Lazada Malaysia

November 14, 2012

realiti kehidupan hari ini.

kaw hidup la negeri mana sekali pun kaw tetap memerlukan duit. nak cakap aku berdendam tu tak tapi kata-kata beliau masih terngiang-ngiang dekat telinga aku walaupun benda ni berlaku setahun lebih yang lalu. beliau pernah berkata, mungkin beliau terkata ;p, tapi kata-kata beliau, sangatttt aku pegang. sampai saat ini. :)

" majoriti budak kampung cari kerja dekat bandar besar macam kl ni nak femessss je. bila balik kampung, orang akan tanya, keje mana? KL.. bunyi hebatt sangat padahal sama je kerja kalau dia kerja dekat kampung sebab walaupun gaji rendah tapi berpadanan dengan taraf hidup kos sara diri di kampung. walaupun gaji kerja di KL lebih tinggi berbanding gaji kerja di kampung, memang tak mustahil laaa sebab kos sara diri dekat bandar besar dah sah sah tinggi. kalau setakat gaji RM2000 kerja dekat KL, takde kaya mana ponnn." 

pheewwwww, berpeluh dahi aku dengar kata-kata bernas maha pedas beliau. kejadian ini berlaku time kitorang borak-borak kosong dekat kedai mamak suatu ketika dulu. time tu aku tengah kerja dengan jetstar airways. aku baruuuu start kerja. dan sah sah aku memang berasal dari kampung. time tu aku baruuu dua tiga bulan kawen. aku syak pakcik tu tuju dekat aku. T__T huhu. sebab kata-kata dia memanggg makan dalam. dan sebab kata-kata dan perlian beliau tu la buat aku bersemangat nak bela diri berkobar-kobar. siapa kata anak orang kampung tak boleh berjaya dekat bandar besar? siapa kata semua yang datang kerja dekat KL nak femes semata-semata? siapa kata? memang aku tak nafikan, majoriti 'orang tua' mementingkan pekerjaan anak-anak mereka. sebab mak ayah mana tak nak tengok anak masing-masing berjaya. ye dak? mesti dorang akan bangga bila orang tanya dorang, 

"anak awak kerja apa? dekat mana?" 

kan bangga kalau dorang boleh jawab, 

" anak saya doctor dekat kolumpo." 

cukup. pekerjaan anak yang cukup membanggakan mereka. dan aku pasti, berita pekerjaan anak mak limah, mak joyah akan canangggg satu kampung. anak mak limah seorang doktor. siapa tak bangga, kaw memang menipu. ;) 

kalau setakat berkelulusan diploma macam aku, aku tak nafikan gaji kaw memang tak boleh pergi jauh kalau kaw makan gaji. basic diploma paling paling tinggi boleh pergi RM1800. bergantung pada budi bicara tempat kerja kaw jugak kann. kalau nak pergi jauh, bolehh tu bolehhhh tapi makan masa sikit sebab kaw kena cari pengalaman dulu sebelum boleh naik next level. kan? tapiiiiii, kaw kena percaya, rezeki manusia bukan kita yang tulis. rezeki manusia Allah dah tetapkan untuk setiap hambaNya. aku tengok, ramaiiiii je sekolah tak pandai tapi still berjaya. dan ramaiiii je belajar tinggi-tinggi tapi at the end of the day, kaw tak jauh beza pon dengan orang yang belajar tak berapa nak tinggi. rezeki masing-masing babe. 

cakap bab gaji, aku terjumpa gambar ni dekat facebook. 


