Lazada Malaysia

November 29, 2012

buah zuriat, kat mana jual?


lepas aku post entry buah zuriat ni hari tu, aku ada terima beberapa email tanya kat mana boleh dapatkan buah zuriat. ada sesetengah orang panggil buah adam hawa kan. macam yang aku punya, aku dapat buah ni pun sebab ada orang bagi lepas dia balik dari Mekah. tapi, ada dua tempat yang aku tau jual buah zuriat ni. satu jual online, satu jual dekat kedai. kalau kaw nak beli buah zuriat secara online, kaw boleh terus ke blog hamilcomel. blog dia memang sangat membantu untuk golongan TTC. 

tapiii, kalau kaw rasa kaw nak tengok dulu buah dia macam mana ke, nak pegang dulu baru nak beli ke, kaw pegi cari dekat satu kedai area chowkit. dekat jalan raja bot kalau tak silap aku nama tempat tu. kedai dia memang jual segala mak nenek akar kayu. kaw nak akar kayu ape, semuaaa ada. termasuk la buah zuriat ni. atau nak lagi senang, kalau kaw betul-betul nak gi beli, serious buyer sahaja, kaw terus call nombor hp mimi, 017-9080804. kaw bagitau dia siap-siap kaw tahu dari blog nadia tau. kang tibe-tibe dia terpinga-pinga mana kaw dapat nombor dia sebab aku tak bagitau dia pon aku letak nombor hp dia dekat blog aku. huhu. nanti kaw tanya dia jalan ke kedai dia macam mana ye. aku nak terangkan pon tak reti sangat. sorryyyy.

tak salah kita berusaha dan iktiar kan tapiiiiiiiiiiii, kaw jangan terlalu taksub. KITA, bukan kaw je, dengan aku aku sekali mesti ingat, semua kerja dan kejadian di dunia Allah yang tentukan. kita tak boleh fikir, nak anak kena minum air buah zuriat. bila minum buah zuriat akan dapat anak. heyyyy, kalau macam tu, xkan ada seorang manusia pon yang akan ada masalah nak dapatkan anak. semua kerja beranak. asal minum air buah zuriat je beranak, asal minum beranak. senangggg la hidup. hewhewheww. ;) bukan buah zuriat tu yang bagi kita anak. kan? kaw minum la ape pon, kaw makan la ape pon, selagi Allah belum izinkan rezeki di bahagian itu, kita kena redha. Dia mesti tau yang terbaik untuk kita. kan? kalau macam tu, jangan persoalkan.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia maha mengetahui bila waktu yang betul-betul sesuai untuk kita. tapi, Dia pasti suka kalau dia tau kita tak pernah berhenti ikhtiar, sebab Dia mesti tau niat kita. lagi banyak kita usaha, lagi banyak kita iktiar, lagi tinggi peluang kita akan dapat. sekian, moh la kita sama-sama beriktiar. kalau biasa seround, kaw buat marathon dua tiga round. iktiar kan? kohkohkoh. ;p




24 comments:

  1. Ya,nik prnh terbaca,ning baizura amalkan kurma dan susu setiap hari sampai dia disahkn mngandung:) tak salah usaha,tapi ape pun semua ketentuanNYA :)

    ReplyDelete
  2. Yang marathon 2..3 kali tu aku suke!!

    ReplyDelete
  3. salam
    Thanks info.siap phone no.lagi.tq

    ReplyDelete
  4. nadia, akk advice nadi gi cek dulu. kita tak tau dlm badan kita cemana. mcm akk dulu lama gak nk ddpt rayyan. dekat 2 taun kawin preg, tp gugur. bila doktr cek baru tau akk ada cyst, pastu telor kecik(xmatang) sbb tu xberjaya senyawa dgn sperm. sethn lebih pastu baru preg. tu pun lepas buat treatment kesuburan, mkn ubat, cucuk sana cucuk sini. bila org kata doktr ni bagus terus gi jmpa doktr t. smpai ke johor akak gi jumpa doktr tau. pjg sgt citer kalu nak tulis kat sini tak abis laaa...nnt ada masa kita story mory...

