January 22, 2013

Pengalaman bercuti di Kuching, Sarawak - Day 2

sebenarnya semalam lagi kitorang dah sampai rumah tapi penatt sangat sampai tak sempat dahhh nak cerita day two ke day three ke. hari pertama di kuching korang boleh baca sini. meh kita sambung dengan hari kedua okeh. 

jadual hari kedua tersangattt laa padat sebab hari kedua ni je masa untuk kita kenal tempat-tempat menarik di kuching. oleh disebabkan kitorang tak kenal jalan, nak-nak pulak kaw datang niat nak berhoneymoon bukan untuk bergaduh bertekak sebab sesat silap jalan semata-mata :p, jadi aku tak nak amek risiko kearah itu. hewhew. jadi, cepat-cepat google kereta sewa paling murah sekali dengan driver. standard harga sewa kereta viva paling cikai 1 hari RM90, no driver, sendiri bawak, sendiri isi minyak. nak gps tambah RM15. bila aku pikir-pikir balik, plan hari kedua pagi-pagi aku nak gi pekan serikin. celah mana pekan serikin pun wa tak tau. jauhh kot dari bandar kuching ke pekan serikin ni. sejam lebih gak. nak-nak kuching sangattt terkenal dengan risiko sesat untuk first timer macam aku sebab xde signboard tunjuk arah jalan, jadi nak tak nak, tetapp nak sewa kereta sekali dengan driver. aku dapat harga RM150 untuk sepanjang hari, cakap je nak gi mana dia bawak. kaw membuta je dalam kereta. :p nanti aku buat entry pasal kereta sewa ni ye. mana tau kot-kot membantu korang esok-esok. 

ok berbalik kepada aktiviti hari kedua, aku janji dengan driver datang amek depan hotel pukul 8 pagi sebab nak gi pekan serikin. pekan serikin kan jauhhhh. check out hotel siap-siap, letak semua barang dalam kereta. nanti petang senang nak check in next hotel. pukul 8.15 gerak, pukul 9.45 baruuu sampai kalau tak silap aku. cuaca dah panas dahhhh T___T heyy nasib baik ada driver, dia memang dah biasa jalan ke serikin ni pon makan masa 1 jam lebih. cer kalau aku bawak sendiri. aku rasa mau 3 jam! (-___-') jauhhhh babe. sempadan malaysia dengan indonesia dah serikin ni. serikin ni femes sebab barang-barang dia murah macam tikar rotan murah gile, kain sembahyang, beg, baju macam-macam lagi lah. kaw pernah pegi kelantan? HAAA dia lebih kurang macam rantau panjang dengan pengkalan kubor. :) nampak je reduppp kan tapi panas dia dah terikk dahhh.

haaa macam ni la rupa pekan serikin ni, dia sepanjangggg jalan. 

settle pasar serikin, terus gerak balik. masa on the way balik, din si driver tanya nak singgah gua tak. aku onnn je dah alang-alang satu jalan yang sama kann. gua nama ape pon wa tak tau. tapi aku panggil dia gua muzik. sebab gua dia ada bunyi muzik. 



masa mula-mula nak masuk wahhh bestnya gua niii. ada bunyi laguu. lagu slow yang sentimental gitueww. terus teruja nak masuk tengok dalam. masuk-masuk, gulppppp telan air liur. patuttt laaa ada muzik. dorang buat tempat sembahyang dekat sini. dapat rasa babe kuat aura gua ni. tak nampak gua untuk pelancong dahhh, nampak gua khas untuk orang cina. kalau kaw bawak anak kecik, aku tak berapa syorkan la. kalau aku tau tadi aku pon xmasuk.
 



lepas tu aku ajak la si din pegi gua angin. gua angin ni terkenal dengan keunikan bentuk dalam dia yang terbentuk dari arus angin. tapi din cakap dia tak berapa syorkan sebab pernah berlaku kes pembunuhan dalam gua tu cuma tak kecoh. gua tu gelap kena bawak touchlight, xde orang jaga dekat dalam. heyyy memangg takkk la aku nak pegi kalau aku tau kann! 

lepas singgah gua muzik tadi, din bawak pegi tasik biru. tasik ni asalnya lombong dulu-dulu. 

