January 26, 2015

kisah penyusuan bunga sepanjanggg 6 bulan

Alhamdulillah. semalam, 25 Januari 2015 genap umur bunga 180 hari. :) antara bulan dan hari, aku prefer kira ikut hari. rasa macam anyonyonyooo sangatt :p boleh? :p kuikuikui. kalau ikut bulan, yes. 30 Januari ni baruuu genap umur bunga 6 bulan tapi aku tak kira, aku nak kira ikut hari jugak. mihmihmih :p sepanjangggggg 180 hari umur bunga, susah la nak describe satu-satu. ;) orang selaluu tanya aku. beza tak life selepasss ada anak? macam mana rasa ada anak selepasss 4 tahun takde anak? yesss. :) berbeza dia lebih kurang 360 darjah berputar. kikikiii :p susah laaa nak recall satu-satu. nantiii aku karang dulu ehhhh. mood rajin datang nanti aku share. :) 

cumaaaa, sepanjangg 180 hari umur bunga, satuuu benda yang palinggg memberi kesan dan pengalaman palingg besar dalam hidup aku adalah pengalaman menyusukan bunga. terus terang aku cakap, dari semasa mengandungkan bunga lagi, aku selaluuu tengokkk orang post gambar stok susu, milk booster segala bagai dekat facebook. pernahh terdetikkk dalam hati aku, ehh annoyingnyaa sebab susu badan kaw kennnn :P tapiii dalam masa yang sama, wahh meriah dan ramai sekali susu merekaaa. :p nanti sebulan selepas bunga lahir, aku nak buat stok banyak-banyak dan nak up jugak la dekat blog dengan harapan orang salute aku susu banyak. boleh? T__T tapiiii, selepasss berdiskusi dengan syafiq, untuk berkongsi stok atau rupa paras susu aku dikhalayak umum, mungkin takkkkk kottt sebabb kadang-kadang, kita tak tauuu apa orang akan fikir selepasss melihat susu-susu ituewww. :p contohnyaa, macam aku sendiri. :P setiap kali aku nampak orang post gambar stok susu di facebook, benda pertama akan terlintas dekat imaginasi aku adalah, mak aiii. banyaknyaa susu. mesti besar tetek dia. HAHAHA :P tu aku, belum imaginasi orang lelaki lagi yang melihatnya. (-__-')

sampaiii la satu ketika, soalan yang sangattt menggangu fikiran aku sepanjang aku mengandung, ehh macam manaa kita nak tau konpem anak kita lahir esok kita ada susu? first time kan. macam mana kalau tiba-tiba susu tak keluar. atau takde susu keee. mana kita nak tauu sebab belum pernah alami kann. percayalah, berbulannnn bulan aku study ilmu penyusuan sepanjang mengandungkan bunga untuk aku yakinkan diri sendiri, semuaaaa di tangan Allah. kena yakin dan percaya, Allah dah ciptakan setiap ibu yang melahirkan zuriat mempunyai susu. dan aku pegang kata-kata ni sampaiiiii ke hari bunga lahir. wallahi, sebak la aku taip entry ni. (-__-') aku percaya, hanya seorang perempuan yang bermatian-matian berusaha bersusah-payah mempertahankan susunya untuk anak mereka je yang faham macam mana susah senang menyusukan seorang anak. sekarang baruuuu aku faham, kenapaaaa seorang ibu sangatttt bangga selepas berjaya menyusukan anak mereka dengan susu dorang sepenuhnya. T__T demi Allah, duluuu sebelum ada anak, aku ingat senang jeee perjalanan menyusukan anak. ye la, anak lapar selak baju, suaa. siappp. takpun yang dah siap pam, panaskann botol, suaaaa. siappp. nampak senang kannnn? (-__-') alaaa sebakk laaa cite. tak sebenarnyaaaa. T___T its veryyy challenging. (-__-') tetapiiiiii, dalam setiap ujian itulah buat kita akan rasa, susu badan sangattttttt berharga dan istimewa. T__T

hurmmm. hari ini, selepas genap 180 hari umur bunga, marilah dengar cerita aku. pengalaman aku. kisah sebenar yang aku lalui sepanjang 180 hari. ikhlas dari hati aku yang takde sapeee pernah tauu sebab aku rasa perjalanan menyusukan bunga sangat bermakna sampai aku rasa, biar aku sorang je tau. (-__-') dalam keturunan keluarga aku, bunga adalah generasi ke 5. baik moyang, nenek atau mak aku, dorang jenis yang lebihhh kepada tak kesah susu apa janji anak kenyang dan sihat. adik beradik aku sepupu sepapat sedara mara aku semuaaa susu formula tapi bak kata nenek aku, elokkk je semua membesar. kikiki :p yess, aku mengiyakan ajee. ;) aku dulu pon membesar dengan susu fernleaf tapi elokkk je membesar sihat sampai sekarang. bijak pandai lagi. kikikii. :p ewahhhh, kemainnn kawww nadiaa takbur. pang nak? :p

