July 16, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand    
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1   
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand  
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2  
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4

punyaaaa la lama aku hold cite krabi ni sebab feel banyak kelaut. puasa kannn. alasannnnnn! HAHAHA. ok meh kita sambung hari kedua kita di krabi. aktiviti kita untuk hari kedua di krabi adalah Phi Phi Island by speedboat yeayyy! aku rasa dalam banyak-banyak aktiviti di krabi, aktiviti phi phi island ni antara yang terfemes setakat aku google sebelum pegi krabi dulu. kira macam haaa kalau pegi krabi, kaw wajib buat phi phi island. fineeee kita buat :P

untuk pakej phi phi island ni, dorang dah termasuk sekali dengan transport beramek dan berhantar. jadi kerja kita tunggu je depan hotel pukul 8 pagi. :) kan sebelum ni aku ada bagitau kitorang pilih hotel yang wajibbb ada breakfast sebab ni laa. sebabbb, mana sempat nak cari kedai makan segala nak breakfast kalau aktiviti dah start pukul 8 pagi. breakfast ready pukul 7.30 pagi jadi ngam-ngam laa makan dulu dalam masa setengah jam kannnn. bukannya makan berat ponn. breakfast ni jewwww,


settle makan minum, tibe-tibe ada satu bas pink datang pickup kitorangg. omeyyy angattt iyeee. HAHAHA.  ;)


para suami yang mewakili warna rumah sukan masing-masing. muahaha ;p


sampai je dekat pantai Aonang, kitorang kena beratur untuk amek pelekat baju.


ni la speedboat yang kita akan naik tu wiiiiii ;) ni adik aku ye harap maklum. abang botak baru keluar plkn. muehehehe. ;p

settle je amek pelekat baju, kaw jangan tak tauuu. budak-budak ni spesis tak pandang kiri kanan dahhh. asal ada tempat selagi bolehhhh nak bergambar. HAHAHA. mula-mula macam biasa, harusss la ladies firsttt kennnn. :p


lepas tu ehh ehhh, laki pon nak jugekkkkkkk. dengki la tuewwww :p


sumpah masa ni orang sekeliling pandangggg je buang tebiattt ape laa dorang ni terloncat-loncat riuh rendah kannn tapi biasaaa diaaa niiii. tak herannn janji gambar wa cantekkkk. ;p HAHAHA.


rumah sukan sekolah. HAHAHAH. penat melompat semua, ok dahhh gambar sopan pulak. muehehe.


settle amek gambar semuaa, moh la kita naik speedboat menuju ke destinasi pertama kita iaitu Bambo Island. boleh tahan jauh jugak Bambo Island dari pantai Aonang. dalam 45 minit kena redah laut dengan speedboat. heyy speedboat dia lajuuu gile okk. orang mabuk laut sila siapkan plastik muntah korang siap-siap. aku cakap betulll, speedboat ni 4 enjin. lima kali ganda lagi laju dari speedboat dekat langkawi. jangan jadi macam orang sebelah mila. kesiann diaa. muntah tibe-tibe habis kena kaki mila. kesian milaaaa jugak. HAHA :p. bila kaw bau jee orang muntah, haaa sudahhh. dengan laki-laki aku skali nak muntah tapi tak muntah konon cover macho HAHAHAH. yeayyyy kita dah sampai di bambo islanddd. ;))


cantiknyaaa lahaiii air diaaa biruu jee. dekat bambo island ni tak adventure sangatt bagi aku sebab air dia tak berombak kuat dan aku still boleh pijak pasir jadi i is tak takut sangatt. :) aku kan tak pandai berenanggggg mihmihmih :p walaupun pakai life jaket, nak berani mandi-manda berenang bagai sepenuh jiwa raga masa tu makan masaa. jadi main dekat cetek-cetek jewwww la duluu. kuikuikuii. ;p

 

cetek pon takde la cetek manaa T___T sebab last-last dorang semua berenang ke tempat dalam sikit sebab nak tengok ikan. adik aku lagiii laa nunn jauh tengah lautt heyyy berdebarnya aku jangan cakapp. (-__-') takkan aku nak main air sorang-sorang memang takk laa. HAHA. last-last syafiq ajar cara imbang badan menggunakan life jacket sepenuhnya. yeayyy dah pandaiii. :p bila rasa confident level dah naik sikit, gigihhh berenang kuak lentang cari ida sebab ida jeee pegang kamera air. harussslaaa iols nak amek gambar dalam air jugak kannn. HAHHAHA


ok settle amek gambar dalam air sekeping dua. dahhh jom naik darat sebab mazhab ida ajar, cuba ya cubaa. janji ada gambar dalam air. fineee. HAHAHHA. mandi-manda dekat bambo island ni lebih kurang sejam lebih, kita teruskan perjalanan kedua kita ke Viking Cave. dekat Vicing Cave ni tak leh turun mandi pon. sini just amek-amek gambar dalam 10 minit je. Viking Cave ni tempat sarang burung sebenarnyaa.

