July 24, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2

1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand     
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1     
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand   
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2   
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3  
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1

muka sememehhh on the way balik hotel selepas sepanjang hari pakai baju basah T__T
 
sambungan dari entry Phi Phi Island ;) oleh disebabkan petang masih muda sebab kitorang sampai depan lobby hotel dalam pukul 4 lebih, jadi kitorang cadang nak beramah mesra dan tanya-tanya dulu harga pakej 4 Islands by long tail dan harga pakej kayakking dekat reception Hotel Aonang Godwill ni kottt la kan dapat murah berbanding dengan travel agent yang kitorang pegi semalam masa beli pakej Phi Phi Island hari ni. 

kitorang bercadang aktiviti hari ketiga nak amek pakej 4 Islands by longtail sebab pakej Phi Phi Island kita dah try naik speedboat kannn. soo 4 Islands boleh la try naik long tail. atleast kita boleh rasa dua dua. hewhewheww. oleh disebabkan kitorang pegi Krabi 4 hari 3 malam jeeww, jadi masa untuk kitorang buat aktiviti tersangattt la terhad. tapi spesis kitorang, selagi boleh semuaa benda nak buat. jadi untuk hari ketiga, kitorang merancang untuk amek pakej yang boleh combine dua aktiviti. pagi buat 4 Islands, petang buat kayak. janji dapat rasaaa :) cumaaa, majoriti travel agent yang setakat kitorang survey, susahhh nak cari travel agent yang boleh combine dua dua pakej ni sekali jalan. semalam time dekat tempat travel agent yang kitorang beli pakej Phi Phi Island ni pon cakap dorang tak boleh combine. kena buat satu hari untuk pakej 4 island, satu hari untuk pakej kayak. tapi kaw jangan tak kenall kitorangg, pantang menyerah sebelum berusahaaa muehehhe. gigihhh tanya kaunter reception hotel yang kitorang stay tu berapa harga untuk dua pakej ni dan boleh tak combine together-gether. sekali yeayyyyyyyy, dorang boleh combine dua aktiviti bersama dalam satu hari dan guest what, harga lagi murahhhh dari tempat travel agent yang kitorang pergi semalam amagadddd gumbiraaa sambil gelek-gelek bontottt! ;)) bestttt price kitorang dapat untuk pakej 4 Islands by long tail, kayakking, lunch provided, air mineral sepajang hari, dan transport beramek berhantar depan hotel per person adalah 650THB sorangg :)) convert duit mesia RM67.92 sorang. jadi aku bertiga adalah RM203.76 :) 

nanti kalauuu korang stay dekat Aonang Godwill Hotel ni, aku sangattt merekemenkan korang amek je pakej dengan hotel ni terus sebabbb, aku sajewww buat-buat gatal mulut tanyaaa, sekalii harga pakej Phi Phi Island dengan hotel adalah lebih murah berbanding harga tempat travel agent yang kitorang beli semalam huwaaaa pasrahhhh. T____T settle bab beli pakej, terus naik bilik mandi manda buat segala untuk nextttt aktiviti kita iaitu berjalan-jalan sekitar Aonang Town yeayyy. :) 


dalam pukul 6 petang kitorang amek tuk-tuk depan hotel menuju ke pekan Aonang. 

tambang tuk-tuk dari Hotel Aonang Godwill ke pekan Aonang adalah 20THB sorang. convert duit mesia RM2.09. jadi untuk kitorang bertiga adalah RM6.27. perancangan asal adalah sesampainya dekat pekan Aonang kitorang nak makan dulu. sekaliii driver tuk-tuk tu cakap pekan Aonang mana ada kedai makan. T____T nak makan dia boleh bawak pegi. kitorang pon ok je la kannn sebab dah laparrr ;p jadi tambang tuk tuk pon bertambahhhh dari pekan Aonang ke kedai makan pulaaaa. :) 

dari pekan Aonang ke kedai makan Chaba Thai Kitchen adalah RM6.27. cuma bagusnya driver tuk-tuk ni, dia siap nak tunggu kita sampai habiss makan lepak segala. nanti tak perlu tahan tuk-tuk lain dahhh. naik tuk-tuk dia je balik pegi pekan Aonang. baik kannnnn. kesian dia tunggu lamee. huhuhu :p