tapiiii ntah laa, mungkinnn sebab sepanjang aku mengandungkan bunga aku selaluuuuu baca pasal pengetahuan tentang susu badan, sampai satu saat, aku nekad. aku nak bunga minum susu aku sepenuhnya selama mana Allah izinkan susu ada dalam badan aku. tapi aku tak cite atau luah sape-sape termasuk syafiq atau mak aku. (-__-') selalu pape aku bagitau dorang. mak aku la terutamanya sebab makkk kannn. dia mesti ada pengalaman. aku pendam je dan nekad sorang-sorang dalam hati. ye laa. sebab aku pun takut kang anak lahir nanti, sekali susu tak keluar-keluar. T__T 

sampaiiii la saat bunga dilahirkannn. bunga dilahirkan selepas 12 jam aku sakit contraction yang mana sepanjang aku sakit, takde satu makanan pun boleh masuk perut aku. asal makan, muntah. makan muntah. jadi once dia lahir, doktor terus suruh susukan dia sebab doktor kata baby awak lapar ni sebab perut awak kosong lama sangat. aku sebak gileeee time tu. rasa macam Allah kesiannyaaa anak aku lapar. Alhamdulillah aku dikelilingi nurse nurse yang sangattttt membantu. T__T oleh disebabkan aku bersalin secara pembedahan, aku tak boleh terus bangun ke duduk ke mengiring ke macam orang bersalin biasa. (-__-') jadi nurse nurse ni laa yang datang bantu aku angkat baby letak dekat tepi sambil mengiringkan baby. dan nurse lagi sorang ngiringkan badan aku dan tampu untuk buat badan aku menghadap bunga sebab kesan ubat bius tu buat aku tak dapat rasa mana badan mana kaki. dorang tunggu sampaiii bunga lepaskan susu dengan sendirinya. 

to be honest, mind set kaw kena kuat. kena tinggi. melepasi segala-galanya. ya tak dinafikan mana ada mak yang lahir-lahir je anak, susu dah terpancut keluar tapiii sekurang-kurangnya, kita kena yakin. kita kena usaha. ada niiii adaaa. aku tak tau pun time bunga sedut tu keluar ke tak sebab first time kan tapi nurse tu cakap awak ada susu. biar je anak hisap. nanti susu akan stimulate dengan sendirinya. aku diam je sebab aku tak nak contohnya tiba-tiba jawapan nurse tu mendukacitakan dan boleh mempengaruhi semangat aku. bila bunga dah tido dengan lena, nurse pun tolong alihkan bunga letak dekat baby cot sebelah katil aku. aku terus rasa macam bestnyaaaaa. ada susuuu. :)) tapi aku tak tau pun berapa kuantiti susu tu sebab yang menelannya masuk tekak adalah bunga. bukan tekak aku. :p so aku berehat laa sekejap. tiba-tiba selepasss sejam lebih kottt dia tido, tiba-tiba dia nangis ekk ekk ekk. terus aku macam ehh lapar yee. ok okk. aku pun panggil nurse lagi untuk tolong akuuu. dia menyusuu sekejap dan sambung tido balik. 

untuk memudahkan kerja, nurse pun letak dekat sebelah aku sebab time ni nenek aku dah sampai untuk jaga aku. 


eh nenek aku muda lagi. :p nak masuk 70 tahun rasanya. hihi. wad bersalin yang aku duduk ni, kalau malam orang lelaki takleh masuk teman. so nenek aku je la temankan. 


jadi setiap sejam lebih sekali bunga mesti nangis ekk ekk ekkkk. dari apa yang aku stadi, adalah normal bagi seorang bayi bila baru lahir dia asyik menangis sebab dia sedang dalam tempoh menyesuaikan diri di tempat baru. 9 bulan dalam perut yang mana tempat paling selesa dan selamat tiba-tiba masuk dunia baru yang takde lagi dengar degup jantung mak dia setiap saat, takde lagi makanan yang terus salur masuk dari perut mak dia, takde lagi pelukan paling erat samaa macam saiz kantung dalam perut. so no wonder dia akan sekejap-sekejap terkejut. sekejap-sekejap tersedar. dia rasa macam tak selamat. tapiiiiiiiiiii, seperti aku ramallll. :p nenek tetap akan menjadi seorang nenek. kikikiii. :p 

"anok lapar niiiiiiiiii. kalu dia dok lapar, dia tido je. ni dia lapar ni nadiaa ehhh. mana ada susu lagiiii baru-baru beranokk. kesian anok. tok tahuuu laaaaaa. dia lapar ni." 

