Lazada Malaysia

July 08, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand  
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1 
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand 
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3


ni entry last untuk hari pertama di krabi aku janji. :p hari pertamaaa je dah berpart-part tolonggg la dah kematuu. huhu. settle mandi bersih tukar baju segala, tak silap aku dalam pukul 6 lebih macam tu kitorang terus keluar untuk ke krabi night market yeayyy! ;)) haa untuk aktiviti malam hari acara adalah bebas. jadi kitorang pon bebas la memilih nak kemana dan naik apa. jadi, kitorang bersepakat untuk try naik tuk-tuk yang femesss dekat krabi ni. kelakar ok, rasa macam sedang menyeludup pendatang asing. HAHA ;)


dari hotel ke krabi night market heyyy boleh tahan jauh jugak. tambang tuk-tuk dia caj 100THB sorang pegi balik. jadi dua orang adalah 200 THB. convert duit mesia RM20.90. masa pegi krabi night market ni adik aku tak ikut sebab balik-balik je dari aktiviti siang hari dia bantai mentido. kaw bayangkan dia tdo dari 5 petang, esok pagi pukul 8 baru bangun. hahaa. mauu tak tdo mati, dia baruuu sampai dari plkn hari yang sama kitorang nak gerak pegi krabi, dua hari tak tdo memang bom meletup pon tak sedar. HAHA. so masa on the way kitorang nak ke krabi night market ni, si driver tuk-tuk baik hati tanpa disuruh berhenti dekat satu kawasan yang cantik untuk bergambar. bagussss kannn dia. macam tau-tauuu je semua hantu gambar. ;p



aku tak nafikan bini-bini pantanggg nampak kamera.


tapi jangan tak tauuu, percayalah. para suami ponnnn sebenarnyaaa :p mihmihmih. 


ada dalam 15 minit jugakk kott kitorang berhenti sini amek-amek gambar lepas tu terus bergerak ke krabi night market. tempat cantik siap signboard warna warni ni tepi jalan raya jeeee sebenarnyaa. kuikuikuii. ;) 

yeayy dah sampaii. betapa baiknya driver tuk-tuk ni, kholed nama dia. sanggup tunggu kitorang membeli tak kesah lama mana janji balik hotel pon naik tuk-tuk dia. bagusss kann. jadi kitorang tak perlu risau dah tentang pengangkutan untuk balik ke hotel legaaaa. :) turunn je tuk-tuk perut lapar jangan cakappp. T___T kholed rekemen makan dekat satu warung nasi ayam dekat area-area tu jugak. dia kata ni je satu-satunya warung halal yang di tahu dekat krabi night market ni. lagipon perut semua tengah lapar kannnn bedall je malas nak pikir dahhh. :p lain tekak lain rasa kan tapi tekak aku cakap heyyy sedappp gileee jangan cakappp. dia punya air lada rasa nak hirup-hirupp je. siap bertambah 1 plate lagi kongsi kitorang laki bini. sedappppp. sepinggan nasi ayam 40 THB. kitorang makan 3 pinggan, bungkus untuk adik 1 pinggan takut dia bangun tengah malam nanti lapar kannn tak makan lepas balik aktiviti siang tadi. sekali memang harapannn la dia nak bangunnn, tong sampahhh la jawabnya. total 4 pinggan nasi ayam adalah 160 THB. convert duit mesia RM16.70. bagussnya kedai ni, dia memang sediakan air kosong siap-siap. memang kedai dia wajibbbb minum air kosong saje, xde air manis segala. bagusss. jimattttt mihmihmih :p


perut dah kenyangg, moh la meneruskan berjalan ke krabi night market. sebenarnya krabi night market ni macam pasar malam dekat mesia je tapi versi besar. macam uptown kott lebih kurang. ada macam-macam semua campur, makanan minuman pakaian segala laa.


