December 06, 2012

Tips mengecat dan menghias dinding

walaupun rumah aku bukannya spesis bersaiz besar tapi aku punya keinginan yang sangatttt besar. dasar tak sedar diri! hewhewhew ;)) walaupun rumah sempit, aku tetap nak rumah nampak luas. kaedahnya, selain dari letak cermin besar hari tu, warna cat dinding sangatttt memainkan peranan. kaw bayangkan, ruang dah sempit, kaw pegi cat warna yang malap contohnya. secara automatik ruang tu akan nampak laagiii sempitt. tips aku la kan. ceahhh, tips bagai. kaw ingat kaw eric leong supriseeeee ke? ;p tak, maksud aku, berdasarkan pengalaman aku laaa, benda first kaw kena menitik beratkan dalam rumah adalah warna dinding. 

masa aku nak upah cat hari tu, contohnya untuk ruang tamu, kepala aku dah set awal-awal, warna putih adalah majoriti. kena pilih lagi dua warna lain untuk naik seri. kang putihhh semedang bosan jugak kan. maximum 3 warna untuk satu ruang. kang banyak-banyak kaw mabuk warna. macam rumah aku, untuk ruang makan aku prefer cat dinding warna merah sebab warna merah boleh membuatkan selera makan kita bertambah. no wonder aku dengan syafiq badan dipam-pam bagai juara. salah warna dinding merah mungkin. kehkehkeh. ;)


bila dinding dah warna merah, kaw jangannn la pegi beli meja makan atau kerusi makan warna merah jugak kennn. kaw amek la set meja makan warna putih ke, krim ke, janji dia bukan striking kaler sangat. baru warna dia balance. dan frame gambar atau sebarang hiasan di dinding very the penting untuk menaikkan sewiiii dinding ituuewww. 

  
satu dinding dicat merah, satu dinding lagi dicat warna putih. jadi, bila dinding tu kosongg je, letak la frame gambar yang warna warna macam ni. tak nampak la sangatt keboringan dinding tu kann. hey kaw tau, seumur aku hidup, ni adalah frame pertama yang aku beli. ye, pertama sepanjang hidup aku. masa mula-mula beli rasa very the mak mak sebab biasanya golongan mak mak jeeww yang suka beli frame. kuikuikui. cehh. beli dekat ikea je pon padahal. kalau kaw nak kenal aku, kaw tengok frame ni. dari frame ni kaw boleh tau macam mana jiwa aku. siapa aku dulu. ;p

bila dah ada warna merah dekat ruang makan, secara automatik dekat hall tak boleh ada dinding warna merah dah. jadi, warna yang tengah innn dan still matching dengan warna merah adalah warna kelabu.



   

oleh disebabkan set sofa untuk ruang tamu pertama ni adalah bewarna hitam, dinding pulak bewarna kelabu, bukan ke warna dua dua tu dah malap? sangatt malap. jadiiii, untuk menaikkan sewii dinding itu, korang beli la frame gambar yang ada banyak warna. secara tak langsung, warna-warni ini akan menutupi kemalapan warna dinding itueww. hewhewhew. 

manakala untuk ruang tamu kedua, aku prefer warna dinding putih semata-mata sebab dah ada warna merah dan kelabu dekat area yang berhampiran. lagipun aku memang plan nak sofa warna merah untuk ruang tamu ni. jadi dinding putih adalah terbaik. takkan nak dinding warna hitam pulak kann. (x____X) tapi ntah nape, kalau frame, jiwa aku mestiii nak ada banyak warna. supaya nampak ceria kottt. 




orang tua-tua pernah cakap, walau sebandar mana kita pergi, kampung kaw jangan lupa. macam kes aku, walau semoden mana jiwa kita, seenglish style mana keiinginan kita, yang wajib tetap wajib. at least ada satu dalam rumah pon jadi la kann. jahil sangat aku rasa kalau takde walau sekeping. kenn. jadi kesimpulannya, warna sangatt memainkan peranan. kalau kaw perasan, selain dari frame gambar Allah Muhammad ni, frame lain semuaaaaa jenis abstrak. aku bukan spesis berseni punya orang tapi percayalah, di mata aku, setiap frame itu punya cerita tersendiri. memang sangattt setiap gambar ada lagu. (-____-)
    

34 comments:

  1. cantiklah ,..pandai nadia padankan warna dinding dengan lukisan yang ada...sama taste lah kita, akak pun suka frame 3 serangkai macam pic 1..