yes...... T__T ni ayat paaaaalingggg aku takut dan tak nak dengar masa mula-mula bersalin. eh aku tak salahkan nenek akuuu sebab ye laa, nenek kannn. :p dia mestii nak bantu memudahkan kerja aku dan kesiankan cicit dia yang asyik-asyik nangis sekejap macam lapar susu. tapi aku taknak laa lawan orang tua kan. nenek aku pulak tu. aku jawab la adaaa tokkk. sikit ke banyak keee adaaaaaa. slow-slow laa. sabarrrr. :) nadia baca perut baby baru lahir saiz perut dia besar guli jeee. susu tak banyak pun takpe janji cukuplah untuk dia. nenek aku pun bebel ehhhhh takkkkk, kalauu dia tak lapar, dia tak nangissss. aku pun iyekan ajeee sambil peluk anak aku dan tidooooo. kikikiii :p bunga pun tido sekali good job baby. asal bunga nangis cepat-cepat aku sua tetek sebab aku takut nenek aku bebel lagiiii. boleh stresss kaww paham takkk. HAHAHA. :p 

sampaiii la keesokan harinya aku iyakan aje ape nenek aku bebel pasal susu. huhuhuu. selamaa tiga hari dalam hospital yang mana hospital ni sangattt menitik beratkan susu ibu, sepenuhnyaa bunga minum susu aku. dan time nii laa baruu aku tau macam manaa pengalaman nipple crack. T__T nipple crack adalah sejenis keadaan bilamana puting tetek kaw merekah berdarah-darah tapi dalam masa yang sama, kaw tetap kena susukan anak setiap jam sekali untuk mententeramkan dia dari nangis. aku susukannn jeee sambil berzikir dengan harapan, Ya Allah, kau kurangkanlah segala kesakitan ni. kalau betul susu aku tak banyak, semoga zikir ni mampu melenakan anak aku tidur. T__T meleleh-leleh air mata aku. takpee. anak akuuu. T___T dan alhamdulillah, 3 hari dalam hospital, 3 hari bunga fully breastfeed melekatttt di badan aku. 


tuhan je tau betapa seronoknyaaaa bila boleh discharge. rasa macam menang duit RM10,000. (-__-') bersemangat gilaa aku nak balik rumah mak aku dan menjalani tempoh berpantang macam orang lain. cuma yang tak bestnya untuk hari pertama berpantang dekat rumah mama, mama terpaksa pegi KL hantar adik aku masuk asrama. T__T 


so aku berpantang sendiri dengan syafiq dengan pantauan nenek dan makcik aku yang datang sekejap-sekejap tengok keadaan aku. aku sampai rumah mama dalam pukul 4 petang. lebih kurang pukul 6 petang kottt aku rasa badan bunga makin panas. aku dah cuak dah. Allahhhhuakbar. T__T macam mana niii. bunga tidur elokk je tak nangis tapi bila check temperature, Allahhhhhhhh. 39.2. T__T terus call nenek aku suruh datang tengok. bila nenek aku sampai, terus dia bukakkan segala baju, seluar, barut, dan kain bedung bunga. bunga just pakai pampers dan nenek aku terus lapkan kain basah dekat seluruh badan dia. 

Alhamdulillah, dari 39.2, terus turun 38.6. (-__-') aku takkan lupaaaa sampai bila-bila saat ni. T__T sambil taip ni pon still terbayang-bayang dekat mata aku. bilamana aku terpaksa akur. " nadiaaa, hehhh degil sunggohh budok ni. tok oyak doh awok tak mboh dengar. sapa demam anok awok lapar sangat tak cukup susu. susut dohhhh badan dia tok tengok. haritu lahir pipi bulat getey, ni kecut berutt dahhh. dok cukup susu la tuu. dok siang ke anok sungguh. kekgi dia bangun nok susu, nangis pulokk lapar. pahhh demammm pulok. degil sungguhhh. kekgi kang sawan awok nok? Apiq, gi laa beli susu tin ke anok nii. beli tin kecik sudoh la duluuu. tak mboh bagi dia lapar jee sekejap. takut demam koho tinggi. pahni nak wi susu dada wii la." bebelll nenek aku. Allahhhhhhhhhh. T__T syafiq pandang aku. aku pandang syafiq. aku taknak anak aku kena sawan tapi dalam masa yang sama, aku taknak jugak anak aku demam. pasrah la syafiq terus keluar pegi beli susu formula. T___T beberapa minit lepas tu pulanglah beliau bersama susu friso goldnya. nenek aku suruh bancuh dan terus bagi dengan harapan semakin lena anak aku tido dan dalam masa yang sama, untuk menurunkan suhu badan dia. 

