aku tak tahu tahun bila nak habis episod cerita kisah cinta monyet nadiasyafiq ni (-___-') kaw bayangkan la ni cerita tahun 2000 dulu. sekarang dah 2013 hokeyyyy. T____T 13 tahun lepas punya cerita. aku tak pernah lupaa konon cinta pertama katakennnnn muntah hijau :p tapi nak cerita tu mak aiii, kalah sinetron indon berepisod bagaiii. HAHAHA.
bulan 9 tahun lepas rasanya first time aku share starting cerita kisah monyet kitorang dekat blog aku ni. korang boleh baca dekat entry ni ye, kisah cinta monyet nadia dan syafiq #1. tu baruuuu episod pertama. (-____-') pitammmmmmmmmmmmmmm. selang beberapa hari lepas tu aku ada up lagi satu entry episod kedua, kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2. takat tu jew. hewhewheww :P lepas setahunnn, dah takde takde dahhh. HAHAHHA ;) sekarang, meh aku share dengan korang, sedangkan tempat berak sendiri aku kenang, apetah lagi tempat mula-mula jatuh cinta. :p
haaaaa, ni la rumah kitorang duluuuuu. :) bestnyaaaaaa la zaman kanak-kanak dulu kan. tak perlu fikir malam ni nak masak apa, lepas ni nak bayar bil ape, nak kemas rumah tahun bila :P yang aku tau, main main mainnn selingan, bercinta jap. muehehe. :P dalam gambar dekat atas ni, korang boleh nampak rumah hujung kiri dalam petak merah tu rumah syafiq. rumah aku dekat hujung sebelah kanan sini. heyyyy dulu-dulu mana ada facebook handphone twitter segala. nak dating kemainnnnnn susahhhh. tak de istilah dating pon sebenarnya. nak jumpa time main kriket petang-petang jeww. tapiiii, kata cinta pertama kan. tak dating pon takpe sebab kalau dating nanti dua dua kaku. tapi syafiq ni ada satu perangai tau dulu-dulu. mantikkk malam ni aku kena dengan laki aku sebab cerita dekat sini sebab dia is pemaluuewwwww puii. muahahahaha. ;p
oleh disebabkan dulu bukan zaman canggih teknologi segala, nak dating tak boleh, janji asal nampak dimata sekejap pon jadi laa. gewliiiiii :p kaw tahu isyarat dia panggil aku macam mana kalau aku dalam rumah aku, dia depan rumah dia? HAHA. (x___x) paling rareee aku rasa sebab dia hanya buat isyarat guna mulut je bergema satu bangunan rumah kitorang. haa cer korang try, naikkan lidah ke langit, nanti akan keluar satu bunyi kan? haaaa bunyi dia buat kuat gileeee sampai dari rumah dia tu aku tengah berak dekat rumah aku sekalipun boleh dengar. kahkahkah. ;)) asal dengar je aku ape lagi, menggelupur nak bukak pintu jenguk rumah dia. kan kitorang rumah sebaris je. haaa keluar je nampak la dia. senyum, lepas tu masuk rumah balik. bodoooo tau. kahkahkah. ;) selang 30 minit jap lagi dia keluarkan bunyi pulak. dah tak ke buang tabiat namanya asal setengah jam jenguk, asal setengah jam jenguk. HAHAHHA. ;P
kalau korang baca entry kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2, kan aku ada bagitau syafiq terpukul bola dengan maha kuat terkena dada aku time main bola kriket kan. T__T haaaaaa dekat court ni la kitorang mainnn anyonyonyooo. heyyyy nostalgia betul. ;)) semoga court ni terus terpelihara dan dijaga rapi sebab ada anak esok-esok, aku nak ajar anak aku main kriket dekat sini kemudian ketuk bola kuat-kuat biar kena dada syafiq. kemainnn berdendam. muahahahah ;p
tahun lepas rasanya kitorang pernah diinterview oleh wartawan utusan malaysia pasal kisah cinta monyet tak leh blaaa geli hati ni kan siap jadi cover depan bagaiii heyyyy nak pitam rasaaaa. banyakkk lagi kisah cinta orang lain best-best dah kenapaaa nak kisah cinta zaman hingusan ni (-__-') :p
