January 17, 2015

tempat best untuk honeymoon di KL

entry pertamaaaaa untuk tahun 2015. :) haiiiiii semuaaaaaa ;)) lamaaa kann aku menyepiii :p rinduuueww laatuewww :p muehehe. oleh disebabkan lamaa sangatt dah memeram cerita percutian singkat ni, mehhh hari ni aku share dengan korang. :) 




sebenarnya awal bulan lepas aku dengan syafiq ada pegi satu tempat best untuk honeymoon. korang pernah dengar satu tempat di Bangsar nama Sekeping Tenggiri? haaaa, rareeee sangattttt kannn nama villa ni. :p macam sejenis makanan lauk pauk gituuueww :p muehehe. sebenarnya tenggiri tu adalah nama jalan dimana terletaknya villa ni. jadi mungkinnn laaa owner dia terus gabungkann nama jalan dan nama villa menjadi Sekeping Tenggiri sebab dalam malaysia ni bukan ada sekeping tenggiri ni jeeee sebenarnya. dorang ada beberapa villa lain macam Sekeping Serendah, Sekeping Seapark, Sekeping Terasek, Sekeping Backlane dan beberapa keping lagi sekeping dorang yang mana semuaaa kepingan-kepingan ni adalah dibawah Sekeping Retreats. :P korang boleh klik website rasmi segala mak nenek sekeping dorang dekat website ni ye, www.sekeping.com :)

spesis aku, bila dah lamaaaa sangattt tak pergi bercuti, dia akan rasa macam nak demam laa tak sihatt laa sakit urat laa dan sebagainyaaa :p muahaha. jadi sebelum segala mak nenek penyakit aku ni datang :p, aku dan syafiq buat keputusan untuk pegi bercuti tempat yang dekat-dekat je duluuuu untuk membiasakan bunga dengan tempat baru. yeayy! ;)) sekeping tenggiri tempat yang kitorang pegi ni jaranggg sangatttttt ada bilik available nak nak time hujung minggu. dorang selalu fully booked sebab tempat ni selalu foreigner ramai duduk. takpun pengantin-pengantin baru yang selalu shoot dekat sini. tak dinafikan untuk bergambar, tempat ni memanggggggggg ohsemmmm. smart laaa. dia macam kita dalam hutan yang ditengah bandar. 







ehh dalam gambar memang cantik dan rare sangattttlahh. :) makaa, bermulalah episod pengalaman aku. ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku yeee. lain orang lain pengalaman dia dan tak semestinya apa yang aku lalui ni korang akan lalui bila korang stay dekat sini nanti. no no noo ;)


dari sebelum aku book lagi aku dah aim untuk stay dekat bilik poolview room yang mana bila kita bukak je pintu kee tingkap ke, dia teruss menghadap ke swimming pool. jalan dua langkah terus sampai swimming pool. gitueww :P 



check website dorang dan tarikh weekend yang available hanya 6 december. haa cun dah tu. terus laa aku book tanpa berfikir panjang. (-__-') mungkin expectation aku tentang sekeping tenggiri ni tinggi sangat sebab asyik tengok dalam gambar wahhh cantiknyaaa, smartnyaaa sampai laaa bila pertama kalii je aku jejak kaki, terus rasa macam ehh bolehhh kee aku duduk sini malam ni. (-_-') huhuuu. 

ok korang bayangkannnn. :p aku sampai dekat sekeping tenggiri ni dalam pukul 4 petang. dia sebenarnya macam sebuah banglo yang dihutankan sebab untuk pengetahuan korang, villa ni sebenarnya terletak dekat kawasan perumahan yang mana kiri kanan depan belakang villa ni adalah rumah orang. cumaaa yang membezakan villa ni dengan rumah-rumah lain adalah kawasan dia dicreate macam ala-ala dalam hutan dan kebetulan kawasan villa ni paaling hujung jalan. so dia ada space untuk buat kawasan nampak lebih hidup. 

so sesampainyaaa kitorang jejak kaki dalam sekeping tenggiri ni, kebetulan kott masa tu ada sepasang couple tengah berendam dalam swimming pool yang mana bila aku bukak tingkap dan pintu bilik aku, konpemmm terus menghala menghadap dorang dan indahlah mata laki aku menjamu tengok mat salleh seksi pakai two piece sedang berpelukan mesra. kahkahkah. ;) aku mula-mula macam ok lagiii sebab baru sampaiii kannnnn. so untuk menenangkan hati aku laki bini dari tengok mat salleh tersebut berpelukan bagai, terus cari remote tv. ok takpe kita tengok tv dulu. cari carii tv tak jumpa. mak aiiii, biar betullll. tv takde? T__T mantikkk. 