pada saat pertamaaa kali anak aku telan susu friso gold itu, berderaiiii semuaaa air mata aku. T__T rasa macam allahuakbar sedihnyaaaaa. (-__-') berhari-hari aku usaha menyusukan bunga tiba-tiba terpaksa bagi dia susu formula yang senangnyaa bancuh bancuh siappp. rasa macam seorang mak yang tak berguna sangat. sedihnyaa ingat balikkk. tapi aku akur. dan selepas 1 oz bunga minum susu formula, yes. suhu badan dia turun 36.8. Alhamdulillah. (-__-') mungkin ada betul nenek aku cakap tapi dalam masa yang sama aku tetap jugak nak cakap, tokkkkkk. nadia ada susuuuuu. sampaiii kesudahhh aku ulang ayat tu dekat nenek aku. :p dan sampai ke sudah dia membebel hehhh degil sunggoh budok ni. kesian ke anak. mana ada susu awal-awal ni. jangan degil gakk orang oyak ni. tepat jamm 8 malam, nenek aku balik. legaaaaaaaaaaaa. ;p HAHAHA.

lepassss je nenek aku balik, aku nangis lagi. (-__-') aku luahkan segala apaaa yang aku pendam selama aku mengandungkan bunga. akhirnya. T__T aku bagitau syafiq segala nekad aku untuk bunga. abang, tolonglahh saya. saya nak bagi bunga susu sayaaaa. T__T saya tak nak bagi bunga susu lain. abang jee boleh tolong saya. bagi saya semangat. tu jee saya mintak tolong. Alhamdulillahh, Allah kurniakan aku seorang suami yang sangattt memahami. dia tau aku penat. dia tau aku sakit. setiap kali bunga nangis ekk ekk ekk, dia bangun dan angkat bunga dan mengiringkan ke badan aku. sampailahhh ke esok harinyaa. pagi hari kedua berpantang di rumah, aku rasa macam nak demam sebab tetek bengkak. T__T rasa berat seketul macam batu. kebetulan time tu makcik makcik aku datang. dia tuam pakai air ais dan selang selikan dengan air suam. picit slow-slow. ehhh lambatttlahhh keluar. aku mata dah berair-air niii tahan sakit. terus dia suruh syafiq pegi beli pam sebab dia kata susu aku banyak tapi liang susu mungkin tersumbat. syafiq balik jeee terus basuh segala dan terus mak cik aku ni pam. time ni aku rasa macam pertunjukan free show dekat zoo pun ada. :P sekali pam zupppp zuppp zuppp susu keluar. asal susu keluar makcik aku cakap, hahhhh oyakkk dohhhh. sumbat niii. hahhhh tuuu diaaaaa. hahhhh kan senanggg. hahhhh baruuu betulll giniii. macam pasukan sorak. kahkahkah. ;)) selepas setengah jam lebih, dapat 2 oz setengah. Allahhhhhhhhhhh, leganyaa. dah takde dahh seketul batu yang berat itueww. :p rasa macam nak buat tarian bogel. kahkahkah. bunga nangis jee aku tak risau dahh sebab seronokk kannnn ada 2 oz setengah niiii. ;)) 

tiba-tibaaa, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari. T__T pkul 1 tengahhari tiba-tiba ada doktor call. puannn, saya doktor dari hospital tempat puan bersalin semalam. ok macam ni puan. sebenarnya kita baru dapat result darah anak puan. dia disyakki ada jangkitan kuman dalam darah tapi masih di peringkat awal la. hanya disyakki je. jadi untuk keselamatan, puan kena datang hospital balik bawak baby puan ye. kita buat rawatan selanjutnya dan baby puan akan ditahankan di wad. 

aku kelu sampai nangis-nangis cakap dengan doktor. doktor, macam mana anak saya boleh tiba-tiba disyakki kena jangkitan kuman pulak sedangkan semalam sebelum keluar dari hospital dia sihat je. takde kuning. semua normal. oooo macam ni puan. result darah dia baru keluar hari ni. jadi kalau tengok bacaan result dia, tak berapa cantik la. mungkin sebab effect puan demam masa nak bersalin. jadi saya harap puan datang hari ni jugak ye. aku terus, ok doktor. T__T 

sekali lagi, rasa macam seorang ibu sangattt tak berguna. aku punca anak aku sakit. nangissss selakkkk call mama. mama kan jauhhh. T__T terus dia suruh aku kuat. aku jarang menangis sebelum ni. setengah tahun mungkin sekali je kott aku nangis depan mama. bila jadi mak orang, asyikkk la aku nangis. sampai mak aku dah risau, kakak kena kuat. janji anak sihat. syafiq punnn cakap benda yang sama. kita bawak je bunga pegi hospital balik. janji dia sihat. baruuuu semalam gembiraa boleh discharge dari wad, dahhh kena masuk balik. rasa kepala macam berat nak pecah tapi aku istigfar banyak-banyak. T__T petang tu jugak terus aku suami isteri pegi Hospital Universiti Kubang Kerian balikkkk. T___T sampai-sampai je dekat hospital, terus pegi wad baby yang under pantauan ni. katil untuk ibu semuaaa dah penuh. ye la sepatutnya just tinggalkan bayi je sebab doktor kan nak rawat bayi je. mak bayi dah ok. tapi aku berkeras, takpe doktor. saya tunggguuu sampaiii ada patient discharge. saya taknak tinggal anak saya sini sorang-sorang walaupun saya tau ada nurse dan doktor akan jaga. rezeki aku kot, dua jam lepas tu ada sorang mak ni discharge. alhamdulillahhhhh. aku dapat katil untuk sama-sama warded dengan bunga. mummy tak sanggup tinggal bungaaaaa dengan orang lainnnn. T___T 

