Lazada Malaysia

Showing posts with label majalah anjung seri. Show all posts
Showing posts with label majalah anjung seri. Show all posts

May 31, 2013

nadiafarahida dalam Majalah Anjung Seri, Mei 2013 :)

sepatutnya cerita ni keluar awal bulan hari tu tapiii biasa laaa, aku kan kaki memerammm. :p lamaa kott aku pikir nak publish tak nak, nak publish tak nak. nanti aku publish confirmmmm ada yang mengata heklehhh poyooo sokmoo dia dia. :p selepas sebulannn aku peram, tak daya dahhh aku nak peram sorang-sorang. :P lagipun dah takde lagi dahhh keluaran ni dekat pasaran sebab dua tiga hari lepas Anjung Seri dah keluar keluaran Jun. time aku masuk ni time keluaran mei. jadi korang anggap je la ni untuk koleksi tatapan peribadi aku. tapi kalau kaw tetap nak mengata, aku pon tak daya nak tolong tutupkan mulut korang. kennnn. :p 



sebenarnya, dalam banyak-banyak temuramah, ceahhhh bajet retisss nak temuramah bagaiii, kohkohkoh. :P takk, maksud aku, dalam banyak-banyak kali wartawan surat khabar atau majalah contact aku untuk menemuramah, dengan Anjung Seri yang keluaran ni lah adalah yang paaaling pertama-tama kali dalam hidup aku ditemuramah oleh wartawan majalah. dan percayalah, it happened on November lasttt year. kuikuikuiii. tengokkkk, betapa lamaaanyaaa dorang peram jugakk macam aku. :p tapi i is ok jewwww. heyyyy orang offer nak temuramah pon dah bersyukur nak pitam nak pengsan habisssss ok. jangan macam-macam nak demand bagaii. :P bagi yang follow tips dekorasi dekat blog aku, aku rasa bahagian ruang tamu sofa hitam tu aku belum cite kottt kann? nanti laa ada masa aku share ehhh. ;)


dari aku kecik sampaiii dah tua bangka, aku membesar dengan majalah Anjung Seri. mak aku minat habisss babe dengan majalah ni. konon berangan la kami anak beranak nak rumah macam dalam majalah ni. :p jadi bila kaw diberi peluang untuk diinterview oleh krew majalah yang kaw dari kecik sampai besar admire habis, will you say no? aku apetah lagii :P aku rasa macam nak pitam kottt pat hari pat malam lepas dorang email aku. lagipon time tu kan first time. harus la iolsss teruja lebihh.


sebenarnya tak de ape pon nak cerita sebab majoriti pasal dekorasi rumah ni aku dah banyakk cerita dekat blog ni under tajuk tips dekorasi. jadi yang keluar dekat majalah ni macam sekali harung punya cerita secara kesimpulan. :P


kalau dulu aku sokmoo berangan nak rumah cantik macam dalam majalah Anjung Seri tapi sekarang aku rasa macam heyyy tolongggg laaaaa. menipu sangattt rumah aku ni dalam anjung seri. dalam gambar je cantik padahallll dekat luar biasa-biasa je sebenarnya. :)) 


tapiiiii, mungkinnn laa, dalam banyak-banyak part, aku paaaaling sayang dapur. sebab dekat dapur felling-felling macam orang palinggg hebat memasak tapi percayalahhhh, boleh kira berapa kali je seminggu dapur rumah aku berasapp. banyak berasap dikedai dari berasap dirumah. kohkohkoh. (x____x) lepas tu tiba-tiba semalam dapat email jemputan ke pertandingan memasakkk. sampai saat ni aku tak reply-reply lagi. heyyyy kaw jangan macam-macammmm. aku masak nasi reti laaa. ni nak western food bagai amagadddd. T______T nanti aaaa pikirrr. berdebar pulak rasaaaaa. huwaaaaa. 

