Lazada Malaysia

Showing posts with label tabung anak yatim. Show all posts
Showing posts with label tabung anak yatim. Show all posts

March 12, 2013

Perbezaan sebelum dan selepas Rumah Amal Kasih Bestari

oleh disebabkan gambar mahaaaa banyak sampai cecah seribu lebih (-___-'), aku jadi blurr nak update cerita pasal event anak yatim hari tu. seriusssss sebab tak tau nak mula macam mana. nak letak gambar mana dulu, nak cerita yang mana dulu. ok meh kita start refresh balik slow-slow sebab dah lama sangat peram kannn. T___T kalau korang tengok pada aturcara majlis dekat gambar atas ni, aktiviti kita start dari pagi sampaiii petang. sesi pagi adalah sesi gotong-royong mengecat rumah amal kasih bestari manakala aktiviti petang adalah bersuka ria bermain game. :)

untuk sesi pagi iaitu aktiviti mengecat, oleh disebabkan kawasan yang perlu dicat ada 5 bahagian, aku dan kawan-kawan si tulang belakang aku yang lain dah decide untuk membahagikan kesemua peserta kepada 5 kumpulan. senang sikit kan buat sikit sorang. janji cepat siap. meh aku tunjuk dekat korang perubahan cat sebelum dan selepas.

ruang solat. 
warna asal adalah hijau dan putih. kitorang pilih warna peach lembut supaya ruang ni nampak lebih cerah dan terang.
 
sebelum

selepas


ruang lapang
ruang lapang ni ruang yang dari pintu pagar dah boleh nampak. ruang luar rumah termasuk pintu pagar. warna asal dia adalah putih kotttt. tapi dah tak nampak rupa putih sangattt. :p kitorang pilih warna lavender sebab nak nampak lembuttt je.

sebelum

selepas


ruang office ustaz
warna asal office ustaz ni coklat muda dan coklat tua. ustaz request warna hijau sebab dia kata warna hijau warna islam. tak boleh takde warna hijau.

sebelum

selepas


ruang tv
 ruang tv ni asal dia memang warna biru dah tapi dia punya biru tu nampak tua. dia punya tua membuatkan ruang yang sedia sempit nampak lebih sempit. jadi kitorang tukar kepada warna baby blue sebab nak suruh nampak lebih luasssss. dan percaya la, warna baby blue sangattt berjaya membuatkan ruang tu nampak luas. yeayyy ;))

sebelum

selepas



kannnnnnnnnnnnnnn??? :))


ruang computer
warna asal dinding dia adalah putih. mula-mula aku bajet nak cat je warna putih balik sebab nak suruh nampak luas kann. tapi ustaz tak berapa gemar sebab putih cepat nampak kotor. jadi kitorang still guna warna baby blue. 

sebelum

selepas

boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah amal kasih bestari ni kitorang cat cuma bahagian dapur je tak sentuh sebab bahagian dapur dah sedia cantik. dorang baru lepas renovate. tentang pemilihan warna, semuaaaa warna adalah persetujuan dan perbincangan dengan ustaz. cantik dia mata dia, cantik la di mata aku. 

kepada semuaaaaa yang baik hati menderma dan memberi sumbangan hari tu, terima kasih yang tak terhingga. semuaaaaaa sumbangan korang aku dah salurkan pada dorang sepenuhnya. korang jangan risau ye. heyyyyy choppp, tolonggg. jangan transfer duit sumbangan dekat akaun bank aku lagi tau. terus transfer ke akaun rumah amal ni, Maybank Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, 562085584770 atau CIMB 12830001013100.

seriusss sampai ke hari ni tak henti-henti orang transfer duit ke bank aku. bolehhh tu boleh tapiiiii, wa tak berani pegang duit orang lama-lama. terus transfer pada akaun dorang eh? haaa terima kasihh :)) 


  

March 01, 2013

Kenali semuaaaaa peserta Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim :)

entry ni maha melimpah ruah dengan gambar, sorryyyyyy~ :)) sebelum ni entry pasal kenali urussetia kan. hari ni entry kenali semuaaaa peserta program ni. tak kesah la kaw blogger ke, kaw tak blogger ke, janji kita dah sama-sama tolong menolong bergotong-royong buat keje amal dekat rumah anak yatim ni kann. seppp sekali! :p berderuuuuuu babe pm dekat fb, email aku segala bagai nak join lagi next event anak yatim lepas ni. masalahnya, next event dalam kepala otak aku adalah event main perang-perang. *sambikenyitkenyitmata ;)) bukan keje amal dah, kaw nak? yang betul-betul nak dah la. aku tak nak stok nak tak nak same banyak last minit cancel sentapppp. aku syak lepas ni mungkin aku dah boleh tukar status. bukan blogger lagi dahhhhh. event planner mungkin. ;) kehkehkeh. 