aku tengok anak aku lena je tido, sihattt jeee. doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah celah mana aku tak paham. marah aku dalam hati. (-__-') tapi ye la, kaw bukan nampakkk kuman tu macam mana. T__T aku pasrahkan jee. dah tugas doktor untuk buat yang terbaik. so dia teruss amek darah bunga untuk tengok bacaan terbaru. 

kesiannnnnnnn anak mummy. 



dan setiap masaaa jarum ni melekat jeee dekat tangan bunga. T__T 


nurse kata setiap 6 jam sekali dorang kena masukkan antibiotik. baiklahhh. buatlahhhh. kesiannnn bungaaa. T___T tapi bunga kuatttt. ekk ekkk sekejap, tido balik. good girllll. :) sempatlaaa merasa satu malam dekat wad baby yang under pantauan. sedihhhhh tengokkk baby-baby yang kena kuning. kena tutup mata duduk bawah lampu biru. badan menggelupasss kekeringan. ye aku tauuu tu jalan untuk mengubatinya tapi ye laaa, naluri seorang emak kan, kesiannyaaaaaaaaaa. T___T 


aku bersyukur sangatt bunga tak kena kuning. langsung. alhamdulillah. T___T so result darah pun keluarrr. Alhamdulillah. takde pape. just disyakki sahaja. dah boleh balikkkk. Allahhhhhhhhhhhh, seronoknyaaaaaaaa. rasa macam dapat duit RM10,000 lagiiiiiiiiii. percayalahhh T___T

nekad aku semakin membara. sepanjang perjalanan dari hospital ke rumah, aku teringat kata-kata nurse dekat hospital semalam. dalam banyak-banyak susu, takde satu susu pun boleh lawan khasiat susu ibu. sebab tu baby kalau sakit, nurse just suruh bagi susu ibu sekerapnya sebab susu ibu sangattt mujarab. sekali baby minum, semuaa zat zat dia terus meresap ke dalam tubuh bayi. dan tahi baby yang menyusu badan tak samaa macam tahi baby yang minum susu lain selain dari susu ibu dia. dia special. warna mustard. bau macam telur masin. hewhewhew. :) orang lain warna hitam, coklat. terus rasa macam berkobar-kobar sangat. walau apa jadi, aku kenaaaa bagi bunga susu aku. tak kesah puting berdarah kee, tak cukup tidur ke, sakit tempat ceazer tu kee tak kira, aku mestii boleh. nekad aku dalam hati. :)

alhamdulillah, Allah permudahkan niat aku. ikhlas aku bagitau, sebenarnyaaa. dalam menyusukan baby, tak semestinyaa susu kaw kena meriah melimpah ruah sampai asal picit memancoorrrr pancutannya tak perlu. :p kita kena set dalam kepala, asal cukup, asal anak aku kenyang. tak kesahhhh banyak mana pun. selebihnya, kita serahkan pada yang atas. Dia yang mencipta. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tau sejauh mana kesungguhan kita. rilekkk laa, kita bukannya dalam pertandingan stok susu sape paling banyak anak dia paling pandai, kannn? ;)) dan korang jangan expect lepas bersalin je susu korang terus 3oz kee 4oz kee sepeti ais keee jangannnn. pelan pelan kayuh. normal laa awal-awal bulan pertama 1oz ke 2 oz kee sekali pam. janji adaaa dan jangan cepat putus asa. jangan ikut orang. dan jangan dengar cakap orang. kadang-kadang cakap orang laa yang boleh mendownkan semangat kita. contohnyaaa kes cakap nenek aku tadi muehehe. :p aku pahammm, nenek aku kee, mak aku ke, dorang kesiannn tengok akuuuu. penat mengepamm setiap dua atau tiga jam sekali tapi dah ini jalan yang aku pilih. :) maa, mama jangan risau. kakak okkk. :) bunga kata susu mummy paaling yummyyylicioussss. :p muehehe. kakak cuba bagi bunga yang terbaik macam mana mana setiap kali mama usaha untuk bagi kakak yang terbaik. :') 

dari hari keluar wad selepas rawatan disyakki ada jangkitan kuman dalam darah tu, aku paksa bunga menyusu di badan aku macam masa mula-mula lahir hari tu tapi malangnya, dia menolak. (-__-') T__T dia macam tak puas menyusu. masa tu mungkin liang susu aku belum lajuu macam liang puting botol susu sedangkan bunga sangatttt tak menyaboo kalau susu lambat keluar sikit, terus nangis esak-esak macam lapar sangat. maka aku pun pammmm laaa letak dalam botol. dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, setiap kali pam still kadang-kadang 1oz, 2oz atau paling banyak pun 3oz la tapi aku tak pernahhhhh missss mengepam. 

