Lazada Malaysia

December 22, 2017

Pengalaman dan kos pendaftaran tadika Brainy Bunch International Islamic Montessori


pejam celik pejam celik, dah nak masuk 4 tahun umur bungaa. amagadddd T__T sekejapnyaaaa masa berlaluuuu. kalau berdasarkan pengalaman hidup aku dulu-dulu, mama start hantar aku masuk tadika time umur 4 tahun. dan percaya tak kalau aku cakap, antara pengalaman di tadika time 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun, pengalaman tadika time 4 dan 5 tahun adalah yang paling best kikiki. mungkin sebab time 4 dan 5 tahun tu aku tadika omputih. bestnyaaa. kawan-kawan baik, teacher-teacher pun best, belajar pun seronokkk jee. seee, betapa seronoknya sampai ke hari ni aku masih ingat kenangan di tadikaaa ituewww. ;) hari-hari speaking mat saleh dekat tadika dan mungkin sebab tu jugakkk proses pembelajaran dekat tadika omputih ni la yang membuatkan aku ada basic bercakap omputih time kecik-kecik duluuuuu. helloooooo, kemahenn. zaman mak dulu pun dah ada tadika omputih dah tau nakkkkk bukan sekarang jewww. muehehehe. cuma bayaran dulu idoklaaaa mencekik macam sekarangg. (-__-') tapi tak dinafikan jugak sebabbbb proses pembelajaran dulu tak samaaa dengan tahap pembelajaran budak-budak sekarang. jadiiii mak is redhooooo. :p time masuk 6 tahun, mama tukarkan aku ke tadika kemas. kemas pun ok jewww wakkkk. terpulanglahhhhh. bab sekolah anak-anak niii bergantung kepada ibubapa. nak cakap lebih-lebih pun tak berani jugekkk. janji baik untuk kita, baiklah untuk anak-anak kita, gituewww. 


dari tahun lepas rasanya aku selalu berbincang dengan syafiq nak hantar bunga dekat sekolah mana time tadika nanti. tadika sekarang kan banyak pilihannn. berbulan-bulan mak mengoogle pro and cons setiap tadika terutama dari segi jarak dari rumah kitorang, dari segi proses pembelajarannyaa dan dari semua aspeklah senang cakap. dan akhirnya, kitorang bersepakat untuk hantar bunga ke Brainy Bunch International Islamic Montessori. 

bila kaw ada seketul anak yang tiap masa 24 jam dia depan mata kita, tak pernahhh ada orang lain jagaa, tak pernah anta pengasuh mana-mana tuppp-tupppp, ehhhh dah nak masuk sekolah amagadddd T_T baru aku tauu macam mana beratnya hati seorang ibuuu. T__T ada jugak yang cakap ehhh awalnyaa nak anta bunga sekolah, baruu 4 tahun. orang tak tauu yang mak bunga dulu pun bersekolah seawal 4 tahun. kalau mak aku boleh, kenapa aku tak boleh. my mother is my idol, gituewww. kikiki :P sebenarnya takde pun konsep hantar awal salah, hantar lewat betul, hantar lewat salah hantar awal betul. takde. yang ada adalah, semua mak bapak tentu tentu nak yang terbaik untuk anaknya. jadi ini anak saya, saya yang tentukannyaaa mihmihmih. ;p mungkin yang salah itu adalah bila awak rasa awaklah yang paling betul dan apa yang orang lain buat semua adalah salahh. #ehhh :p tersasar kita wakkkk. :p

untuk rujukan dimasa akan datang mana tahu tahun-tahun depan aku nak daftarkan anggun dekat sini atau mungkin boleh dijadikan rujukan korang yang mana tengah survey dan planning untuk hantar anak kesekolah jugakkk kann, so step untuk mendaftarkan anak-anak di brainy bunch adalahhhh, 

1. Daftar kemasukan secara online di, 



dekat website ni nantii korang boleh pilih cawangan mana yang kita nak hantar anak kita dan isikan semuaaa detail background ibubapa dan pelajar dalam borang tu siap-siap secara online sebabbbb borang ni auto submit ke hq brainy bunch, satu lagi salinan kita kena print out dan bawa bersama ke tadika. dah siap isi borang semua, dah print, settle. 



2. bawa dua keping gambar passport anak, satu keping gambar passport ibu dan satu keping gambar passport bapa.



dan jangan tak tauuuu, punyalahhhh drama nak amek gambar passport seketul bunga ni sebabbb dia adalah fobia kepada flash camera. (x_x)  nak nak bila shoot di kedai gambar yang memang guna camera dslr besar gabak yang tentu-tentu ada flash tala kemuka dia kannn. menangis selakkkk la beliauuuu kikikiii






last-last, jangan tak tauuuuu, pakcik yang tukang amek gambar tu suruh amek gambar pakai iphone aku jee kahkahkahh. kalauuuuuu aku tauuu, baik aku amek gambar dekat rumah jewww, konpemmm gambar bunga elok tercantik kejadiannya senyum sampai telingaaaa sebab iphone kan takde flash kikikiii. baikkk, settle bab gambar. 


