Lazada Malaysia

November 28, 2014

dilema bila baruuuu menjadi seorang ibu

Antara beberapa situasi yang kita mungkin akan hadapi bila menjadi seorang ibu buat pertama kali. bertabahlahhhhhhhhh :p


Situasi 1

Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, si ibu memegang seketul botol susu bersama bayinya. 

Si A: ehhh baby kecik lagiiiii, napeee dah bagi susu formula? napee tak bagi susu ibuuu. susu ibu adalah hak seorang anak. tak baik menidakkan hak keatas seorang anak. 

Si Ibu: mana susu formula?

Si A: dalam botol tuuuuuuuuu. 

Si Ibu: ehhhh tak laaaaaa. ni susu saya kakkkkk. anak saya sepenuhnya minum susu saya cuma saya pam dan letak dalam botol. 

Si A: laaaa nape tak bagi direct, kan senanggg. barulah mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak, skin to skin katanya. 

Si Ibu: kakkkkkk, takpeeee. janji susu saya.

Si A: ehhhh tak elokkkk. dah ada susu, bagi je direct. senang.

Si Ibu: kaw nak ape sebenarnya ni kak? bagi formula salah, bagi susu ibu salah, bagi botol salah. kaw jangan sampai aku bagi tetek aku dekat kaw sudah. HAHAHAHA. *kata ibu tersebut didalam hati, sahaja* 

Kesimpulan dari situasi 1: tak semestinyaaaaaaaaa bila kaw nampak seketul botol susu dan didalam botol tersebut adalah bukan susu ibu. ada banyakkkkkkkkkkkkkk cara seorang ibu boleh menyusukan anaknyaaa dan tak semestinya dengan bergayut sahaja. kalau betul anak dia bergayut sekalipun, takkan aku nak tunjuk, ehh kak. saya tengah menetek anak ni. marilah tengok. marilahhh. miahaha :p kadang-kadang kita jangan taksub sangatttttt macam kita je paling bagus, macam kita je ibu paling menjadi. :) sampai kadang-kadang terpandang serong pada mana-mana ibu yang mengformulakan anak mereka. mesti ada sebab kenapaaa dan mengapa. dan semoga kalian tau, susu formula adalah bukan sejenis najis mughollazoh mahupun najis mutawassitoh. maka berbaik sangkalah. :) kihkihkih ;))



Situasi 2
Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, si bayi sedang menghisap puting. 

Si A: laa nape bagi baby puting. tak elok puting niii. nanti lambat tumbuh gigi. 

Si Ibu: ehh bukan setiap masa pun dia hisap puting. kalau dia menangis yang uncontrolable baruuu saya bagi puting. kalau tak, dia tak hisap puting pun. 

Si A: tapi dalam gambar mestiiii ada puting dekat mulut. tak nak la hisap puting. tak cantik nanti. 

Si ibu: secara kebetulan jee tu. kadang-kadang bila bagi puting ni, dia tidur lena. masa awal-awal je bagi puting, bila dia dah tido saya tanggalkan la. 

Si A: eh takk la. anak akak tak hisap puting pun. elok je tidurnya. susu tak kenyang la tu kott.

Si Ibu: sekali lagi kaw nak ape sebenarnya kak? :p lain budak lain peelnya. dan lain mak lain jugak lah didikannyaaa. saya pun kalau boleh tak nak ajar anak saya hisap puting ni tapi dari dia menangis tak benti-benti, letak tak kena, dukung tak kena, bagi susu tak kena, bagi puting je baru diam. haaaaa kaw rasa? *kata si ibu di dalam hati, lagi.*

Kesimpulan dari situasi 2: puting jugak adalah bukan sejenis najis mughollazoh mahupun seketul najis mutawassitoh. ;p menjadi seorang ibu, pastiiiii si ibu tersebut mahukan yang terbaik untuk anak dia. dia punnnn mestiii sedang berusaha taknak bagi anak dia hisap puting tapiiii takkan nak bagitauuuu, ehh kakkkk kakkk. hari ni anak saya tak hisap puting pun. semalam jeee yang akak nampak dalam gambar tu je. huhuhu ;) dannn, mestiii ada sebab jugak napeee seorang ibu bagi anak dia hisap puting. bukan dengan sengaja anak tidur dengan lenanya, tibe-tibe ehh bangun laa nakkk. nah nahh. hisap puting nii. tidakkkkkkk sama sekali. akak pernah rasa nipple crack? meh saya crackkan niple akak :p supaya akak tauu, itulah permulaan kenapa bunga hisap puting.