makaaa untuk pengetahuan semuaaa yang tanya aku pasal susu bunga, yesss. bunga masih menyusu badan sepenuhnyaaa cuma bukan direct feed. dia botol feed by mummy's milk. :p kikikii. dan percayalahhhh, sepanjangggg 180 hari umur bunga, aku guna pam manual sahajaaaaaaaaaaaa ;) setiap 2 atau 3 jam aku pam, menggunakan pam manual. :)) kenapaaa pam manual? dan percayalahhh lagiii. harga pamm bukan penentu segalanyaaa. :) kau jangan dengar pepatah semakin mahal harga pam itueww, semakin meriah susu kita. noo noo noo. :) dia mahal murah, asal memudahkan kerja sudahhh. aku ada pam elektrik yang mana boleh memudahkan kerja aku tapiiiiii pam elektrik sangattt lambat berfungsi pada aku. kalau pam manual aku dalam masa 15 minit pumping dah boleh siap settle semua kosong kantung :p boleh dapat 5 atau 6 oz sekali pam. pam elektik dalam masa setengah jam belum tentuuuuuu dalam 3oz. (-__-') tuu bagi akuuu laa. lain orangg lain cara dia. 

tapi so far aku still prefer pam manual aku. sangatttt banyak berjasa. :) ikhlasss akuu nasihatkan korang yang mana tengah pregnant anak pertama, satu-satunya benda yang wajibbb ada sebelum korang bersalin adalah pam. korang beli jeee dekat kedai Anakku. yang manual je dulu untuk persedian. tak perlu mahal-mahal sangat. atleastttttttttt, korang standby. kita tak tau sebarang kemungkinan apa akan jadi bila dah bersalin nanti. kott baby warded kena kuning keee, kott mak bentan tak boleh bergerak ke, kottt tetak bengkak macam batu kee. wajibbb. palingg wajib. melainkannn korang bersediaa bagi susu formula jewww terpulanglahhh. sekurang-kurangnya walaupun dipam, ia tetappp susu badan kita. :)

kenapaaaa aku cakap menyusu badan sangatt mencabar? (-__-') susu formula kalau habiss boleh pegi kedai beli lagii. susu badan kalau droppp allahhhhhhhh. mencabar gileee. sepanjang 180 hari umur bunga, kalau tak silap susu aku pernah drop yang kritikal 3 kali. kritikal tu maksudnya bila pam dua dua belah dalam masa 2 jam hanya dapat 1 atau 2 oz je sedangkan bunga dah minum 3oz. T__T first masa aku minum milo 3in1. yessss. badan aku tak boleh terima milo 3in1. T__T 

second aku makan sambal bilis yang mungkin rempah ratus dia banyak sangattt yang mana boleh mengeringkan susu. T___T ketigaaaa paaaling yangg paaling kritikal, dua minggu lepas. aku try minum aisssssss. T___T baruuuu 3 denguk tengahhari dan 3 denguk petang, dia punya efekkk susu kering sampai ke esoknyaaaaaa. T___T setiap jammmm pam sampai aku nampak syafiq pun dah macam rupa pammmm berpinauuu mata. hahahaha. kalau dah setiap jam pammm, memangg tak sempat laa susu tu nak proses. lagiii sekaliii aku nangis sebab bunga kan dah makin besar, permintaan dah semakin tinggi. tiba-tiba susu pulak droppp. (-__-') bunyi macam senangg je kannn nak susu pamm nak susu pam. ketahuilahh, mengepam bukan semudah yang disangka. (-__-') kena control banyak benda, tak boleh stress sedangkan bila susu makin berkurang dah tentu kita makin menggelabah. ye dak? mind settttt laaa sangatt sangattt mainkan peranan. cakap adaaa niii adaa. doaa banyak-banyak dalam hatiii. so syafiq la sangattt memainkan peranan. bila susu drop kritikal gitu, lepas jeee satu jam, bila bunga nangis macam lapar susu, dia dukung kee, ajak sembang kee, main-mainn kee semata-mata untuk melekakan bunga untuk tunggu lagi satu jam. kesiannn anak mummy. T__T