tapi tu bukan tajuk utama aku nak bagitau. point penting aku nak cerita adalah, pasal hos bomba macam ditulis dalam paper ni. ;)
haaaa dulu kannn takde zaman canggih macam sekaranggg. mana boleh sms wechat whatsapp segalaaa. jadi kitorang main utus-utus surat jeewwww laa. :p
ni la peti surat rahsia kitoranggggg mihmihmih. ;)) setiap hari kalau kirim surat, letak je dalam ni. nanti pepandai la memasing amek. haa dekat sini la aku sorok surat cinta hadiah segalaaa. hahaha. memang takk laaa nak bawak masuk rumah kannn. heloo dulu mak wa garang macam singaaaa hokeyy. sekarang syafiq la menantu kesayangan diewwww. ;p nostalgia habisssss hos bomba ni. hari tu masa wartawan utusan interview, dorang ada mintak gambar hos bomba ni tapi kitorang mana terfikir nak simpan gambar menatang ni. lagipun hos bomba jew ponnn. hahah. haaa sekarang, nahhhhhhh. :p sekarang mana ada dahhhh zaman orang main utus-utus surat segala niiii. semua main wechat percuma siap datang dengan pakej boleh dengar suara kannnn. tak romantik langsungggggg :P
bulan 9 tahun lepas rasanya first time aku share starting cerita kisah monyet kitorang dekat blog aku ni. korang boleh baca dekat entry ni ye, kisah cinta monyet nadia dan syafiq #1. tu baruuuu episod pertama. (-____-') pitammmmmmmmmmmmmmm. selang beberapa hari lepas tu aku ada up lagi satu entry episod kedua, kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2. takat tu jew. hewhewheww :P lepas setahunnn, dah takde takde dahhh. HAHAHHA ;) sekarang, meh aku share dengan korang, sedangkan tempat berak sendiri aku kenang, apetah lagi tempat mula-mula jatuh cinta. :p
haaaaa, ni la rumah kitorang duluuuuu. :) bestnyaaaaaa la zaman kanak-kanak dulu kan. tak perlu fikir malam ni nak masak apa, lepas ni nak bayar bil ape, nak kemas rumah tahun bila :P yang aku tau, main main mainnn selingan, bercinta jap. muehehe. :P dalam gambar dekat atas ni, korang boleh nampak rumah hujung kiri dalam petak merah tu rumah syafiq. rumah aku dekat hujung sebelah kanan sini. heyyyy dulu-dulu mana ada facebook handphone twitter segala. nak dating kemainnnnnn susahhhh. tak de istilah dating pon sebenarnya. nak jumpa time main kriket petang-petang jeww. tapiiii, kata cinta pertama kan. tak dating pon takpe sebab kalau dating nanti dua dua kaku. tapi syafiq ni ada satu perangai tau dulu-dulu. mantikkk malam ni aku kena dengan laki aku sebab cerita dekat sini sebab dia is pemaluuewwwww puii. muahahahaha. ;p
oleh disebabkan dulu bukan zaman canggih teknologi segala, nak dating tak boleh, janji asal nampak dimata sekejap pon jadi laa. gewliiiiii :p kaw tahu isyarat dia panggil aku macam mana kalau aku dalam rumah aku, dia depan rumah dia? HAHA. (x___x) paling rareee aku rasa sebab dia hanya buat isyarat guna mulut je bergema satu bangunan rumah kitorang. haa cer korang try, naikkan lidah ke langit, nanti akan keluar satu bunyi kan? haaaa bunyi dia buat kuat gileeee sampai dari rumah dia tu aku tengah berak dekat rumah aku sekalipun boleh dengar. kahkahkah. ;)) asal dengar je aku ape lagi, menggelupur nak bukak pintu jenguk rumah dia. kan kitorang rumah sebaris je. haaa keluar je nampak la dia. senyum, lepas tu masuk rumah balik. bodoooo tau. kahkahkah. ;) selang 30 minit jap lagi dia keluarkan bunyi pulak. dah tak ke buang tabiat namanya asal setengah jam jenguk, asal setengah jam jenguk. HAHAHHA. ;P