dia bagi nama tasik biru sebab air dia warna biru. tapi xde la biru sangatt pun kan. dia biru kehijau-hijauan. nampak cetek je tasik ni tapiiii, kedalaman dia setinggi bangunan 10 tingkat babe. no wonder pernah 1 bas sekolah jatuh dalam tasik ni semua penumpang mati sebab bas tu menjunam sampai ke dasar, tak sempat nak selamatkan. heyy dah ni kenapa semua kes mati ni aku pon tak pahammmmm T____T 

lepas tasik biru, din bawak singgah kilang pasu. selain ikan terubok dan kek lapis, sarawak kan femess dengan pasu tanah liat yang murahhh. :)


settle kilang pasu, terus gerak pegi muzium kuching. kaw tau, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari serikin tadi aku mentido. jauh sangattt dekpongg. (x__x)

aku syak, ni kucing betina paling comeyyy yang ada dekat sini. (x___X) *pitammm*


dan aku syak lagi, ni kucing jantan versi rambut pacak palingggg kacak ada dekat sini. #pitam kuasa dua sayang. jangan perahsann tolong tolonggg. :P

dan gambar ni palinggg lucah ada dekat dalam muzium ni. kaw tengok laki aku, sukaaaaaaaaaaaaaa. nasib baik dalam muzium ni ada cctv sepanjang kawasan. laki aku kadang-kadang kaw tak leh jangka. kohkohkoh. 

oh ye, nak masuk muzium kuching ni free je tapi kalau kaw bawak kamera, dia caj RM3 per camera. settle muzium kuching, kitorang terus gerak gi beli kek lapis dekat dayang salhah. mula-mula ingat nak gi beli time naik sampan tapi din ni bagusss. dia cakap nanti berat nak bawak. beli dulu siap-siap dengan kereta senang. nanti nak naik sampan, naik je la. tak yah bawak kek lapis bagai dah. :D


lepas tu beli ikan terubok masin dekat sebelah kedai dayang salhah ni.


time ni dah petang dahh. dalam pukul 3 lebih. lepas tu dari kedai dayang salhah naik kereta pegi waterfront. mula-mula aku bagitau din aku nak pegi pasar satok yang femes tu. din cakap pasar satok dah xde. dorang tutup, dorang pindah ke kubah ria. baruuu je pindah. aku macam ehh ye ke dia ni. ke dia tak paham aku cakap. hewhew. habis tu dekat mana nak beli cenderamata? dia cakap dekat kedai sepanjang waterfront jee. malas nak tanya banyak kali sebab dia jawab dengan penuh confident kan. jadi betul la kott pasar satok dah xde. jadi moh la kita membeli di sepanjang waterfront semata-mata. lepas settle membeli, simpan barang dalam kereta, terus lepas gian nak naik sampan 50 sen. sekejap sangatttt. seberang sungai tak sampai 10 minit pon. cakap syafiq malam nanti nak datang naik lagi. hewhew. :p

 

masa ni dah pukul 4.30 petang. i is very the penat. sehari suntuk berjalan non stop. katil hotel memanggil-manggil dahhh. terus suruh din hantar balik. tapi sempat kaww singgah sekejap dekat tugu kucing tengah-tengah trafik light kiri kanan orang tengok. HAHA


ngammm pukul 5 kitorang sampai depan hotel. hari kedua kitorang tido dekat tune hotel. kenapa tune hotel, sebab lokasi dia sangatttt dekat dengan waterfront. kaw jalan 15 langkah je dah sampai. harga tune hotel kan tak tentu. kalau dapat murah, murah betullll. kalau book last minit, harga dia standard je la kann. nanti aku cite pasal tune ni ye.  


maknanya, kereta sewa tadi, aku bayar RM150 start dari jam 8 pagi sampaiiii 5 petang. bagi aku berbaloii sebab aku suruh dia bawak ke tempat jauh, tempat yang risiko sangattt tinggi untuk sesat. selain tu, kaw tak yah pening-pening kepala nak cari jalan, mana ni mana tu. sedar-sedar, eh eh dah sampaiii. gitueew. kaw cakap je kaw nak pegi mana. dia bawak. kaw terima siap. tapi kalau takat nak berjalan dalam bandar kuching, aku rasa tak yah driver pon. sendiri bawak pon boleh rasanyaaa. balik-balik terusss membungkang tdo. kehkehkeh. pukul 9 malam ajak syafiq keluar makan. nak naik sampan lagi punya pasal, ajak syafiq makan dekat seberang waterfront. cantik babe malam-malam naik sampan. tenanggggg je. orang pun tak ramai.



lepas makan, terus balik hotel. sampai dekat lobby hotel, tanya reception satok yang femes tu dekat mana. betul la din cakap. satok memang dah tutup. baruu je. sekarang dah xde satok lagi dah dekat kuching. nama baru dorang kubah ria. dorang buat 1 tempat baru untuk gantikan pasar satok ni tapi oleh disebabkan keinginan yang sangattt tinggi nak tau ape yang best dekat satok ni, sanggup bayar sebuah teksi RM40 pegi balik dari hotel ke kubah ria. 






