Lazada Malaysia

November 19, 2014

harga stroller quinny

sebelum ada suara sumbang-mambang cakap aku nak show off segalaaa, sini aku nak cakap. :P kalauuu betul aku nak show offff, dah lamaaa aku boleh show off sebab boleh dikatakan semuaaaaa cerita pasal dekorasi rumahhh kee, pasal pegi melancong kee, semuaaa aku share harga dekat blog. dengan harapan, entry harga-harga ni semua boleh membantu sape-sape yang sebelum beli pape akan survey duluuuuuu puas-puas macam aku. ;) kata nak yang terbaik kannn. :) sama jugak macam beli stroller anak. aku tak sangka nak beli stroller anak jeeww pon tapi dia punyaaa kena stadii, macam nak beli seketul kereta. huhuhu. being seorang nadia farahida, kalau akuu nak yang terbaik untuk diri aku sendiri, apetah lagi untuk anak aku. stok limiteddddd edition ni babeee. bukan boleh main petikk 'aneeyy anak ikat tepi satuuuu!' kikikii. 

syafiq tauu jenis aku, kalau aku nak beli ape-ape, aku akan usaha sampaiiiiiii aku dapat. jadi bila masuk bab stroller, sepenuhnyaaa dia serahkan dekat aku untuk stadi dan pilih yang manaaaaa yang terbaik. to be honest, aku stadi pasal stroller sahajaaaa dekat dua minggu. T___T segala mak nenek stroller aku buat perbandingan. nak murah tapi cukup lengkap pakej, boleh? kikiki. syafiq dia lebih utamakan keselesaan anak. dia nak stroller yang bila letak anak, bila kita tolak, anak tak bergegar. aku pulak lebih kepada nak stroller yang senang aku handle sebab setiap jam setiap hari, bunga sepenuhnya dengan aku. kalau aku keluar berdua je dengan bunga contohnya time syafiq keje, aku nak stroller yang akan memudahkan aku. bukan menyusahkan hidup aku. hewhewhew. tapiiiiiii, dalam masa yang samaa, aku nak stroller yang smart dengan harapan bila aku berdua je dengan bunga sambil tolak stroller, orang akan nampak aku macam angelina jolie yang sedang tolak adik dia. bukan anak dia. :p kahkahkahkah. membongakkkk sangattt kawww nadiaaa. :P 

okk berbalik kepada kisah stroller kita, selepasss berminggu aku survey, aku laki bini bersepakat untuk beli quinny buzz.



kenapa quinny buzz? sebab badan dia kukuh dan selesa. sangattttt kukuh untuk bawak pegi taman contohnyaaa, takde gegar-gegar langsung macam syafiq nak. sangattt selesa sebab seat dia span yang sangat gebu. macam perut aku mungkin. :P tayar tiga yang senang mencilok kekanannn kekiriii so no wonder kalau kaw tengok laki aku tolak stroller macam tengah main drift. kata tak gegorrr. dia driftkan laa anak diaaa. muehehe. :P sangattttt senangg nak bukak sebab dia automatik unfold hanya dengan satu butang. dia guna gas spring teknologi macam ada setengah bonet kereta, tekann je dia terbukak sendiri. tak perlu terkial-kial menolak. sangattttt stylishhh konon nak nampak macam angelina jolie sangattt kennnn amboiiii. :P seat dia boleh ubah kedudukan. menghadap kita kee, menghadap jalan kee. position rata 180 darjah untuk newborn baby ke, 90 darjah untuk baby tengok jalan jee, 360 darjah macam nak main roller coaster je tak boleh. kikiki. 

yang bagusnyaaa quinny buzz ni, dia boleh cantumkan terus dengan car seat maxi-cosi. contohnyaa baby tengah tido dalam car seat, tibe-tibe kita dah sampai di tempat yang dituju. kita tak nak tidur dia terganggu. so kita terus angkat car seat tuuu dan cantum kan ke kaki stroller niii jadii la macam niii,


haaaa bagusskann. tapiiiii, ada tapiii jugak yeee anak-anak. :) antara beberapa kelemahan yang aku kenal pasti sepanjang 3 bulan lebih aku guna quinny buzz ni adalah, berat dia. yesss. ni kelemahan paaaling lemah. berat dia adalah 11.4kg yang mana kalau kaw kena handle sorang-sorang, nak angkut stroller ni masuk bonet boleh tahannnn jugak laa stamina diperlukan. selain tu, saiz dia adalah ngam-ngam sepenuh bonet kereta gen2. masukk je stroller, dah tak muat benda lain dah. kalau kereta caldina, still boleh adjust ruang kosong untuk letak barang lain. selain berat dan saiz, yess dia senang dibukak. tapiiiii dia memerlukan tenaga untuk ditutup. boleh tahan susah jugak nak tutup. cuma kalau dah biasa, under control laa. aku tengok syafiq tutup senanggg jee. susah bagi aku sebab aku tak boleh guna perut sepenuhnya untuk push dia tertutup sebab aku takut perut aku yang terbukak nantii kikikiiii. ;p 


soo farrrr setakat hari ni, kelebihan-kelebihan dia still menutup segala kelemahan sebab sebenarnya aku berkenan dengan design dia jeeww sebenarnya. :P muehehe. di mata akuu laa. di mata orang lain aku tak tau. huhu. percayalahhhhh cakap aku. dalam banyak-banyak hari aku mengoogle pasal quinny buzz, ni adalah harga quinny buzz yang paaaaaaling murah aku jumpa. 