Situasi 3
Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, captionnya adalah 'hai, hari ni checkup saya 4 bulan dan berat terbaru saya adalah 6kg.'

Si A: anak saya 3 bulan dah 7kg.

Si B: anak saya 4 bulan dah 9 kg. 

Si C: anak saya lahir-lahir terus 6kg. 

Kau rasa apa patut aku jawab? woowwwwww, tahniahhhhh. anda berjaya menjadi seorang ibu yang baik sebab anak anda lebih berat dari anak orang lain. gitu? kannn aku dah cakap.. lain badan, lain keupayaan dia. kadang cuba kita selami, aku bagi contoh paling simple. saya pakai handphone samsung biasa je. ooooo. saya pakai handphone iphone6. kaw rasa apa yang si pemakai samsung biasa tu akan rasa? kaw nak cakap iphone kaw lagi bagus dari samsung biasa? samaaaaa jugak dalam bab menjaga anak. kaw nak cakap kaw paling pandai menjaga anak sebab tu anak kaw paling sihat? dan yang tak berapa berat sangat ni tak pandai jaga anak? kesiannnnnnnn si mak. penat dia menyusu si anak siang malam dah berat badan anak dia tak naik banyak sangattt nak buat macam mana. bersyukurlah. ada anak punnn dah cukup bersyukur. tak perlu kottt nak banding-bandingkan anak sape lagi berat, anak sape lagi besar. anak sape lagi sihat. anak sape lagi pandai. kalau dah hobi suka bandingkan, kaw bandingkan je sorang-sorang dalam hati.



Situasi 4
Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, si bayi sedang berada di dalam seketul stroller bernama Quinny.

Si A: ooo pakai quinny ekkk. membazir je beli mahal-mahal. banyakkkkk je stroller lain yang sama macam quinny sekarang. tak semestinya kena beli quinny. muahaha

Si B: Haah, semalam saya baruu beli SCR999, sebijikkkkkk macam quinny. baruuuuuu RM300 je. sama je fungsi dengan quinny. untuk tolak anak je punnn. hihi

Si B: ehhh saya pakai bugaboo. mahal sikit dari quinny. tak kesah beli mahal janji baby selesa. 

Si D: beli yang biasa-biasa je pun tak peeee. bukan pakai lama pun stroller ni. nanti lama-lama dia dapat kaki, takde nyeee dia nak duduk dalam stroller.

Si Ibu kepada anak yang duduk dalam stroller quinny tadi: *kelu* Allahuakbar. sejak ada anak ni, kadang sesetengah situasi boleh buat aku hilang kata-kata. you may right and i might wrong but sometime it doesn't make any sense. at all. mungkin diam lagi bagus kottt. kang aku jawab kaw sentap. kang aku jawab dahhhh aku mampuuuuuuu kaw cakap aku berlagakkkk. huhuhu :p ehhhh penatlahhh. awak nak apa sebenarnyaaa nii? nak saya belikan awak quinny sorang seketul? :p



Situasi 5

Si A: baby baru lahir kena cukur rambut dia. rambut kotor ni. kena darah lendir segala dalam perut kann. 

Si Ibu: takpeeee tak cukur kottt. sunat je kannn. buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa.


Si A: ehhhh tak bolehhhh. tak baikkk. rambut kotor tuuu. 

tiba-tiba azan berkemundang menandakan telah masuknya waktu solat maghrib bagi kawasan-kawasan tersebut. :)

Si Ibu: A, awak nak solat pegi la masuk bilik tetamu dekat sana. sejadah dah ada dahh dalam bilik. 

Si A: oooooo. ok ok. jap lagi saya solat. nak reply whatsapp jap. 