sampai sampai je, mana satok nya. tanya la pengawal dekat situ. dia cakap jalan terus masuk dalam. fine. berjalan la kitorang. sepanjang perjalanan hanya jumpa gerai jual buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan-ikanan semata-mata. eh eh, bukan ke satok ni tempat jual cenderahati, baju-baju semua. aku pun tanya la peniaga dekat situ. dia cakap, dah tutup. padahal time tu aku pegi baruuuu pukul 10 lebih. aku syak mungkin dorang bukak petang hingga pukul 10 malam kottt. tak puas hati lagi, tanya lagi orang lain dekat mana yang gantikan satok yang tutup tu. dorang cakap tempat ni baru sangattt. tak semua kedai dah bukak. ooo no wonder la. dah puas pusing tak jumpa ape pun, call teksi tadi balik datang pick up. balik la kami dengan hampaaaanya. T__T 

kesimpulannya, tak bestt sebab tak dapat rasa betapa heavenya pasar satok sebab dorang dah modenkan. harap entry aku ni sikit sebanyak membantu korang nanti. mana tau kot-kot nak pegi kuching kan. nah amek iltinery aku. copy paste je aktiviti senang sebab masa terhad sangattt kan. aku pegi 3 hari dua malam je. nanti aku buat entry khas untuk kereta sewa and tune hotel eh. good night korang! :)

38 comments:

  1. serius 10 tingkat kedalaman tasik tu??? mak aih.. dalam gila... saya tak taulah bila agaknya boleh sampai ke sana tu..hehe.. apatah lagi saya ni takut naik kapalterbang..hehehe

    ReplyDelete
  2. Satok mmg dah tukar tempat . dorang moden kan.. masuk dlm berita ari tu . nangis2 pakcik tua kat dlm berite tu , yela , dorg dah lama meniaga kat satok , byk kenangan , tetibe kene pindah . sian dia.. tapi yg baru ni org kata bersih. entah la, tak penah pegi.. hihi

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnyaa kak dapat pergi ke sarawak... sana byk cenderahati yang murah2kan??? pasu dia, gelang2 kat sana... lama dah tak jejak kaki kat sana

    ReplyDelete
  4. mmg senang ade driver mcm tu kak. nak2 kat tempat yg mmg kite tak tau langsung nak pegi mane2. kang kalau sesat, lagi lame. melepas nak pegi tmpt lain. hihihi

    ReplyDelete
  5. eeee...ntah bila ntah aku nak pergi :p

    ReplyDelete
  6. Akan kak nad refer blik entry nadia ni kalu.nk p kuching =)

    ReplyDelete
  7. baca entry awak ni teringat masa akk kursus kat kuching dulu... dh hbis kusus, trip ke pekan serikin, kena gerak dari hotel kul 6.30 pg..dah jauh katanya..akak ngn kawan akak *masa tu anak dara blom kawen :P* paling lambat turun, smpat gi breakfast gi padahal dh lambat, lastnya kena tinggal! hahaha! pastu ade jugak peserta lain yg kene tinggal, pastu naik taxi gi sana kena tambang rm400 ko dik! sib baik org tu sponsor, dah anak dara katanya..hahaha!

    ReplyDelete
  8. seronoknya bercuti di sarawak :)

    sabah dah pergi bercuti dah, cuma sarawak belum. insya'allah one day..

    ReplyDelete
  9. bestnye gie jenjalan...last gie kuching 7 thn lps kut..makan kat rooftop x?..

    ReplyDelete
  10. Salam Nadia. last 2 yr p kuching tak p pun Serikin sbb cousin yg mmg stay sana kata kat Serikin takde ape! Dia bleh la ckp mcm tu sbb dia mmg dok sana kan. Huhuhu.. naik sampan pun tak brani. hahahah.. tp masa tu msh ada Satok lagi. hehehehe.. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nadia, ohh baru balik honeymoon ye! bestnya! sheila pun nak pergi Kuching lah lepas tawau habis semenanjung ni. hihi. best best! cepat update apa yang perlu ye nadia! senang nak travel sana heheheheh :)

    ReplyDelete
  12. Pasar Saratok memang dah tutup Nadia. Baru sangat. Akak tak suka pergi Serikin tu, panas berdentum.

    ReplyDelete
  13. lawak r dak yaya ni.. siap masuk berita ok psal satok dh tutup.. hihi.. kau ni xtgk berita ye? :P

    ReplyDelete
  14. ohoiiii... byknya tmpt dia pegi.honestly.selama 5 thn eka dok sarawak ni.eka tak penah gi gua muzik dgn tasik biru tu... selalunya dok area kuching jer.pastu pasar serikin... hey pasar satok dah tutup? baru tau ni.. ala nadia tak yah la hampa sgt pasar satok tu bukan la best sgt2 pun.ok2 jer la.mcm pasar malam. cuma meriah sbb ada byk ikan terubuk masin,siap2 lumba2 sesama peniaga... bt dlm btk briefcase lagi

    ReplyDelete
  15. yaya...kucing betul2 takde ekk...? hehehe

    bestnyer yaya....

