April 09, 2013

Universal Studios Singapore (USS)


sebelum tahap kemalasan aku semakin membuak-buak, baik aku up entry holiday secara berjemaah ni cepat-cepat. hewhew. :) ni percutian paaling bajet 3 hari 2 malam namanya. kenapa paling bajet, sebab ni percutian diluar jangkaan. tak de dalam plan pon. ida, mila and nory la ni gewdikk paksa aku pegi. :P aku laki bini spesis tak sampai hati nak tolak. kononnn, ceh. puiii. menipu je keje kaw kan yaya. kehkehkeh. padahal aku paling beria. HAHAH. kitorang berlapan pegi dua buah kereta. nory and zul pegi dengan flight sebab dorang awal-awal lagi dah book. kitorang kan last minit punya plan. kereta pon kereta laaa, janji sampai. kennnn ;))

aku cakap awal-awal, entry ni mahaaaa panjang. mana tau kot-kot ada yang nak tiru idea itinerary kitorang ni, kott la korang nak pegi nanti, sila sila. sebab ni idea palingggg jimat ok. percayalah. berangan nak pegi universal studio tapi duit tak berapa nak banyak macam kitorang ni T_____T, janji dapat jejak kaki, silaaa la tiru itinerary ni. 


kitorang gerak dari kuala lumpur ke johor pukul 9.30 malam hari jumaat. sampai johor pukul 1 pagi. oleh disebabkan pukul 7.30 pagi dah kena naik bas untuk masuk singapore, jadi kitorang telah memilih hotel yang sangattt murah janji dapat lelap mata kejap and mandi dahhh. lagipon berapa jam lah sangatt tido kan. nak nak pulak semua spesis keje borak siang malam tak habis, aku rasa malam tu aku tido betul-betul lena 1 jam je. T___T cite hotel murah gile ni nanti aku cite lain entry eh. pukul 6.45 pagi kitorang terus gerak pegi tune hotel johor sebab tempat naik bas ke singapore tu memang dalam kawasan tune hotel. park kereta dan terus naik bas menuju ke universal studios singapore yeayyyyy! :)) 

 tengah tunggu pintu bas bukak pon sempatttt. :)

bas tengah bergerak pon sempatttt. tak paham kann :P

2 jam jugak la perjalanan dari jb ke uss ni. boleh tahan besar uss ni sampai tak tau nak mula mana dulu, nak main yang mana dulu sebab dia ada 7 zone. hollywood, madagascar, far far away, the lost world, ancient egypt, sci-fi city, dan new york. tapi, kesimpulan yang aku boleh buat, uss ni sangattt sesuai untuk manusia spesis suka bergambar macam kitorang. jalan 4 langkah gambarr, jalan 5 langkah gambar. heyy tak pahamm. kehkehkeh. :) 


yeayyyyyyy dah sampai dekat globe golek-golek niiii. kaw datang sini jauh-jauh kaw cakap tak amek gambar dekat depan globe ni menipu sangatttt la kennnn. dorang ni dalam tandas pon kalau boleh nak amek gambar. HAHAHAH. 

kitorang sampai sini ngam-ngam pukul 10 pagi dorang baruuu bukak pintu masuk uss ni. terusss serbuu. kaw tauu, baruuuu dua tiga langkah masuk uss, terus serbu kedai baju. 
kaw tahu kenapaaaa? sebab, semua nak beli baju sama dan terus pakaiiii. pedulikkk. HAHAHAH. amboi sheilaaaa, gile kuasa ehhhh. dah la tinggi. habis tutup muka kitorang. :P

tengok bajuuuu, kan dah cakapp. tinggg, bertukar! HAHAHA.




oleh disebabkan nasib kitorang kurang baik, hari yang kitorang pegi ni cuaca adalah hujan sepanjang hari. T________T dari tengahhari sampaiii la ke petang. jadi, semuaaa karaktor katun tak keluar. yang keluar pon pagi je time kitorang mula-mula sampai. tu pon berapa ketul je. i is frusttt sebab tak dapat amek gambar dengan perempuan dalam skirt dia ada kipassss. hewheww. tapi xpe, janji dapat amek gambar dekat globe golek-golek. muahaha. ;)) 





dalam banyak-banyak game, aku rasa game transformer ride paling cool. cool dia sebab kita kena pakai spek 3D, dan masuk dalam sebuah kereta. kereta tu akan bergerak laju bawak kita masuk alam transformer. masuk masuk alam dorang, transformer baik tengah berlawan dengan transformer jahat. kaw bayangkan kita dalam sebuah kereta yang sedang bergerak laju, dibaling dihempap dipijak macam real gileeee. padahal sebab sedang pakai spek 3D. kuikuikui. cool dia tetap buat kita berdebar sampai kitorang semua menjerit melalak bagai. 