kadang-kadang kaw makannn laaa milk booaster segala bagai harga paling mahal pon kalau jiwa kau tak kental, mind set kaw tak kuat, tak jadi jugak. ikhlasss aku bagitau, so far aku belum pernah beli apa-apa milk booaster. ohh pada yang tak tau, milk booaster tu macam bila kaw makan dia, boommmmmm. meletuppp susu terpancorrr keluar muahaha. :p takk laa weyy :p maksud aku, susu akan melimpah ruah laa lebih dari kuantiti biasaaa. haaa gituewww ;) tapiiii, yang akuuu selalu amalkan, minum air panassssss. jangan yang menggelegakk aku pang karang :p panas yang kearah suam tapi masih panasss tapi dah boleh diminum. air mineral berjug-jug sehariiii dan buah kurma. so far ni yang hari-hari aku mesti makan. dan pleaseeeeeee, jangan kontrol makan. makannnnn jeeee semuaaaa. nasi berpinggan-pinggan pun takpeee sebab kita adalah kilang pemprosesan. tak de bahan masuk maka takde lah bahan yang boleh keluar. kang nanti takde bahan keluar kita jugak yang stresss kannnn. jadi makanlah banyak-banyak tanpaaa was-wasss ;))

ikhlassss aku pesan pada semuaaa para suami, bersyukurlah isteri-isteri anda memilihhh untuk menyusukan anak korang sepenuhnyaa dengan susu mereka. fineee korang mampu beli susu. tapi takkkk keee korang nampak, mulianyaaa pengorbanan seorang isteri membantu dalam meringankan beban kewangan keluarga korang? bayangkannn berapaa kos yang diperlukann untuk susu sahajaaa untuk sebulan. kalau setahun? :) ketahui para suami, tak semuaa isteri petik jari jee dapat susu. berat susu adalah lebih berat dari batu ituuuu. :P mengusungggg beliau kesana kemarii. tak salahhhh rasanya korang bantu meringan kerja isteri macam basuh botol susu dan pam susuuu. korang bayangkannnn, menyusu tu lebih kurang macam menderma darah la sebab susu tu kan terhasilnya dari darah. hebat kann Allah cipta. ;) jadi no wonder kalau perut kosong boleh menggigil-gigil badan tahan lapar. hargaiii isteri andaaa. berbanggalahhhh, sihat dan bulatnya anak korang adalah hasil titik peluh isteri kita. jangan kaw nak bangga pandai buat anakk jeeewww. kepada suamiku ehemmm ;)) saya beruntung sebab dapat suami yang sangattt memahami desakan saya untuk menyusukan bunga. ya saya tauu hari ini kita mungkin mampu beli susu paaaaling mahal sekalipun contohnyaa tapiiiiiii kalau tiba-tiba esok kita takde duit macam manaa? kannnn. T__T atleasttt, bila susu sayaaa, kita takde duit punn susu masih boleh diproses janjiiii pizza lima keping, nasi dua bungkus, teh tarik ikat tepiiii. muahahahah. :p dannnn, terima kasihh kerana tak pernahhhh berebut susu dengan bungaaaa kahkahkah. :P sabar yeee bangg. sila pasrahkan diri untuk setahun setengah jewww lagi, sambil-sambil tu setakat boleh main kuis-menguis diketepian jeeeww dulu kohkohkohkoh ;P




17 comments:

  1. Assalamualaikum yaya, hanya seorang ibu yang memahami situasi ibu lain.. bab penyusuan ni nampak mudah kalau orang tak melaluinya lagi. sedih gak kalau orang gasak2 suh bagi FM. Bab paling sedih bagi sheila masa adam kena tahan wad kuning. huwaaaaaaa...

    Alhamdullilah, yaya kuat untuk bunga. Semoga kita sama-sama dapat susukan anak sehingga 2 tahun setengah.. Amin...

    ReplyDelete
  2. banyak nau persamaan nyee nadia..

    dalam pantang kita memang banyak nangessssss...
    fikir anak jeee..
    anak tak berak pon boleh rungsingg...
    padahal anak tu nak menyimpan lemak....hihi..

    dalam bab susu pon same...
    orang tua suruh bagi susu tin..
    kita ketegaq..
    diam..taknak..

    rase macam kita bagi racun bila bagi susu formula mase tu...
    lebih2 lagi anak muntah terbelahak lepas minum susu formula..

    tapi pasrah nak naik kerja..
    susu tak de stok..
    maka bagi gak la susu formulaa...

    huhuhu..

    tapi sampai setahun dua bulan anak..
    susu still ada...
    alhamdullilah..
    walaupun bukan full bf..
    tapi tetap bahagia dapat bagi anak df di malam hari...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..syukur.
    seronok kak nad baca pengalaman nadia. bangga dgn nadia sbb buat yg terbaik utk bunga. kak nad pun dah bertekad 3rd baby ni nak susukan dgn susu mama dia sama mcm abg zack n kakak nayli. moga dipermudahkan nanti, berharap sgt...
    alhamdulillah dua2 pun kak nad susukan sampai 2 thn. syukur sgt.
    biaq pi la apa org nak cakap. kak nad pun alami apa yg nadia alami dgn nenek nadia tu. tp kak nad pekakkan telinga je. kita nak terbaik utk anak kita, makanya kita la yg kena bersusah payah utk dia. bukan org lain kan?
    moga perjalanan penyusuan nadia utk bunga dipermudahkan Allah...
    tahniah jugak sbb cekal & tabah :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..syukur
    bangga kak nad kt nadia sebab buat yg sehabis boleh utk yg terbaik buat bunga. tahniah sbb tabah n cekal ;)

    utk 3rd baby ni, kak nad pun nekad dah nak susukan dgn susu mama dia sama mcm abg n kakaknya.. alhamdulillah, dua2 pun dipermudahkan menyusu badan sampai 2 thn. harap sgt 3rd baby ni pun dipermudahkan perjalanan penyusuannya nnt..

    teruskan usaha k! moga perjalanan penyusuan nadia n bunga dipermudahkan Allah..

