January 29, 2015

harga tiket flight ke Jakarta

kalau pergi bercuti untuk beberapa hari ni selalunya akan amek masa berbulannnn untuk aku habiskan keseluruhan entry cerita diaaa :p jadi sebelum penyakit malas aku datang, marilahh kita start dengan kisah harga tiket dulu. sebenarnyaaa, Jakarta adalah unplanned trip yang manaaa tak terlintas aku akan pegi dengan secepat ni. selalunyaa kalau untuk bercuti ke mana-mana tempat luar negara contohnya, aku amek masa dulu untuk fikir besttt ke tak tempat kita nak pegi ni tapiii Jakarta ni hoiiii, hari ni tengok, hari ni jugak beli. (-__-') tak survey dahhh time tu harga murah kee harga mahal kee. terus main beli je sebab ntahlah, mungkin ni sawan orang baru habis pantang namanyaa :p baru dapat merasa keluar rumah selepas berbulan asyik memerappp jewww mihmihmih :p jadi, hari ni tengok, hari ni jugak aku booked. tarikh nak pegi, lagi dua minggu. (-__-') mendapatttlaaa segala mak nenek mahal. T__T last minit booked kan. cer kalau book awal-awal. mestiii lagi banyak boleh save tapi lantaklah, aku nak pegi jalan. :p dah balik dah punn kaw paham takkk (-__-') :p jangan nak meratapi sangattt laaa nadiaa :p kihkihkih.

ok jadi mari kita mulakan dengan harga tiket dari Kuala Lumpur ke Jakarta. untuk flight Kuala Lumpur ke Jakarta ni, aku booked AirAsia je sebab time sawan nak berjalan tu datang, kebetulan aku tengah bukak website Airasia. :p jadi terus grabbbb untuk 4 dewasa, 1 kanak-kanak dan seorang bayi. :) sebenarnya kalau ikutkan, semua family aku pegi sekali tapi oleh disebabkan papa dan adik lelaki aku kerja, last minit tak boleh apply cuti, so aku pegi Jakarta dengan Syafiq, bunga, mama, adik perempuan aku dan adik bongsu aku je laaa. 

untuk flight pegi ni, total semua adalah RM900. termasuk makan minum sorang seketul. :)

hihi. ohh flight pegi kitorang tak add on luggage punn sebab kataaa Jakarta dan Bandung tempat menshoppinggg kenn. :P so kitorang pegi ni bawak baju selai dua je laaa mana yang perlu. :) dan tak beli seat jugak sebab kalau bawak infant, dorang tak benarkan web check-in. soo dari aku terpisah merata dari laki dan family aku, baik kitorang assign seat dekat kaunter je time check-in tu nanti. so dapat laaa semuaa duduk sama-samaa. ;) hihii. oleh disebabkan ni pertama kali bunga naik kapal terbang, adalah cuak bagi aku untuk handle bunga kalau aku duduk sorang-sorang. dibuatnyaaaa dia menangis melalak-lalak, seremmmmm. tapi Alhamdulillah, dia okkk jeee tak nangis punn sepanjanggg penerbangan. well done baby. ;) hihii. ohh sebelum terlupa, untuk flight Airasia, harga tiket untuk infant adalah RM50. yess, walaupun masih bayi, baby still kena beli tiket dia walaupun sepanjang dalam flight nanti seatnya adalah diatas riba sahajaaa huhuu. boleh jee kalau korang nak add on bassinet untuk letak baby dalam tu cuma untuk airasia, add on bassinet tu kena charge. bassinet tu macam sejenis katil tergantung untuk letak baby tapii untuk first timer macam bunga yang belum tentu boleh ramal apa akan jadi dalam flight nanti :p takpelahhh. ;)) aku rela riba jeee hihihi. ;)

untuk flight balik, time aku book tiket Airasia tadi, sempat la aku comparekan dengan tiket Malaysia Airlines dan yang bestnyaaaa, harga tak jauh bezaa. :) walaupun harga tiket MAS mahal sikit tapi atleasttt, tu adalah harga dah termasuk luggage 20kg sorang dan makanan segala bagai. Airasia pulak yess harga tiket dia murah untuk flight balik nii tapi selepas add on luggage dan meal, harga dia jadi lebih kurang MAS. baikkkk aku amek flight MAS. kikikiii :p tentu-tentu bab luggage tak perlu pikir pape dahhh sebab sorang 20kg kan. cer kalau Airasia. setiap kali timbang luggage mestii berdebor sebab takut lebih limit. T__T lagipun untuk membeli belah di Bandung dan Jakarta, berapa kilo barang yang akan dibawak balik mesia nanti sukar untuk diramal kannn :p so aku taknak amek risiko. huhuu. 

untuk flight balik dari Jakarta ke Kuala Lumpur, total tiket untuk 4 dewasa dan 1 kanak-kanak adalah  3,132,000 IDR. 


yang mana bersamaan dengan RM906.40


untuk tiket MAS kann semua dah all in. soo jimat duit aku. :p tak perlu bayar luggage, tak perlu bayar meals, tak perlu bayar seat, tak perlu bayar bassinet. semuaaa dah termasuk. :) cumaaaaa, untuk tiket bunga yang mana seorang bayi, untuk book tiket infant tak boleh book online sebab time nak booking haritu dorang suruh masukkan nombor passport terus sedangkan masa tu kitorang belum buat passport lagi untuk bunga. jadi untuk add on infant seat, kitorang terus walk in ke pejabat MAS di KL Central. senangggggg. 