kalau korang baca entry kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2, kan aku ada bagitau syafiq terpukul bola dengan maha kuat terkena dada aku time main bola kriket kan. T__T haaaaaa dekat court ni la kitorang mainnn anyonyonyooo. heyyyy nostalgia betul. ;)) semoga court ni terus terpelihara dan dijaga rapi sebab ada anak esok-esok, aku nak ajar anak aku main kriket dekat sini kemudian ketuk bola kuat-kuat biar kena dada syafiq. kemainnn berdendam. muahahahah ;p
tahun lepas rasanya kitorang pernah diinterview oleh wartawan utusan malaysia pasal kisah cinta monyet tak leh blaaa geli hati ni kan siap jadi cover depan bagaiii heyyyy nak pitam rasaaaa. banyakkk lagi kisah cinta orang lain best-best dah kenapaaa nak kisah cinta zaman hingusan ni (-__-') :p
tapi tu bukan tajuk utama aku nak bagitau. point penting aku nak cerita adalah, pasal hos bomba macam ditulis dalam paper ni. ;)
haaaa dulu kannn takde zaman canggih macam sekaranggg. mana boleh sms wechat whatsapp segalaaa. jadi kitorang main utus-utus surat jeewwww laa. :p
ni la peti surat rahsia kitoranggggg mihmihmih. ;)) setiap hari kalau kirim surat, letak je dalam ni. nanti pepandai la memasing amek. haa dekat sini la aku sorok surat cinta hadiah segalaaa. hahaha. memang takk laaa nak bawak masuk rumah kannn. heloo dulu mak wa garang macam singaaaa hokeyy. sekarang syafiq la menantu kesayangan diewwww. ;p nostalgia habisssss hos bomba ni. hari tu masa wartawan utusan interview, dorang ada mintak gambar hos bomba ni tapi kitorang mana terfikir nak simpan gambar menatang ni. lagipun hos bomba jew ponnn. hahah. haaa sekarang, nahhhhhhh. :p sekarang mana ada dahhhh zaman orang main utus-utus surat segala niiii. semua main wechat percuma siap datang dengan pakej boleh dengar suara kannnn. tak romantik langsungggggg :P
Labels:
cinta,
cinta monyet nadiasyafiq,
love,
perkahwinan,
syafiq
March 14, 2013
petua malam jumaat wiiwiwiwi ;))
kehkehkeh. tajukkkkk. tak menahan kannn. gimik je lebih. tapi memang malam ni kamis malam jumaat pon kannnn. (x_____x) :))
demyuuuu simsimi. robot je padahal tapi memahami dia lain macam. ngehngehngeh. :) aku rasa aku dah terbiasa dengar perkataan malam jumaat dari duluu duluu lagi. orang tua-tua selalu cakap, malam jumaat malam beribadah. kalau duk asrama dulu, setiap hari kamis malam jumaat mesti baca yasin kan. tapi bila kaw dah kawen, ibadah kamis malam jumaat ni datang dalam banyak cara. tapi tak semestinya malam jumaat je kannn baru nak buat ibadahhh. rimau kalau nak mengaum, hari-hari pon dia mengaumm babe tak peduli dah hari apa, pukul berapa. aku cakap pasal rimauu je kan. kaw jangan macam-macam. kohkohkoh (x________x)
oohh berbalik kepada petua malam jumaat, heyyy mana ada petuaa sangatt. aku sajee je mandai buat gimik dari tajuk. kehkehkeh. tapiiii, kalau kaw tanya aku seronok tak kawen, dah tentu tentu aku jawab seronok babeee. :))
berkahwin dengan seorang lelaki yang kaw pernah admire gile, berkahwin dengan seorang lelaki yang cukup indah paras rupa, berkahwin dengan seorang lelaki yang tak pernah kesah nak makan apa, berkahwin dengan seorang lelaki yang ikut je kaw nak apa, berkahwin dengan seorang lelaki yang penuh dengan perasaan cinta, berkahwin dengan seorang lelaki yang segalanya dimata dia sempurna. i wont ask for more, i wont. TAPII tapiii tapiii, kalauuuu isteri kaki berjalan dan dia suka ajak suami dia berjalan should be no problem kan? yes or no saya tetap akan cakap yeayy terima kasihhh sayangg. kehkehkehkeh. ;)