    ReplyDelete
  2. serius i sangat suka frame-frame abstrak yg nadia beli tu. beli kt mane erk?hehe

    ReplyDelete
  3. suka laaa dgn umah nadia..
    kena terjah skali ni.

    ReplyDelete
  4. eee yunk.ko tunjuk sikit bebeno ruang tamu dan meja makan cuba tunjuk leluas sikit. xpuas nank tengok !! pstttttt...rindu kau jugak oke ! xsabar nak ketemu next event !!!!

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi nadiaaaaaaaaaaaaaaaaa! heheh..nadia n ada company operate2 dalam umah kew? hehe..bestla ...nak wat reunion? kat mana? bila?

    ReplyDelete
  6. Nana pun suka main dengan kombinasi warna. yang penting merah mesti hadoooo.... hikhikhik...

    ReplyDelete
  7. wah..banyak saya dapat belajar kat sini..sebelum ni warna putih je dinding rumah saya..tak tau nak buat kaler apa

    ReplyDelete
  8. cantik dan menarik dik
    nice tips ! ;)

    ReplyDelete
  9. suka cmni..cntik..ruang pon mpk luas.. toi tu..ayat2 al-Quran gtu biorlah ada..

    ReplyDelete
  10. tolong cat dinding rumah saya pulakkk...heheheh

    ReplyDelete
  11. Betul.. FRAME WAJIB ada setiap rumah ttu tak boleh lupaaaaa...... =)

    ReplyDelete
  12. Eh lupe.. nak tekan publish komen ke belum ekk? Kalau belum, ida komen lagi sekali laaa... HAHHAHHA

    'Frame WAJIB' itu memang WAJIB ada dalam setiap rumah... Walau FRAME kaw beribu pun, tapi 'FRAME WAJIB' tu takde, NO POINT! kan nadiaaaa.... =)

    ReplyDelete
  13. hanya satu perkataan saja Miza nak cakap "C A N T I K" :)

    ReplyDelete
  14. Nadia...byk kasi idea kat akak la...
    Dh la mmg nk pindah umah ni..
    Tgh pening bab cat dinding..huhu!
    Tq ek..nak p terjah ikea la ;)

    ReplyDelete
  15. wah...suka, suka... gud info.. tq sis share info berguna nie.. :)

    ReplyDelete
  16. bilalah nak dapat hias rumah sendiri ni. hehehee

    ReplyDelete
  17. memg terbek la rumah nadia...leh akak jdkan rujukan nti

    ReplyDelete
  18. thanks kasi idea.. mmg tengah mencari nak mengecat rumah ni :)

    ReplyDelete
  19. wah kne mintk nad jd consultant saya ni..ehhe

    ReplyDelete
  20. akak suka sangat frame abstrak kat rumah nadia tu...nak gi cari la...hehe....tgh mencari karpet besar dengan langsir abstrak ni....nadia buat entry ni,trus akak dpt idea...thanks =)

    ReplyDelete
  21. Tq for The tips nadia...ayat suci Al Quran mmg x bleh lupa..

    ReplyDelete
  22. pergh. dapat tips bergune nak cat umah. thanx erk :)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum lawanya rumah Nadia. pandai hias ye.. deco2 bersama Nadia la pasni :)

    *frame semua marvellous!

    ReplyDelete
  24. Dear, nak tanya pendapat..
    rumah kita campur simen ngn kayu yang cat chalet,
    agak2 nya warna apa yg okay untuk cat simen tu? huhu

    ReplyDelete
  25. leh jadi rujukan bila ada rumah sendiri.yeah!

    ReplyDelete
  26. suka2!nrl stuju dgn nadia..pilih color yg terang2 je..

    ReplyDelete
  27. Salam yg wajib tu tidak wajib.
    cuma hiasan..xde apa2 ksn pd rmh
    yg sebenarnya dr amalan kita

    ReplyDelete
  28. Salam yg wajib tu tidak wajib.
    cuma hiasan..xde apa2 ksn pd rmh
    yg sebenarnya dr amalan kita

    ReplyDelete
  29. pintar sekali padu pandan semuanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...