January 03, 2013

jumlah sumbangan setakat 2.1.2013


walaupun tak banyak sangat peningkatan tapi Alhamdulillah, at least masih ada yang sudi membantu anak-anak yatim kesayangan Allah ni. 

untuk sumbangan sebelum-sebelum ni, 
19, 20, dan 21hb December boleh tengok sini.
22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, dan 29hb December boleh tengok sini
30 December, 31 December, dan  1 Januari, boleh tengok sini.


# untuk sumbangan 2.1.2013, RM10+RM20+RM10
Jumlah kutipan 2.1.2013: RM40.00


Transaksi setiap hari. 

1. Jumlah kutipan 19.12.2012: RM55.00
2. Jumlah kutipan 20.12.2012: RM235.00
3. Jumlah kutipan 21.12.2012: RM504.00
4. Jumlah kutipan 22.12.2012: RM55.00
5. Jumlah kutipan 23.12.2012: RM50.00
6. Jumlah kutipan 24.12.2012: RM50.00
7. Jumlah kutipan 25.12.2012: RM80.00
8. Jumlah kutipan 26.12.2012: RM130.00
9. Jumlah kutipan 27.12.2012: RM5.00
10. Jumlah kutipan 28.12.2012: RM0
11. Jumlah kutipan 29.12.2012: RM0
12. Jumlah kutipan 30.12.2012: RM0
13. Jumlah kutipan 31.12.2012: RM40.00
14. Jumlah kutipan 1.1.2013: RM205.00

15. Jumlah kutipan 2.1.2013: RM40.00

 __________________________________
TOTAL: RM1449.00

-----------------------------------------------------------------------
 
ok settle pasal topik sumbangan. topik seterusnya pasal T-shirt Kami Blogger hari tu yang dari entry Tshirt Kami Blogger, RM20 sehelai, nak? 




kepada yang dah bayar, insyaAllah tiga empat hari lagi baju siap. siapp je nadia terus posss ok. korang jangan risau ye. :) yang belum bayar, sila buat bayaran dengan segera sesegera mungkin sebab last nadia amek order sampai akhir bulan ni je. abis bulan satu, bulan dua nadia nak concentrate sepenuhnya untuk event anak yatim. tak sempat dah nak pikir pasal baju. :) paling-paling lewat kena buat bayaran dalam 15 atau 16 haribulan satu sebab baju makan masa dalam dua tiga minggu jugak la nak siap kannn. bukannya bayar terus dapat sebab nak kena buat satu-satu. ok clear? selai baju RM20. serius nak beli, email nadia nadiafarahida@gmail.com. nanti bagitau saiz apa, nak design KAMI BLOGGER ke BUKAN BLOGGER, dan dekat lengan nak tulis nama apa. untuk anggaran saiz, boleh refer entry ini.

-------------------------------------------------------------------------

ok settle pasal baju. topik seterusnya, tentang event anak yatim. korang ada tau sape-sape yang buat servis kanopi untuk disewa yang murah tak? area shah alam sebab rumah anak yatim ni nanti dekat kg melayu subang, shah alam.



kitorang nak guna time event anak yatim ni nanti. nak tiga buah kanopi, 10 meja bulat, 2 meja segi empat panjang untuk buffet line, 100 biji kerusi. palingggggggggg murah. sebab bajet tak besar. sepenuhnya akan digunakan untuk majlis bersama anak-anak yatim ni nanti. kalau ada tolong inform nadia boleh? tak pon, suruh orang kanopi tu kontek nadia terus. lagi senang. email nadia nadiafarahida@gmail.com. boleh? pehlissssssssssssssssssss. T___T terima kasih kawan-kawan yang baik hati!

25 comments:

  1. wah... boleh tahan jugak kutipan derma tu... ade sebulan lagi... harap berganda2 hendaknya...

    ReplyDelete
  2. wah makin bertambah, bertambah dan bertambah alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nadia! sheila try tanya kawan suami ye. sebab haritu kitorang kawin pakai servis murah. sheila try tanya dulu okey? sheila bank in malam ni, sheila inform via phone ye :)

    *alhamdullilah rezeki diorang

    ReplyDelete
  4. Kalau ada yang nak sponsor kanopi sangattttt dialu alukan.......... ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, masih ada yang sudi membantu.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...akhirnya....insyaallah nanti ramai lagi yang akan bg sumbangan..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah makin bertambah....ala akak takleh nak tlg bab kanopi la...

    ReplyDelete
  8. Alaaa, kalau nak beli tapi x join event tu boleh tak kak??? serius sy nak sangat baju camtu satu.. menutup aurat, labuh lak tu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ada sumbangan untuk kanopi..

    Semoga semua urusan tu nanti dipermudahkan ye...

    Tahniah Nadia kerana menggembirakan hati anak yatim

    ReplyDelete
  10. nak tolong bagi suggestion khemah pun susah sebab tak duk area situ...hanya mampu mendoakan dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  11. tahniah ya! semoga event tu berjaya! kalau ct boleh pegy kan best.. huhu. tp praktikal pulak. ;'(

    ReplyDelete
  12. Dgr cite dh dpt ek khemah ni?
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. salam,

    mudah-mudahan akan diberkati segala usaha2 yg tlh dilakukan ni...

    ReplyDelete
  14. Happy NEW YEAR Nadia!!

    ----www.dakwanie.com----

    ReplyDelete
  15. mcm nk beli je baju tu .. warna apa yg ade ?

    ReplyDelete
  16. nadia?? dasyatnya awak nak buat event tu nanti? wah.. terbaiklah awak..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..
    Adeh kita belum bank in. kejap. kejap.. :)

    ReplyDelete
  18. good job Nadia.. wah xsabar nak tunggu baju

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah...

    alaaaaa...kak sya ade contact canopy tp belah2 jalan ipoh...nnt kak sya ask around okayh..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. moga makin bertambah..rezeki untuk anak2 yatim

    ReplyDelete
  21. hehehe nanti dapt baju ;) untuk event nie insyaAllah ada hasilnya nnt, mana tau dpaat free or diskaun ;)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..banyak gak yek kutipan tu..

    ReplyDelete
  23. seriously baju blogger RM20? termasuk pos ke tak tu? boleh buat warna lain? *banyak tanya pulak :3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...