Lazada Malaysia

February 14, 2014

kisah sebenar perjalanan cinta nadia dan syafiq :)


ramaiii yang tanya, syafiq tahu tak tentang kewujudan blog akuuu? syafiq tahu tak aku suka cerita kisah rumah tangga kitorang dalam blog? syafiq tahu tak kadang-kadang aku suka cerita lucah kitorang laki bini? and the answer is yesssssssss. :) kaw gilee dia tak tau. dia setiap hari laaa baca blog akuu. kalau aku tak update, dia orang pertama yang akan membebel potpetpotpet kalah mak aku. :p aku kan pemalas ya rabbiiii. :p tapi korang jangan risauuu, walaupun kadang-kadang aku melucah, aku tahuuu batas dalam kain kitorang laki bini. apa yang boleh kita bercerita aku cerita. yang tak boleh memang takkkk la aku nak cerita. kaw gileee nak kongsi ohhh hari ni saya menyondol 4 kali, ohhhh semalam saya tido pakai baju seksi hoiii ape ke faedahnyaaaa aku cerita dekat korang. T__T haa kaw jangan tak tau, mak ayah aku hari-hari baca blog aku, kawan-kawan mak ayah aku pon baca, pak sedara mak sedara sepupu sepapat sedara mara aku pon baca. tapi kotttt laaa kannnn kalau ada yang kurang selesa dengan jalan penceritaan dekat blog aku yang kadang-kadang very the detail, i is ok jewwww. ;)) dengan penuh merendah diri aku nak tanya, kenapa baca? muehehehe :p 


aku mula kenal siapa lelaki bernama nik asyraf syafiq ni dari tahun 2000 lagii. yes trust me. dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal sepanjang aku hidup, kalau kaw tanya aku kenapa aku pilih dia, 4 helai A4 paper pon belum tentu cukup aku nak hurai satu-satu. ;)) aku tak nafikan walaupun syafiq ni bukan spesis romantik sikit-sikit bagi bunga, sikit-sikit bagi hadiah, sikit-sikit buat suprise tapi dia punya kebaikan anyonyonyooo jauhhh lagi banyak untuk tutup segala kekurangan dia. :) 

kekurangan dia ape jeee ponnnnnn. malas kemas rumah dan tak tau masak. muahahaha :p yang lain tiptoppp bombastik misterlobaloba. :p standard la kannn. bila kita kawen, kita akan saling melengkapi. kalau dua dua pandai masak, tak ke haruuu berebut dapur dua dua nak masak kuikuikui :p sebab tu Allah cipta setiap hamba Dia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. haaa satu lagi kalau korang perasan, yang mana mengenali aku di dunia nyata, syafiq kurang pandai bercakap kalau dengan orang dia tak kenal. bukan tak peramah. dia peramah tapi kurang confident untuk bercakap di khalayak ramai. sebab tu Allah ciptakan aku sebagai isteri dia sebab aku spesis tak tau malu asyik bercakapppppp jee kahkahkah ;) kaw bayangkan kalau aku laki bini dua dua tak suka bercakap, bohsannnya malam-malam awak sayangggg diam je kaku u stiff dua dua kahkahkah ;p tapi satu benda aku paaaaaling salute dengan syafiq, dia paaaaaaaling hormat orang tua. dia sangattttt la suka berborak dengan orang tua. kaw boleh tinggal je dia 5 jam berborak dengan nenek mana ntah tak kenal pon tapi dah gaya macam nenek dia. seriuss. :))