ok takmau cakap pasal pertandingan. haa korang tau tak betapa jauhhhyaaa persahabatan blogger boleh pegi. seriusss. aku pon tak sangka. untuk pertama kali dalam hidup, dia tak kenal aku sape di dunia nyata dan aku punnnn tak kenal dia siapa di dunia nyata, tapi tiba-tiba ida bagitau, yaya tau takkk ada sorang kakak ni, dia buat entry pasal rumah yaya. aku macam Allahhhhhhhhhhh, terharuunyaaaa. speechless saya kakkkk. jangan baik sangattt bolehhhh. T_____T terima kasih kak masya ikhlas dari hati nadia untuk entry akak yang buat nadia rasa ooooooo ada jugak orang sudi baca blog nadia dan rasa apa yang nadia cerita. terima kasih kakk. (-___-')

dan lagi satu part, aku memang tak bagitau sape-sape pun cerita ni keluar dekat Anjung Seri selain mak ayah aku sampaiii la ke hari ni tapi sampai la satu saat dua tiga minggu lepas, 


kak koi, senior aku time belajar dekat uitm dulu tag gambar ni dengan caption, 

" Nadia Syafiq omg..kak koi duk umh sorg belek2 mjlh anjung seri abah kak koi jumpe gamba ni..ak tepik sorg dri mcm jumpe aron aziz.... mu jgn perasan ya..ak bukn hppy sbb tgk gamba mu..tp happy tgk gamba boyfriend! ahahaha...sapikkkk.....proud of u lovely sister...doakn kakak mu ni mmpu masuk mjlh jgk...ahahaha..rindu yaya tp rindu sapik lg."

againnn, why i should ask for more kalau begini baik dan penuh kasih sayangnya orang di sekeliling aku. T___T kak koiiiiii, kak koi sokmooo rinduuu syafiq, panggg nak? :P perempuan kalau desperate, laki orang pon dia terliur walaupun dah sah sah tau takde teruna. muahahah. :p ehhh tapi yaya tak kata kak koi desperate. kehkehkeh. eh korang, jangan salah anggap. kitorang memang bergurau kasar tapi dalam hati yaya tauuu kak koi sayang yaya. :P muah muah muahhh. yaya pon sayanggg kak koi. yaya doakan semuaaa yang sempurna dan indah untuk kak koi. kawen should be the first in list sebab selagi kak koi tak kawen, selagi tu kak koi nak rindu rindu syafiq. choiiiiiii :p 

dan sebelum terlupa, thank you soooo much kepada Kak Onlia wartawan dan editor majalah Anjung Seri sebab sudi menemuramah nadia. thank you sooo much kak on. tapi sayanggg, hari tu betapa speechless dan berdebarnya nadia sampai terlupa nak amek gambar kita sama-sama. lain kali ehh? :p


February 21, 2013

nadiafarahida dalam Majalah Anjung Seri

again. aku tak tau nak mula macam mana. tak pasti samaada ni orang panggil rezeki atau peluang. mungkin peluang lebih sesuai kottt. :) sebenarnya temuramah ni bulan lepas lagi. ada sorang wartawan dari Majalah Anjung Seri call.

wartawan: boleh saya bercakap dengan puan nadia farahida?
aku: ye saya. 
wartawan: saya kak nadia, editor dari anjung seri. akak dapat nombor telefon nadia ni dari kak onlia, yang pernah shoot dekat rumah nadia hari tu. akak nak tanya, untuk majalah anjung seri, akak cover bahagian isu hartanah. boleh tak akak nak interview nadia pengalaman proses beli rumah? sebab untuk keluaran anjung seri bulan depan, akak plan nak cerita tentang pengalaman beli rumah di usia muda. 
aku: ooooo emm boleh kak. 
wartawan: ok, kalau macam tu, kita jumpa tarikh sekian-sekian dekat tempat sekian-sekian. 
aku: ok kak nadia. thank you. *speechlesssss. (-_____-')


