January 15, 2013

suprise birthday 3 pagi :)


Alkisah semalam. oleh disebabkan hari ni adalah hari lahir suami kesayangan, aku ada masa satu hariiii je untuk fikir nak buat ape nak buat ape. selalu time besday kitorang celebrate dekat luar je senang. tak yah fikir banyak. tapi tak tau nape kali ni punya aura dia lain macam. supaya senang nak menyondol mungkin. kohkohkoh (x______x)

planning ni aku terfikir petang semalam. bila idea datang mencurah-curah, hahh sudahh. sempat ke. time tu dah pukul 4 petang. syafiq balik keje pukul 7 petang. aku ada 3 jam je. celah mana nak beli barang-barang nak masak, celah mana nak beli kek, celah mana nak beli barang deko. tibaiii. bagitau syafiq aku nak keluar rumah nak gi bank kejap. konon. :p *menipu sunat, sorry sayangg. xpe kan? :P* cepat-cepat pegi brem mall. cari barang-barang nak masak, nasib baik situ ada book store. terus beli barang deko-deko dekat book store. dan nasib baik lagiii situ jugak ada kedai kek. settle 3 keje besar. cari kedai jual lilin xde. baik la. gigihhhh pegi carefor kepong semata-mata nak beli lilin. tiba-tiba masa on the way ke carefor, syafiq call. dia dah sampai rumah. dia tanya aku dekat mana. hohhh mantikk gue. boleh aku tercakap on the way nak gi beli sayur dekat kedai runcit padahal dah sah-sah dia tau ape kejadah beli sayur sebab kitorang dua dua tak makan sayur. ape ke sengalll jawapan aku. tak terfikir langsung. lepas jawab baruu ya allahhh. HAHA. nasib baikkk dia tak tanya banyak. mesti dia agak aku gi beli hadiah untuk dia laaa tueww. pehlisss. jangan perahsan sangatt bolehhh. :P kuikuikui. 

settle beli barang, time tu dah magrib. cepat-cepat balik rumah. sampai dekat parking, kepala runningggg ni babe macam mana nak bawak naik semua barang-barang yang beli ni sebab syafiq dah ada dekat rumah kann. kalau bawak naik terus, kantoiiii la. tak suprisee. nak tak nak, aku kena tinggal kek dan beberapa barang deko-deko tu dekat dalam kereta. aku bajet lepas syafiq tdo tengah malam nanti, aku turun amek balik. padahal dalam hati, bolehh ke aku turun sorang-sorang pukul 12 malam dekat tempat parking. serammm babe. tapi aku kan machooo. T___T harusss la buat-buat berani. kuikuikui. tinggallll la segala barang dalam kereta. naik rumah berlenggang dengan beberapa barang lain yang xde kaitan dengan besday dia. haaaa aku dah cakapp dah. nasib baik aku tak bawak barang tu naik. dia siap tanya beli ape. amboiiii, perahsannnn. ingat orang beli pape untuk dia laaa tuueew. ;)) dengan penuh berlagak tunjuk muka tak bersalah, keluar pegi beli tudung semata-mata. kehkehkeh.

sepanjang malam, buat macam takde pape berlaku. makan, tengok tv, onlineee. lepas tu dia cakap dia nak tdo dulu. aku pun buat-buat la drama sebab time tu baru pukul 11 malam. beria la cakap xbeli hadiah lagi, tanya nak hadiah ape bagai, siap wish besday siap-siap sebelum dia tdo. kehkehkeh. last-last dia mentidoo. aku tau laki aku betul-betul tdo macam mana jangan risau. :p ngammm pukul 12 malam, turun lift sorang-sorang pegi tempat parking diam-diam. jangan tanya aku takut tak. aku cover macho. (-__-') cepat-cepat naik start buat keje. siapkan deko dulu. gunting tampal siap-siap. settle deko, masuk bilik pasang radio semata-mata tak nak bagi dia dengar bunyi masak dekat dapur. settle, cepat-cepat masuk dapur sebab plan nak masak chicken chop. :)