ok berbalik kepada para peserta, kalau tak silap pengiraan aku, ada 20 orang blogger dan 22 para sukarelawan. sukarelawan ni termasuk la bini atau laki kepada blogger, mahupun kawan-kawan atau sedara mara kepada blogger ituuewww. terima kasih korang yang super ohsem! :)


baris belakang dari kiri,
boni sangattt kacak :p, hadi suami sheila, hadi suami kak zana, si kamarul yang nak yuyu zulaikha jeee :p, poksu paaaaaling happening wa cakap lu, mcd suka melambung kohkohkoh, zul suami nory, syafiq paling kacakkkk pitammmm, ayah suami mak paling hindustan, andi paling sopan, abang ngah diam jeee :p

baris tengah dari kiri, 
kak bella comeyyy babe stok mak orang ni, kak yana sama group masa mengecat yeayyy, kak zu tak sempat sembang banyak pon kita T__T, nurul pon samaaaa T__T padahal orang sekampung je niii, sheila comeyy gile muka baby face sangatttt, linda hai selamat berkenalan :)), nuha tak yah berkenalan pon xpe kan? :p, along kenapa along lagi sopan dari idaaa kuikuikui, kak ngah paling semangattt ;), mak paling kena cukup rehat, mila aku dah masakkkkkk. :p

baris depan paling kiri,
hai moksu, liza first time jumpa tak sempat sembang lame kan sorryyyyy, kak zana palinggg cute ok!, ustaz din dengan kak zu tuan rumah, iolsss paling segala paling ;p, nory paling sengal, ida paling dedikkkkk. :p

takde dalam gambar diatas. 
 
ayu yang tengah-tengah, pakai shawl jalur-jalur. hai yuuuu :)

yang pakai cap, dayat suami ayu. sebelah dayat adalah wan, tunang nini kawan baik aku. :) darah maniss sangattt.


baju hitam kak nora comeyyyynya tak puas tengok. tengah-tengah adalah nini. kad kawen dah siap babe? ;p sajeee bagi mu stress. kuikuikui :)) sebelah nini yang angkat tangan tu andi suami ida. sebelah andi adalah suami ummi. 

yang angkat peace tu ida. orang kuattt aku ni babe. sebelah ida, kak mimi. baik tau kak mimi niii. datang jauh-jauh dari seremban. tak sempat pon borak lame-lame. masing-masing busy kann. sorry tau kak. nanti kita dating lagi ok? ;)) suami kak mimi takde dalam gambar sebab dia sesi pagi ada, sesi tengahari kena settle keje luar jap, sesi petang dia ada balik. jadi semua gambar dia adalah chipsmore. thank you sooo much kak mimi and suami sudi datang jauh-jauh. i is terharuuuuuuuu.T___T


palinggg kiri paling gila kuasa, paling kanan paling tak sedar tua :p tengah-tengah adalah karlida. 

takde dalam gambar kak alia, kak dahlia, joey dengan kak lim handle bahagian dapur, suami kak mimi dan suami kak bella. ada lagi nadia terlepas pandang? bagitau eh. sorryyyyyy. 

Link Blogger Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim
1. Nadia - http://www.nadiafarahida.com/
2. Eida - http://msieda.blogspot.com/
3. Mila - http://milaahmad.blogspot.com/
4. Nory - http://noryzoulkefle.blogspot.com/
5. Ieza - http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/
6. Nuha - http://lovebubbling.blogspot.com/
7. Kak Bella - http://bellaisyqeef.blogspot.com/
8. Along - http://ierasebelas.blogspot.com/
9. Sheila - http://www.sheilashahfiekry.my/
10. Ayu - http://ayuamanshah.blogspot.com/
11. Linda - http://anggunbabycloset.blogspot.com/
12. Kak Zana - http://adieyza.blogspot.com/
13. Kak Zue - http://akubukanblog.blogspot.com/
14. Kak Yana - http://leeyanaradhi.blogspot.com/
15. Kak Mimi - http://www.mimiepinkummi.my
16. Boni - http://www.bonikacak.com/
17. Kamarul - http://www.soutulmujahid.com/
18. Ummi - http://nukilanummiabi.blogspot.com/
19. Nugrul - http://www.nugrulsakura.my/
20. Liza - http://syahidahbillah.blogspot.com/


