Lazada Malaysia

October 19, 2010

Korang setuju x? aku setuju!


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Hukuman tujuh tahun penjara ke atas dua suspek 
yang didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, 
Datuk Sosilawati Lawiya disifatkan ringan, 
tidak setimpal dan tidak mampu mewujudkan rasa takut kepada orang lain.
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy berkata, 
beliau bimbang hukuman itu tidak mampu menjadi faktor pencegah kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama pada masa depan.
Sehubungan itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Hakim Besar Malaya, 
Tan Sri Ariffin Zakaria pagi ini memohon supaya keputusan itu disemak dan diteliti semula.

"Hukuman ke atas mereka iaitu penjara tujuh tahun serentak bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Kita memohon budi bicara supaya Hakim Besar Malaya meneliti pertuduhan itu dengan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.




note: aku sangat2 bersetuju dgn tindakan ni sbb 7 tahun adalah terlalu singkat.
bg aku, kes dadah dgn kes bunuh, kes bunuh lebih kejam. jadi, kenapa 7 tahun je sdgkan dadah boleh gantung sampai mati?
klu mahkamah jatuhkan hukuman penjara seumur hdup, 
msti ramai rakyat Malaysia yang setuju. 
maaf sahaja xmncukupi selepas bunuh beberapa orang dgn kejam.


3 comments:

  1. arol pun sokong jugak! hukum jek gantung sampai mati. dorang dah bunuh Datuk Sosilawati dan 4 yang lain dgn kejam, takkan hanya dipenjarakan 7 tahun sahaja? nanti selepas 7 tahun, dorang ulangi lagi.

    ReplyDelete
  2. MEMANG SAYA TAK SETUJU. CUMA BILA MENGENANGKAN MASING-MASING MUNGKIN JADI SAKSI PENDAKWA ADA PRO DAN KONTRANYA. NAMUN JAUH DI SUDUT HATI SAYA, HUKUMAN INI TAK MUNGKIN MERAWAT BERIBU HATI YANG LUKA MERATAP PEMERGIAN SOSILAWATI

    ReplyDelete
  3. betol tuh kak..sgt setuju..
    mcm xberbaloi je nak hukum org bertopengkan syaitoonnn 7 taon je...

    uhuhu,,sowey..teremo..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...