demyuuuu simsimi. robot je padahal tapi memahami dia lain macam. ngehngehngeh. :) aku rasa aku dah terbiasa dengar perkataan malam jumaat dari duluu duluu lagi. orang tua-tua selalu cakap, malam jumaat malam beribadah. kalau duk asrama dulu, setiap hari kamis malam jumaat mesti baca yasin kan. tapi bila kaw dah kawen, ibadah kamis malam jumaat ni datang dalam banyak cara. tapi tak semestinya malam jumaat je kannn baru nak buat ibadahhh. rimau kalau nak mengaum, hari-hari pon dia mengaumm babe tak peduli dah hari apa, pukul berapa. aku cakap pasal rimauu je kan. kaw jangan macam-macam. kohkohkoh (x________x)
oohh berbalik kepada petua malam jumaat, heyyy mana ada petuaa sangatt. aku sajee je mandai buat gimik dari tajuk. kehkehkeh. tapiiii, kalau kaw tanya aku seronok tak kawen, dah tentu tentu aku jawab seronok babeee. :))
berkahwin dengan seorang lelaki yang kaw pernah admire gile, berkahwin dengan seorang lelaki yang cukup indah paras rupa, berkahwin dengan seorang lelaki yang tak pernah kesah nak makan apa, berkahwin dengan seorang lelaki yang ikut je kaw nak apa, berkahwin dengan seorang lelaki yang penuh dengan perasaan cinta, berkahwin dengan seorang lelaki yang segalanya dimata dia sempurna. i wont ask for more, i wont. TAPII tapiii tapiii, kalauuuu isteri kaki berjalan dan dia suka ajak suami dia berjalan should be no problem kan? yes or no saya tetap akan cakap yeayy terima kasihhh sayangg. kehkehkehkeh. ;)
Labels:
cinta monyet nadiasyafiq,
love,
perkahwinan,
syafiq,
tips cinta
January 24, 2013
ketagihan dalam perkahwinan
tajukk tak menahannnnn. :P HAHA. oleh disebabkan aku antara stok kawen awal kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, ramaiii yang tanya tips kebahagian rumah tangga. #inisemuapoyooooooooooooooo! :p kehkehkeh. wa mana ada tips bagai bebb, wa tau kawen je. (-____-)
tapiii mungkin laa mungkin. kitorang mengamalkan sistem ketagihan. mampussss nak terang satu-satu. T___T korang jangan salah fahamm. pitam mak aku tengok tajuk ketagihan pulakkkk. miahaha. aku tak pasti orang lain tapi aku sokmoo mengamalkan, macam mana aku ketagih dengan facebook, macam tu jugak la aku kena ketagih dengan syafiq. macam mana ketagihnya kaw tak main facebook dalam sehari, macam tu jugak la kaw kena ketagih dengan suami kaw. bukan maksud aku ketagih nak menyondol ape bukan. maksud aku, ketagih nak beramah mesra bergurau senda. kaw otak blue manjangggg kan. lepas tu salahkan aku buat entry lucah. aku maksudkan lainnn, kaw fikir lainnn, sape lagi lucah? kantoiiiiiiii :p
aku bagi contoh beramah mesra eh. kawen ni kan, kaw tak boleh seriusss je manjang. kaw jangan set kaw kawen sebab kaw nak jadi isteri semata-mata. kaw kena nikmatiiiiii perjalanan setiap hari sebagai seorang isteri. contohnya, kalau kadang-kadang laki kaw mintak tolong guntingkan bulu ketiak dia contohnya, kaw layannn je. kalau contohnya tabiat laki kaw ni suka joget-joget, kaw berjoget la sekali. sungguh, kaw akan rasa kehappening tu. aku tak sure orang lain, tapi mungkin sebab kitorang dah kenal dari kecik kott sebab tu kemaluan tu tak berapa nak ada. kohkohkoh.
kaw percaya tak kalau aku cakap, bau ketiak atau bau badan suami membantu menenangkan isteri. bukan lah maksudnya isteri tengah mengamuk tiba-tiba si suami gi suaaaa ketiak dia nak suruh si isteri bertenang. HAHA. maksud aku, bau ketiak suami yang pakai deadoran sangattttt melegakan. yang pakai deadoran sahaja harap maklum. tak pakai deadoran serigala pun boleh pitam. sungguhhhhh. nanti kaw kawen kaw cuba eh. :p aku sokmooo cakap dengan syafiq tapi sampai sudah dia tak percaya. lantakkk, janji aku dapat kelegaan. hewhew.