  Sukarelawan Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim
1. Syafiq
2. Andi
3. Mcdee
4. Zul
5. Nasrul
6. Hadi
7. Dayat
8. Karlida
9. Hadi Kahar
10. Faidzal
11. Nini
12. Wan
13. Kak ngah
14. Khairul
15. Poksu
16. Moksu
17. Kak Lim
18. Joey
19. Salim
20. Kak Dahlia
21. Kak Nora
22. Kak Alia 



yang tak dapat join tapi sangatttt memberi aku semangat yang mana dorang pakai baju yang sama, tarikh yang sama, masa yang sama, cuma di dua tempat berbeza. thank you soooo much sayangness. walau dari jauh, semangat awak tetap membantu saya! :)

kawan mrsm saya dulu niii. follow la dia pleaseee. dia baikkk ok :)

anak yatim yang ada time event ni adalah 44 orang. tak de gambar yang dorang semua berkumpul satu tempat sebab majoriti duduk sepah-sepah. 









semua 15 tahun kebawah. T___T tapi kaw jangan risau, dorang tak tunjuk sedih dorang. tapi cer tunggu time takbir raya. yang ada mak ayah ponn boleh menangis. yang takde mak ayah apetah lagi. T____T 

kalau ada yang masih sudi menderma untuk mereka, dahhh. takyah transfer pada akaun nadia ye. korang boleh terus transfer ke akaun rumah anak yatim ni. Maybank Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, 562085584770 atau CIMB 12830001013100. Ustaz dan kak zu cakap, dia doakan yang terbaik lebih dari yang paling baik untuk semua. kak zu baca blog aku ni. (-__-') kak zu sihat? nanti yaya pegi lagi ok. :)) 

February 25, 2013

Perbezaan sebelum dan selepas Rumah Amal Kasih Bestari

bagi teaser sekeping dua dulu je boleh? ;) sebab belum dapat semuaa gambar sepenuhnya dari official photographer kita. 

korang ingat lagi tak keadaan asal hall rumah anak yatim hari tu? tempat yang dorang guna untuk belajar, tempat tidur dan tempat bersantai? nahh gambar sebelum di makeover. :)


dan ni adalah gambar selepas di makeover oleh para blogger dan para sukarelawan yang sangattttttttttt ohsem! :))



seeee, cantekkkk sangatttt kan! :) meja stadi as per request dari ustaz. oleh disebabkan ruang ini takde la besar mana, ustaz cakap kalau boleh dia nak meja stadi untuk budak-budak ni sebab hari-hari memang dorang akan bergelimpangan dekat sini buat keje sekolah. jadi bila dah ada meja, dah tentu-tentu boleh kongsi guna sikit sorang kannnn. meja belajar ni ustaz request yang boleh bukak tutup sebab nak jimatkan space. time nak guna je baru bukak, tak guna boleh tutup. haaa, jimat ruang kan? :) 

bukan hall ni je di make over, ada lagi 5 ruang. tungguuuuuuuuu. :) 


heyyyy korang boleh bayang tak macam mana happeningnya dorang semuaa semalam? seriusssss, aku respect habissssssss. semuaaa sangattt membantu antara satu sama lain. ada lagi 15 orang takde dalam gambar. T____T kalau semua ada mestiii lagi best! kan? :) 


orang kuat disebalik kejayaan Program Mesra Amal Blogger bersama Anak Yatim. sayanggggg korang sangat-sangat. T________T 


dan ni, orang paaaling kuat, pendorang semangat siang dan malam saya. tiada kata yang mampu saya ungkap betapa bertuahnya saya punya seorang suami yang cukupppp memahami. cukup. saya tak mintak lebih. terima kasih sayang. malam nanti claim ot. kohkohkoh. #pitammmm. (x____x) :))

untuk gambaran keseluruhan majlis, nanti saya update slow-slow ye. :)

February 15, 2013

Jumlah keseluruhan derma terkumpul

lamanyaaaaaa tak update pasal duit sumbangan untuk anak-anak yatim nii. T____T sorryyyyyyy korang. bukan lupa tapi memang taknak update selagi belum confirm total amount. nak nak pulak sesuatu yang melibatkan duit. bukan singgit dua babe. ni makan ribuu. Alhamdulillah, selepas sebulan lebih semua orang giat mencari sumbangan sama-sama, ye semua orang. semua orang yang baik hati sudi tolong aku sama-sama buat semua ni. meh aku totalkan semuaaaaaa jumlah duit sumbangan yang terkumpul. entry ni mahaaa panjang sebab total ni total semuaaa sekali. bukan aku punya sorang.

dari blog aku, 

# 19, 20, dan 21hb December boleh tengok sini.
# 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, dan 29hb December boleh tengok sini.
# 30 December, 31 December, dan  1 Januari, boleh tengok sini. 

# 2 Januari boleh tengok sini. # 3, 4, 5, 6, 7hb januari boleh tengok sini.
# 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 januari boleh tengok sini.