RM1899 untuk warna red revolution, sekali dengan canopy, rain cover, shopping basket, parasol clip dan Maxi-Cosi Infant Carrier Adapter. adapter je tau. bukan sekali carrier maxi cosi. :P huhu. pasal car seat maxi-cosi ni lain kali aku cite ehh. ohhh sebelum terlupa, aku beli dekat website LittleWhiz ni,


semoga sikit sebanyak entry aku ni membantu korang time nak membeli stroller esok-esok ;)) 


16 comments:

  1. hehe..mmg bkenan sgt dgn Quinny nih..tp masa tu byk sgt nak beli,so x cukup budjet nak dptkan yg ni..so kami beli SCR6 jek..blh la,ala2 quinny,roda 3..tp skrg anak dh 3 thn,ade dh prasaan nk jual SCR tu,pastu nak sambar ni plak klo ade rezki no 2..kihkihkih..tp papepun,mmg btulla..mmg nmpk stylo..

    ReplyDelete
  2. akak berkenan quinny buzz sbb design die,,pastu bile tolak nmpk mcm wahhh style nyeeee...ehh, nape mcm sama je ayat kite..wakakaka..

    tang berat tuh mmg surrender..skang nie nak crk stroller yg ringan pulak..sethn dah duk hadap berat buzz nie...adeh...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yaya, hehehe samalah kita study pasal stroller macam study nak amik ujian rasanya. kahkahkahhh pernah letak adam dalam stroller quinny buzz ni. memang seronok tolak satu tangan. heheheee

    ReplyDelete
  4. Berbaloi kalau beli utk anak sulong sb anak2 lps ni blh pakai..beli mahal pun xterasa sgt sbb betul2 guna..

    Sekadar pendapat akk je :-)

    ReplyDelete
  5. Quinny buzz dah murah sekarang. Dulu around 2k++. Time anak sulung saya teringin nak quinny buzz tapi masa dah sampai kedai adik saya cakap tak berat ke? terfikir jugak bab berat.

    Jadi saya bertukar fikiran amik Quinny Zapp dan maxi cosi satu pakej. Harga masa tu dapat paling murah RM1488. Zaman tu tahun 2010 tak silap saya Quinny Zapp boleh mencecah RM1800+. Tapi sekarang boleh dapat harga lagi murah dari itu. Saya beli di kedai OU. Ada satu kedai tu memang jual stroller branded ni pada harga yang lebih murah

    ReplyDelete
  6. oh baru tau, esok esok aku ada anak nak beli stroller aku google je blog ko confirm keluar hihi...

    ReplyDelete
  7. me guna quinny zap xtra..harga RM999, beli time sale kat mudah.my (COD) ie sama jugak harga time sale kat lazada...tp tak delah adapter utk seat tu..kaler merah sama mcm nadia punya :) me dh lama mengidam sejak anak sulung..anak ketiga baru dpt pakai hehehhe

    ReplyDelete
  8. Wah.. boleh tahan jugak harga dia. Hehe. Tapi untuk keselesaan anak apa salahnya belanja sikitkan.

    ReplyDelete
  9. Arghh.. stroller idaman ktorg. Tp out of budget lorrr. kitaorang just beli quinny zapp xtra jer. itu pon still xfriendly mn. seat & frame stroller asing. so kalau pakai kete kecik tu, agak susah laa.. Huhu!

    p/s: nice blog. I'm your new follower :)

    ReplyDelete
  10. Brand ni mmg stylo. Its okay to be excited dgn stroller anak. Sbb mmg biasa la naluri emak emak ni. Cuma nnt kan bila anak dh bertambah.. surely u akan try cari stroller yg umbrella fold je. Sbb dh makin byk brg nak letak kt bonet kereta. Mcm kami, almost 7tahun kawen with 3 kids.. end up yg agak canggih cenggini g jual. Carik yg sempoi punya aje. Hihi

    ReplyDelete
  11. Ada sape2 nak beli tak quinny buzz ni warna total black condition 9/10, RM1200.00 emel me : nj.is.naja@gmail.com

    ReplyDelete
  12. I pon excited beli stroller dengan car seat. Even sekarang baru pregnant 6 months plus. Hahaha. Geram laaaaa tengok! Hehehe.

    Btw, Hi :)

    ReplyDelete
  13. nadia.. are we sharing the same favourite colour.. aduhhh.. melting tgk wrna merah laaa...

    ReplyDelete
  14. Hi, sy ada jual quinny zapp xtra 2 dan maxi cosi cabriofix murah. Whatsapp 0197472048

    ReplyDelete
  15. wah mmg cantik quinny stroller tuh, yg sue dulu MIL yang hadiahkan,haha save bajet kami..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...