dannnn sampai kesudah, sampai ke waktu isyakkk dudukkkk la si A tu di situ sambil mereply whatsapp tersenyum sorang-sorang. kemainnnnnnn kawww cakappp tak baikk la tak cukur kepala bagaiii, yang kaw tak sembahyang, baikkk? *kata si ibu di dalam hatiiii sahajaaa sambil melihat si A yang buat wa nampak lu kecikk besar kecik besarrrr. HAHAHAHHAA*



dan situasi-situasi seterusnyaaa yang mana kalau aku senaraikan, mungkin sampai malam esok belum tentu habis kaw baca. hihii. kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita mungkinnnn boleh menyentuh perasaan ibu-ibu lain yang mana pada masa yang sama, dia pun samaaa macam kita. nak yang terbaik untuk anak masing-masing. sedang belajar dan sedang mengajar adalah dua benda berbeza. pandai dan memandai-mandai punnn dua perkara yang jauh banyak makna dia. menjadi ibu dan menjadi ibu kepada ibu lain punnnnnn tak sama maksud dia. aku tak cakap menegur tu salah. bolehhhh je menegur tapiii sebolehnya biar kena dengan cara dia. ni kaw sedap main hentammm macam kaw je yang paling betulll palinggg pandaii palingg bagus. kalau aku hentam, apa kaw rasa? ;) ohhh semuaaa cerita dan situasi diatas hanyalah rekaan semata-mata. tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. mihmihmih. ;) moral of the story, marilahhh kita sama-sama menjadi seorang ibu yang terbaikkkk untuk anak kita. bukan untuk anak orang lain sebab anak orang lain pun ada mak dia jugak yang mana punnn nak yang terbaik untuk anak dia. hewhewhew. ;))





28 comments:

  1. marilah kita saling ingat mengingati kadang-kadang terlupa heeee~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum yaya. i feel you... selalu gak terasa hati bab puting tiruan, susu botol. kuikuiiii besar dugaan... takpelah mummy, bertabah ye. semoga dipermudahkan urusan membesarkan bunga ~~~

    ReplyDelete
  3. oh em G... memg hadappp benda yg sama macm nii.. hahaha.. kannn.. i loikeee this statement.. lg 1, baby kecik2 comel laa kalau gendut.. dah besar, gigih laa nak dia slim balik..

    ReplyDelete
  4. uwaaaa kena bersiap sedia dari sekarang ni kak T___T

    ReplyDelete
  5. Biasalah mulut org...kite buat semua tak kena je dimata org..sedangkan yg mengomen tu pon bukan sempurna sgt pon..cakap kat dia, anak aku, aku punya suka la kak..ko sibok sgt knapa, jaga je anak ko tu elok2..tkyah sibuk hal org...kann kann..hikhikhik...eh emo plak aku..

    ReplyDelete
  6. saya sokong..macam2 orang ni kalau nak komplen..murah salah, mahal salah, bagi itu tak kena, ini tak boleh, tak elok lah..macamlah dia jaga anak dia tu elok sangat..kesimpulannya, jangan terlalu banyak bercakap...doakan je yang baik2 kan..

    ReplyDelete
  7. Situasi mcm ni akak dah lali dh dik...apa petua akak amalkan ialah memekakkan telinga dan buat kajian sendiri ikut mother instint...moms knows well about her baby...itu sebab Allah kurniakan kita ni mcm2 rasa utk ketahui anak kita ni perlukan apa sebenarnya...lg satu, akak suka join kempen vaksinisasi anak2 ni tau...tp kempen akak kepada general sahaja, bukan nak beza2 anak2 ini tak divaksin dan anak2 ini tak vaksin bahaya...oh no!...bukan cara sis, pendekatan sis hasil dari join kempen ialah beri pendedahan secukupnya melalui entry, terpulang kepa da parents nak ikut atau takkan...mommy nadia, alhamdulilah seronok tgk bunga dari jauh, sis doakan semoga urusan nadia dipermudahkan ye...amin

    p/s tolong cium kt bunga bisik pada telinganya, auntie julia kirim salam hehehhe...pasti bunga jawab dalam hati...thank momy cantik :) mmmuahhh

    ReplyDelete
  8. kihkihkih..tergelak baca..sbb mmg realitinye cmtu la gayanye..sgt stuju dari situasi 1 smpi situasi 5..ade je yg tak kene..

    ReplyDelete
  9. Salam sis...mohon share ya...mmg tbaikla.

    ReplyDelete
  10. hahaha tergelak juga saya baca entri ni...sebab saya sendiri dah laluinya.
    Bertabahlah wahai sahabat.. memang begitu umat manusia yang lain..tak boleh nampak orang lain lebih sikit. Persepsi dorang sekarang memang serong terlebih. Abaikan jer kata-kata mereka tu. Kuatkan semangat ^_^

    singgah bw waktu petang ~

    ReplyDelete
  11. ida baca sambil gelak2. hahaha macam situasi yaya jewww. hikhikhik. bertabah la nakk.. awak kan retis.. len kali jawab, no komen. or jawapan nya ada pada situasi 4.. hihihhi ~

    ReplyDelete
  12. setuju...
    biasela..manusia hdp saling cakap bercakap...ape yg kte buat sume nk dkatanya..sy pon facing bnda yg sma..
    apepon kte yg mencorakkn ank kte..bkn org lain...wish u all da best..