# untuk sumbangan 17.1.2013, RM10
Jumlah kutipan 17.1.2013: RM10

# untuk sumbangan 18.1.2013,RM0
Jumlah kutipan 18.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 19.1.2013, RM10
Jumlah kutipan 19.1.2013: RM10

# untuk sumbangan 20.1.2013, RM0
Jumlah kutipan 20.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 21.1.2013,RM0
Jumlah kutipan 21.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 22.1.2013, RM100+RM7
Jumlah kutipan 22.1.2013: RM107

# untuk sumbangan 23.1.2013, RM20
Jumlah kutipan 23.1.2013: RM20

# untuk sumbangan 24.1.2013, RM0
Jumlah kutipan 24.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 25.1.2013, RM0
Jumlah kutipan 25.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 26.1.2013,RM200
Jumlah kutipan 26.1.2013: RM200

# untuk sumbangan 27.1.2013, RM40
Jumlah kutipan 27.1.2013: RM40

# untuk sumbangan 28.1.2013, RM0
Jumlah kutipan 28.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 29.1.2013, RM100
Jumlah kutipan 29.1.2013:RM100

# untuk sumbangan 30.1.2013, RM0
Jumlah kutipan 30.1.2013: RM0

# untuk sumbangan 31.1.2013, RM100
Jumlah kutipan 31.1.2013: RM100

# untuk sumbangan 1.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 1.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 2.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 2.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 3.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 3.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 4.2.2013,RM50
Jumlah kutipan 4.2.2013: RM50

# untuk sumbangan 5.2.2013,RM0
Jumlah kutipan 5.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 6.2.2013, RM20+RM100 by hand
Jumlah kutipan 6.2.2013: RM120

# untuk sumbangan 7.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 7.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 8.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 8.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 9.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 9.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 10.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 10.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 11.2.2013, RM0+RM100 by hand
Jumlah kutipan 11.2.2013: RM100

# untuk sumbangan 12.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 12.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 13.2.2013, RM0
Jumlah kutipan 13.2.2013: RM0

# untuk sumbangan 14.2.2013, RM5+RM300
Jumlah kutipan 14.2.2013: RM305

# untuk sumbangan 15.2.2013, RM200
Jumlah kutipan 15.2.2013: RM200

Transaksi setiap hari. 

1. Jumlah kutipan 19.12.2012: RM55.00
2. Jumlah kutipan 20.12.2012: RM235.00
3. Jumlah kutipan 21.12.2012: RM504.00
4. Jumlah kutipan 22.12.2012: RM55.00
5. Jumlah kutipan 23.12.2012: RM50.00
6. Jumlah kutipan 24.12.2012: RM50.00
7. Jumlah kutipan 25.12.2012: RM80.00
8. Jumlah kutipan 26.12.2012: RM130.00
9. Jumlah kutipan 27.12.2012: RM5.00
10. Jumlah kutipan 28.12.2012: RM0
11. Jumlah kutipan 29.12.2012: RM0
12. Jumlah kutipan 30.12.2012: RM0
13. Jumlah kutipan 31.12.2012: RM40.00
14. Jumlah kutipan 1.1.2013: RM205.00
15. Jumlah kutipan 2.1.2013: RM40.00
16. Jumlah kutipan 3.1.2013: RM40.00
17. Jumlah kutipan 4.1.2013: RM50.00
18. Jumlah kutipan 5.1.2013: RM0
19. Jumlah kutipan 6.1.2013: RM2.00
20. Jumlah kutipan 7.1.2013: RM610.00
21. Jumlah kutipan 8.1.2013: RM50.00   