    ReplyDelete
  5. tue la. kadang2 kita tak perasan. niat kita leh terpesong. contohnya, kita berubat dengan seseorang. dan pulih, terus kita kata yang org itu yang pulihkan kita. sebenarnya, org itu hanya perantaraan. dia yang membantu kita. semuanya terletak kuasa Tuhan. niat kit atu penting. aper sekali pun Mohon pada Dia yang Berkuasa... :)

    ReplyDelete
  6. Salam morning cayang..hehe..nadia, dia pon ada fb gak tau..semalam je duk chit chat dengan dia..baik orangnya..kak intan beli sk alkhisbun pon dekat dia..lumiglow pon order kat dia..repeat order susu kambing pon dengn dia..hehe...

    ReplyDelete
  7. TQ sharing untuk Anon.. ;)

    MJ ada buah delima mekah tu, dan baru2 ni nenek baru balik dari Haji, dia ada beli debunga kurma...

    ReplyDelete
  8. mak akak panggil buah ni buah adam hawa..betul tuh..tak boleh bergantung pada buah..rezeki semua padaNYA...usaha sabar doa In Syaa Allah ada hasilnya..kwn akak berkat usaha sabar n doa dia dpt dah anak kembar semalam..walaupun saing akak kawennya..so rezeki Nadia kita mana tahu dpt kembar 3 terusss...akak doakann..aminnn...

    ReplyDelete
  9. kenapa saya tak pernah dengar tentang nama buah ni ye????? wah.. sangat2 unik nama dia..

    ReplyDelete
  10. saya tak pernah dengar pula buah ni , apa pun kalau rajin berusaha mesti ada hasil kan .. semoga di murahkan rezeki dan dapat anak ramai nanti :)

    ReplyDelete
  11. tak pernah tengok real lagi buah zuriat ni cemana. sedap ke nadia ? untuk orang nak pregnant je ke ? kalau just nak rasa, boleh pregnant ke ? haa, sudah. haha

    ReplyDelete
  12. tekak nory takleh terima air buah zuriat ni...rasa die...hurrmmm..nory minum secawan je aritu...pastu trus tak minum2 dah..

    ReplyDelete
  13. Ida pernah minum sepasang je.. lepas habis sepasang tu tak sambung beli pun...... cannot go lah dgn bau diaaa... hihihi.. Goodluck yaya! Ada rezeki untuk kita nanti kaan... One sweet day! =)

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah, ALLAH itu MAHA ADIL pada insan-insan yang berusaha..minum susu selalu pun baik untuk bakal ibu..para wanita yang ingin mengandung pun kurangkan minuman berkafein atau bergas..apapun kita berusaha, selebihnya kita tawakal ye.

    ReplyDelete
  15. kami panggil buah keras.. mak beli masa pergi mekah dulu...

    ReplyDelete
  16. x pernah makan or minum,kalau dah busuk sure akak x leh trima ni...

    ReplyDelete
  17. usaha tangga kejayaan.. za xpnh try pun lg..

    ReplyDelete
  18. Teruskan berusaha ye Nadia...selebihnya tawakal pada Allah

    ReplyDelete
  19. uhuhuh!!!akak xprnah tau pn pasal kewujudan buah ni,,teruk betuljkn?uhuhu!!btw,jmputla follow kmbali :)

    ReplyDelete
  20. aku boleh dapatkan buah zuriat ni... nak berapa kilo? hihihi

    ReplyDelete
  21. aku boleh dapatkan buah zuriat ni....nak berapa kilo?

    ReplyDelete
  22. salam...
    kami ada menjual produk2 dr madinah dgn harga yg sgt berpatutan! 10 biji buah zuriat dgn harga rm40 sahaja! termasuk pos ye.. pakej jimat:10biji buah zuriat+1kotak serbuk debunga kurma=rm 60 termasuk pos... knapa murah?krn kami beli sendiri dan poskan sendiri kpd anda..insyaAllah semoga usaha dan niat kami utk membantu ni diredhai Allah insyaAllah.. =) boleh tgk page FB kami ya..

    https://www.facebook.com/pages/Faraway-Shoppe/143764182319345

    terima kasih..

    ReplyDelete
  23. As Salam..mungkin akak boleh mencelah...
    kalau ikutkan dr hamid Arshat, ada bebrapa sebab pasanag yg berkahwin lambat dkurniakan bb...dan memang disuruh berusaha utk mendapat apa yg duhajati.

    Kata Dr, kurang vitamin salah satu punca baby susah nk lekat. Adakalanya kerana sbg perempuan, kita kekurangan cecair utk sperma hidup lama di dalam rahim...

    untuk penjelasan lanjut, boleh baca di sini...

    http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/search/label/TIPS%20CEPAT%20HAMIL

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...