Lazada Malaysia

Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

November 14, 2012

realiti kehidupan hari ini.

kaw hidup la negeri mana sekali pun kaw tetap memerlukan duit. nak cakap aku berdendam tu tak tapi kata-kata beliau masih terngiang-ngiang dekat telinga aku walaupun benda ni berlaku setahun lebih yang lalu. beliau pernah berkata, mungkin beliau terkata ;p, tapi kata-kata beliau, sangatttt aku pegang. sampai saat ini. :)

" majoriti budak kampung cari kerja dekat bandar besar macam kl ni nak femessss je. bila balik kampung, orang akan tanya, keje mana? KL.. bunyi hebatt sangat padahal sama je kerja kalau dia kerja dekat kampung sebab walaupun gaji rendah tapi berpadanan dengan taraf hidup kos sara diri di kampung. walaupun gaji kerja di KL lebih tinggi berbanding gaji kerja di kampung, memang tak mustahil laaa sebab kos sara diri dekat bandar besar dah sah sah tinggi. kalau setakat gaji RM2000 kerja dekat KL, takde kaya mana ponnn." 

pheewwwww, berpeluh dahi aku dengar kata-kata bernas maha pedas beliau. kejadian ini berlaku time kitorang borak-borak kosong dekat kedai mamak suatu ketika dulu. time tu aku tengah kerja dengan jetstar airways. aku baruuuu start kerja. dan sah sah aku memang berasal dari kampung. time tu aku baruuu dua tiga bulan kawen. aku syak pakcik tu tuju dekat aku. T__T huhu. sebab kata-kata dia memanggg makan dalam. dan sebab kata-kata dan perlian beliau tu la buat aku bersemangat nak bela diri berkobar-kobar. siapa kata anak orang kampung tak boleh berjaya dekat bandar besar? siapa kata semua yang datang kerja dekat KL nak femes semata-semata? siapa kata? memang aku tak nafikan, majoriti 'orang tua' mementingkan pekerjaan anak-anak mereka. sebab mak ayah mana tak nak tengok anak masing-masing berjaya. ye dak? mesti dorang akan bangga bila orang tanya dorang, 

"anak awak kerja apa? dekat mana?" 

kan bangga kalau dorang boleh jawab, 

" anak saya doctor dekat kolumpo." 

cukup. pekerjaan anak yang cukup membanggakan mereka. dan aku pasti, berita pekerjaan anak mak limah, mak joyah akan canangggg satu kampung. anak mak limah seorang doktor. siapa tak bangga, kaw memang menipu. ;) 

kalau setakat berkelulusan diploma macam aku, aku tak nafikan gaji kaw memang tak boleh pergi jauh kalau kaw makan gaji. basic diploma paling paling tinggi boleh pergi RM1800. bergantung pada budi bicara tempat kerja kaw jugak kann. kalau nak pergi jauh, bolehh tu bolehhhh tapi makan masa sikit sebab kaw kena cari pengalaman dulu sebelum boleh naik next level. kan? tapiiiiii, kaw kena percaya, rezeki manusia bukan kita yang tulis. rezeki manusia Allah dah tetapkan untuk setiap hambaNya. aku tengok, ramaiiiii je sekolah tak pandai tapi still berjaya. dan ramaiiii je belajar tinggi-tinggi tapi at the end of the day, kaw tak jauh beza pon dengan orang yang belajar tak berapa nak tinggi. rezeki masing-masing babe. 

cakap bab gaji, aku terjumpa gambar ni dekat facebook. 


phewwww~ berdarah hidung aku. mana cukup gaji RM1500 nak bayar semua benda. kan? mana nak beli baju dalam seluar dalam, mana nak beli makan. :) kalau kaw ada bakat, tak salah kaw buat bisnes sampingan walaupun kaw dah makan gaji. at least, kaw boleh menyimpan. orang selalu memandang rendah pada orang yang berniaga ni kan. T__T kalau kaw tanya aku kerja apa, makan gaji ke. aku jawab tak. sebab, aku buat bisnes sendiri. walaupun ramaiii yang cakap kerja makan gaji lagi terjamin, memang aku tak nafikan. tapi aku tetap memilih untuk bukak syarikat sendiri. kerja sendiri ada turun naik, adat la babe. nak tak nak, ni dah memang lumrah hidup. duit ni kan, lagi banyak kita cari, laagiiiiii banyak dia habis. duit memang takkan pernah cukup. percayalah. berhantu kan? ;p

