April 11, 2013

hotel paling murah di Johor Bharu

kalau korang planning nak pegi bercuti secara berjemaah ramai-ramai ke johor bharu ke, singapore ke, uss ke macam kitorang ni, aku harap entry ni membantu korang sikit sebanyak. kalau niat korang pegi bercuti, korang nak cari penginapan yang hanya sekadar janji dapat tidur, dapat mandi, korang tak kesah tentang keluasan bilik, korang tak berapa kesah tentang tahap kebersihan bilik, aku sangatt merekemen korang untuk try stay dekat hotel ni. Hotel Culture City Inn. 



kalau kaw tanya aku berapa bintang hotel ni, memang aku jawab tak berbintang laa kannn. ;)) tapi kalau spesis aku la kan, kalau pergi bercuti ramai-ramai macam ni, bintang tak berbintang belakang cite. lain laaa kalau pergi berdua yang mana memang dekorasi bilik harus menjadi keutamaan. kohkohkoh. :p hey bila ramai-ramai macam ni, takde maknanya nak lepak dalam bilik lama-lama. mestii keluar pagi balik gelap. balik hanya untuk tdo semata-mata. macam time kitorang hari tu, jangan kata nak lepak lama-lama dalam bilik, tv pon tak terbukak. bunyi tv buat menyemak je kalau sedang kusyuk menganyam ketupat. kuikuikui. :)

oh berbalik kepada percutian bajet kitorang minggu lepas, pada asalnya kitorang planning nak amek 1 bilik untuk setiap pasangan. kan kitorang ada 4 pasangan. jadi mungkin kita boleh amek 4 bilik. tapiiii, selepas persetujuan dan perbincangan kata sepakat semua suami isteri, kitorang memilih untuk amek 2 bilik je. kita buat satu bilik untuk para suami, satu bilik untuk para isteri. lagipun kan sampai dekat hotel ni dari kuala lumpur dah pukul 1 pagi. keluar makan lagi dah 1 jam lebih. masuk hotel balik pukul 2 lebih. pukul 7 pagi dah kena gerak ke tempat naik bas untuk masuk singapore. dah berapa jammmm la sangatt nak tdo pon kan. heyyy 5 jam je dalam bilik, tak payah nak menyondol sangatttt la. :P jadi kitorang pon amek la dua bilik. 1 bilik family room yang ada dua queen bed, 1 bilik triple room yang ada satu queen bed dan satu single bed. mula-mula nak amek dua dua yang ada dua queen bed tapi malangnya time tu ada 1 je. nak tak nak kitorang terpaksa amek yang triple room. 

untuk para isteri, kitorang tdo yang triple room. yang ada satu queen bed dan satu single bed. untuk bilik ni, tak direkemen langsung sebab lemass la takde tingkap! aircord pulak sloww tak rasa pape. dia punya bauuuu selimut perghhh kalau bungkus kucing, kucing boleh mati. kehkehkeh. :p



tapii, bilik air dia best sebab air lajuuuu. oh ye, walaupun murah, bilik ni ada tv. :) not bad la kannn. untuk bilik triple room ni, kaw tau berapa harga 1 bilik dia? RM55 je. kehkehkeh. kaw bayangkan 1 bilik ni kan kitorang kongsi 4 orang, jadi RM55 bahagi 4. seorang RM13.75. muahaha. murah gileee kannn! dah, jangan banyak komplen. dah nama 13 hinggitt, kaw tak payah nak demand macam duduk 5 star! :P

untuk bilik para suami, dorang dapat family room yang mana ada dua queen bed. 
bilik dorang besttt. selesa sangattt walaupun murah. bilik dorang luas. ponn ada tv. best part ada tingkap. jadi tak rasa lemas dan bau tak terperam macam bilik kitorang. aircond dorang sejuk gile. senang cite bilik ni fully recommended la. :)  

bilik air dorang pon air laju. best kan? bini-bini jugak laaa kepanasan habis. nasib ida tak tdo bogel. muahaha. kaw bukan boleh percaya sangat mak cik tu. tak senonoh punya orang kalau panas. HAHAHA.

kaw tau bilik family room yang selesa ni berapa harga? murah sangatt babe. 1 bilik RM65. kan lelaki pon ada 4 orang kan. kaw bayangkan RM65 bahagi empat orang. sorang bayar RM16.25 je. celah manaaa nak cari murah gile gini kannn. :)

jadi, total untuk sepasang suami isteri, untuk penginapan malam pertama sesampainya dari kuala lumpur sebelum masuk ke singapore pada keesokan harinya, 

isteri RM13.75
suami RM16.25
_____________
TOTAL SEPASANG: RM30  :))

HAAAA cer bagitau aku dekat mana nak dapat hotel murah macam ni? murah kannnn. kalau korang nak book dan dapatkan dengan harga macam kitorang dapat ni, korang hanya boleh book melalui booking.com. klik sini terus ye. kalau korang book melalui call hotel ni sendiri, atau main terjahh je walk in, aku rasa tak dapat harga ni. tak silap aku 1 bilik ni dorang cakap normal price RM98. nak murah book je guna booking.com tu. tak perlu kredit card pon. oraittt sayangness? oh ye lagi satu. kan tempat naik bas ke singapore keesokan pagi adalah berhampiran dengan tune hotel, korang jangan risauuu. walaupun korang tdo dekat hotel ni, hotel ni dekat je dengan tune hotel tu. dalam 15 minit bawak kete. :)

heyyy ramaii yang tanya aku pasal bajet percutian ni keseluruhan total. nanti aku buat entry eh. murah je sebenarnya. tak berada pon boleh sampai. apatah lagi yang berada macam akak akak sekalian. EH? :p cuma jangan nak menade-nade jeewwww. :P mihmihmih.


