korang wajibbbbb tengok dulu tau. baru feeeelll :P ok dah tengok? T________T lap air mata, huwaaaa takutnyaaaaaa. T____T
to be honest, aku tak pasti pengalaman orang lain mengandung macam mana tapii kalau korang tanya aku, pengalaman sepanjang aku mengandung banyak membuka mata hati aku. yes mata hati. bukan mata kasar. contohnya kalau sebelum ni Allah bagi aku suami isteri lebih masa, hampir 4 tahun untuk merasa hidup berdua, oii lupa diriiii kawwww berseronok kemain kannn ;) dalam masa hampir 4 tahun tu, percayalahhhh. kitorang suami isteri tak pernah berborak secara serius tentang macam mana keadaan kita bila kita ada anak esok-esok. bukan lah tak pernah langsung menipu la kannnn. tapi selalunya dalam keadaan bergurau. bukan stok yang borak berfikir panjang sebab time tu tak mengandung lagi kann jadi tak boleh rasa feel nak jadi mak ayah orang tu.
tapi bila sampai satu saat aku betul-betul mengandung, soalan macam mana laa keadaan kita bila ada anak esok sangattttt mendebarkan. (-__-') macam-macam fikir sebab bukan setakat ni pengalaman pertama kali, tapi ni pengalaman hidup dan mati orang tua cakap. banyakkkkk pengalaman baru yang kita bakal tempuhi tapi percayalah, indahnya perasaan menjadi seorang ibu hanya Allah je tauu. :')
wallahi, aku cintakan syafiq sepenuh hati aku tapi aku tak pernahhhh pun sangka akan tiba satu masa, aku akan kandungkan zuriat dia. anak dia. sperma dia. :) setiap kali aku merenung kejadian terjadinya seorang manusia bermula hanya dari seketul sperma, aku rasa macam allahurabbiiiii. besarnya kuasamu Ya Allah. :') dari beratus juta sperma, darab hampir 4 tahun kitorang bersama, aku tak tau dah berapa million trilion sixlionnnnnnn sperma yang terhasil, akhirnyaaa, dia lah yang paling kuat, dia lah yang paling gagah, dia lah yang paling penuh kasih sayang, dia lah yang paling Allah pilih dan titipkan untuk berada dalam rahim aku sekarang. :') betapa beruntungnya aku, betapa beruntungnya kami merasa nikmat pinjaman Allah yang satu ni. :')
dan antara benda baru yang membuka mata hati aku adalah ya, seorang perempuan terlaluuuu menitikberakan fizikal tubuh badan dia. susuk badan dia. kehalusan kulit dia. keindahan pinggang dia. kalau tiba-tiba berat badan terlebih sikit dari yang sepatutnya, sanggup berlapar janji badan cantik, slimmm, ada pinggang orang cakap :)) tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii, suatu masa, bila kita mengandung, berat badan tak naik-naik adalah satu masalah besar setiap kali checkup.
kebetulan tiba-tiba ada kawan aku meluahkan perasaan, suami dia kantoi 'beramah mesra' dengan perempuan lain time dia dalam pantang. T____T hoiiii aku yang rasa nak meroyan. besarnyaaa dugaan dia. semoga dia terus kuat Ya Allah. kesiannyaaaa. T____T
aku tak faham macam manaaa seorang suami atau seorang bapa boleh terfikir nak pasang skandel tak kesah la saje suka-suka mengisi masa lapang ke, sebagai tempat bermanja ke, sebagai tempat berduka lara kee dengan perempuan lain. boleh tak setiap kali terdetik di hati korang untuk 'menjamu selera makan di luar', boleh tak korang renung sekejap betapa besarnyaaaaaaaa pengorbanan seorang isteri yang pernah atau sedang mengandungkan zuriat korang. korang renunglah, seorang isteri tak pernah pun mengeluh betapa hodohnyaaa bentuk badan dia, rekahan badan dia, strechmark dia, kekembangan badan dia sepanjanggggg dia sarat mengandungkan anak korang. T______T
gambar dari google, bukan gambar perut aku ye harap maklum ;)
bogelkan la dia dan renungkan setiap inci tubuh badan dia. sarat. padat. mampat. berurat-urat. tak kesian ke? T__T betapa besarnyaaaa pengorbanan seorang isteri yang tak pernah mengeluh bahkan bahagia melalui detik-detik indah menjadi seorang ibu sedangkan dia sendiri seram nak tengok susuk tubuh badan dia huhuhu T______T sehebat-hebat seorang lelaki, hebat lagi seorang isteri yang mampu membawa satu nyawa baru kedunia dengan pelbagai rintangan. kannn? ;)
alhamdulillah so far aku sepanjang mengandung sihat walafiat tapi setiap kali kalau tiba-tiba aku sakit pinggang yang melampau, aku mestiiii terbayang, ooo macam ni rupanya sakit yang mama aku tanggung time mengandungkan aku dulu. teruss menitik air mata. :') sakitnyaaaa. T___T tu baru sakit pinggang. belum sakit nak beranak lagi. (-__-') kan aku dah cakap, mengandung ni banyak membuka mata hati aku. betapa besarnya pengorbanan seorang wanita, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. kalauuuuu la setiap manusia Allah takdirkan boleh rasa kesakitan mengandung dan melahirkan, mesti takde istilah anak derhaka. percayalah. :)
kepada semua para suami, belaila isteri korang, renunglah dengan penuh kasih sayang, pengorbanan seorang isteri yang sanggup melalukan ape sahaja untuk suami dia. tak salah rasanya korang mencurahkan semaksimum mungkin kasih sayang, masa dan tenaga yang korang ada, alaaa 9 bulan je ponnnnnn dia nak mengada-ngadaaaa. ;) konfemmmm kalau setiap 9 bulan kena belai, berderet anak all out 5 tahun straight muehehe. ;)