22. Jumlah kutipan 9.1.2013: RM200.00   
23. Jumlah kutipan 10.1.2013: RM50.00   
24. Jumlah kutipan 11.1.2013: RM10.00   
25. Jumlah kutipan 12.1.2013: RM350.00   
26. Jumlah kutipan 13.1.2013: RM510.00 
27. Jumlah kutipan 14.1.2013: RM10.00   
28. Jumlah kutipan 15.1.2013: RM210.00   
29. Jumlah kutipan 16.1.2013: RM104.00 
30. Jumlah kutipan 17.1.2013: RM10
31. Jumlah kutipan 18.1.2013: RM0
32. Jumlah kutipan 19.1.2013: RM10
33. Jumlah kutipan 20.1.2013: RM0
34. Jumlah kutipan 21.1.2013: RM0   
35. Jumlah kutipan 22.1.2013: RM107
36. Jumlah kutipan 23.1.2013: RM20
37. Jumlah kutipan 24.1.2013: RM0
38. Jumlah kutipan 25.1.2013: RM0
39. Jumlah kutipan 26.1.2013: RM200
40. Jumlah kutipan 27.1.2013: RM40
41. Jumlah kutipan 28.1.2013: RM0
42. Jumlah kutipan 29.1.2013: RM100
43. Jumlah kutipan 30.1.2013: RM0
44. Jumlah kutipan 31.1.2013: RM100
45. Jumlah kutipan 1.2.2013: RM0
46. Jumlah kutipan 2.2.2013: RM0
47. Jumlah kutipan 3.2.2013: RM0
48. Jumlah kutipan 4.2.2013: RM50 
49. Jumlah kutipan 5.2.2013: RM0
50. Jumlah kutipan 6.2.2013: RM120
51. Jumlah kutipan 7.2.2013: RM0
52. Jumlah kutipan 8.2.2013: RM0
53. Jumlah kutipan 9.2.2013: RM0
54. Jumlah kutipan 10.2.2013: RM0
55. Jumlah kutipan 11.2.2013: RM100
56. Jumlah kutipan 12.2.2013: RM0
57. Jumlah kutipan 13.2.2013: RM0
58. Jumlah kutipan 14.2.2013: RM305 
59. Jumlah kutipan 15.2.2013: RM200
________________________________
TOTAL: RM 5007.00 

jumlah keseluruhan terkumpul dari kawan-kawan si tulang belakang aku ida, nory, mila, mak, onie and nanie adalah RM 4689.00.

jumlah terkumpul dari kak lim dan kawan-kawan adalah RM700.00.

jumlah terkumpul dari kak alia, keluarga dan kawan-kawan adalah RM620.00.

jumlah terkumpul dari kedai kak ngah adalah RM250.00.


# jumlah terkumpul dari blog nadiafarahida: RM5007
# jumlah terkumpul dari blog ida, mila, nory, mak, onie, nanie: RM4689
# jumlah terkumpul dari kak lim: RM700
# jumlah terkumpul dari kak alia: RM620
# jumlah terkumpul dari kak ngah: RM250
_____________________________________________________
TOTAL KESELURUHAN DERMA TERKUMPUL: RM 11,266.00 

wallahi, aku tak sangka boleh cecah sehingga 11 ribu. aku tahu Allah maha kaya. aku tau aku sentiasa dikelilingi manusia berhati mulia. sepanjang aku handle urusan sumbang menyumbang ni, aku tak pernah paksa sesiapa untuk menderma. apetah lagi mendesak weii bagi duit weiiii. ni untuk anak-anak yatim. bukan untuk aku. TAKKK. aku bukan macam tu. kaw nak bagi, kaw nak derma, aku terima dengan tangan terbuka. tak perlu aku nak merintih merayu mendesak korang suh bagi duit kan. tapi percaya la, sepanjang dua bulan, aku jumpa macam-macam gelagat manusia. aku peghatiiiii je. :) 

sebagai renungan untuk diri aku sendiri dan korang semua, percayalah. rezeki Allah tu luasssssssssssss babe. takkan terjejas harta kita kalau kita menderma untuk anak yatim walau seringgit cuma. depan orang kaw berlagak kaw palingggg kaya sekali, gaji kaw lah yang paling tinggi sekali, pangkat kaw la yang paling hebat sekali, hp kaw la yang paling canggih sekali, handbag kaw lah yang paling mahal sekali, kereta kaw lah yang paling tiptop sekali, rumah kaw la yang paling mahal sekali. amek la semua paling yang kaw nak. cuma aku berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati aku, bukakan pintu hati kaw, dan kita semua supaya kita tak jadi ummat manusia yang paaaaaaaling kedekut, paaaaaling berkira dengan golongan yang lebih memerlukan. :) kan? 

ohh sebelum terlupa, terima kasih sepenuh jiwa raga aku pada semuaaaaaaa yang sudi menderma. sampaikan ucapan terima kasih aku pada keluarga korang, sedara mara mahupun kawan-kawan korang yang sudi menderma jugak sebab bukan semua orang baca blog aku kan. T____T besar kecik jumlah dia belakang kira. yang aku tau, korang baik sangattttt ya allahhh. T_____T semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian, aminn. 

terima kasih jugak pada semuaaaaaa blogger mahupun sesiapa je yang sudi mengwar-warkan entry sumbangan aku mula-mula hari tu. yang sudi share di blog masing-masing, facebook masing-masing. wallahi, aku tak mampu balas semuaaaa jasa baik korang tapi aku percaya. kanan kiri korang ada yang mencatit. aku percaya Allah maha adil. Dia takkan berkira dengan orang yang tak berkira. sayanggggg korang banyak-banyak. *sambil lap air mata. (-____-')

lepas ni tak perlu transfer pada akaun aku lagi dah tau. kalau korang nak bagi derma, korang jumpa je mana-mana anak yatim, korang bagi je sebab aku dah tutup kutipan untuk sumbangan ni ye. aku nak fokus pada keperluan anak yatim untuk event anak yatim 24hb feb nanti. sekian, 


meh kita baca sama-sama sikit sorang. moga Allah gandakan rezeki kita. Amin. :))