orang tua-tua cakap, laki ni, asal kaw jaga makan minum dia, asal kaw jaga kehendak dia. insyaAllah semua harmoni. kan dalam quran pernah bagitau, walau atas keldai sekalipun suami mintak, kaw kena turutkan. walau bergaduh macam mana sekalipun, kaw jangannnnn tido asing-asing. kaw tetap kena tido bersama, dalam 1 selimut yang sama. standard babe, kalau hati tengah panas semua boleh jadi. tapi selagi kaw jaga tempat tidur, konpem esoknya selimut kemana, kaw kemana, laki kaw kemana. (x___x)
kalau kaw kenal aku di alam nyata, aku dengan syafiq bukan jenis manja-manja peluk-peluk bagai depan orang. bukann. lantakk la orang nak cakap tak romantik ke ape ke. tapi syafiq cakap kurang sopan namanya. memang la dah kawen tapi kita tak tau apa orang pikir pasal kita. orang pun konpem berbuluuuu je kaw nak bajet manja pulakkk depan orangg kenn. ;p kitorang saje je tunjuk keras konon machooo memasing tak romantik sebab aku punya manja kaw sorang je boleh rasa. boleh tak kaw baca cerita aku ni sambil dengar lagu 150juta kak fynn? HAHAH. konon nak suruh korang feel sekali. saya kenal sayang saya. ini semua poyoooooooooooo! ;p kehkehkeh.
bila suami atau isteri kaw tido, kaw tatap la muka dia dalam-dalam. aku tak tau orang lain tapi aku, tengok muka syafiq tido boleh buat aku jatuh cinta berkali-kali. kasih babe kasihhhhh. dapat rasa hati aku macam kena karen. sungguh. kaw tengok suami kaw, kaw bersyukurlah punya seorang suami sesempurna suami kaw. tuhan dah bagi yang terbaik untuk kita. aku sokmo fikir, kenapa dia tidur. sebab dia penat. kenapa dia penat, sebab dia penat bekerja. kenapa dia bekerja, sebab dia nak bagi aku kehidupan yang selesa. Allahhh sebak pulak rasa tiba-tiba. T___T perasaan tenang tu memang aku tak leh gambarkan dengan kata-kata. wallahi. patut la ustaz cakap kawen tu indah. memanggg indah. memangg manis.
aku tak paham macam mana sesetengah isteri atau suami, dah berkawen ni. tapi boleh bercinta dengan orang lain. kaw gile? buat apa kaw berkahwin dengan orang lain tapi tetap bercinta dengan orang lain. kaw bercinta dengan pasangan kaw dah la kann.
saya tau, awak lelaki terbaik yang Allah cipta untuk saya. dari hari pertama saya tengok awak sujud syukur untuk kita berdua. saya janji, setiap hari saya akan berusaha jadi isteri yang terbaik untuk awak saya janji. :)
Labels:
cinta,
cinta monyet nadiasyafiq,
love,
perkahwinan,
syafiq,
tentang nadia,
tips cinta
December 01, 2012
ikhlas dari hati aku, ikhlas.
tak tahu nak mula macam mana tapi sungguh, aku bersyukur. aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. aku tak mintak lebih, asal cukup makan, cukup kasih sayang. aku tak mintak jadi kaya raya sebab aku percaya, duit takkan kekal lama. sampai bila-bila duit memanggg tak pernah cukup. tapi aku paling bersyukur, aku adalah seorang isteri. aku tak pandai bercakap bab agama macam kaw tapi aku percaya, Dia tahu segala apa yang ada dalam hati kita. Dia tahu. sejujurnya, maksiat dan kapel sangatttt tak boleh dipisahkan. percayalah, aku pernah lalui apa yang korang lalui, aku pernah rasa indahnya bercinta. aku pernah rasa seronoknya berpoya-poya. tapi percayalah, satu hari, akan terdetik dalam hati seorang perempuan, kaw akan terfikir, sampai bila kaw nak hidup macam tu. hidup yang tak pernah rasa tenang, tak pernah rasa kebahagian yang sebenar. hidup yang mampu memberi kaw kepuasan. hidup yang boleh buat mak ayah kaw bangga. sampai bila. herm.