lepas main game transformer, kitorang main revenge of the mummy. sumpah aku tak tau game dia macam mana, aku main masukkkkk je sebab dorang semua masuk kan. still duduk dalam sebuah kereta macam transformer tadi cuma bezanya, ni bukan 3D! ni realllllll! dia bawak kita masuk alam egypt yang ada mumia bagai tu kan. mumia tu tak menakutkan pon tapi, dia punya kelajuan kereta tu terbang, kereta tu terjun gaung, kereta tu undur macam nak tercabut nyawa aku rasa. ni bukan 3D dah babe. ni real. kaw bagi la aku RM1000 suh main menatang ni lagi, mampus aku tak main dah. walaupun sepanjang permainan menatang ni aku pejam mata tak bukak bukak sebab takut gileeeeeee tapi heyyyy susah la nak cakap. kaw kena main baru kaw tahu tahap berdebar mengerikan dia macam mana. game ni buat aku tak boleh bernafas huwaaaaa seramnya heyy. bapakk berdebar walaupun kaw pakai seat belt. kalau kaw tanya aku tahap berapa dia punya mencabar, aku bagi 10 per 10. markah penuh. tak nak naik dah tak nak naik dah. T__T taknak kawan ida sebab dia dah tahu ngeri gile tapi dia tak bgtau kitorang awal-awal sebab dia kata, kalau bagitau aku awal-awal, confirm aku tak naik. daaa, demyuww. HAHAHAHA.


the best part is, 








bila kaw kawan dengan orang sama spesis dengan kaw, keselesaan kita bersama dia, kehappeningan kita berkawan dengan dia, kesatukepalaan kita berbincang tentang semuaaa hal sangatttttttttttttt sekepala. baik isteri mahupun suami, semuaaa sporting dan tak tahu malu habis. kira macam ok baiklah sayang, moh la kita sama-sama tak tahu malu meloncat sana melompat sini menjerit sana menjerit sini. HAHAHA. dan percayalah, kitorang baruuu je kenal tak sampai setahun tapi dia punya best macam dah bertahun-tahun kenal. sayangggg korang! 

penat la nak cite, sampai esok belum tentu habisss. T__T nah lagi satu bukti terakhir betapa sengalnya semua orang. depan-depan orang ramai masih tak tahu malu. HAHAHA. 


oh ye, 

jangan tanya aku naik tak menatang roller coaster human warna merah ni ke, roller coaster cylon warna biru ni ke, memang TAKKKKK aku akan naik. kaw bagiii la berapa ribu pon. aku tetap takkan naik. baik aku mahupun syafiq, konpem kitorang takkan naik. sekental-kental laki aku, menatang ni mampu mengecutkan dia. kohkohkoh. ;)) dalam ramai-ramai kitorang, hanya ida, nory, adik nory and mcd suami mila je naik. ni 4 orang aku syak kecik-kecik dulu mak dorang tak bedung. lahir-lahir terus main lambung-lambung dan urat takut dorang terus putus. HAHAHAHAHHA. 



45 comments:

  1. oh, hobi saya memang melambung-lambung puuun~

    ReplyDelete
  2. seronok baca entry ni :D aina pernah pergi jugak and memang fun sanaaa

    ReplyDelete
  3. salam nadia
    Ta pun ada plan nak kesana tahun ni. Tapi nak gi legoland dulu..
    Thanks sudi doakan ta.

    ReplyDelete
  4. kak ya sapa doh,onie tahu bilo agi,haha... roller coaster tu kalu onie pom tak naik doh,haha

    ReplyDelete
  5. wah...best buat kerja gile2 ngan kawan2 yang gile2 jugak...

    ReplyDelete
  6. Best...best... tahun lepas akak pergi...
    Mainan yang last tu... akak naik!
    Weeehhhhh..kecut perut, limpa, hati, hempedu..

    Kalo naik space shoot kat genting tu dahsyattt..
    Naik bende alah ni 1000X lebih dahsyat..

    ReplyDelete
  7. i miss roller coaster....kalau g genting tu,roller coaster dgn solera mesti naik ulang2..tak sabar nk g uss jygak.

    ReplyDelete
  8. alaaaa kak. mention lah bape bajet nak ke sana. excited nak tau ni :D

    ReplyDelete
  9. wahhh bestnyer..teringin nak g uss..syiok2..tmptnyer mmg cantik ggiler ahhh

    ReplyDelete
  10. myesal sbb naik cylon trun2 tu yg human xlayan dah haha seyes mengigil nk muntah sumer ade

    ReplyDelete
  11. as salam nadia.. adui gila best dpt jln dengan kawan2 macam ni.. pakai suar lain2 kaler lak tul best tul.. kalau akak ni kompom bawak 'henbeg' kiri kanan.. takdak masa nak posing loving2 camtu.. huhu.. cerita lagi pasal hotel dengan bas ok.. sebab katanya nak turun bas ke tempat imigresen tu jauh ke?? tq.. oh panjangnya komenku

    ReplyDelete
  12. wah,syioknya dah smpai sana.. yui ni bla lak nak p..huhu

    ReplyDelete
  13. best nye, belum ade peluang nak jejak lagi kat sini ;)

    ReplyDelete
  14. hahaha...aku pun xnak naik roller coaster gila tu wey....semua kaki gambar duh ! haruslah.....