aku tak tau rumahtangga orang lain macam mana tapi aku sentiasa doakan yang terbaik jugak untuk semua. :) ye tak dinafikan dalam dunia yang semakin mencabar, kaw ingat senang nak jumpa pasangan hidup yang betul-betul boleh menjadi seorang pasangan seumur hidup? takkkkk. aku ada beberapa kawan dan syafiq pon ada beberapa kawan yang bertahun-tahun couple dari sekolah menengah bermadu kasih bersulam cinta tapi at the end, pada usia 25 tahun, pada usia 27 tahun, tiba-tiba masing-masing memilih untuk hidup sendiri. hoiiiiii tragisnyaaa. T___T bagi aku, seorang perempuan di usia 25 tahun baruuu lepas patah hati, kaw ingat senang nak cari pengganti semudah petik jari. susah babe. kadang boleh makan diri sebab kita akan rasa, angka 25 untuk seorang perempuan dah cukup tua. mana nak cari boyfriend baruu, mana nak kenal hati budi betul ke dia suka aku, mana nak cari cinta yang satu. tapiiiiiiiiiiiiiii, percayalah dengan kuasa Allah. pleasee. Dia lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba dia kadang tanpa kita jangka dan tanpa kita duga. :)


and this happened to me too. ye aku couple dengan syafiq dari tahun 2000. tapi bukan dari tahun 2000 sampaiiiiiii 2014. noooo actually :) kuasa Allah kan semua. aku pendekkan cerita ye sebab kalau nak cerita satu-satu, sebulan belum tentu habis. kitorang couple dari tahun 2000 hingga akhir 2001. aku mintak breakup dengan alasan konon nak fokus UPSR. puiii. :p UPSR jeeewww ponnnn eksyennn kemain. muehehe. syafiq tua dua tahun dari aku. jadi time ni, aku darjah 6, dia tingkatan dua. :)

yes aku mintak clash bodo bodo gituuu jee kesian tauuu abang syafiq i merana siap tumbuk-tumbuk dinding berdarah tangan tak rela berpisah oiii geli nak muntahhh kuikuikui :p oleh disebabkan aku yang mintak clash, jadi aku tak merana sangat. steadyyyy kehkehkeh :p dan kebetulan ayah aku baru beli rumah time tu, terus kitorang pindah rumah. so takde lagi istilah kita berjiran hari-hari boleh pandang. kesian syafiq. T____T kejam gilee aku rasa. aku langsung tak kontek dia dan dia pon satu! nape time tu tak terus bagitau yang saya ni cinta pertama awakkkkkkk. kalau tak takde la saya tinggal awak bodo-bodo gituuuuuuewww :p paling-paling pon saya mestiii contact awak. mana saya tahu awak merana sebab awak tak bagitau kannnn. saya assume awak takde hall laaa. lelaki kann. petik jari je boleh cari perempuan lain. so time form 1, aku dapat masuk MRSM Kuala Lipis. dah nama pon MRSM kannnn. dan tentu-tentu kena duduk asrama. dia tak tau rasanya aku kena duduk asrama. jadi dengan gigihnya laaaa boleh dikatakan setiap hari dia mestiiiii pegi makan dekat kedai nenek aku semata-mata nak jumpa aku tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa sebab aku kan duduk asrama. aku tau tu pon time cuti semesta pertama. nenek aku cite boleh dikatakan setiap hari akan ada sekumpulan budak-budak laki, habis je waktu sekolah akan datang makan lepak-lepak dekat kedai nenek aku tapi ada sorang ni selaluuuu tanya pasal aku. mungkin laaa selepas beberapa bulan dia tunggu-tunggu tak jumpa-jumpa, last-last budak laki tu dah tak datang makan dekat kedai nenek aku dahhhhhhh. T____T 