  

 

January 09, 2013

jumlah sumbangan setakat 7.1.2013


hari-hari cite blog aku pasal perkembangan anak yatimmm anak yatimmm anak yatimmm. :) harap korang tak jemu mahupun berbulu. dah tau berbulu kenapa baca? kannn. hewhew. ok berbalik kepada jumlah sumbangan kita, meh aku update yang terbaru.


untuk sumbangan sebelum-sebelum ni,
19, 20, dan 21hb December boleh tengok sini.
22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, dan 29hb December boleh tengok sini.
30 December, 31 December, dan  1 Januari, boleh tengok sini. 

2 Januari boleh tengok sini.

yang terbaru, 
# untuk sumbangan 3.1.2013, RM20+RM20
Jumlah kutipan 3.1.2013: RM40.00 


# untuk sumbangan 4.1.2013, RM10+RM30+RM10
Jumlah kutipan 4.1.2013: RM50.00 


# untuk sumbangan 5.1.2013, RM0
Jumlah kutipan 5.1.2013: RM0


# untuk sumbangan 6.1.2013, RM2.00
Jumlah kutipan 6.1.2013: RM2.00


# untuk sumbangan 7.1.2013, RM100+RM500+RM10
Jumlah kutipan 7.1.2013: RM610.00


Transaksi setiap hari. 

1. Jumlah kutipan 19.12.2012: RM55.00
2. Jumlah kutipan 20.12.2012: RM235.00
3. Jumlah kutipan 21.12.2012: RM504.00
4. Jumlah kutipan 22.12.2012: RM55.00
5. Jumlah kutipan 23.12.2012: RM50.00
6. Jumlah kutipan 24.12.2012: RM50.00
7. Jumlah kutipan 25.12.2012: RM80.00
8. Jumlah kutipan 26.12.2012: RM130.00
9. Jumlah kutipan 27.12.2012: RM5.00
10. Jumlah kutipan 28.12.2012: RM0
11. Jumlah kutipan 29.12.2012: RM0
12. Jumlah kutipan 30.12.2012: RM0
13. Jumlah kutipan 31.12.2012: RM40.00
14. Jumlah kutipan 1.1.2013: RM205.00
15. Jumlah kutipan 2.1.2013: RM40.00

16. Jumlah kutipan 3.1.2013: RM40.00
17. Jumlah kutipan 4.1.2013: RM50.00
18. Jumlah kutipan 5.1.2013: RM0
19. Jumlah kutipan 6.1.2013: RM2.00
20. Jumlah kutipan 7.1.2013: RM610.00   

 __________________________________

TOTAL: RM2151.00

Alhamdulillahhhh. dah cecah 2k! :)) tapi belum boleh berlapang dada berjoget mesra lagiiii sebabb banyakkkk lagi kita perlukan peruntukan. walau berapa lahh sangattt usaha kita semua nak dibandingkan dengan orang lain, sekurang-kurangnya kita usaha sama-sama membantu dorang seikhlas hati seboleh mungkin daripada ceahhhhh bercakap je pandai, buatnya tak. T__T

OHH sebelum terlupa, PERHATIAN kepada semuaaaaa peserta yang dah bagi nama dekat nadia hari tu untuk join event ni, kak leeyana, sheila, kak amy, emma, ummi, kak mimi, nana, azzara azwiza, rosmaria abdul razak, marissa, syida, nia dania, kak bella, kak nunu, siti farishah an, kak elly, abg bebel, kak haryati, boni kacak, kak just, tirana aduka dan nurul. :) satu benda yang nadia terlupa nak inform awal-awal hari tu, setiap penyertaan kena bayar RM10 ye untuk makan minum kita sepanjang hari. RM10 per head. RM10 ni adalah untuk makan pagi, tengahari dan minum petang. kalau ikutkan, bolehhh je nak guna duit sumbangan terkumpul tapi tak baikk. tu kan orang derma untuk anak yatim. kalau kita guna untuk kepentingan keperutan kita, tak ke kurang sopan namanya. :) 

takkan sepanjang hari majlis nanti taknak makan taknak minum kann. dah la aktiviti-aktiviti nanti perlu mengerah tenaga. kata buat kerja amal. pagi sampai petang uolssss. hihi. tolong buat bayaran RM10 per head ni secepat mungkin ye sebab nak book makanan. kalau contohnya nanti korang dah bayar RM10 ni, lepas tu last minit korang tak dapat datang, duit ni kira halal la ye. terus masuk tabung sumbangan untuk anak-anak yatim sebab tak menyempat dah nak cancel makan minum last minit sebab order makanan ikut jumlah kepala peserta. oraittttt? nak nombor akaun sila email nadia ok, nadiafarahida@gmail.com. 
  