3. duit pendaftaran

haaa untuk bab duit pendaftaran nii, korang boleh tengok pecahan harga dekat list bawah niii. untuk pendaftaran bunga, since januari 2018 ni umur dia adalah 4 tahun, korang tengok kolum yang telah dibulatkan itu okk.


bayaran pertama yang kita perlu jelaskan adalah Annual Registration fee (3-6 years old) iaitu sebanyak RM1700. ini adalah bayaran tahunan dia. so bayaran persekolah bunga untuk setahun adalah RM1700. 

bayaran seterusnya adalah bayaran bulanan. ok untuk bayaran bulanan dia ada 3 jenis pilihan. regular, star session dan full day. regular ialah sesi pagi sahaja dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahhari, RM340. star session dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, RM540. full day dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang, RM640. since bunga baruu 4 tahun, aku pilih sesi pagi yang regular je dari pukul 8-12 tengahhari, RM340 setiap bulannn. 

bayaran seterusnya adalah Activities Fees RM350. ni adalah bayaran untuk sebarang aktiviti yang brainy bunch akan anjurkan sepanjang tahun termasuk lawatan sekolah, hari sukan, dan majlis graduasi. haa ni dah termasuk semua sekalii. sekali bayar sahaja untuk setahun. 

bayaran terakhir adalah untuk uniform tadika. dorang ada dua jenis baju. gala uniform RM50 sepasang, sport uniform RM50 sepasang. total uniform RM100. 




sesi try bajuuuu sekolahhh, anyonyonyoooo. kecik cenonet anak mummy. saiz paling kecikkkk nak, xxxs. kikikii :p jadi total bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran adalahhh, RM2490. borang, gambar passport, duit pendaftaran. ohh lagi satu, salinan photostat muka depan buku rekod kesihatan dorang time bayi duluuu untuk simpanan pihak sekolah sebab dorang hanya terima kanak-kanak yang divaksinkan sahajaaaa. fuhhh legaa, settle bab pendaftaran sekolah bungaaaaaaa. :)













ni antara gambar dan suasana dekat tadika bunga nantiiii. kenapaaaaa brainy bunch? panjangggg kalau aku karang dari a sampai z ni kikiiki tapiiii antaraaaa sebabb kenapa kitorang pilih brainy bunch adalahhh, bunga dekat rumah bercakap bahasa inggeris. tak bermaknaa bila bunga bercakap bahasa inggeris, dia tak pandai cakap bahasa melayu. dia ada ayat bahasa melayu dia sendiriiii hihihi tapiiiiii dia lebih fluent dalam bahasa inggeris. bahasa melayu pun dia bercakappp cumaaa bergantung dengan siapa dia bercakap. ramaiiiiii yang tanyaa aku macam manaaa ajar bunga cakap englishhh sebab mak bapak bunga made in kampung jeww hahaha. nantilahh insyaAllah ada masa aku kongsikan dengan korang macam manaaa tapi rasanyaaa, takde la tips mana punn. biasa-biasa jeeeww jeewww wakkk. :P hihihi. jadi kenapa aku pilih brainy bunch, sebab dia tadika full english. so bunga senang faham dan dia akan lebih menguasai bahasa inggeris diaaa sebab mak dia ajar biasa biasa basic percakapan harian jeeewww. 

selain ituuuu, kenapa brainy bunch? sebab dia adalah tadika islamic. kadang-kadang bab ilmu agama niii, tak semestinya bila kita jadi ibubapa kita tahu semuanyaaa. tak salahhhh rasanyaaa dan lagi baguss sebab secara tak langsung, kita boleh belajar samaaaa. aku hantar bunga dekat tadika islamic bukan nak paksa dia bila besar esok haa pakai purdah, hafal 30 surah, jadi ustazah, takkkkkkk. tadika jeee pun, dapat basic agama belajar alquran kenal huruf alif ba ta, dapat hafal surah mak dah bersyukur sangat dahhhhh wakk. kita doakan yang baik-baik ajee untuk anak-anak kita, gitueww. sebab seterusnyaa adalahhh jarak dia tak jauh dari rumah kitorangg. lagi dekat lagi bagus sebenarnyaaa muehehee. senang mak bapak nak bergilir amek awak esok-esok kikiki. 

oklahhhh, dah panjang sangat ni karangan aku rasaaaaaaa. nak senaraikan semua kenapaaa sampai esok tak habis. :p doakan semoga semuaaa urusan sekolah bunga dipermudahkan yeeee. doakan semoga bunga sentiasa dikelilingi dengan orang yang baik-baik jugakkkk. T__T cikgu-cikgu yang baik, kawan-kawan yang baik, alaaaaaaa sebaknyaaa hati seorang ibuuu. risauuuu nakkkk mak tak pernah berpisahhhhh tolonglaaa pahammm. (-__-') T__T
kita siang malam menghadap muka dia wakkk. mummy sentiasaaa doakan yang indah-indah untuk keluarga kita, aminnnnnnn. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...