dan bermula la episod syafiq patah hati sepatah-patahnya tanpa aku tauuuu. T_____T so semasa cuti semesta pertama tu, aku memang hari-hari pergi kedai nenek aku sebab dah terbiasa dari kecik sampai besar kannnn. so time tu la nenek aku cerita pasal budak laki tadi. kaw gileee aku takde perasaan. terus rasa kejamnyaaaaaa akuuuuu. rinduunyaaa. sayangnyaaaaa. T_____T masa tu mana ada facebook email hp segalaaaa. macam mana nak cari dia balik. tiba-tiba aku teringat nombor telefon rumah dia. gigihhhh cari public phone takut kantoi dengan mak aku kannn. :P terus call rumah dia dengan 1001 harapan, harap-harap dia yang jawab. sekali, ibu dia yang jawab. aku berdebar jangan cakap. terus tanya ibu dia syafiq ada kat rumah tak. dan percayalah, selama berbulan-bulan aku cuba telefon rumah dia, dia tak pernahhhhhh jawab telefon dan setiap kali ibu dia jawab, mesti ibu cakap syafiq takde kat rumah. T________T dan sekarang, berlalu la episod aku pulak yang patah hatiiiiiiiii macam nak mati.

selepas putus asa yang betul-betul putus asa, aku bawak diri yang lara. sampai laaaa aku naik form two. awal-awal form two, selepas berbulan-bulan tak telefon rumah dia, ntah tergerak hati nak telefon lagi dan kali ni, ibu dia bagitau syafiq baruuu je masuk asrama sekolah teknik dekat kuantan. huwaaaaa T_____T hancur harapannnnnnn tapiii tiba-tiba ibu dia bagitau, syafiq baruuu pakai hp. jadi apa-apa terus contact dia la. aku berbunga-bunganya hatiii jangan cakapppppppppppppp. terus berdebar-debar nak pitam nak pengsan sume ada. hoiii mau takkk, ni nak call macam jejak kasih tauuuu :p akhirnya, selepas setahun lebih, aku dengar suara seorang lelaki yang paaaaaling aku rindu, 'Hello'. hoiii bergetar jiwa waaa babeee jangan cakap. aku terus terdiam. kelu kan. tak tau nak mula macam mana. aku pon dengan bodohnyaa pegi letak ganggang public phone. alaaaaa vodonyaaa ingat balik. macam cite hindustan muahahahah :p

keesokannya, aku gigih pegi beli kad telefon baru sebab konon nak meluahkan segala perasaan kannn kena la telefon bercakap lama-lama. sekali bila aku call, dia jawab 'Hello', aku terus cakap emmm saya nadia. saya nak mintak maaf sebab saya tinggalkan awak dulu tapi saya tak pernah berhenti cuba contact awak tapi awak tak pernah jawab telefon rumah. kaw tau dia jawab ape? 
'aku tahu sebab rumah aku tak pernah ada orang perempuan lain tahu no telefon. tapi sekarang aku tak berminat. sorry.' 

dia terus letak telefon. T______T esak-esak aku nangissssssssss. hancurnyaaa sekeping hati tuhan je tahu. dan percayalah, aku bangsa tak tau erti putus asa. selepas kejadian tu, aku tetap telefon dia boleh dikatakan setiap minggu selama 2 bulan berturut-turut tapi asal dia dengar suara aku, mestiii dia letak telefon atau suruh kawan dia jawab sampai la satu hari, hari terakhir aku telefon dia, sorang perempuan yang jawab dan perempuan tu kata dia adalah girlfriend syafiq dan tolong jangan ganggu syafiq. mulai dari saat tu, percayalah. bila seorang perempuan patah hati, dia akan betul-betul patah hati. hancur gileee hati aku kaw jangan cakap. so selepas beberapa bulan proses recovery menyembuhkan hati terluka, dah sembuh je bermula la episod aku kapel dengan orang lain, dia pon mungkin akan kapel dengan orang-orang lain. :p kuikuikui. 