Dekat restaurant Chaba Thai Kitchen, kitorang bertiga order tiga nasi putih, tomyam campur, daging masak merah, tempura sotong dan tempura udang. heyyyyy dorang punya tempura bapakkkkk sedap gileeeee. seriusss. paling sedap aku pernah makan. air aku order coconut shake, banana yogurt dengan ice lemon tea. total makan di Chaba Thai Kitchen adalah 620THB untuk tiga orang makan. convert duit mesia RM64.79. :) selesai perut kenyang mohhh la kita sambung perjalanan naik tuk-tuk pegi pekan Aonang balikkk. tambang tuk-tuk dari restauran Chaba Thai ke Aonang pon sama macam tadi, RM6.27 untuk tiga orang. pekan Aonang ni memanjang ye uolsss. tapi masa ni kitorang tak tau sangat, jadi kitorang ikut je si tuk-tuk ni hantar ke bahagian mana. jalan jeeee redah semuaa. :) misi utama nak cari topup sebab nak call mak aku kuikuikui. seketul topup 110THB. convert duit mesia adalah RM11.49. lepas tu adik aku beli sun glass 200THB. convert duit mesia dalam RM20.90. masa ni kitorang jalan sepanjang kedai-kedai yang betul-betul menghadap pantai Aonang. lepas tu tiba-tiba nampak ehhh ada orang jual pancakeeee wiiiiii! 


mesti la nak beli lagi sebab tak cukup makan dekat Krabi Night semalam kennnnn. :p bila tamak bin halobaa, terus beli seketul sorang. tiga ketul pancake coklat+pisang adalah 120THB. convert duit mesia dalam RM12.54. tapiiiii, alaaaa tak sesedap dekat Krabi Nightttt semalam huwaaa. T___T situuu paaling sedap. jadi makan pon slow-slow je laa tak berapa nak rakus sangat sebab tak berapa sedap kann. huhu. 

dekat pekan Aonang ni korang jangan terkejut ehh kalau ternampak banyakkkkkk barang-barang perhiasan lucah yang dorang jual aku pon tak paham napeeee. tapi majoritinya perhiasan 'barang lelaki' contohnyaaaaaa, *kak jieeee tutup mataaa siap siap jangan tengokkk muahahahahah*


boleh dikatakan setiap penjuru kedai kaw nak jual menatang-menatang macam ni kannnn heyyy tak pahammm. kaw nak saiz ape, kanak-kanak, dewasa, semua ada. HAHAHAHA. rasanya kalau tak silap takde pulak jumpa yang perempuan punya. lelaki je semua tapi macam-macam pesen. tahii pon dorang jual okehhhhh heyy aku tak pahammmmmmmmm. (-___-')


tapi bukanlaaa yang betullll heyy kaw gilee nak jual tahik betul. ni perhiasan je semata-mata tapiii dia nampak real habis kannn. HAHAH. setiap kali aku tengok gambar ni mesti hilang selera. tapi tak syok laaa hilang selera sorang-sorang kannn. HAHAHA. 

kemain jauhhh jalan dari satu kedai ke satu kedai. singgah beli air coke dua tin 40THB. convert duit mesia dalam RM4.18. kemain jauhhh masuk kedai keluar kedai last-last kedai terakhir yang kitorang masuk aku beli 5 helai baju dewasa i love krabi. sehelai dia bagi 145THB. lima helai 725THB. convert duit mesia dalam RM75.76. kalau ikutkan semalam dah beli beg kalis air yang 5 liter tapiii tak mencukupi babeee. mana muat nak tampung semua barang 3 orang punya dalam tu. T__T mana nak cameranya, hp-hpnya, tuala mukanya, passportnya, tab adik kemainnn gedabakkk heyy gewammm tauu segala benda nak sumbattt jadi terpaksa la beli lagi satu beg waterproofffff. terpaksa kewww? kehkehkeh. macam tak berapa nak terpaksa sangattt sebab memang nak beli ponnn lagi satu senangg bawak sorang satu mana tauu kot-kot next trip holiday melibatkan air lagiiiii. eh? :p so kitorang beli yang 10 liter punya. seketul 350THB. convert duit mesia RM36.57. heyyy celah mana nak cari beg waterproof 10 liter dekat kl 30hinggit babeeeee. cecahhhh seratus lebih dah niii seriussss. ;)) ni rupa beg waterproof ye sebab hari tu ada orang email aku macam mana rupa beg waterproof ni. :)

warna kuning 10 liter, warna merah 5 liter. warna kuning RM36.57. warna merah RM31.40. 

settle semua membeli, moh la balik ke hotel tapi taknak naik tuk-tuk yang macam lori pendatang asing dahh sebab nak try tuk-tuk versi moto. siap ada musik bagaiiii ;)


tapi harga sama je dengan tuk-tuk lori yang macam pendatang asing tuu. ;) sorang 20THB dari pekan Aonang ke hotel Aonang Goodwill. tiga orang 60THB. convert duit mesia RM6.27. 