korang bayangkan dalam keadaan sunyi sepi, tingkap dan pintu bilik terbuka menghadap swimming pool yang ada two piece gelek-gelek bergegor, oiiiii mencabarrrr. (-__-') aku pandang syafiq, syafiq pandang aku. nasib ada bunga. :p boleh pandang bunga sekali. kikikiii. suasana ni mencabar sebab sunyi dia sunyi yang sepi. kentut pon boleh bergema tau, seriussss. :p macam takde orang dalam banglo tu selain aku laki bini dan sepasang kekasih yang sedang berciuman dalam kolam mandi tadi sedangkan ada jeee beberapa orang lagi aku nampak cumaa dorang semua stok diammmm je semedang. patutlaaa. novelis luar negara rupanya. (-_-') dorang tengah cari ilham. patutlaaa diammmm memegang buku je semua. aku dah risauuu. kalau semua tengah cari ilham, semua diam, di buatnyaa tiba-tiba anak aku menangis? haruuuuu. bergepaa rumah tu nanti. terus aku laki bini dah tak senang duduk. memangla sekarang bunga tak nangisss, kottt laa dia nangis. ehhh macam menggangu orang lain je nanti. aku dah nampak syafiq tak selesa tapi aku buat dono je dulu sebab kaw gileee bayar mahal-mahal terus nak ajak balik? HAHAHA. 


sampaiiii laaa tiba-tibaaa perut aku buat hal nak berakkk pulakkk. T__T aku rasa tragis sangatt keadaan time ni sebab untuk pengetahuan korang, yee dalam setiap bilik ada bilik air. tak campur dengan orang lain. malangnyaaa, antara katil tempat tidur dan toilet duduk nak meneran berak tu hanyaalahhh beralaskan cermin yang mana contohnya kalau syafiq baring dekat katil, dia boleh nampak aku meneran sebab jarak antara katil dan tempat tandas tu hanyalah beberapa kangkang kera. T___T 



mentang-mentang tv takde, kaw ingat menonton bini tengah berak tu satu hiburan? kahkahkah. memang takkkkkkk laaa. (-__-') kalau contohnyaa aku berak dekat situ sekalipun, bayangkannnn. untuk basuh berak korang, korang kena berjalan berlegar-legar dalam toilet dan basuh dekat bawah paip shower sebab toilet dorang memang takde wayar. dah macam mana nak basuh berak. baldi dan cebok pon takde. T__T tisuuu jewww. i is cannotttt. 





sekali time bukak air, ehh ehhh. napeee takde airrr. macam manaa nak basuh berak nanti. nasib baikkk belum berak lagi. kalau tak lagi haru biru hitam legam aku. T__T terus pegi cari staff dorang tanya napa bilik aku takde air. rupa-rupanya, sorryyy kak. airnya jam 8 malam nanti baru ada. bilik saya je ke takde air atau semua bilik takde air? semua bilik kak. maaf ya. hahhh? ya ampunnnnnnn. T__T rasa macam nakkk je aku berak dalam kolam renang hahahaha. kaw ingat tahi kalau nak keluar, dia boleh tunggu dihujungnya sampai pukul 8? (-__-') cuma nasib aku baik sebab tiba-tiba ternampak toilet luar bilik yang berhampiran dengan pintu masuk villa ni. gigihhh aku amek tong sampah dalam bilik nak tadah air punya pasal sebab hanya satu toilet tu je lagi yang ada sisa sisa air. tu pon dah nyawa-nyawa ikan. T__T huhuuu. legaaaa. selesaiii masalah besar aku. :p

sekali bila masuk bilik, syafiq tanya aku, sayang. betul ke kita nak tidur dekat sini malam ni? gulpp. (-__-') time tu baruuuu pukul 5 tak silap aku. aku pun dah berbelah bagi sebenarnya sebab selain dari masalah air tadi, kott la tiba-tiba datang lagi perut aku buat hal ke kan dan satu lagi masalah baru adalah, sebenarnya dekat villa ni dorang ada bela 2 ekor anjing besar. anjing-anjing ni tak kacau pun kitorang. cumaaa, sekali dia melalak, bergemaaaaa satu rumah. anak aku yang tengah tidur asyikk laa terperanjat. macam manaaa kalau tiba-tiba nanti tengah malam, dibuatnya anjing ni melalak, tak pasal-pasal bunga takleh tidur menangis sama. oiii serammm. dah la tempat dia sunyi sepi gilee. this is cannot. ikhlasss laa dari hati nurani aku, tempat ni sangattt tak sesuai untuk pasangan yang ada baby. tak dinafikan sekeping tenggiri adalah sangat cantik, private dan sangat ekslusive untuk buat tempat photoshoot tapi untuk yang ada baby, tak sesuai sangat laa.