yes, dari aku form two sampaiiiiiiiiii la aku akhir form 4, aku tak dengar lagi sebarang berita tentang lelaki bernama nik asyraf syafiq ni. time form 4 dan form form 5 ni, aku sambung belajar dekat MRSM Pengkalan Chepa. syafiq masa ni aku tak tau pon dia sekolah mana ke buat ape ke aku tak tau langsung. walau seinci aku tak tau sebab aku kan tengah konon bahagia bercouple dengan orang lain kahkahkah :p sampaiiii la satu ketika, aku tengah outing dengan kawan-kawan aku dekat Mydin Kota Bharu. time tu aku baruuuu nak masuk mydin. tiba-tiba aku terpandang syafiq dengan seorang perempuan yang baruuuuuuu nak keluar mydin. masing-masing tengah berjalan tapi aku nampak, dia berhenti. aku? memang takkk la aku nak berhentiiii konon sedih merintih merayu. :p aku kannn dah patah hati. so aku buat angkuhnya terus berlalu meninggalkan mu terkapai-kapai disitu. HAHAHHAAH :p tapi dalam hati kaw jangan tak tau, seram sejuk berdebar menggigil sume ada. aku tak tau celah bedah mana syafiq pegi tinggal awek dia tadi. lepas dah kawen baru dia bagitau, rupanya dia masuk mydin tu balik cari aku tapi tak jumpa dah. nak contact tak tau. sweet laaa konon? choiiiii :p 

so episod tu berlalu macam tu jeeeeee. still tak berhubung dan terputus hubungan macam tu je. sampaiiii la satu ketika, time tu dah akhir-akhir aku form 5. kuasa Allah kan semua. time tu aku tengah berebut-rebut naik bas untuk balik ke besut dari kota bharu. time tu hari khamis, cuti hujung minggu. bas tu padat gileeee dengan manusia. aku antara orang terakhir naik bas tu dan sepanjang perjalanan aku berdiriiii je takde seat. aku kan naik bas tadi dalam keadaan berebut-rebut, naik-naik je terus pandang depan sebab aku berdiri betul-betul sebelah driver bas. bas tu bawak laju kottt. bergoyang-goyang, dah la penuh umat manusia berdiri. tiba-tiba, ada orang cuit bahu aku dari belakang. aku pandang la, sekali kaw tau sape? syafiqqqqqqqqqqqqqqqqqqq! (-___-') dia berdiri betul-betul belakang aku. aku pandang, dia senyum. aku pon senyum je la. sebab terkejut kan. takde kata-kata. dua dua terdiam sebab rasa Allahhhhh keciknyaa duniaaaaaaa. kenapa dalam bas dan kenapa kaw yang berdiri belakang aku. T_____T berdebarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. mungkin la dia pon berdebar. so sampai sudah kitorang tak borak pon. langsung. dia cuit semata nak bagitau, dia ada belakang aku. so sweetttttttttt :')) selepas 1 jam perjalanan, dia turun dulu sebab bas tu lalu depan rumah dia dulu. aku? still tak bercakap apa-apa. dia pandang aku, aku pandang dia. baiiii :)

hari sabtu, dia datang kedai nenek aku dan kebetulan time tu, aku ada dan aku tengah bersiap-siap nak balik asrama sambil tunggu bas. sekali dia ikut aku naik bas balik kota bharu. dan pertama kali selepas bertahun-tahun lamanya, dia duduk sebelah aku dalam bas. yes dia sengaja duduk sebelah aku. tapi kitorang tak borak pon. diammm macam biasa. percayalah. sampaiiiii la di Kota Bharu, turun-turun je bas, perkataan pertama dia cakap, jom minum air. aku tak sampai hati nak tolak sebab hati aku pon tengah bergelora kannnnnn, so aku ikut je minum air. 

dan di kedai ni la segalanya bermula. habissssssss semua benda dia luahkan dari episod tahun 2001 sampai la tahun 2006 tu. dan jangan tak tau, masa ni la pertama kali syafiq setelah sekian lama, dia merayu tolong jangan tinggal dia lagi. aku? egooo kann. diamm je tak cakap ape. :) sampai la tiba-tiba kaw tau dia buat apa? dia ludah air milo yang dia tengah minum atas meja dan dia sedut balik air milo tu guna straw. euuuuwwwww. aku geli campur terkesima. awak ni kenapa? kotorlahhhh. dan kaw tau apa dia jawab? 

