December 07, 2017

Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard


Haii semuaaa :) minggu lepas aku dijemput untuk menyertai sebuah Majlis Kerjasama antara Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital dan program ini dikenali sebagai Program Kad prabayar Negaraku MPay Mastercard.




Siapakah Kelab Sahabat Persaudaraan?

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar dibawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS dan kelab ini terbentuk daripada gabungan Sukarelawan Profesional untuk bersama-sama mencurah idea dan kepakaran bagi membentuk program dan aktiviti kemasyarakatan berteraskan Pendidikan dan Kebajikan.


Siapakah Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay)?

Mpay merupakan sebuah syarikat yang menyediakan kaedah end-to-end electronic payment atau lebih dikenali sebagai 'e-Payment' yang bertindak sebagai jalan penyelesaian kepada bank dan pihak institusi kewangan dan untuk semua card issuers yang beroperasi di dalam Malaysia. Mpay juga telah tersenarai didalam ACE Market of Bursa Malaysia dengan pencapaian market capitalization sebanyak RM120 million.



Kerjasama ini terbentuk berteraskan Prinsip 3M.

1. Mewujudkan sebuah platform digital bertemakan Negaraku untuk menghubungkan Kerajaan dan seluruh Rakyat termasuk ahli-ahli NGO serta Koperasi.

2. Mengukuhkan kerjasama dan memupuk semangat bantu-membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

3. Mendidik masyarakat ke arah Pengguna bijak dan berhemah. 

Program ini menerima sokongan penuh daripada  Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan Kumpulan Mpay diberikan sokongan untuk mengeluarkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Mastercard yang bertemakan NegaraKu


Menurut Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri Noordin, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital secara eksklusif.

“Visi kami adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan
menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi. Kerjasama dengan Kumpulan Mpay seiring dengan visi kelab kami dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang  berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia." jelas beliau.

Tambah Dr Zamri, ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan rakyat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk menderma dan membantu antara satu sama lain secara terus.




Mari kita sama-sama nantikan, semoga Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ini berjaya dan sekaligus membantu kerajaan dan seluruh rakyat malaysia dimasa akan datang khususnyaa.

Maklumat lanjut korang boleh layari,
 Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard : http://www.kadnegaraku.com.my/
Kelab Sahabat Persaudaraan www.sahabatpersaudaraan.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...