dekat krabi night market ni aku beli 6 ketul fridge magnet batu 200 THB, 1 papan fridge magnet signboard 100 THB, satu air coke 20 THB. dan tolonggg la percayaaa, dalam banyak-banyak pancake banana+chocolate dekat krabi yang kitorang try, pancake banana+chocolate dekat krabi night market ni yang paaaaaaaaaaaaaaaaling sedap. sedap gileee. heyy sedap laa. haa nampak tak berapa kali pengulangan perkataan sedap aku. sebab dia betul-betul sedappp wa cakap luuuu. ;)


nanti korang cari gerai dia ni tau. gerai dia bahagian tengah-tengah night market. heyyy sedapnyaaaaaa. T______T


seketul pancake 30 THB. seketul sorang babe. tu pon tak cukuppp. T___T nak order lagi tapi chocolate habis. kaw bayangkan kitorang je borong 9 ketul. semuaa ida belanjaa yeayy. thank you daaa muah muah! ;))

settle semua orang membeli di night market, kitorang masuk 7Eleven jap singgah beli simcard dan stok makanan sampingan. dekat 7E ni aku beli 6 kotak air milo 76 THB, 1 tin tuna 49 THB, 2 tin air cincau 70 THB, 1 paket kacang 10 THB, 1 botol air sprite 10 THB, roti slice yang hekelehh sikitnyaa satu bungkusss 59 THB, ubat gigi sebab terlupa bawak 19 THB, simcard 49 THB dan topup 60 THB. total membeli di 7Eleven adalah 402THB. convert duit mesia RM42. 

haa nanti korang kalau nak beli simcard, korang jangan cakap simcard tauu. dorang haremmm tak paham. aku beria terangkan saya nak beli simcard simcard simcard. last-last mcdee laki mila suruh bagitau nak beli phone sim. oooo sebut phone sim baruuu dorang pahamm. choiii. :P dengan topup 60 THB tu aku bajet mungkin murah kott call mesia dari thailand ni berbanding dari indonesia call mesia sebab thailand lagi dekat dengan mesia kann sekali, no no nooo. mahalllll ok. lagi mahal dari bandung call mesia. 60THB tu sekejappp je boleh cakap. esok topup lagiii. huhu. 

asalnya kitorang ke krabi night market ni adalah untuk mensurvey kedai travel agent yang jual pakej untuk aktiviti esok hari. :) sekaliiii semuaa dah kusyuk berjalan sakan sampai lupaaa nak cari kedai travel agent kennn. kehkehkeh. nasib baikkk kholed pemandu tuk-tuk baikkk nak tolong bawak kitorang ke satu kedai travel agent yang dia kenal dekat ao nang. gigih laa dia bawak kitorang ke ao nang pulak. huhu. jadi untuk pakej hari kedua di krabi, kitorang amek dengan Aonang Orchid Tour dan aktiviti hari kedua kitorang adalah Phi Phi Island by speedboat yeayyyyyy tak sabarrr! ;) paalinggg murah dorang berani offer untuk pakej phi phi island by speedboat termasuk transport beramek berhantar depan hotel, buffet lunch, minuman dan buah-buahan dalam speedboat, seorang 1100 THB. jadi utk kitorang bertiga 3300 THB. convert duit mesia RM344.90. aku rasa mungkin boleh dapat murah lagi sebenarnya tapi oleh disebabkan badan dah penat, malas nak lawan-lawan harga banyak kali tibaii je semuaa. ;)


settle bab pakej, sempatttt pulakk masuk beli baju dengan beg waterproof dekat kedai sebelah muahaha. haaaa beg waterproof sangattt diperlukan tauu sepanjang korang dekat krabi sebab bila semuaa aktiviti melibatkan air, dia sangattt berguna untuk mengcover semua hp, camera, passport segala mak nenek bagai sebab ada sesetengah bot, dia tak benti betul-betul dekat pasir. jadi kaw kena redah separuh badan dalam air untuk sampai kedarat. nanti konpemmmm beg tu akan terselam dalam air. dan jangan laaa beli beg waterproof dekat pavilion kalau nak jimattt muahaha :p dekat pavilion cecah seratus lebihhh kott paling murah. sini aku beli seketul yang 5 liter 300 THB. convert duit mesia RM31.40 jeww mihmihmih ;p 