phewwww~ berdarah hidung aku. mana cukup gaji RM1500 nak bayar semua benda. kan? mana nak beli baju dalam seluar dalam, mana nak beli makan. :) kalau kaw ada bakat, tak salah kaw buat bisnes sampingan walaupun kaw dah makan gaji. at least, kaw boleh menyimpan. orang selalu memandang rendah pada orang yang berniaga ni kan. T__T kalau kaw tanya aku kerja apa, makan gaji ke. aku jawab tak. sebab, aku buat bisnes sendiri. walaupun ramaiii yang cakap kerja makan gaji lagi terjamin, memang aku tak nafikan. tapi aku tetap memilih untuk bukak syarikat sendiri. kerja sendiri ada turun naik, adat la babe. nak tak nak, ni dah memang lumrah hidup. duit ni kan, lagi banyak kita cari, laagiiiiii banyak dia habis. duit memang takkan pernah cukup. percayalah. berhantu kan? ;p

berbalik pada pakcik tadi, aku terdiam lepas dia perli macam tu sebab benda dia tuju tu betul-betul kena atas batang hidung aku. tapiiiiii, semoga pakcik nampak apa yang saya nampak sekarang. saya tak tau kalau saya balik kerja dekat kampung saya kerja apa dan banyak mana rezeki yang saya dapat tapi alhamdulillah Allah dah tetapkan rezeki saya dan suami di bandar besar ni. walaupun kadang-kadang kami makan nasi dengan ikan keringgggg je, tapi kami bahagia. :)) kihkihkih. 

memang aku tak nafikan lagi, taraf hidup di bandar sangattt tinggi tapi benda ni sebenarnya atas diri masing-masing. mana mana pon same je janji kita tau apa yang kita buat and apa yang kita betul-betul nak. hidup babe, semua kena kerja keras. sape yang nak kasi kaw duit free-free. takkan sampai sudahh nak hadappp duit mak ayah. kenn?

10 comments:

  1. Jangan persoalkan rezeki orang kerana itu dah ditetapkan oleh Allah SWT. Dok kg @ dok di bandar semuanya sama jer. Kalau tak pandai nak menguruskan kewangan dengan bijak memang tak cukup makan ler jawabnya...

    ReplyDelete
  2. yaya, mila setuju 120% mana-mana tempat pun kita duduk kalau kita pandai bawak diri bersungguh-sungguh dalam kerjaya InsyaAllah tuhan akan bagi rezeki pada kita. Apa yang penting usaha :)

    ReplyDelete
  3. Hurmmmm..sabo je la..xpe la yang..yg penting makan pakai kite sendri yg crk duit..mcm mana kite nak hidup kat kl nie kite sendri yg atur..ssh senang pun kite sendri..org yg berckp tuh hanya boleh berckp je..xkan hulur ape2 pun so tamo tamo tamo amek pusing okayh..anggap itu semangat..chaiyokkkk!!!..

    ReplyDelete
  4. tak kisahlah kite ni org kampong ke org bandar...yg penting rezeki kite semuanya dr Allah..Sape lah kite nk tentukan..Nory mmg respect ngan nadia lah...nnt bolehlah share ngan nory, bisnes ape yg nadia buat..nory pon nk bjyaa mcm nadia jgak...nak jgak buka bisnes sendiri, bosan dah keje makan gaji ni..huhu

    ReplyDelete
  5. paham keadaan macam tu...
    saya prnah rasa..
    faahaaaam sangat..tp bila kita bsyukur dgn apa yg kita miliki skrg.. smua tu sntiasa cukup..
    rezeki tu kdg2 dtg tnpa d duga..

    ReplyDelete
  6. Saya paham dan setuju dengan nadia
    Rezki di mana-mana
    Saya pun pernah buat entry pasal gaji nie

    Meh la singgah baca

    ReplyDelete
  7. Ada masa nanti roger2 ye, boleh share2 pengalaman, mana tau saya nak wat photoshoot gak

    ReplyDelete
  8. biarlah apa org nak kata pun... bukan dia yang bagi makan kita... so biarlah masuk telinga kiri... keluar telinga kanan...

    ReplyDelete
  9. Yang penting rezeki berkat insyaAllah cukup semuanya..

    MJ walaupun ada Dip dan insyaAllah akan dapat Degree still gaji tak cecah RM 1800.. huhuu

    Apapun bersyukur

    ReplyDelete
  10. setuju sgt kata² nadia.. org yg x berpelajaran tinggi pun blh berjaya.. jgn malas itu yg penting, jgnlah asyik pandang rendah dgn org kg ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...