aku pastiiii akan ada yang cakap, "cehhhhh masuk paper sikit pon kecoh. nak show off la tuuueww" standard babe. aku tak kesah langsungg kaw nak cakap ape. cakap la selagi kaw nak bercakap. kalau kaw masuk paper, kaw nak peram sorang-sorang? tak kottt. aku apetah lagi. kehkehkeh. ;D bila kaw diberi peluang keemasan, contohnya untuk diinterview masuk paper, kaw tolak? mustahil. melainkan kaw takde hati dan perasaan, keinginan dan hawa nafsu. kehkehkeh. dan sungguh, aku tak sangka siap jadi cover bagaiii. kalau aku tau, konpem aku tepek bedak gomak tebal 4 inci untuk tutup jerawat dan cela. HAHA. ceahhh, bercakap macam iklan pencuci muka pulak. ngehngehngeh. aku budget sipi-sipi pon aku dah bersyukur habis kan. kaw ingat senang nak masuk paper? lain la kaw artisss kan. sekali kawww, menggigil aku tengok. besar gedabakkkkkkk. jangan kata jerawat, hidung yang memang dah sedia besar pon tak mampu cover kelebaran. *stresss. hahaha.
kak lynnn sajeee dengki dengan nadia eh? kenapa tak edit kasi mancung sikit kakkkk. hahha ;)) dan yang pasti, tajuk dia bukan kek dalam balang manisnya kahwin muda. kek dalam balang takde kaitan dengan kisah cinta kitorang. tajuk aku manisnya kawin muda je tapi aku syak, kak lynn nak kitorang nampak manisssss semanis kek dalam balang. hewhewheww. ;))
kaw tauuuu, nenek aku berniaga kedai makan. setiap hari dia mestiii beli surat khabar metro. semalam aku dah pesan siap-siap suruh dia beli utusan malaysia hari ni. tak yah beli metro. kuikuikui. bila pelanggan tetap yang selalu makan kedai dia pagi-pagi datang tanya kenapa tak beli metro hari ni. kaw tau dia jawab ape?
" cucu saya ada dalam surat khabar ni hari ni. sebab tu saya beli utusan. saya nak tengok cucu saya masuk surat khabar. nak simpan buat kenangan. jangan konyokkan eh."
kaw tau ape aku rasa? sebak tuhan je yang tahu tapi aku tak tunjukkk time aku cakap tepon dengan nenek aku tadi. dengan mak aku apetah lagi. kaw gile, aku macho babe. cucu sulunggg ni. mustahilll aku nak tunjuk kelemahan hati aku. kehkehkeh. aku bersyukur, walau aku bukan sesiapa, walau aku bukan dari keluarga berada, aku sempat buat mak ayah aku bangga. aku sempat buat nenek aku merasa. aku sempat buat moyang aku bahagia. kalau kaw dari keluarga yang selalu masuk keluar surat khabar, kaw takkan rasa ape yang aku rasa. takkan. kaw tak herannn pon kannn. aku rasa babe sebab aku tak pernah masuk surat khabar. keluarga aku apetah lagi. walau mak ayah aku tak meluahkan dia bangga tengok anak dia dalam surat khabar tapi aku percaya, mak ayah aku pasti bangga. pasti. aku tak mintakkkk pujian korang, aku tak mintak pon penghormatan korang. T__T segala ape yang aku buat dalam hidup aku, semuaaa untuk keluarga aku. aku yakinnn, kaw tak kan dapat rasa betapa kental darah yang mengalir dalam badan aku, semua untuk keluarga aku. semua. percayalah.
berbalik kepada cerita cinta monyet itueewww, darjah 5 dah bercinta kaw gile mak ayah aku tak bising. jadi, untuk keselamatan, aku bijakkk menggunakan ape yang ada disekeliling aku. bijak kononnn. kehkehkeh. hos bomba di kuaters hospital adalah tempat aku simpannn semua harta karun surat bagai sebab aku takut kalau bawak masuk rumah, kantoiii mati aku! hewhewhew.