part paling bestttt, ada yang sudi sponser kanopi yeayy! :) thank you soooo much kak heze owner salamah cateringg. ada jugak yang sudi bagi peruntukan untuk cadar, dan peralatan mandi setiap anak-anak, nanti boleh bungkus cantik cantik buat hamper sorang satu yahooo. thank you kak lim! harap-harap nanti you dapat angpau lagi banyak. hihi :)) ada yang sudi bagi sumbangan apam polkadot sebagai gift untuk setiap anak-anak, thank you kak nurrr! ada yang sudi bagi sumbangan peruntukan makan minum untuk semua anak yatim time majlis ni berlangsung, bestnyaaaa. thank you abg fifi and ruby! :) dan ada beberapa lagi yang sudi memberi sumbangan cumaa bukan semua sumbangan kita boleh amek bulat-bulat. semuaaaa perlu dipertimbangkan. yang mana boleh amek kita amek, yang tak boleh kita cuba usaha sendiri. oraittt? :)

January 07, 2013

Gambaran sebenar Rumah Amal Kasih Bestari

awak. being seorang nadiafarahida, bila saya cakap saya tak main-main, sungguh saya tak akan main-main. bila saya cakap saya serius nak buat, saya betul-betul akan buat. walau macam mana gaya sekalipun saya akan buat. 

tapi bila sesuatu benda yang melibatkan banyak pihak, dah sah-sah saya tak boleh buat sorang diri. awak tahu kan? saya pernah bagitau dari dulu saya teringinnnnn sangat nak pegi rumah anak yatim. sebab seumur hidup memang saya tak pernah pergi. sampai satu hari, saya bagitau dekat blog. sungguh saya tak sangka, ramaiiiiii yang punya impian macam saya. nak pegi, nak pegi, peginya takkk. kan? haa, saya pon sama la. tapi tak tau kenapa, nekad saya untuk 2013 ni kuat. orang lain nak ke, orang lain xnak ke, saya memang nak pegi. tapi saya tau, sumbangan saya sorang takkan cukuppppp. berapa sen la sangat kalau 1 kepala kan. T___T

Alhamdulillah, awak semua sangattttt berhati mulia. walau berapa nilai yang awak semua dah sumbangkan, jumlah tu cukup membantu mereka. jadi, sebagai permulaan, kepada semua mereka yang telah memberi sumbangan, mahupun yang akan memberi, korang layak tau, macam mana gambaran sebenar Rumah Amal Kasih Bestari. ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. how does the real rumah anak yatim look like. 


aku pegi semalam ni diam-diam. tak bagitau pemilik rumah anak yatim ni dulu sebab aku nak tau gambaran sebenar keadaan rumah anak yatim tu. tak perlu dorang nak berlakon semata-mata. kan? yes, this is real. 

ni meja ustaz. office mini beliau mungkin. masuk-masuk je rumah akan jumpa office mini ni dulu. rumah ni ada dua orang je yang jaga. sepasang suami isteri. ustaz din dan kak zu.
  
ni ruang tamu rumah. malam-malam dorang tdo kat sini la sebab kat sini sejuk sikit. tarikkkkk tilam sorang-sorang bawak keluar, tido bergelimpangan ramai-ramai. siang hari, sini tempat dorang siapkan keje sekolah. kira sini ruang utama rumah ni yang dorang guna untuk membaca, menyiapkan keje sekolah, dan tidur. 

sebenarnya, ni bukan bilik tdo. ni adalah dapur. oleh disebabkan dapur dorang kecik ya hampunn, ada seorang laki baik hati bagi sumbangan untuk buat dapur. pecahkan belakang rumah, sambung buat dapur. jadi, dapur asal ni tak guna. dorang buat la bilik. macam mana korang tengok saiz dalam gambar, haaa macam tu la betapa keciknya bilik ni. mana muat semuaaa dorang nak tdo dekat sini kan. nak tak nak, dorang memang kena tdo dekat ruang tamu ramai-ramai. oh ye, sebelum terlupa, perempuan sebelah kiri aku ida, sebelah kanan mila. dorang antara tulang belakang yang banyak tolong aku untuk event ni nanti.

sebelah kanan tu pintu bilik tadi. depan terus tu pintu masuk ruang tamu tadi. 

ni dapur dorang yang aku cakap ada lelaki budiman bagi sumbangan besarkan ruang dapur tu. 