'selepas awak tinggalkan saya, saya pernah berjanji dengan diri sendiri. saya takkan jilat balik apa yang saya ludah. tapi hari ni, saya mintak maaf. saya tarik balik kata-kata saya. saya menyesal. saya sanggup jilat balik ludah saya, janji awak tak tinggalkan saya.'T___T

yess, selepas 5 tahun, tu pertama kali aku dengar syafiq meluahkan perasaan sambil bergenang air dekat kelopak mata dia. :') aku nampak muka dia penuhhhh mengharap. aku jawab ye saya sayangkan awak tapiiiii saya tak boleh terus terima awak bulat-bulat gitu je sebab saya ada boyfriend. haaaa kaw nampak tak hindustannya kisah kitorang. HAHAHA. dan jangan tak tau, syafiq pon still ada awek time ni tapi mungkin laaaa kesakitan yang kitorang lalui membuatkan kitorang lebih memahami. time tu aku fikir, mustahil aku nak tinggal boyfriend aku bulat-bulat gitu jeee tanpa belum ada jaminan pon syafiq betul-betul nak dekat aku sebab dia kan ada awek jugak. so kitorang memilih untuk teruskan berkawan tapi bukan sebagai pasangan bercinta. dia amek nombor hp aku, aku amek nombor hp dia. 

dan bermula la episod setiap hari dia sms aku, 'Hai'.. tu jee. aku? balas Hai jugak la. tu jee. hahaha. :P kan dah ada boyfriend, setia la kononnnn puiiii. :p syafiq ni dari dulu sampaiii saat ni, dia sangatttt memahami. dia tak suka paksa-paksa orang. dia jenis follow the flow. janji takkan lost contact lagi dah. sampaiiiiiiiiiiiii la satu ketika, aku kena pegi plkn, sambil-sambil tengah tunggu bas plkn, dia datang dan jumpa mama papa aku dekat stesen bas tu. kenalkan diri dia walaupun mama papa aku dah lama kenal. kata dulu jiran kannn kuikuikui. :P aku tak sembang pon dengan dia. sampai la bila bas tu bergerak, dia sms, 

'saya akan buat apa saje untuk dapatkan awak. sape cepat dia dapat walaupun saya tau awak ada boyfriend. saya tunggu awak balik plkn. saya serius. saya dah bagitau mama papa.' 

aku jawab ok dan sepanjang 3 bulan, aku kan dekat plkn, kitorang tak contact pon. dan percayalah, selepas 3 bulan, keesokan harinya selepas aku balik dari plkn, dia mesej cakap on the way nak datang amek aku jumpa ibu dia. aku ingat main-main sekali betul-betul. so bermula la episod syafiq bersungguh-sungguh menawan hati aku dan dia sangattt pandai membeli hati mama papa aku. dia kalau nak ajak aku keluar, dia terus datang rumah jumpa mama dulu. samaada kitorang keluar kejap minum-minum atau dia lepak je dekat rumah aku dengan adik-adik dan keluarga aku.


jenis aku, yes aku akan pilih lelaki yang sanggup berusaha untuk aku. aku akan pilih lelaki yang mampu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya pada aku. aku akan pilih lelaki yang kaw boleh terima seadanya siapa aku. aku akan pilih lelaki yang kaw tak hipokrit langsung dengan aku. aku akan pilih lelaki yang bukan duit yang datang dulu. aku akan pilih lelaki yang manjakan aku tanpa rasa jemu. aku akan pilih lelaki yang utamakan keluarga dulu. aku akan pilih lelaki yang bukan memilih aku kerana nafsu. aku akan pilih lelaki yang tau siapa sebenar aku. dan awak la suami saya ituuuuuu. :)) and yes, you are the best husband in the worldddddddddddddd. :)
 


42 comments:

  1. Fuhhhhhhhhh...panjang betul.tapi worth to read ya! Part kat pc nik boleh bayang yang part msg tu je.hahah.alhamdulillah, dah nak masuk fasa baru pun korang xlama lagi.nik doakan ya dgn syafik bahagia hingga ke syurga♥

    ReplyDelete
  2. menarik sungguh kisah yaya...n btoi la pepatah ni, kalo dah jodoh, tak ke mana...

    semoga perkahwinan & percintaan yaya & syafiq kekal hingga syurga...aminnn... :)

    ReplyDelete
  3. alaa baru nak tau cite camne bleh putus ngan boyfriend mase tu.. best plak baca. hihihihi..