stardard babe, kapel clash percintaan perkara biasa. tapi dengan syafiq, dia jadi luar biasa sebab dia cinta pertama aku. walau dengan sape aku kapel, dia pastiii akan muncul secara tiba-tiba. pasti. kalau tak muncul pun, memang aku takleh lupa dia. aku syak, kalau contohnya sekarang aku belum kawin lagi dengan dia, contohhhhh la kan. kaw jangan macam-macam. aku pok karang. contohnyaaa, aku pon plan beria bagai nak kawen dengan boyfriend aku kan. tiba-tiba time nak akad nikah si syafiq ni muncul, aku syak, mau aku cancel kawen. kehkehkeh. dia cinta pertama wa babe. cinta pertama tu macam orang pertama yang pernah buat kaw betul-betul rasa apa tu cinta. cinta dengan nafsu dua benda berbeza. cinta bernafsu ni bersepah je tepi jalan. petik dapat. tapi cinta pertama ni macam heyyyylahaiii. susah betul nak cakap. kaw rasa sendiri la. aku bajet laki aku tak leh tido malam ni lepas baca entry ni. keje nak menyondol sesaje. kahkahkah. nasib baik Allah dah ciptakan dia memang untuk aku. xde la aku was was. datangggg la ex bf ramai mana time kitorang kawen dulu langsunggg tak dapat menggugat aku. hebat kan? *muntah hijau korang menyampah. hahahah
tolonggg doakan kebahagian yang aku rasa ni kekal sampai bila-bila. tolong. sebab aku percaya, masa depan, dugaan akan datang, takde sape yang mampu halang. tapi aku yakin, dari duluuu aku yakin, semuaaaa ape yang pernah berlaku dalam hidup aku, dulu mahupun akan datang adalah yang terbaik Allah aturkan untuk aku. jatuh bangun aku, Dia je yang tahu.
November 09, 2012
kisah cinta monyet nadia dan syafiq #2
sambungan dari # part 1
“nak join pik?” kata epi, salah seorang kawan kami
yang lain.
Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda
mengiakan sambil memandang aku. kami berbalas pandangan. gulppppp.
“ eh, angguk je? Takde mulut dah? Ingatkan tadi
hebat sangattt. Cehhhhh.” Aku berkata sorang diri di dalam hati.
Aku bernasib baik. mamat si mulut celupar itu bukan
satu kumpulan dengan aku. aku menarik nafas lega kerana risau, kang tak
pasal-pasal aku sound dia free-free bila teringatkan perbuatan dia terhadap
ila, kawan baik aku. aku bermain bola katok seperti biasa tanpa menghiraukan
lelaki berambut belah tengah itu.
“ yaa, hensem kan budak baru tu? Muka dia macam
zizan ning kan?”
“ hah? Celah mane zizan ning pon ya tak tau ila niii.
Ila suka dia ehhhh?
“ eh tak la ya. Tapi ya, ramaiiii gile kawan-kawan
kita suka dia. Semua cakap dia hensem. Rambut belah tengah yaaaa, macam tomok
newboyz pon ye. Ila rasa kak ayu suka dia la ya sebab kak ayu selalu tanya ila
pasal budak tu.”
“ oh ye ke la? Jangan percaya sangat dengan
kehenseman lelaki ni laa. Biasa lelaki yang muka hensem ni playboy. Ya tengok
muka dia pon ya tau dia ni kaki perempuan laa. Tapi kalau ila nak, ya boleh
tolong rekemenkan.”
“ ish ya ni. Ila tak nak la. Mulut suka mencaruttt ya.”
Di suatu petang,
“ Cukup tak semua orang? Dah boleh start main belum?”
tanya nadia kepada kawan-kawan yang lain.
“ dah dah, jom bahagi kumpulan.” Kata along, salah seorang
kawan lelaki nadia.
“ kumpulan along 6 orang, kumpulan nadia 6 orang. Kumpulan
kaw start dulu. Ok? Sape kumpulan aku, korang bersedia tangkap bola. Aku baling,
boleh? ” tanya Nadia.
Semua menjawab tanda setuju.
Aku berdiri memegang bola sambil menunggu salah seorang wakil pihak lawan
datang untuk memukul bola sebagai permulaan sebuah permainan. Tiba-tiba, lelaki
itu berjalan kearah aku sambil memegang kayu kriket. Gulpppp. Apa yang aku
faham, dia adalah permain pertama yang akan memukul bola untuk kumpulan dia. Aku
bersedia.
Contoh posisi si pemukul dan si pembaling bola. Gambar dari
google. Bukan khazanah aku.
Lelaki itu di bersedia di posisi untuk memukul bola sambil
memegang kayu kriket manakala aku bersedia untuk membaling bola.
Gedebuk!
Satu bunyi yang sangat kuat kedengaran. Semua kanak-kanak
mula panik.