 

 
air dia cantiknyaaa Ya Allahhhh, crystal clear habissss wa cakap luuuu T___T sepatutnya destinasi ketiga kita adalah Maya Bay tapi cuaca time kitorang pegi ni boleh tahan besar ombak dia. masa dalam speedboat tadi pon melambung-lambung boat membelah laut sebab ombak dia besar gile sampai kadang boat kena berhenti kejap-kejap tak berani tempuh ombak kuat sangat kann. jadi iols is pasrahhhh tak dapat pegi Maya Bay janji perjalanan kita selamat dahhhh T____T. 

tak dapat pegi Maya Bay, dapat pegi Pileh Bay pon jadiiii. cantikk gileee jangan cakappp. air tenangggg jeee. tapiiii, kaw jangan harappp kaw akan pijak dasar. (-___-') sini sedalam-dalam air yang maha dalammmm. berenang guna life jacket semata-mata. takuttttnyaaa tapiii still under control sebab air tenanggg je takde ombak langsung. jadi kita pon tenang laaa. ida, andi dengan syafiq la banyak tolong aku. syafiq dah tentu-tentu akan tolong bini dia kannnn kaw jangan macam-macammm. HAHAH. ida dengan andi dah selaluuu pegi pulau snorkeling bagaiii ni. aku first time babeee. dalam ramai-ramai, confident level aku dengan mila paling rendah bila melibatkan air ni. wa takutt babeee dalam-dalam ginii. nory dengan sheila steady jee sebab dorang spesis urat saraf berani terlebih. muahaha.






bila confident level dah up sikit konpemmm tak pandang kiri kanan dahhh. HAHHAAH.


ni time penatt dahhh berenang, nak syafiq tarikkk jeeee pegi dekat boat sebab dorang dah nak menuju ke destinasi seterusnyaaa. :)


destinasi seterusnya adalah Phi Phi Don untuk makannn timeeee wiiii. :) buffet lunch ni dah termasuk dengan pakej Phi Phi Island tour with speedboat kita jadi kaw makan je laaa banyak mana kaw nak makannn sebab buffet kannn. hikhikhik.


dekat Phi Phi Don ni sempat rembat Fridge Magnet Maya Bay sebab tak jadi pegi kannnnn, dapat beli fm pon jadiiiikkk T___T seketul 60 THB. convert duit mesia RM6.27. 


sementara menunggu boat bergerakk, haruslaa amek gambar dulu kannn. :p


biasaaaaaa dia niiiii. ;))


lagi tak lompat tak sahhhh, lagi tak kecoh tak sahhh. HAHA. dahhh, settle makan melompat semuaa, moh la kita bergerak ke destinasi terakhir kita iaitu snorkeling open sea di Hin Klang. 


masa mula-mula sampai dekat tempat snorkeling ni, tour guide tu bagitau tempat ni adalah shark point. mantikkkk. kepala aku dah terset bawah ni ada sharkkk. T___T tapi dia kata jarangggg sangattt la shark datang. yang bertuah je dapat jumpa. ooo legaa. aku cuba meyakinkan diri aku sendiri, cakap sorang-sorang dalam hati, alaaa boleh ni bolehhh. (-___-') korang jangan gelak tauuu aku cite ni. HAHAH. sebab snokeling point ni paaaling bahaya bagi aku. bagi akuuu laa orang lain aku tak tauuu. air dia memang la jernih gile cantik nak mantik tapiiii, ombak kuat jangan cakap. boat siap sediakan tali tauu suruh pegang masa berenang. dua tempat snokeling yang pegi awal-awal tadi xde pon sedia tali. T___T haa nampak takk betapa kuatnya air ombak dia. aku baruuuu je melangkah nak turun tangga, tiba-tiba ada sorang pakcik ni naik boat dia dah siap berenang. aku tanya eh ehh kejapnya pakcik berenang. dia cakap dia penat, baru lepas selamatkan budak lemas. bahaya bawah ni hati-hati dia pesan. haaaaa sudahhhh. laagiii la aku takut gileeee. dah la time tu dorang semua dah turun. tinggal aku dengan mila je dalam boat. HAHA. takuttt ok. T___T last-last pasrahhh aku turun. syafiq baruuu bawak aku pegi jauh sikit dari boat, aku surender dahhhh. T____T sebabb, ombak dia kuat. aku tak pandai berenang. kalau biarr je nanti ombak bawak kita lagi jauhh tengah laut. huwaa dalam kepala pikir tolonglaaa nak balikk nak balikk. aku tak pernah main permainan bodoh mempertarungkan nyawa gini. HAHAA.