yang para kayu ni tempat dorang makan. paip tu kawasan dorang amek air sembahyang.

kebetulan time ni dorang tengah nak sembahyang zohor. kelakar tau. banyak main-main. hewhew. malu-malu kucing. kaw tau, part paling kelakar, salah sorang tengah iqamat. lepas tu syafiq amek gambar. boleh tengah-tengah dia iqamat, dia berjalan masuk celah almari sebab tak nak bagi amek gambar muka dia. HAHA. comeyyyyy je kaedah iqamat sambil menyorok. hewhew. :))


dorang ni semuaaaaaaa anak-anak yang bawah 12 tahun. kecik-kecik dah kena uji. kuat kan dorang T___T


kecik lagi ni babe kecik lagiiiii T___T

kenalkan, ni kak zu. isteri ustaz din. dia yang jaga makan pakai budak-budak dekat sini. baik kan beliau. T__T aku belum tentu mampu buat apa yang dia buat. terus rasa Ya Allah kerdilnyaaaaaaa T______T

fine. tak pandang kiri kanannnnnn dah nadiaaaa siap bersila bagai. (-________-) ni namanya mesyuarat mak mak. 

kesimpulan yang aku boleh buat dari lawatan sekejap amek surat kebenaran dari ustaz ni, apa yang aku boleh simpulkan yang korang patut tahu. 

1. rumah dorang boleh tahan luas Alhamdulillah tapiiiii, keselesaan untuk anak-anak tu xde. sungguh. takde langsung boleh dikatakan. mungkin sebab ramaiiii orang bagi perabot-perabot terpakai, tapii boleh tahan terukkkk rosaknya. ustaz mungkin tak sampai hati nak buang kannn dah orang bagi. semuaaaa benda dia taruk dalam rumah. jadi secara tak langsung, rumah tu nampak sempit untuk tampung semua anak-anak Allah sayang ni. 

2. kalau korang perasan gambar awal-awal tadi, dekat depan pintu masuk rumah, haaaa bertimbunnnnn baju orang sedekahkan. Alhamdulillah. dorang tak pernah tolak. rezeki orang bagi kan. tapi percayalah, anak-anak ni bukan spesis bertukar ganti macam kita. dorang pakai dua tiga helai je. kak zu cakap, tak terpakai baju-baju yang orang bagi. kadang-kadang mungkin baju tu up to date sangat sedangkan anak-anak ni tak lekang dari baju melayu dan t-shirt. perempuan baju kurung. jadi banyak baju yang tak sesuai anak-anak ni pakai. dia tak buanggg baju orang bagi jangan risauuu. tapi, samaada rumah amal lain datang amek dekat rumah dorang atau dorang akan bukak bundle untuk jual baju-baju sedekah orang ni. biasa sehelai dorang jual RM2 je. secara tak langsung, duit tu laaa yang dorang guna untuk keperluan harian. nampak kan apa yang dorang perlu.

3. berdasarkan semuaaa penceritaan kak zu, rezeki makan dorang tak pernahhhhh putus. Alhamdulillah. dorang sangatttt dilimpahkan rezeki dari segi makanan. beras berkilo-kilo ada orang sumbangkan. memang kitorang nampak sendiri banyakkkk beras dekat dapur yang orang bagi sumbangang. memang setiap hari makan minum dorang cukup. takde sampai tahap mencatu. tapiiii, dari segi lain, mungkin kita semua tak pernah terfikir. masuk toilet dorang sabun mandi takde T_____T sedihhhh. sabun basuh ada 1 ketul je. lagi sedihhhh. cadar xcukup sebab ada segelintir budak-budak laki ni still kencing malam. cadar tak pernah cukup. T___T 

4. ada sesetengah anak anak dekat sini memang betul-betul yatim piatu. ada yang mak meninggal ayah buang. ada yang ayah meninggal, mak ada 4 orang anak, daif sangat tak mampu tanggung keempat-empat orang anak. jadi terpaksa serahkan pada orang lain. ada yang lahir dekat hospital, siap lahir, tinggal bodoo. T____T 

satu hari, bila awak besar, awak akan faham. percaturan Allah adalah sebaik-baik perjalanan hidup seorang manusia. walau siapa mak ayah awak, walau siapa darah daging awak, walau macam mana latar belakang awak, bersyukur sayang. awak antara insan palingggggg beruntung Allah pilih. Dia uji awak sejak dari kecik. bayi sekalipun. tak kesah kaw nak panggil derma apa. derma kilat mahupun derma terdesak. aku sangat memerlukan untuk mereka. TOLONG. Maybank Nik Asyraf Syafiq Nik Azizan PLEASEEEE, 1530 1053 8403.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...