untuk honeymooner, yessss. this is the place. :p tempat ni sangattt sesuai untuk korang habiskan masa bersama-sama. borak sepanjang hari siang malam sebab takde tv kennnn. :p kaw hadappp laa bini kaw siang malam tapiiiiiiiiiiiii :p ada tapiiii okkk jangan gelojoh sangatttt muahaha. :p pastikannnn korang boleh control segala alunan sound effect yang bakal terhasil sebabbbb kalau kentut pon bergema satu bilik, apetah lagi suara korang. kohkohkoh. tak memasal satu rumah tersedar segar bijik mata semuaaa saling menghayati bait bait irama. :p hahaha. 



selepas fikir semasak-masaknya, aku dengan syafiq bersepakat, jommm laa bang kita pulang ke pangkal jalan. aku tak sanggup nak menyondol kepit-kepit suara gini. :p mihmihmih. untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku, check in hotel tak sampai separuh hari. pukul 4 petang check in, pukul 6 petang lebih terus kitorang balik rumah. 1 malam untuk bilik poolview room dekat Sekeping Tenggiri ni adalah RM220. T__T jemputlahhh honeymoon disini tapi jangan lupa aku pesan. :p okbaiii. hikhikhik.



23 comments:

  1. okey, rare nama sekeping tenggiri tu..
    bestnya bunga.. kecik2 dah travel,. hehe..
    klik rhb satu :D

    ReplyDelete
  2. Waaa... nsb baik dekat... kalau dtg jejauh kena pasrah laa... tp cntik giler tmpt die..

    ReplyDelete
  3. haha.lejen..

    btw. sekeping ni dijadikan tempat orang2 pengaturcara untuk bersembunyi sambil mencari idea.. memang mencabar sikit tempatnya. kalau nak lagi ok boleh la pergi ke the dusun.. situ tempat yang damai kalau suka suasana kampung.

    ReplyDelete
  4. nangis dengar.. haha thanks for the honest review

    ReplyDelete
  5. View pool tu cantik mmg nmpk cam dlm hutan,tp xde air mmg bt lemah smngt ptg stim nk vacay

    ReplyDelete
  6. Hahhadooii la nadia.. gelak akak baca..

    Tempat eksklusit tp sangat la tak sesuai buat kita orang Melayu ni kan.. sayang...

    Owner malay / chinese?

    ReplyDelete
  7. Salam dear..thanks for sharing this !! Selalu bila pegi KL tak tahu nak pegi mana..bila smapai KL pusing-pusing je lepas tu balik JB..hukhuk..

    ReplyDelete
  8. adehhh sakit perut baca review tulus ikhlas u ni nadia ooiiii hahaha!

    ReplyDelete
  9. view cntik dh... kalau mcm tu gayanya..xbest lah...hahahaha

    ReplyDelete
  10. sekarang ni konsep hotel memang ala-ala gitu. senyap sunyi, and nak bawak suasana hutan ke kawasan bandar.

    ReplyDelete
  11. Eiieieie gila ke hapa takde air??
    Nak mandi wajib di siang hari cemana?

    ReplyDelete
  12. Rasa x sanggupnya nk pergi bermalam..

    ReplyDelete
  13. hahaha...lucu la nadia ni...ema baru je mcm teringin nk gi..tp bila baca smpai abis...xjadik lah..haha....btw tmpt dia sgt cntik..

    ReplyDelete
  14. Kekekekeke....dah jangka mst ada tak kena....bab berak tu tak blh blahhhh....kalau kak alim pun tmpt camtu mst ajaj abang balik kot

    ReplyDelete
  15. cantik memang cantik.. untuk fifi yang ade toddler yang suke menjerit.. dan baby yang kuat melalak.. memang tak dapat la nak pergi.. hahaha..

    ReplyDelete
  16. Ya allah... baru terjumpa blog nadia akhirnya.. pastu terbaca pulak entry ni.. serious kelakar giler.. aduhh.. sakit perut aku ketawa. haha!

    ReplyDelete
  17. hahaha tak tahan gelak bace entry ni..

    ReplyDelete
  18. ommmgiee..mula2 baca mmg semangat nak bercuti di sini tapiiii teruskan pembacaan sampai ke sudah...adooiiiii tak da air..takda tv...ada anjing...rumah banglo jalan paling hujung..ohh no....rasa seram seraman...tq 4 review..

    ReplyDelete
  19. hahaha... i is also cannot!! tapi thanks for the entry untuk kitorang yang tak mungkin dapat masuk tempat tu.. :D

    ReplyDelete
  20. Kelakar entry ni...

    By the way tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...