    ReplyDelete
  5. suka baca n3 nadia .. lg2 psl pengalaman mcm ni .. Sbb pengalaman kta lbh kurang sama je. Beza bunga dn bby saya 3bulan.. :)

    ReplyDelete
  6. panjangnya.. ihihih.. anyway congrat.
    ala sikit je minum susu fm kan. ok la tu..
    sekurang kurangnya kebah demam dia. nak susukan anak mmg mencabar. macam lin, anak 1st ramai orang tak confident. tp dah lama2 dorang respect kita.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kak.. berkat kesabaran dah ada bbay sendri.. semoga akak terus gigih menjalani kehidupan yg mendatang. comey bunga.
    *doakan jugak utk zaza memperolehi zuriat sendiri.

    ReplyDelete
  8. nadia....sedih jugak baca...salute kat nadia...even ema xda baby lagi..tp suka baca entry mcm ni...lawak pun ada...baru je nak nangis tetibe tergelak...haha....semoga nadia terus berjaya susukan bunga ye...org ganu kan nellang..kattang and kuat..;)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah syukur nadia kuat semangat demi bf anak..sy pun dah berjaya fully bf anak kedua sy sehingga 8 bulan ini..alhamdulillah anak kedua sy x pernah minum susu formula:)

    ReplyDelete
  10. Sapa baling pasir dalam mata akak niiii... T______T sedih la diknon... sebab dah rasa benda2 mcm ni....Alhamdulillah memang menyusu saat yg paling indah walau kesakitan sepanjang penyusuan itu tidaklah seindah ceritanya... Selamat berjuang mummy & bunga.. Hehehe betul tak perlu pam mahal & milk booster sgt tu... yg penting mkn nasik makan nasik n mkn nasik...kahkah...akak pon lagi sebulan je affan genap 2tahun...yihuuuu dapat master in bfeeding dah .... :)

    ReplyDelete
  11. org tua kan..mesti pikir macm tu..rasa sentap pulak laa nak dibagi susu formula, / bg makan.. Adoiii..sabar je laaa.. bila kte menetek je , disuruh nya rehat... byak pantang larang.. me too akhir berjaya susu kan irine..now she's 1 y... tp stress laa sebb die direct feed.. menyusu pon macam2 gaya..sobbss sobbs..

    ReplyDelete
  12. Sy juga bg anak2 fully bf. mmg mencabar...org sekeliling mmg kena sokong niat kita. Usaha mmg kena lebih.

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yg sgt menarik.sy dulu pun mcm nie jugak la.mak mertua asyik cakap x ada susu dan suruh bagi anak susu formula.siap curi2 lagi bg kt hospital..balik dari hosp mmg sy x bg dah lgsg susu formula.nasib sy baik x ada crack nipple..cuma awal2 tue nak menangis jgak la bila nipple mcm tenggelam.lama2 ok jer timbul.Betul2 breastfeed sgt mencabar kan.sy pun alhamdullilah menyusu bdan shingga sekarang.baby dh setahun sebulan.mmg pglmn yg x boleh dilupakan kan.

    ReplyDelete
  14. sokong sangat.. nak susukan anak tak perlu susu yang banyak.. betul tu nadia.. pengukur susu banyak bukan berape oz yang kite dapat.. tapi.. cukup tak ape yang kite dapat untuk penuhi kehendak anak.. tu je.. kalau orang tengok susu fifi la.. mesti orang cakap tak cukup.. betul.. kadang2 dekat ofis bawak balik 8oz je.. average 10oz sehari sekarang ni.. tak banyak pon kalau nak banding dengan orang lain.. tapi alhamdulillah.. sampai sekarang ulwan exclusive breastfeed.. ulwan dah nak masuk 11 bulan.. hanya minum susu ibu tanpa makanan lain.. percayelah.. pada rezeki Allah.. cukup walaupon 8oz sehari..

    ReplyDelete
  15. Semoga bunga membesar sihat walafiat. Kak nadia boleh cuba mkn chia seeds. They're a powerful milk booster insyaAllah :)

    ReplyDelete
  16. Sebak bace ni. Hopefully dpt fully bf kt baby yg dlm perut ni. Thanks k.Nadia sb menginspirasi kn saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...