berbalik pada pakcik tadi, aku terdiam lepas dia perli macam tu sebab benda dia tuju tu betul-betul kena atas batang hidung aku. tapiiiiii, semoga pakcik nampak apa yang saya nampak sekarang. saya tak tau kalau saya balik kerja dekat kampung saya kerja apa dan banyak mana rezeki yang saya dapat tapi alhamdulillah Allah dah tetapkan rezeki saya dan suami di bandar besar ni. walaupun kadang-kadang kami makan nasi dengan ikan keringgggg je, tapi kami bahagia. :)) kihkihkih. 

memang aku tak nafikan lagi, taraf hidup di bandar sangattt tinggi tapi benda ni sebenarnya atas diri masing-masing. mana mana pon same je janji kita tau apa yang kita buat and apa yang kita betul-betul nak. hidup babe, semua kena kerja keras. sape yang nak kasi kaw duit free-free. takkan sampai sudahh nak hadappp duit mak ayah. kenn?

October 13, 2010

roda kehidupan.


dan ya, saya setuju. 
utk kalian dan utk diri ini juga,
setiap manusia xkan terlepas dari dugaan dan ujian dariNya.
ujian hanya utk menyedarkan kt bahawa jangan lupa Dia.
Dia maha kaya. Dia xkan uji klu Dia tahu kt xmampu.
setiap ujian diberi berdasarkan kemampuan kt.
setiap ujian dan dugaan yang kt terpaksa lalui mesti ada hikmah tersembunyi disebaliknya.
percayalah.
dan hikmah tersembunyi itu adalah yg terbaik dan lagi baik dari sebelumnya.
Dia maha mengetahui dan Dia maha mengasihani. 
Dia xkan sesekali biarkan kt terkapai2 keseorangan dan ya, perasan atau x,
pertolongan Dia ada dimana2.




note: entry dari hati utk hati. tp entry ni bkn sbb saya mkn hati.
dan saya masih nadia yang happy. =)


October 09, 2010

korang penah main 'The Mouth of Truth'?

korang pernah dgr x 'the mouth of truth' ni?
bkn main mcm saidina tu ye kawan2. ni permainan yg sngt mudah tutup mata pon boleh main.
tp, ade setgh org ckp xbaik.
sbb mouth of truth ni lebih pada mcm tilik nasib.
tp, bg aku, bergantung pada niat n nawaitu saumarodin masing2. 
aku try bnde ni sbb jakun mmg xpnh jmpe benda purba mcm ni. nk jgk rasa main bnde ni.
pes time katekan. =)
dan setahu aku, dlm mesia, bnde alah ni ada kat mid valley je. tp xtau la kot ade kat lain. 
name lagi pes time kan..
ni la pakcik purba 'the mouth of truth'.
 

cara nak main atau lebih dikenali cara nk tilik nasib ni,
korang masukkan duit 50sen then masukkan tapak tgn kat dlm mulut pakcik purba ni.
dier akan scan segala urat2 saraf, saraf2 bertuah and saraf2 xberapa bertuah
tu dlm lbh kurang 30saat. =)
nnti, dier akan kluar rsult through a piece of paper. mcm ni.


apakah result nasib aku. haha. meh aku share.


- Anda mahu mengetahui keadaan yg sebenarnya sebelum mmbuat keputusan.  
*kdg2 ye, kadang2 main tibai je.
- Kebersihan diri adalah sangat penting bagi diri anda. *tepat skali! =)
- Anda dpengaruhi oleh pandangan org lain dan persekitaran anda sendiri 
dlm memilih pasangan hdup.
* xberapa tepat. ko pengaruh la ape pon. afiq ni cinta mati aku. =p
- Anda mungkin ditimpa kemalangan ttapi rasanya ia tidak akan mmbawa kesan yg serius.
* ye ke? konpem? xde maknanya. kang tibe2 innalillah, siap ko pakcik purba! hancur ko aku ketuk!


dan graf tu mnunjukkan percentage per 10.


hidup: 8/10
cinta: 8/10
nasib: 8/10
kesihatan: 6/10
seks: 4/10 *woi! sikitnyO! tny afiq ah wei. =)



sekian, mmg xboleh percayo.  menipu je kje pakcik purba ni. udah2 ler tu. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...