    ReplyDelete
  4. Untung nadia cinta kekal hingga kini.. suwittt sgt.. part minum smula air milo tu xsangka syafiq sanggup.. hehee betapa dia sygkan nadia masa tu..

    Ahkak ni sploh kali sbelas putus cinta..ngeh ngeh ngeh..
    Ada skali brcinta ms study 4 thn mnyulam cinta konon, tp putus d tgh jln. Frusttt!!
    Then kenal je dgn asben takdaknya cinta bagai, trus kawen.. cinta lps nikah..heheee

    ReplyDelete
  5. Olololo..comelnyer cite dia..mati aku nk citer kisah aku kt blog..ahaha..

    ReplyDelete
  6. siyes muja baca dari mula sampai habis,,, terharunya,, sweet giloss!!! moga kekal hingga ke syurga,, sentiasa berbahagia sampai bila-bila.. mhon doakan muja pun jumpa jodoh yang sayang muja sampai dia tak mahu berpisah walaupun di alam akhirat sana. :')

    ReplyDelete
  7. takdir allah tak siapa yg dapat menduga kan. apa2 pun semoga berbahgia hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
  8. menarik tertarik debomm.. semoga bahagia selalu sis. xsabar nk tgk baby sis.:)

    ReplyDelete
  9. Kak Ya, walaupun kita sebaya...cite kak Ya dgn Abg Syafiq sungguh buat kita jeles. kita takde boypren lagi. cemana ni? carikan sorang!

    ReplyDelete
  10. sweet like sugar..lpas ni btmbah bahagia dgn kehadiran si comel pulak..happy 4 u fren :)

    ReplyDelete
  11. sweet like sugar..lpas ni btmbah bahagia dgn kehadiran si comel pulak..happy 4 u fren :)

    ReplyDelete
  12. Waaa so sweet nadia..ya Allah jelesnya bila ade org sanggup buat apa saje smata2 tuk dri kita..i used to like someone ms form 2 tp mmndgkan xpnyer keberanian n kurg yakin n bertepuk sblh tgn, melepas mcmtu jelah smpai frust mnonggeng bila taw dia kawen..n untill now, senang nk suka org but nk cr yg btul2 syg kt tu susah tapi nadia seyes nk cr someone yg btul2 syg kita bkn ats sebab tertentu like prs rupa or harta mmg susah..doakan ayu jmpa cinta hati jgk hikhik apepon jodoh ditgn Tuhan

    ReplyDelete
  13. Suwetnye.sngup aiols bace smpai habis kisah industan awk nadia. Kta doakan semoga kekal smpai akhir hayat. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. woahhh ni syok baca kalah hadap novel tahu tak? gigig haku baca sampai titik terakhir.. kohkohhh. moga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  15. suweetnya dan terharu...semoga Nadia & Syafiq sekeluarga kekal bahagia hingga ke syurga...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah itu jodoh sis..

    yui doakan yang terbaik utk rumah tangga kalian.. aminn

    ReplyDelete
  17. boleh buat cerpen ni, kalau dipanjangkan cerita, buat novel.. hehe..
    itulah dinamakan jodoh... :)

    ReplyDelete
  18. hahahah menarik.
    hai, saye former student mrsm pc batch 38

    ReplyDelete
  19. nak menitik air mata... tp memang tul2 sweet.. semoga kekal bahagia hingga ke syurga... nadia org terengganu??