dekat kedai yang sama sempat la kitorang rembat 3 helai tshirt warna kuning untuk kitorang pakai esok dan 2 helai tshirt untuk adik aku lagi dua orang tak ikut ada dengan mama. harga sehelai tshirt orang dewasa dekat kedai ni adalah 150 THB, harga tshirt kanak-kanak sehelai adalah 100 THB. aku beli 4 helai dewasa dan 1 kanak-kanak. total untuk 5 baju adalah 700 THB. convert duit mesia RM73.15. heyyy jangan beli dekat kedai ni ok. T___T sepatutnya kitorang boleh beli jauhhh lagi murah sebab kalau 1 kepala aku je beli 5 helai, tu belum masuk ida, mila, nory, sheila and mcdee lagii heyy nak marahhh tauuu. hari terakhir dekat krabi baruuu jumpa kedai jual baju jauhh lagi murah dekat aonang huwaaa T___T nanti la cite :p settle beli baju dan beg waterproof, terus kholed hantar kitorang balik hotel. sebab kesian kholed baik sangat layan kitorang, kitorang bersepakat untuk bagi dia tips extra 20 THB. tu je mampuu. nak lebih bawak kitorang naik ferari aaaa. kuikuikui. ;) settle hari pertamaaaa yeayyyyy! sekarang meh kira total. :))


Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama di Krabi.

# teksi dari rumah ke KL Central: RM18.80
# bas dari KL Central ke LCCT: RM24.00
# Krabi airport transfer for two ways: RM85.50
# Aonang Goodwill Hotel 4 days 3 night: RM414.66
# Pakej Aktiviti (Elephant Trekking+Emerald Pool+Hotspring Waterfall+Tiger Cave): RM313.50
# Tips di Elephant Trekking: RM6.30
# Air kelapa dan fruit shake di Emerald Pool: RM8.40
# Air redbull dan fanta oren di Hotspring Waterfall: RM9.90
# Tambang tuk-tuk ke Krabi Night Market: RM20.90
# 4 pinggan nasi ayam di Krabi Night Market: RM16.70
# Fridge magnet dan coke di Krabi Night Market: RM33.44
# Membeli di 7Eleven: RM42.00
# Pakej Aktiviti (Phi Phi Island by speedboat): RM344.90
# Waterproof bag 5 liter: RM31.40
# 5 helai tshirt: RM73.15
# Extra tips untuk kholed tuk-tuk: RM2.09
____________________________________________________
TOTAL: RM 1445.64
 
  

17 comments:

  1. tolonglahhhh jual FM tu..tolonglahhhh..nak pergi mcm tak terpergi jer..apa kata setiap kali yaya gi jalan2..jual FM ngan akak..KOMPEM AKAK BELI!

    mohtip hurup besar? ok masam kat tekak masih terasa lg hahaha

    ReplyDelete
  2. aishhhh korang ni buat rasa jeles je laaa... =D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum yaya, pitam kan nak habiskan semua part dalam hari pertama. tak sabarnya nak update entri hari kedua dan ketiga. heeeee :p

    ReplyDelete
  4. tak tau nak komen ape dah nadia...best sesangat aktivitinya..akak tunggu next entri pulok.. ;p

    ReplyDelete
  5. Tak masuk flight pun dah ribu-ribu kau nie...gila lah !

    ReplyDelete
  6. heee~ dah tak berapa nak muntah entry krabi ke yaya ? hahahahhaa .. boleh tahan lajuu updatee ;p

    ReplyDelete
  7. phi phi island n maya bay dlm pakej yg sama x nadia?

    ReplyDelete
  8. Tengok muka sorang-sorang dalam gambar tu pun dah tahu bertapa sedapnya pancake banana + chocolate tu.

    ReplyDelete
  9. WAH BOLEH TAHAN HARGANYA..APA-APA KALAU NAK PERGI SINI KENE KMPUL DUIT DULU..

    ReplyDelete
  10. bila dh beli, jgn menyesal2 tau.. hihi.. gambar laki mesti cam gempak.. nyampah.. hoho..

    ReplyDelete
  11. berpinar pinar mata akak baca entry nadia nih...panjang kemain...hahhhh...fm tuh de lg tak..kuikuikui

    ReplyDelete
  12. kat thailand mmg kebanyakkan kedai makan diorang hidang air kosong jerk... sbb kalau amik order diorang xpenah tanye nak minum ape... bgus betul.

    mmg mahal kalau buat call kat thai nih...bkn setakat nk kol kat malaysia jer..kol no thai pun sama tambah2 kalau si operator yg cakap...100bath abes sekelip mata jer..yaya guna AIS simcard ker?

    ReplyDelete
  13. nampak pancake banana choc tu pon da terliur..

    ReplyDelete
  14. nadia, camne upenye beg waterproof rm31 tu.upload la gambar dia..nak tengok.hehe

    ReplyDelete
  15. best, kena simpan duit ni g Krabi..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...