January 01, 2013

hotel murah di cameron highlands

kalau kaw plan nak pegi bercuti secara berjemaah ramai-ramai ke cameron highlands, nak hotel murah, aku harap entry ni membantu korang sikit sebanyak. kalau niat kaw pegi cameron, kaw nak cari penginapan yang untuk sekadar janji dapat tidur, kaw tak kesah tentang keluasan bilik, kaw tak berapa kesah tentang tahap kebersihan bilik, aku rekemenkan korang try stay dekat hotel ni. Hotel Chua Gin.


minggu lepas time aku on the way balik ke kampung dari KL ke besut, memang kitorang plan nak singgah sekejap dekat cameron amek angin tapi tak plan nak tido sane ponnnnnn. tiba-tiba bila dah sampai, lain pulakkkk jadinya. (x_____X) datang cameron waktu cuti sekolah, segala mak nenek harga automatik bertambah dari hari biasa time tak cuti sekolah.  

sebelum ni pegi cameron, aku tdo dekat tanah rata. jauhh dari pekan cameron. tapi kali ni, kitorang memang aimmm nak hotel yang betul-betul dekat dengan pasar malam brincang. senang turun hotel jalan kaki je. tak yah naik kereta sebab umat manusia ramai sangattt kenn. bila plan secara tiba-tiba ni, takde maknanya dapat hotel best-best. amek je yang mana adaaa. janji dapat tido. lagipon, kitorang bertujuh tapi nak duduk dalam 1 bilik yang sama. kehkehkeh. dah sampai cameron, cepat-cepat search internet, hotel mana available lagi dekat pekan brincang. ada dua pilihan terbaik. lokasi betul-betul dekat pekan brincang, murah, dan boleh muat sehingga 7 orang dalam satu bilik. hewhewhew :p 

satu hotel chua gin ni, satu hotel rainbow. satu malam dekat hotel rainbow RM160, ada dua queen bed. manakala hotel chua gin ni, rupa dia macam ni, 

ada dua queen bed, satu single bed. harga dia RM138. murahhh kan? :) 


rupa toilet dia macam ni. kebersihan tak berapa nak memuaskan laaa, dah nama pon bukan hotel berbintang, ni stok hotel cukup makan. :D hotel ni 4 tingkat. nanti kalau korang nak tinggal sini, korang jangan lupa minta bilik jangan tinggi-tinggi sangat. nanti lenguh sebab kena naik tangga tinggi-tinggi. T___T dia memang xde lif. oh lagi satu, dalam bilik dia memang xsediakan towel. kalau nak towel, mintak dekat kaunter siap-siap. aku hari tu tak tau, tak memasal kena beli towel lainnn kannn sebab tak plan pon nak tido sini. bilik dia still ada TV, water heater, kettle nak masak air, sabun ketul LUX. tapi kelemahan bilik ni, dia tak berapa nak bersih sangattt la. aku cakap terus terang, kalaw kaw datang cameron nak honeymoon, dah sah sah kaw memang tak patut tido dekat hotel ni. tapi kalau kaw datang nak shopping, bawak keluarga ramai, aku rasa hotel ni dah berbaloi. ok? 

oh lagi satu sebelum terlupa, kedai makan ni pon sedap di tekak aku. palinggggg sedap, laksam dia! heyy sedapnya! :))


ok tu je entry pertama untuk tahun 2013, percutian bajet tak dirancang ke cameron highlands aku, harap boleh membantu korang sikit sebanyak kalau korang plan nak gi sane nanti. kalau xnak hotel ni pon xpe bukannya aku paksa pon kannnnn. kbai. :)) 

23 comments:

  1. nanti kalau ke cameron boleh try :)

    ReplyDelete
  2. Kedai makan, boleh try Poknik Ikan Bakar, Fav kite :)
    Hotel mana-mana pun, kalau nak makan tu kena intai logo Halal.. hehe..