untuk infant seat dari Jakarta ke Kuala Lumpur, kitorang kena bayar RM149. settleee masalah tiket untuk bunga sekali. legaaaa ;) untuk infant pun ada free luggage. 10kg rasanyaa lupa dahh.


jadi total keseluruhannnnn harga tiket pegi dan balik dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan balik semula dari Jakarta ke Kuala Lumpur adalah 

# Kuala Lumpur-Jakarta by Airasia: RM 900
# Jakarta-Kuala Lumpur by Malaysia Airlines: RM 1055.40
_________________________________________________
TOTAL: RM 1955.40

nantii kalau korang nak book tiket ke Jakarta, boleh laa bandingkan dengan harga yang aku dapat ni. T__T senanggg. atleast korang tau, yang harga korang dapat tu still murah atau dah mahal lebih dari harga yang aku beli last minit. kalau murah terus grab tauuu jangan tunggu lama-lamaaaa ;) kang melepas. aku tolong meratapi macam aku sedang meratapi nii. T___T huhuuhuu. 



---------------------------------------------------------------------------

Produk Review


korang pernah dengar BB Cream by Seqy Beauty? amagadddd. (-__-') ni antara produk yang sangatt tengah naik dengan lajunyaaa sekarang sebab mahu tak laju, sekali pakai dah nampak cantik! cer kalau hari-hari pakai. cantiknyaaaaa cantiknyaaaa ;)) kann? 

BB Cream by Seqy Beauty ni sesuai untuk semuaaa jenis kulit muka terutama bagi yang tak suka makeup tebal-tebal tapi still tak nak orang nampak cela di wajah kita. haaa, BB Cream by Seqy Beauty is the best for you. :) dia lebih kepada bedak asas yang mana lebih ringan dari foundation tapiiii dia punya cantik berglowing sampai orang tak nampak cela-cela kita. curlasss gitueww ;) dia jugak bertindak balas sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit. dia mampu membantu melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF30+) tanpa meminyakkkan kulit kita. :)


ohh saiz dia pun sangattt praktikal. kecik cenonet jee. senangggg nak bawak pegi mana-mana. masuk handbag, settle. lagipun cara nak pakai dia pun senang jugak. just ratakan pakai jariii. simple kan? tak perlu dahhh kaw nak mengusung bedak lagiii, foundation lagi, span segala bagai. kaw bawak dia je seketul selesai masalah. :)


untuk harga dia, seketul hanyaa RM 55 atau RM 60 untuk sabah dan sarawak. untuk tempahan, korang boleh terus whatsapp aniz dekat nombor ni ye, 017-2428086. nanti aniz akan poskan. kalau nak amek by hand pun boleh. dia akan hantarkan ke Seksyen 7, Seksyen 8, Padang Jawa, Alam Avenue Shah Alam dan Bukit Aman. pape korang boleh contact aniz terus okeh. ;) Boleh dapati juga di vendor butik The Alyn Cafe & Boutique Kuala Selangor dan Contena Boutique Vendor, Alor Janggus, Kedah. selamat mencantikkan diri terlajak cantik semuaaaa. ;)






17 comments:

  1. Yeahhhh selamat ke jakarta dik sayang...bunga sonok yer naik flight lg yeyyy...abg Qi fly bulan 8 nanti je...umi kena kumpul duit nak beli pinggan mangkuk corelle hahahhahahha

    ReplyDelete
  2. kadang2 kena compare dulu antara MAS & AA...kan...hehehehe...rindu bandung

    ReplyDelete
  3. Memang last min punya tiket , nasib - nasib jer kalau dapat murah . Masa YY pi dulu , Tiket dalam RM100 jer all in . Pun nasib jer . :)

    ReplyDelete
  4. Good job! rasanya MAS 30KG, 20KG tu utk international flight ke?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum yaya, wahh bagus2. boleh jadikan panduan nak beli flight tiket. hehe ritu sheila beli MAS.. mujur flight dalam Malaysia je. takyah nak renew pasport dgn buat pasport utk adam.. hehehe debor gak nak handle baby dah lincah hikhikkk

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat cuti-cuti 1 family...
    teringin gak tapi susah sikit nak berkumpul semua kami 8 beradik...masing2 terikat dengan tanggungjawab masing2...insya Allah coming soon kot..hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. I kalau Jakarta - bandung.. selalu booking direct thru Airasia.go.
    1weeks/ 2 weeks sblm fly pon boleh dapat RM 300+ (pax, hotel , flight terus) Murah kan? hehehe.


    ReplyDelete
  8. jangan meratapi sangat laa nadia..barang yang lepas, jangan dikenang..buang yang keruh ambil yang jernih..hahahaha.tibeehh je.. memang kalau pi travel kena buat budgeting pon tengok mana yg lebih worth..for sure kalau air asia tu add on skali laa insurans ke hape kann.. penting tuuu

    ReplyDelete
  9. xpernah lagi tempah tiket flight...huhu

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat cuti2 dgn family..

    ReplyDelete
  11. betul tu.. sokong sangat.. kadang2 mas lagi murah dari air asia..

    ReplyDelete
  12. Next entry letak pic bunga kat Jakarta pulak nah.

    ReplyDelete
  13. Next entry letak pic bunga kat Jakarta pulak nah.

    ReplyDelete
  14. Kena tgk compare pilih yg rasa berbaloi kan..

    Singgah sini

    https://www.bajusweetmuslimah.tk/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


    https://www.blogahbar.tk/p/perancangan-kewangan.html

    https://www.lenovomurah.tk/

    Jemput singgah2 ye.. Dan subcribe utk promosi terbaru kami :)

    ReplyDelete
  15. bestt ekk jakarta.. tak penah sampai lagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...