“ sakit la bodohhh! “
nadia menjerit sambil menahan kesakitan di dada. Mamat itu
tanpa sengaja telah memukul bola itu dengan sekuat hati kerana beliau berharap,
bola itu melantun sejauh mungkin tetapi malangnya, bola tersebut tersasar tepat
ke dada nadia. Nadia menahan kesakitan
dan matanya mula berair. Muka lelaki tersebut berubah merah padam. mereka tidak pernah bercakap, hanya sering berbalas pandangan tetapi kali ini, dia tanpa sengaja telah melakukan kesilapan.
# bersambungggggg lagiii. kehkehkeh. kaw tau, sakitttttt gileee wa cakap lu. kaw bayang, bola tengah laju-laju kena rentap dekat dada. nasib baik masa tu wa baru darjah 5. di dada wa belum punya apa apa. T___T dan nasib baik takde apa apa kesan sampingan selepas kejadian itueww di dada wa ye laaa mana la tau kot kot dada wa terbantut. kalau tak, kaw hadappp laa dada aku yang flattt sesaje sebab pukulan bola kaww yang maha kuat ituewww. kohkohkohkohhh. (x___X)
Labels:
cinta,
cinta monyet nadiasyafiq,
love,
perkahwinan,
syafiq,
tentang nadia
November 07, 2012
kisah cinta monyet nadia dan syafiq #1
“ Ya, ada
budak baru masuk berek kita yaaa. Harap muka je hensem, mulut macam puaka.”
“ Hah? Budak
baru? Sape ila? Dia cakap ape?”
“ Ya, tadi
ila mandi kat bawah dekat kawasan tangki air tu ramai ramai dengan kawan-kawan
kita yang lain sebab rumah kita kan xde air. Tengah-tengah ila mandi, ada 1
kete benti. Mamat tu turun. Turun-turun dia cakap, hoii mandi macam babi.”
“ Amboiiii
mulut dia. Baru masuk tempat orang dah buat hal. Kaw tungguuu. Nak tengok sikit
betapa hensemnya muka kaw suka-suka hati cakap kawan aku mandi macam babi.”
Aku dan Aqeela,
11 tahun, dua sahabat yang membesar bersama sama di sebuah kuaters hospital di
daerah Besut. Aku yang semenangnya telah
menetap di kuaters hospital tersebut sejak lahir sememangnya cukup mengenali
semua penghuni kuaters empat tingkat itu.
“ila, dia
masuk rumah mana?”
“ xtau la ya,
rasanya tingkat 3 jugak sama dengan kita sebab rumah paling hujung dengan kita ni
kan kosong.”
“ ooooo,
nanti kalau ila nampak dia, ila bagitau yaa eh. yaa nak tengok sikit mamat
mulut suka mencarut ni.”
“ yaaaaa, tu
dia yaaaaa! Hensem tak?Kan ila dah bagitau, dia masuk rumah paling hujung. Sama
level dengan kita.”
“ takde la
hensem mana pon la ya tengok.”
sambil memerhatikan
lelaki yang Aqeela tunjukkan itu dari jauh.
“ jom ya,
ajak kawan-kawan kita yang lain.”
Begitu lah
rutin harian kehidupan kanak-kanak di kuaters itu. Setiap petang mereka akan
berkumpul beramai-ramai dan bermain bersama-sama. Selepas semua berkumpul di
court, mereka membahagikan kumpulan kepada dua.
“ok semua
meh dekat-dekat. Kita nak bahagi kumpulan ni.” Kata aqeela kepada semua.
Tengah-tengah
aqeela kusyuk membahagikan kumpulan, lelaki mulut celupar itu sedang berjalan kearah
kami menandakan dia juga berminat untuk menyertai permainan bola katok itu.
“nak join
pik?” kata epi, salah seorang kawan kami yang lain.
Lelaki itu
hanya menganggukkan kepala tanda mengiakan sambil memandang aku. kami berbalas pandangan. gulppppp.
#bersambungggggg. kehkehkeh. aku tak sanggup nak cerita lagiii. tak sanggupppppp. geli perut segala jenis geli aku geli kalau nak cerita kisah cinta monyet ni. harap anak-anak aku esok-esok tak terlampau mewarisi kegatalan mak ayah dia. kuikuikui ;))
* bola katok is bola kriket. orang kampung aku panggil dia bola katok jeee.
permainan bola kriket tu macam ni. harap maklum. sekian, bai. :))
Labels:
cinta,
cinta monyet nadiasyafiq,
love,
perkahwinan,
syafiq,
tentang nadia
Subscribe to:
Posts (Atom)