    ReplyDelete
  16. Aah yaya, ida baru tgok citer kat TV1, hari Ahad tu, pasar satok dah takde.. rugiiii yaya.. sib baik ida sempat ke satok.. hahahahha.. kejam tak?? ;p

    ReplyDelete
  17. Salam, akak org sarawak pun tak tahu ada gua muzik..jakunnya kan...pergi serikin..seronok...brg blh tahan murah....byk ke nadia shopping?

    ReplyDelete
  18. ok tamau g gua mcm ni T_______________T

    ReplyDelete
  19. terimbau kenangan g Kuching taon 2010...merasa la awak g Serikin yg jauh kedlaam tu ekk..panas tak hengat punya tmpt tuu...akak dulu g sana sambar tikar sarawak..coz murah giler...pasar satok tu mcm pasar basah..mcm pasar tani gitu..terubuk masin berlambak la jual..souvenir pon ada..pasar satok tu baru ni je closed.ada masuk dlm news la sayangg...awak pon tido tune hotel ekk...hehe same laa..coz dekat jer..nak kemana pon senang..jalan kaki sudey...nak ke waterfront lagi ler dekat ya amaddd....ciken rice yg kat area pasar serikin tu best taw..tak hengat apa nama kedai dia..then ada cube sayur midin tak? motip kitaorg g sarawak ni pon sbb ada anak angkat mak kat sini..plus nak beli pasu utk majlis kawen..huhu..giler hover kan..sampai ke sarawk beli pasu..huhuh....

    ReplyDelete
  20. seronok kan kat Sarawak..pergi Pasar Satok x? dorang dah pindah tempat....Serikin suka beli telekung murah2..leh bawak balik Semenanjung buat biz..

    ReplyDelete
  21. hello2...juz wanna promote my self.. sesiapa yg ingin or nak ke kuching sarawak, i boleh jd tourist guide korg.hehe.. kreta n driver, i sendiri.. banyak lagi tmpt yg best2... sperti kampung budaya,gunung santubong ( kalau ingin ketahui or melihat kisah sejarah Puteri Santubong / rupa bentuk gunong tersebut bentuk wajah Puteri santubong ) , serikin , tebedu , borneo highland , gua fairy,wind cave, rumah org bidayuh seperti Baruk , Long House, tmpt makan pun macam2 boleh i bawa.. sorry NADIA FARAHI..juz wanna promote .. thanks. call me 0149957036 Chris adam..

    ReplyDelete
  22. or add me on facebook chreez_devil88@yahoo.com thanks NADIA FARAHIDA

    ReplyDelete
  23. pasar tu baru je pindah. tujuan utk elakkan jam di jalan satok.

    ReplyDelete
  24. pasar satok dipindahkan utk mengurangkan kesesakan trafik di jalan satok.

    ReplyDelete
  25. pasar tu baru je pindah. tujuan utk elakkan jam di jalan satok.

    ReplyDelete
  26. salam sis..bole tlg emel no pakcik driver tu..ja_are04@yahoo.com..tq

    ReplyDelete
  27. bole mtk no tel driver tu..hehe..emel ja_are04@yahoo.com..tq

    ReplyDelete
  28. Dear pls wasap or msg num driver tu ley..nk g srwak.gak 25hb ni..

    ReplyDelete
  29. Ala sory tgal num phone 0137432139..sye yg td mnx num driver tu nk pg srwak 25hb ni.my name ezzan..from jhr..tq nadia!

    ReplyDelete
  30. Salam Puan Nadia,

    Boleh tlg email no driver tu x ?
    Nak pergi sarawak for 1st time ujung bulan nanti

    Terima Kasih :)

    email : putehnh@gmail.com

    ReplyDelete
  31. mantap..
    info yang bermanfaat.
    kunjungi balik kami di paket honymoon di Sumatra Barat
    terima kasih

    ReplyDelete
  32. Salam and good day, sharing is caring thoughts jika nak cari soveniur and house deco such as wood better pergi kedai2 belakang waterfront bazaar sederet tu ada banyak kedai soveniurs and wood carving dont mentioned rambang mata and mmg murah2....landmark kedai2 oldskool sebaris dengan chinese temple opposite chinese museum. Good luck...

    ReplyDelete
  33. Wah menarik gak serikin ni.. Nak kena sewa kereta gak lah. karang sesat lak.. hee

    ReplyDelete
  34. Salam.. boleh masukkan no tel driver dlm blog puan? Akak nak gi sarawak dgn keluarga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...