April 18, 2013

Tune Hotel Johor Bahru



jangan tak tauuu, i is tak sabarrrr nak habiskan entry percutian ke uss ni secepat mungkin. lagi lama wa peram, lagi lamaaa kepala wa blur. (-____-') cerita hari ni adalah tentang tune hotel johor bahru. :) kalau korang tanya aku, antara tune hotel jb dengan tune hotel kuching mana lagi best, aku jawab tune hotel jb lagi best. sebabbbbb, bilik dia ada tingkap. ;) jadi takde masalah pengudaraan langsung. korang boleh baca pengalaman aku stay dekat tune hotel kuching dekat sini ye.


 
ohh sebelum terlupa, kitorang stay dekat tune hotel jb ni time malam kedua dekat johor. kan malam pertama stay dekat hotel bajet gile nak matii ni. :p siang masuk uss, malam terus check in tune hotel. untuk tune hotel ni awal-awal lagi kitorang dah book sebab memang kitorang plan nak check in lewat. keluar dari uss pon dah pukul berapa kann. oleh disebabkan ni namanya percutian bajet secara berjemaah, untuk menyenangkan keje ida sebab dia taiko membooking ni, aku malassss. :P dia just book bilik basic je. maksudnya, book bilik togel semata-mata. kan pesen tune hotel ni kena add onnnnn. kalau contohnya bilik kaw 10 hinggit, kaw nak tengok tv kena tambah RM12, kaw nak aircond kaw kena tambah RM12, kaw nak wifi kaw kena tambah RM12. haaaa gitueww. jadi, untuk memudahkan keje ida untuk book 5 buah bilik, ida book bilik togel je. mana-mana rasa nak add on apa-apa, just tambah dekat kaunter time nak check in. ;)


masa kitorang book tune ni, kitorang dapat harga RM67.28 untuk satu bilik double room yang ada seketul katil queen. no tv, no wifi, no aircond and no toiletries. but no big deal :p kaw bayangkan berapa jam la sangattt nak hadap kalau amek tv segala mak nenek bagai sebab kitorang betul-betul masuk bilik adalah jam 3 pagi. balik dari uss, terus check in. lepas tu gigih keluar balik sebab nak cari makan. lepas perut kenyang gigih pulakk pegi berkaraoke. aku tak tau nak cakap dorang punya happening tahap berapa. (x_____x) aku syak urat penat semua dah putus dari awal-awal dorang bersalin lagi. kehkehkeh. tapiii, oleh disebabkan line hp aku tak leh guna, gigih la aku add on wifi. T______T tadi kan total bilik togel adalah RM67.28, tambah wifi RM12, jadi total semua penginapan aku 2 hari 1 malam di tune hotel jb adalah RM79.28. aku memang sengaja tak add on toiletries sebab kalau pegi mana-mana, aku memang spesis bawak sabun shampoo sendiri. oh lupa, walaupun bilik dia togel, tak add on tv segala aircond bagai, jangan risau. dalam setiap bilik memang disediakan kipas. kipas tak perlu add on. memang termasuk dalam pakej bilik togel tu. :)

the best part tentang tune hotel jb ni, parking dia sangat secure. hotel ni memang dalam kawasan berpagar sendiri dan bila malam, ada security jaga. aku rasa ni tune hotel terbesar kott sebab dalam satu bangunan hotel yang sama, ada kedai 7E, ada HQ tune hotel, ada office bas odyssey yang akan bawak pelancong masuk singapore tu.


so far bagi aku, tune jb ni sangattt memudahkan guest dorang. sebab dah tentu-tentu sebelum masuk uss nak beli bekalan makan kannn. so, boleh beli dekat 7E. siap beli makanan, boleh terus beratur dekat depan office odyssey untuk redeem tiket bas untuk masuk ke singapore. haa senang kann? ;) 

kalau ni first time korang nak book tune hotel jb, korang boleh tengok cara membooking dekat blog ida ni ye. dia paaaaling rajin dan paaaaling gigih membooking untuk kitorang. siap ada tutorial lagi. boleh klik sini eh. thank you daaa. *sambillagalagapipidangeramterushantukkepalalajulajumuahaha ;)