bila ombak kuat, kita akan terselam sikit dan air akan masuk dalam corong sedut udara google tuuu. tak masall aku kalutt tersedak air masin. last-last, syafiq tolong aku naik boat balik. tak sanggup aku tak sanggup. bahayaaaa. kalau korang bawak kanak-kanak datang sini, heyyy memang takkkk la aku bawak turunn walaupun pakai life jacket. sia-sia kaw sakit meneran bersalinnn. HAHHA. jadi, kaw tatap je la gambar adik aku yang untunglaaa pandai berenang sumpah cantik gile dalam air dekat shark point ni. :p 


ikan ni asal petik jari jee dia mesti datang. ida kaki memetikk. semuaaa ikan kerumun dia. stress aku tengok gambar niiii. tak leh jadiii niii. snorkeling esok mestiii kena ada gambar aku dengan ikan, kata aku dalam hati. HAHHAA.



settle semuaa snokeling dekat sini, mohhh la kita pulanggggg. masa dalam perjalanan balik, dorang bagi buah-buahan sebagai penutup majlis. kehkehkeh. 


dalam pukul 4 petang kitorang pon selamat sampai dekat pantai Aonang. :) masa on the way nak pegi dekat lori pink yang pick up pagi tadi, ternampak ehh ehh ada orang jual gambar laa. jom tengokk mana tau kot-kot gambar kita ada. mihmihmih. memang laa adaaaa, kann orang berniagaaaa. kuikuikui ;)


gambar kitorang ada dua ketul. satu bertiga, satu syafiq sorang. heyyy nape tak amek gambar saya sorang jugekkk ini tidak adillll. HAHAHA. seketul 100THB. total dua ketul gambar adalah 200 THB. convert duit mesia RM20.90. settleeeee aktiviti Phi Phi Island tour with speedboat kita hari ni legaaaaa :p lori pink yang sama amek kitorang pagi tadi terus hantar kitorang balik ke hotel. aktiviti seterusnya next entry pleaseee :p panjang sangat dah niii. okbaiii ;)) 

20 comments:

  1. mila masih confius aku yang hampir lemas tu dekat mana er?

    ReplyDelete
  2. vahhh best nya~ lama nya tgu sambungan.hehehe.

    ReplyDelete
  3. hahahaha..rumah sukan mane yg menang ni kak??hehehe

    ReplyDelete
  4. sedap nampak telur hancur yg kat atas tu.. aduhhh.. makin keroncong la perut ni..
    krabi ni baru je famous kan.. dulu2 org dok sebut phuket je best..

    ReplyDelete
  5. cantiknya gambar, mudah-mudahan ada rezeki nak ke krabi..insyaallah .

    ReplyDelete
  6. lori pink tu ai suka hahaha..blh pulak suka lori pink dari air laut yg cantik itu kannnn

    konflik betul ai dgn warna pink ni huhu

    ReplyDelete
  7. waaaa beshnya!! tapi me tak leh pegi tempat2 gini sbb my boys masih kecik...zharfan pandai berenang tapi ariff tak pandai berenang so bahaya

    pic kwn u dgn ikan tu yg paling i suka!! siyes jeles k!!!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum yayaaa, rindu nak berenang-renang kat Krabi. heeee, nak repeat lagi pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee >___________<

    ReplyDelete
  9. owh ni geng sekali dgn Sheila la yea..bestnya korang..:)

    ReplyDelete
  10. Apahal yg korang ni happening sgt ni... jelez dowh...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah...seronoknya! Dah la gambar cantik-cantik! Sumpah seronok baca catatan perjalanan ke tempat-tempat menarik macam ni hehe...thanks for sharing tau :)

    ReplyDelete
  12. adoiyai... menariknya.. pergh... sakan pasangan2 suami isteri2 ni kan.hehehe..

    nadia, dah update dah :)

    ReplyDelete
  13. Subhannallah yaya...cantiknya pemandangan kat sana.. Gmbr2 yg yaya ambk pun smuanya cntik2.. :)

    ReplyDelete
  14. wah ohsem sgt..mesti gelabah kan masa mula2 pakai jaket tu..hahaha.kaki plk tak jejak tanah..

    ReplyDelete
  15. cantikkkk gila uolss! stressss pulak iols tgok! heyy. mcm nk terbang pegi sekarangg! haha

    ReplyDelete
  16. cantik.. menarik... kalau akak nak pergi.. mane nak campak ufairah? adeshh.. teringinnye..

    ReplyDelete
  17. pakej snorkeling tu asing or sekali hotel, saya akan ke krabi but hotel booked asing, now tgh survey pakej snorkeling...brp agaknye kos pakej snokeling

    ReplyDelete
  18. berapa harga pakej snokeling not included hotel?

    ReplyDelete
  19. pakej snorkeling tu asing or sekali hotel, saya akan ke krabi but hotel booked asing, now tgh survey pakej snorkeling...brp agaknye kos pakej snokeling

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...