sampai je dekat hotel tiba-tiba mcdee suami mila tertinggal barang dekat kedai terakhir yang kitorang pergi tadi. gigihhh semua suami-suami ni naik tuk-tuk pegi kedai tu balik konon nak pegi amek barang tertinggalkann sekaliii ibarat menyelam sambil minum air ye koranggg hamboi hamboiii :p. dorang siap sambung menyoping okeeeehhhh nak marahhh semua para bini kena tinggal jeee HAHAHA. tapi tak peeee, we olss ok jewww. :p tambang tuk-tuk patah balik mcdee belanja, balik hotel bayar sendiri. HAHA. kitorang si isteri-isteri ni lepak dekat lobby hotel sampaiii dorang semua balik kepangkal jalan. biasaaaa la suamiii, nak tdo baru cari bini kennnn. kohkohkoh. ;p lepas tu sambung lepak sama-sama dekat lobi sampai pukul 12 malam lebih. ;) sepanjang sejam lebih dorang keluar bercanda tanpa bini-bini, syafiq sempat beli sehelai baju 130THB. convert duit mesia dalam RM13.58. dekat lobby hotel sambil melepak tu aku beli air mineral 10THB je sebotol. duit mesia dalam RM1.04. settle semuaaaa aktiviti hari kedua kita yeayyyy ;) meh list down berapa total habis untuk hari kedua ye. 


Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua di Krabi.
 
# Fridge magnet Maya Bay: RM6.27
# Dua ketul frame gambar Phi Phi Island: RM20.90
# Pakej Aktiviti (4 Islands by long tail+kayakking): RM203.76
# Tambang tuk-tuk dari Aonang Goodwill hotel ke pekan Aonang: RM6.27
# Tambang tuk-tuk dari pekan Aonang ke restaurant Chaba Thai Kitchen: RM6.27
# Makan-makan di restaurant Chaba Thai Kitchen: RM64.79
# Tambang tuk-tuk dari restaurant Chaba Thai Kitchen ke pekan Aonang: RM6.27
# Topup: RM11.49
# Sunglass: RM20.90
# 3 ketul pancake banana+chocolate: RM12.54
# Dua tin coke: RM4.18
# 5 helai baju dewasa i love krabi: RM75.76
# Seketul beg waterproof 10 liter: RM36.57
# Tambang tuk-tuk dari pekan Aonang ke Aonang Goodwill hotel: RM6.27
# Sehelai baju syafiq beli: RM13.58
# 1 botol mineral water: RM1.04
# Tambang tuk-tuk dari pekan Aonang ke Aonang Goodwill hotel syafiq sorang: RM2.09
____________________________________________________
TOTAL: RM 498.95


 
to be continueeee ;)        

 

21 comments:

  1. haaa citer kiter berlainan sikit kat sini sbb ida dgn andi tak ikut korang naik tuk tuk kan.. ida is jalan kakiii dari Ao Nang ke hotel. hahahahhaha.. lecakk tiakk ai.. kohkohkoh

    ReplyDelete
  2. akhirnya muncul sambungan krabi ni...

    ReplyDelete
  3. huishhh leh tahan gak harga dia..tu baru 2 hari..masuk 4 hari dekat seribu ke tak..hoho

    ReplyDelete
  4. wauuuu best tgk percutian nadia...sgt2 detail...sungguh bercuti by team lbh menjimatkan dari bercuti sendiri...hehe

    ReplyDelete
  5. Bestnya dah sampai situ...kita ni bilalah nak sampai kat situ

    ReplyDelete
  6. adoyai geli tgk **hi tu... wpun bukan betul tp nampak real!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum yaa cepat next pleaseee ;p

    ReplyDelete
  8. mahalkan makan kat Chaba Thai tu.. ke nadia rasa ok? bg me, mahallll.. hahaha.. jom phuket lak hehehe...

    ReplyDelete
  9. yekkk!! macam tahik betul! eeeeeeee.... hahahahaha...

    ReplyDelete
  10. i'm going to krabi end of september..tak sabarnya la...ngah study sket2 from ur blog ni :)

    ReplyDelete
  11. uit gambar tu serius meloyakan anak tekak..nasib baik bukan sdiri kat situ..kalau tak, kurus akak tak makan hahaha..

    ReplyDelete
  12. Yaya.. best kan gi krabi..
    k.lilynn belom sempat nak perabih citer pasal Krabi.
    Akk lupe nama transport tu..
    baca entry yaya baru teringat balik Tuk-tuk tu,,
    hihi.. best Krabi.. pekan sempoi yang mendamaikan..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Eeeeee..... tang tahi tu agak buewwurkk..

    ReplyDelete
  15. budak bawah umur dilarang masuk kedai tu..haha

    ReplyDelete
  16. serius macam taik betol..hahaha!

    ReplyDelete
  17. Huhu... hilang gak selera daku tgk taik tu. Huhu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, nak tanya kedai kat krabi yg jual beg waterproof tu...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, nak tanya kedai kat krabi yang jual beg waterproof tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...