settle masak, lega. semuaa dah settle. tunggu nak pasang lilin je. masuk bilik sebab nak mandi. siap mandi, cepat-cepat pasang lilin. masa tu dah pukul 3 pagi. tengah-tengah pasang lilin, bolehhh pulakkkk dia terbangun. dia keluar bilik cari aku dekat ruang tamu. dia tanya aku buat ape. radio pasang kuat, tapi aku tak online. tu dia pelik. heyy spoilll ok spoilll. last touch up je padahal. T___T aku cakap gi masuk bilik dulu, belum siap lagi. nanti siap aku panggil. HAHAHA. boleh? time ni dia dah senyum-senyum dah. pokkkk kang. kenapa bangun awal sangattt! stresss ok. :p tak jadi suprise aku. 

walaupun dah tak suprise sangat, settle pasang lilin, masuk bilik dan bawak la tuan putera keluar melalui jalan lilin ituueew. :p



ye sayang. i love you. i do. really really do. :)



supriseeee. :) tengok, muka kena paksa makan chicken chop pukul 3 pagi. kehkehkeh. lepas tu sibuk tanya bila beli kek ni, bila masak ni, bila buat tu, bila buat ni. 

jangan tanya buat ape lepas ni, dah memang keje laki biniiii. tunggu ape lagiiiii. kohkohkoh. (x____X) 

selamat hari lahir sayang, saya bangga punya suami macam awak. saya teruja bila suami saya ohsem sangat, saya terharu suami saya penyayang sangat. saya nak awak tau, awak lelaki palinggggg hebatttt di mata saya. walau sesusah mana kita, walau seburuk mana rupa saya :) walau segemuk mana kelebaran badan saya :) *sambil kenyit-kenyit mata awak tetappp cakap saya cantik. *tangankebahumatakeatas :P awak tetap cakap saya hebat. walaupun kadang-kadang saya tauuu awak sajeeee nak amek hati saya jeewww kann. tapi saya tak kesahh, saya tetap sayang awak. selamat hari lahir yang ke 26 cinta pertama dan terakhir saya. ada cinta lain, lu siappppppppppppppp! HAHAHHA. muah!






35 comments:

  1. yaya....sweettt gilerr hokkayy...nory pon tak terpikir nk wat cmni...nanti nak cilok arr idea yaya ni...bolehh kannn...hikhikhikhik..
    anywayy...SELAMAT HARI JADII , SYAFIQ...jaga yaya leklok ekk...hehe.

    ReplyDelete
  2. hahaha..kelakar lah akk ni...btw gud job akk...berani turun pkul 12 mlm? ngeriii...hoho...semoga akk dgn suami bahagia smpai akhir hayat =)

    ReplyDelete
  3. so sweet :)
    gigihnya Nadia :)
    pukul 3 pagi tu makan chicken chop.
    memang ohsem :)
    nak resipi pleaseeeeee :)

    ReplyDelete
  4. hepi bday syafiq!
    waaa...sangat bertabah menyiapkan segala ;)
    syafiq, awak bertuah ada si nadia ni
    jaga dia bebaik :)

    ReplyDelete
  5. wah..so sweet..:D semoga panjg umur n murah rezeki..

    ReplyDelete
  6. romntiknyerr..gagah brni turun lif sorg2..hehe..siap deko lagi..pliknyer syafiq leh x dgr nadia mask tu..hahaa..

    ReplyDelete
  7. awwwwwww
    suweeeeeeeeettttttt
    rasa nak nangesssss...... :)

    #sy leh sengih sorg2 baca. hehe

    ReplyDelete
  8. alahai romantiknye dier..chicken chop tu macam sedapp je.nyum..nyum..

    ReplyDelete
  9. yaya... so sweet... dari awal perkahwinan mader..mader tingin camni... surprise party.. deco rumah.. syg keadaan tak mengizinkan.. masih menumpang ihsan keluarga mertua... uuuuu.. kalu da transfer KL baru leh pindah rumah...

    ReplyDelete
  10. so romantik nadia ni. hepi bday to ur hubby.
    26 ekk?? muda lg...