muka teruja subuh-subuh hari nak masuk uss. haaa lagi satu. kaw bayar 30 hinggit je babee. kaw jangan menade-nade demand nak lift bagai macam ida. muahaha. *daaaaa, kuasa blog da. ida pedajal yaya dalam blog ida, yaya pedajal ida dalam blog yaya. miahaha. ;)) 
    
ni alamat hotel ni eh, 
Hotel Culture City Inn,
No.5, Jalan Jaya 2, Taman Jaya, 81300 Skudai.
No. Tel 07-554 7277 / 07-554 7281
 

31 comments:

  1. ohoo...memang murah dan bebaloi2 kak kalau stakat nak bermalam macam gitu...

    ReplyDelete
  2. Ya allah nadia... tahan pulak duduk selimut busuk-busuk tu? Apasal para suami tak bagi je bilik selesa kat para isteri? ciannn ister-isteri nii

    ReplyDelete
  3. Sangat murah... tak dek entry bab makan-makan ker... especially kat JB ngan Singapore tuuu

    ReplyDelete
  4. weekend ni nak pergi JB.. pergi sebab kerje.. taktau lagi nak duduk mane.. memang tengah survey hotel under RM150.. tq untuk entry ni nadia..

    ReplyDelete
  5. haha nak murah meh tido umah kak dija kat skudai.. hee naik bas dri tune rm5 ye nadia? :) kak dija gi aritu pun naik bas tapi dri bandar :)

    ReplyDelete
  6. gasak korang gaduh-gaduh er....

    ReplyDelete
  7. teror betul akak budget travel planning ek ;)

    ReplyDelete
  8. info bgus ni nad..

    mana tau ada rezeki leh p..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum yaya. hahaha korang ni main dajal2 dalam blog memasing ye. siap korang. haku cari idea nak kena korang gak. ahahhahahahhaha ;p

    ReplyDelete
  10. memang murah.. berbaloi2 lah..

    ReplyDelete
  11. Waahhh..mcm tak percaya kt jb ada hotel murah mcm ni..bagus entri ni..hihi.. ;)

    ReplyDelete
  12. best yek bila dpt yg murah sgt2 mcm ni....mcm akak gi singapore aritu abis byk sebab 2x masuk singapore...hehe...sajer suka2 nk cop byk kali kat passport..biar passport penuh...=P

    ReplyDelete
  13. kaw kaw lu kutuk wa babee. siap siap. wa punya cerita berepisode babe. setiap episode lu pasti akan kene.. hahahahahahhaha..

    #sape nak tahu perangai sebenar dak yaya ni sila ke belog sayaaaaa.... okhokhokhhhhh ;p

    ReplyDelete
  14. hahaha . lawak laa baca :) suka sangat ..

    ReplyDelete
  15. aah murah
    janji kemas dan selesa dik .. udahh ;)

    ReplyDelete
  16. nak pergi honeymoon boleh sangat kat sini.hhehhee

    ReplyDelete
  17. hehehe xyah nk hotel mahal2 kannnn. nk tido jek pon. kihkih =)

    ReplyDelete
  18. mcm menakutkan review ni kah3x..

    ReplyDelete
  19. waaa..nice sharing..kite suke hotal murah yg berbaloi2 gini..nnti kalo nk dtg sn mudah la skit tmbh lg jimat..haaa..

    ReplyDelete
  20. janji paip ada, katil bersih, ruang utk solat ada.. itu sudah mencukupi kan yunk.. heee.. bestnye dia jengjalan

    ReplyDelete
  21. Suka sangat baca blog nadia...
    Buat entri pasti ada yang mencuit hati...
    Thanks sharing sal hotel ni :-)

    ReplyDelete
  22. eh.. dah komen ke belum kat sini ye???adeh.. konpius..sebab ramai buat entri hotel ni.hahaha

    ReplyDelete
  23. mmg btol2 murah ni. lagi2 dapat kongsi ramai2 gini
    setakat nak tido jea mmg tak perlu la hotel mahal2 kan. hehe

    ReplyDelete
  24. best entry nih!tak sabar tunggu entry yang details pasal full budget tu ;)

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. bas xde nama huhu tapi tiket dia beli dekat bawah tune hotel :)

      Delete
  26. Hotel nie berdekatan dengan hospital sultan ismail tak??

    ReplyDelete
  27. maaf, kalau dari terminal bus larkin mau ke hotel culture citty inn naik bus kota jurusan mana dan turunnya dimana ya? terimakasih

    ReplyDelete
  28. kami dari galaxy hotel juga sedia kan budget room serendah RM35-RM100
    pelbagai pakej..special discount with term
    dan juga special price for monthly rental

    ReplyDelete
  29. boleh call utk tempahan atau sebarang pertanyaan
    0127224052

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...