 

padahhh sangattt malam pertama nak bajet punya pasal, sanggup tido bilik suami isteri asing-asing kan. ;)  masuk malam kedua wa tak tahan babe. wa tau lu orang pon tak tahan. sebab tu lu orang nak bilik asing-asing sepasang satu kan. kohkohkoh. (x____x) tido tak sedar macam nak mati semua ye. :p esok pagi check out dan moh la kita kembali ke pangkal jalannnn. T__T check out, singgah makan kejap, dan terussss balik KL untuk menyambung membanting tulang mencari rezeki untuk next percutian honeymoon. eh? :P 


ramaiiii babe yang tanya berapa bajet habis ke uss ni. nama pun percutian bajettt. next entry eh? tungguuuuu ;))


  

21 comments:

  1. basic pon okey ape..janji dapat tido cukop le kan?? kalu nak pi johor dnanti, dah tau dah cara..hehe

    ReplyDelete
  2. tune hotel ni not badlah mila sukaaaaaa :))

    ReplyDelete
  3. my experience check in tune hotel penang...x do tingkap...hu3...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum yaya, yeayy kita up entri tune hotel ni serentak! hahahaha. nice entri yaya. hehehhee. Jum membanting tulang tulang semua ;p

    ReplyDelete
  5. seronok kalau dapat jln2 camni...hilang sume stress!!!hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Happening ar p reramai camni
    Ai us jeles! :)

    ReplyDelete
  7. Hihi tak tahan ek Nadia..bagus2..hubungan suami-isteri mmg kena macam tu..Insyaallah bahagia dunia akhirat:)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah stay lagi Tune Hotel ni..

    TQ syer info pasal ni, at least lepas ni tau la; D

    ReplyDelete
  9. salam nadia..kak pinky tumpang duduk sini..amboii berjalan sajer dia..

    bestlah korang..akak ni ha tak larat dah dik..kalau boleh duduk dalam troli, nak jer ikut muahaha..

    nanti pergi sydney elok2 ya ngeeee

    ReplyDelete
  10. cantik juga bilik dia, muarah pula tu.. kat johor je ke ada???

    ReplyDelete
  11. hoho...tak pernah lagi guna khidmat Tune Hotel ni...ok tak sabar nak tgok bajet kak nadia...boleh lah sy pun merancang cuti berbajet jugak ke sana...hehehe

    ReplyDelete
  12. Books for you and yours.... Shopaholic, harry potter, cecelia ahern, john grisham, childrens books, etc... Do visit us....

    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. mase kak fifi pergi jb ade nampak hotel ni.. seketul 'sorang2' tepi jlan.. kan2?

    ReplyDelete
  14. kalau cuti2 nak berjalan ni, mmg better ambik hotel yg murah.. sbb stay kat hotel just utk mandi, bersiap & tido.. tp kalau utk cuti2 nak honeymoon manja2, boleh la try yg lebih privacy.. tu pun kalau ada budget lebih.. kalau xde, kat mana2 pun x kisah kan dear.. asalkan dpt bersama yg tersayang..

    tune hotel ni ok jugak.. walaupun kena add on, still masih berbaloi kan..

    ReplyDelete
  15. tune hotel kuching tak ada tingkap ke nadia? sebab bulan 1 hari tu kita pun stay tune hotel kuching ada tingkap tp terhad. kalau tune hotel jb ni belum pernah jejak lagi

    ReplyDelete
  16. murah harga tune hotel. tak lama stay.baik sewa hotel murah2 sudah kan.jimat :)

    ReplyDelete
  17. sebab last minute harga pun boleh tahan.. kalau plan awal dpt lah murah..eh baru ingat saya x updated lg entri psl tune hotel kah3x.. baca ni baru ingat!!

    ReplyDelete
  18. Kalau nak murah guna online booking.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...