lepas dah letak telefon, tiba-tiba terfikir. ehh betul ke ape aku cakap ni. isu hartanah? heyyyyyy tak remaja sungguh bercakap pasal harta-harta ni. :p biasa orang-orang tua je kann. tapi biasa la babe, orang offer. mustahil aku nak tolak. akuuu laa. kalau korang aku tak tau. kuikuikui. :p ni anjung seri keluaran march 2013 tau. baruuu je keluar semalam. tajuk depan dia usia 20 sudah miliki rumah. perghhhhhhh, tajukkkkk. nak pitammmm. menggigil-gigil tangan aku belek selai-selai babe. kontroversi sangattttt tajuk depan dia. (-___-') 20 lahh sangattt. padahalllll. :P sebenarnya, kitorang beli rumah time umur aku 22, syafiq 24. kira 20-an laa. 


dari hari mula-mula kitorang beli rumah, sampai la ke hari ni, ramaiiiiiiiii yang tanya macam mana kitorang boleh beli rumah. macam mana procedure dan proses beli rumah. macam mana bayar duit muka, macam mana bayar duit lawyer. berapa habis semua. aku pernah terfikir nak terang and guide korang satu-satu dalam blog aku ni cara beli rumah berdasarkan pengalaman aku tapiiiiiiiiii, aku rasa hidup ni tak boleh nak open sangat kott. semuaaa benda nak cerita dekat blog, dah mana cerita dalam kain aku? :p cuma apa yang aku boleh kongsi, aku laki bini paaaaaaaaaaling kampung. kitorang memang taknak pakai kad kredit. kaw berlagak la kaw ada 10 kad kredit sekalipun kitorang tak heran. :p jadi bila kita takde hutang kad kredit, bank senang bekerjasama walaupun umur kita still muda. 

sejarah aku beli rumah ni, heyyyyyy tergesa-gesa sangatt babe. mungkin time tu tuan rumah asal nak pakai duit sangat sebab dia buat rumah baru. jadi dia nak let go cepat-cepat. Alhamdulillah mungkin rezeki kitorang kan. condominium, tengah-tengah bandar kuala lumpur *tapi bukan laa bersebelahan klcc mahupun kl tower kennn :p, dengan harga yang kitorang dapat time tu, memang kalau sekarang kaw tanya harga tu, memang tak dapatttttttt dah la. kaw tahuuu, setiap bulan, ye setiap bulann! mestii ada agent hartanah akan call aku. tanya nak jual rumah tak, nak bagi sewa tak. ada buyer. ada penyewa. memang takkkkk la aku nak jual. aku renovate dah habis berpuluh-puluh ribu. T___T baruuu duduk setahun. belum masanyaa belum masanyaaa. :) bagi kitorang merasa puas-puas titik peluh membanting tulang empat kerat kitorang ni dulu ye. 

korang, pendapat aku la kann. kalau kaw dalam perancangan nak beli rumah, duit semua dah ada, berani dengan tak je, sila sila. sila beli secepat mungkin. tak rugi beli rumah. seriusssss. kaw percaya tak kalau aku cakap, dalam masa setahun, harga rumah kitorang ni dah naik RM100,000? percayalah. baruuu setahun. rumah tak susut nilai babe. ni aset hari tua. tapi kalau kaw beli kereta, kaw pakai setahun, takde nye dia jadi makin mahal. T_____T dah tentu-tentu kalau nak jual esok-esok mesti lagi murah dari harga beli, betul? tapi kereta ni lebih kepada kepuasan. hewhew :p kepuasan hasil titik peluh siang dan malam. orang nampak senanggggg je. kaw tak tau aku makan ikan bilis patbelas hari patbelas malam. kohkohkoh.  ;))

 
# kalau kaw dalam perancangan nak beli rumah, macam mana selok belok nak simpan duit untuk beli rumah, aku rekemenkan korang beli anjung seri bulan ni. bukan sebab ada story kitorang bukannnnn. tapi sebab under tajuk usia 20 sudah miliki rumah, bukan pengalaman kitorang je ada. ada lagi 3 orang share pengalaman masing-masing. ada sorang tu, umur baru 32, rumah dah ada 5. perghhhhhhhhhhh. terberakkk aku dengar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...