    ReplyDelete
  3. nory honeymoon kat hotel rossa passadena, dekat jgak ngan pasar malam, jalan kaki je..best kan cameron...rinduu nak ke sana lg..jom kita wat trip...hehe

    ReplyDelete
  4. ct dah beberapa kali gak tdo kt cameron. al maklumlah. dekat je kan. ct biase tdo kat apartment. semalam. dpt lam 150, weekend 180. berbaloi jgk la.

    ReplyDelete
  5. Nadia!
    Sama la hotel kite...nadia p bape hb?
    Kak nad pi 22/12 aritu
    Tp kan tp kan...dpt bilik rm188, uwaaaaa!
    org baru gaji+ org smbg cuti smpi krismas+cuti skool+weekend
    Hambekkkk =)

    ReplyDelete
  6. ok nad..sangat berguna hokeyy..
    happy new year!

    ReplyDelete
  7. Salam Nadia. dulu kak mira pun ada duduk hotel ni jugak. masa tu lagi lah, satu malam RM198, lepas tu RM200+, kire beze RM100 jugak tu dari Nadia dapat, lepas tu pulak, bilik paling tinggi sekali..

    ish..

    cuma masa kak mira punye time, bilik dia sangat bersih.. toilet pun bersih..

    ReplyDelete
  8. Ramai tak org cuti ritu. Mesti jem kan? Haish..

    ReplyDelete
  9. Not bad hotel ni...

    Sementara masa masih ada ! TOPUP RM100 UNTUK ANDA !
    http://nadyabubble.blogspot.com/2012/12/contest-top-referer-get-rm100-topup.html

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum nadia! bagusnya murah tu! bolehlah nak jln sana dgn fmly. hihi. nice ur first entry nad ♥

    ReplyDelete
  11. Memang plan nak pi nanti.. Bleh bincang2 lps ni..hi hi

    ReplyDelete
  12. serius murah gila!! katil cenggitu kalau hotel lain dah lebih 200 tu.... arghhhh!! bila nk naik cameron ni!

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi sampai sana...sadis...plan nak pegi hujung tahun lepas, tapi bila dah membuyong gini, tak larat plak nak berjalan...

    ReplyDelete
  14. syg, kalu nak beli cage untuk meow, jgn lupa klik sini hokey.... heheh... aksesori kamera pun ada.. (promote) hahaha

    http://mrpetstore.blogspot.com/
    http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=66477

    ReplyDelete
  15. Ida pergi CH duk RPP Kerajaan je... hihihihi

    ReplyDelete
  16. pernah ada perancangan dengan member2 nk bercuti ke cameron ni. tapi tak pergi2 pun. mungkin lain kali. nanti, boleh try tengok hotel ni.. thanks sbb share...

    ReplyDelete
  17. kah kah kah...kak intan gelak sungguh baca entry nadia..kakakakakak..melancong secara berjamaah!!!

    ReplyDelete
  18. hotel jasmine murah dan selesa bersih..lain kali p sana...hehehe i tiap2 kali naik CH kat situ je

    ReplyDelete
  19. wah, 3-3 katil tu 138 je, bapak puas hati.
    tq for the entry!!!

    ReplyDelete
  20. Nadia...yati baru je balik dr CH...masa gi sana tak survey dulu hotel2 kat pak cik google...so bila dh smpai sana main terjah je..masa first terjah hotel apa entah nama dia yati lupa rm250 satu mlm.nk tdo dua mlm so mmg tak lepas budget la kan..hehehe..second hotel husband yati tanya iris hotel rm120..so kami check in iris hotel..hotel dia ok la juga..bersih, toilet pun bersih, ada lift..kiranya berpuas hati la.:-)

    ReplyDelete
  21. i pun dah stay kat hotel chua gin tuh..
    mmg berbaloi2..
    =)

    ReplyDelete
  22. plan nk pegi cuti hari jadi Agung sabtu ni.. tdo sana blk ahad.. tgk entry ni macam membantu.. sbb sblm ni pernah gi melaka satu bilik rm50 kami tdo 4 org.. buat muka kesian dpt la satu tilam lg.. hehe.. sbb bkn pegi nk duk dlm bilik sgt pn..just nk tdo mlm je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...