    ReplyDelete
  15. Waaaa
    Best! Best!
    Kalu plan adhoc mcm ni mmg selalunya berakhir dgn best! ;)

    ReplyDelete
  16. ya...sonoknye... tingat time p dolu2.. tp ya, wugi tak nek roller coster tu.. syiok abehhhh.. hehehe

    ReplyDelete
  17. happening nyerrrr ... seronok !! dpat kwn satu kepala semua boleh jadik !! nk joinnnn .... kikiki

    ReplyDelete
  18. ohsemmm bebeh...
    happening giler...

    yaya, rugi taw tak naik "minatang" human tu taw..
    besttt giler...thriller giler..haishh mmg gilerr argh die punya best..
    heheheheeh....

    ReplyDelete
  19. bestnye gi jejalan uss.. brape rm habis sume ? teringan gak nk gi sana 1 day insyaallah

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum yaya. siot kelakar gila! hahahah terkentut-kentut sheila baca entri ni. wehhh apsal up cerita sheila gila kuasa? hahahahhaha sayang you all semua ;p

    ReplyDelete
  21. enjoy habis ye..syoknye ade kawan sekepala cam ni..

    ReplyDelete
  22. Ya Allah bestnyaaa pergi ke Singapore dengan para blogger yang lain.. wahhhhh.

    ReplyDelete
  23. ala ruginya nadia tak dapat amik gambar dgn charactr, kaka dija gi dua kali kat sini mmg puas brgambar la.. kak dija pun same tak nak la naik mummy tu sekali cukup la, hubby kak dija pun tak naik cyclon tu 2x5 penakot, hee tapi tu bermaknakami manusia normal, yang naik tak normal.. smue gambar nadia cantik suke tengok

    ReplyDelete
  24. hahhaha...best loh uss ni! pergi sekali tak cukup....perlukan seminggu nak habis kan betul2 keseronokkan berjimba dekat sini...wewewe...kak asal tak cuba roller coaster tuh....itu lah paling best!! kat situ peti tekak suara akk confem koyak habis menjerit...hahhaa....tp setuju part mumia tu memang kaw2 lah...tapi itu lah yg best!

    ReplyDelete
  25. bestnya korang......tp roller coster tu mmg menggerunkan..hehehe..

    seluar korang mcm2 kaler ado...:)

    ReplyDelete
  26. okhokhokhh.. sempat kaw kutuk wa kan babeeeee .. grrrrr ;p

    ReplyDelete
  27. Bestnyer p jenjalan kat sana..
    Myra klau nak p sana kena planning betul2, kumpul duit berbulan2 baru dapat p.. hahaha ;)

    Nadia-myra takut gak main mainan tu semua..
    P Genting pun xmain semua tu.. ;D

    ReplyDelete
  28. Dr pg smpai ptg dlm uss sgt best tp penatnya xyah citer la kan

    ReplyDelete
  29. husiyyy yaya tatut naik mummy...aiyo nampak je macho ni.eka naik 2 kali tuh... si cyclon n human tuh, kalu takde mama abah mmg eka paksa en suami naik jga/frust.next time nak pegi lagi hanya berdua, en suami tanak naik eka merajuk.tgk la. ehh uols masuk water world tak?


    apa2 pun best la meriah gila uols nya trip ni

    ReplyDelete
  30. ewah2.seronoknya nadia. pi skali ngan nory la yea

    ReplyDelete
  31. Wah,seronoknya g uss..tambah lagi kalau g ngan kawan-kawan..
    Mesti happening :-)

    ReplyDelete
  32. erkkkkk Nadia!!! hawaittt dtg jb tak habaq!
    amboiii pi USS naa, klau tau CiM leh join sekaki

    ReplyDelete
  33. waaa... syok gile gi uss! nak pegi jugak..huu

    ReplyDelete
  34. cool jer holiday kat USS...erggghhhh stress akak tau..hahaha...nak pegi jugakkkk... :)

    ReplyDelete
  35. syok nye USS.. teringin nak pergi.. tapi tu la.. si kecik nak letak mane.. takkan nak angkut bawak naik kerete tu bagai.. memang tak lepas la kan?

    ReplyDelete
  36. ni wemangat nak pi jugak nih! YEARGHHHHHH

    ReplyDelete
  37. ya allah bestnya..apasal gmbr korang mcm xde yg enteframe.. kat gambar kitorang asyik ada view montot orang je sedih ok!!

    ReplyDelete
  38. rugiii xnaik nadia..gilerr bestt tu..hahaha..
    tp lpas tu rs segala organ begega..hahaha..
    suka tgk pic couple2 tu..hahaha..so sweet smua.
    *jelessss

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum Kak Nadia :)

    Seronoknya pergi USS ! :D
    Saya kan, kalau baca blog akak, mesti tergelak. Cara akak tulis tu, macam saya boleh bayang kalau akak bercakap depan saya ni macam mana. Haaa gitu ! Hahaha xD

    ReplyDelete
  40. ni ambik gambar guna tripod ker atau minta org ambikkan??

    sbb dapat ambik sumer dalam 1 gambar..

    sangat ohsem!!


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  41. passport masing2 eyh?sharing ley x?nk g....huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...