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah .. allah dah kata syafiq mmg utk nadia ... walau apa pun rintangannya ... alhamdulillah akhirnya berkahwin.. dan yg penting tak lama lg ada junior korang ....

    ReplyDelete
  21. Berbaloi baca wpun pjg. Rasa mcm dlm novel cinta nadia ooii... Syafiq mmg hormat the eldest. Suami akk pn penah ckp "jenis baik suami nadia tu"

    ReplyDelete
  22. suwitnya..memang kuat jodoh nadia ngan syafiq..akak doakan kalian kekal bahagia selamanya..tambah meriah la dengan kehadiran orang baru nanti ye dok??
    paling best nadia ingat moment ni lagi..akak sumer dah kelaut..hahahaha

    ReplyDelete
  23. mmg betulkan..kalau mmg dh jodoh kita tu..lari la ke hujung dunia mana pun, kalau dh jodoh tu, mmg ttap akan kahwin jgak..mmg kuat jodoh korang, and sue doakan semoga nadia n syafiq kekal bahagia hingga akhir hayat :)

    ReplyDelete
  24. kalau dah jodoh, kalau dah jodoh, tidak ke mana..... sy plak satu sekolah since form 2, sekelas since form 4..tak pnh bertegur sapa...until adik masuk form 3.die kawan dgn adik, n baru tau sy akak die..tak sembang juga..sampai plan meniaga time hari kantin.tu pn biasa2 je....raya tak pernah miss dtg umah.. sem 1 die nk couple, sy tolak sbb kata kita kwn sekolah..putus hubungan sampailah 3 taun, masing2 dah abis blaja n keje..camne leh terapat pn ada kisah..smplah KAWEN! jodoh kan..

    ReplyDelete
  25. Wahhh... so sweettttt... suka sgt... mmg cinta sejati la korg.. mcm baca novel rasanya.. suka happy ending... semoga kebahagiaan milik kalian berdua selamanya...

    ReplyDelete
  26. duhhh... mcm dalam drama la kisah korang ni..
    betul la kan kalau jodoh tak ke mana.
    akak doakan korang bahagia sampai akhir hayat insya Allah, amin...

    ReplyDelete
  27. kalo wt novel cmporm laku hehe..smoga berbahagia..eh dh abh ek story ni?

    ReplyDelete
  28. tetiba aku sebak baca ayat-ayat terakhir kau. Syafiq memang baik. hope korang bahagia dunia akhirat Aminnnn~

    ReplyDelete
  29. Story nadia ni boleh buat novel ler...:)
    Mmg jodoh korang dah ditakdirkan..semoga berbahagia dunia akhirat..Aminnnn

    ReplyDelete
  30. Blog nya ssangat menarik, betul-betul menceritakan khidupan sehari-hari.

    ReplyDelete
  31. pergh baca dari a samapi z..sweetnyer la cerite..haahaha...alhamdulillah..sekarang bahagia dah

    ReplyDelete
  32. so wow double wow u!!! btw sronok bca entry2 dlm blog hakak ni :p hehe

    ReplyDelete
  33. Saya baca kisah awak ni, lebih kurang dengan kisah saya jugak. Kapel sekejap-putus-jumpa balik tapi dah ade pakwe, suami tak kapel dgn sape2, setia menunggu rupanya-tinggal pakwe (terus terang sebab ape. Mmg kesian, tapi ini soal hati)-kapel dgn suami-kawen :)

    ReplyDelete
  34. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,(0148004302)

    ReplyDelete
  35. sweetnya cerita korang nadia... walaupun rasa macam drama cinta monyet. Besar kuasa tuhan, ada jodoh tak ke mana kan?

    Semoga kekal bahagia sehingga ke syurga...

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah syukur..
    Tersenyum lebar bace crite ni.
    Pembakar semangat ni.
    Smoge berkekalan..

    ReplyDelete
  37. tengah stalk cari tips nak kawin hahahaa , tapi serius cerita ni win

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...