    ReplyDelete
  11. kahkahkah cumel la shafiq kena paksa makan chicken chop pepagi buta...

    yaya ko terbaik !..sayang korang berdua muaxxx...

    erk???? xleh..xleh..sayang ko je yaya hahaha..:p

    Buat abg shafiq ( *tua dari aku kan kena hormat ekekekekek* ) selamat hari lahir ye...semoga sentiasa bahagia bersama bini tercinta...

    ReplyDelete
  12. ala..sweet nyer nadia ni
    buat suprise lagi tu. sure suami terharu :)

    ReplyDelete
  13. so sweet!!!

    happy birthday to ur husband!

    ReplyDelete
  14. alahaiii... romantiknya... so sweet....... :)

    ReplyDelete
  15. nak tiru idea ni wat suprise kat abg bebel boleh??? kihkihkih

    so sweet nadia

    (kak elly)

    ReplyDelete
  16. hepy besday utk suami nadia..semoga sentiasa pjg umur dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  17. so sweet okayh yang!!!...hahahhaha..kelakar pun ade..gigih kuar balik kul 12tgh mlm..happy birthday wat hubby nadia..;)

    ReplyDelete
  18. hehehe..i really really loike..betul2 nice surprise..kalau sye yg dapat ni..mmg melonjak sakan lah..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum nadia. hahaha comel gila buat suprised kat suami. sweet gila nad... mesti syafiq bangga dapat isteri secomel ini. sheila doakan kalian cepat dapat baby dan murah rezeki selalu ye :)

    ReplyDelete
  20. So sweet. Kelas Nadia, makan chicken chop pukul 3 pagi.......

    ReplyDelete
  21. utung syafiq dpt yaya.. happy birthday syafiq.. semoga korang bahagia dunia akhirat.. :)

    ReplyDelete
  22. oh myyyy sweetnyaaaa >.< akk buat bufday sy mcm ni leh x??? ahahahaha... gedik je sy ni

    ReplyDelete
  23. Wah romatiknya.....
    Hepi bsday buat hubby Nadia ya.. Semoga pnjg umur murah rezki dan bahagia selalu :D

    ReplyDelete
  24. wah...so sweet..... saya harap satu hari nanti saya dapat merasai kebahagiaan macam ni....

    happy birthday buat hubby.. semoga diberkati umurnya , dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya, dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan sampai bila-bila..amin...

    ReplyDelete
  25. untung suami dapat nadia..happy birthday to your hubby

    ReplyDelete
  26. comeyyy lar..hakak nk jgk..bolehhh...

    ReplyDelete
  27. happy bezday utk suami nadia...memg romantik giler la...sgt jeles okeh...

    ReplyDelete
  28. so sweet ... ^^ dtg follow sponsor :)

    ReplyDelete
  29. kau kan yaya, mmg nk kena gigit.. hahaha.. pe kata, yaya wat majlis lagi sekali.. alah, xyah r jemput ramai2 sangat. just utk ulg semula moment. xpun, gi je sewa baju kawin, then amik gmbr.. settle..

    ReplyDelete
  30. Nadia..sweet giler…pandai nadia cover..heheh..wah siap pasang lilin..hehe..mesti husband nadia terharu giler….hehehe…kan kan

    ReplyDelete
  31. hepi besday syafiq! aku nak chicken chop tu yaaaaaa!!! ;p

    ReplyDelete
  32. So sweet........ Usaha gigih membawa kejayaan berkekalan. Hahaha.. Nak buat gak camtu, tapi slalunya akak yg tido dulu. Camno??

    ReplyDelete
  33. sweet...tersenyum-senyum bila bca ur entry..sabor je ;p.

    happy belated birthday untuk suami nadia :)

    ReplyDelete
  34. selamat hari lahir utk suami..

    p/s: nadia tshirt dah pos ke??

    ReplyDelete
  35. Suka plak bc entri lma2 Nadia..sonok giler hdp da Kawen ni ekk..haha..omg!! I jealous ok..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...