    ReplyDelete
  13. sejujurnya, saya sendiri pernah mengalami hal sebegitu.. makan hati jugaklah, mujur ada suami tempat untuk saya mengadu bila terasa down yang teramat sangat..

    ReplyDelete
  14. i so feel you...apa mampu sengih sahajo la...

    ReplyDelete
  15. ya.. sensitip benor mader kalau ada mulot camtu.. sebok cara hal orang, bukannya tahu masalah orang ke.. dah melaluinya.. kalau next baby ada orang ngata lagi, memang mader siap2kan jawapan.. huuu kem salam bunga eh syg... =)

    ReplyDelete
  16. Yess..sy setuju sgt dgn entry sis ni..

    Salam kenal..

    ReplyDelete
  17. biase lah tu.. kadang-kadang org ni suka bandingkan anak dia dgn anak kita.. so buat dek dan pekakkan telingan je..yang menjaga kita so kita tau mana yang terbaik buat dia.. yang penting cik bunga sihat dgn gumbira..

    ReplyDelete
  18. itu isu anak...kalau bab bersalin pun yer gk, compare hospital swasta n hospital kerajaan...nape tk hospital kerajaan? sakit sama jer...mmg la, lain org lain situasi....tk yah nk argue sgt. pendek kata rezeki memasing la...

    hehe

    ReplyDelete
  19. ok nak gelak dlu, hahahahha, tu belum dia bagi petua macam² soh kita cuba... sebabnya buat kat anak dia menjadik... hek elehhhhh...

    Betul .. tak semua anak sama, sedangkan antara anak² kita pon lain² peel nya, inikan pulak anak kita dengan anak orang sebelah....

    Tapi bab No. 3 tu mcm samaaaa je ngan akak, walau akak menyusu affan, tapi badan dia tak naik walau badan akak naik bagai dipam²...mulalah si bijak pandai memberi ceramah menyuruh kita itu ini, padahal anak nombor tiga dah tu, ekekekek.... adik manisssss biarkan mereka berbicara bagai si pembijaksana.. belum jadinya pada mereka..

    ReplyDelete
  20. first time baca blog nadia terus jatuh cintaaa ! kelakar pon ada. tapi yang paling suka, point setiap entry memang menusuk ke bronchiole jantung ,,, huhu . tapi siyes la kisah kita cm samaaa je . sha pon ibu muda . terkena jugak la mcm ni .. susah lah kalau ibu tua yang bajet bagus ni T.T

    ReplyDelete
  21. Hee.
    Nadia , part yang cukur rambut tuh afdhal buat dear even sunat and kalau tak buat pun takpe tapi lagi better buat.
    Majlis cukur jambul je yang tak payah buat pun takpe sebab dalam islam just afdhal buat tahnik and mencukur rambut (botakkan kepala).
    Nanti rambut baby tumbuh baru cantik jugak kan yang penting bersih.
    :)~

    ReplyDelete
  22. hadoiii,mulut sape lah laser sangat tu ye kak? btw, just do whatever you think better for your daughter kak... akak lebih kenal anak akak and akak pun ada cara sendiri utuk menjaga dan mendidik anak akak... org tak tahu sbb tu anak akak bukan anak diorg, manusia ni memang,pantang sikit ade aje nak mengomen nye kak.... ehh suka kita lah ek... tp kalau nasihat yg berguna apa salahnya.... cuma yg pedas tu memang akak harus pekak kan telinga je, diorg jeles kak yaya selimmmm tu, muehehhee

    ReplyDelete
  23. mmm.. ada gak faedah kalau dorang share cara dorang.. tpi lebih baik kalau dishare apabila diminta saja.. tu pndgn muja r.. hehehe

    ReplyDelete
  24. hahaha mmg gelak ja sepjg baca entry ni..bertabah lah nadia..jgn dilayan ragam orang..yg penting jaga Bunga elok2 selayaknya seorg anak..

    ReplyDelete
  25. Adoiii macam2 pe'el orang ni kan Nadia..
    Bab nak mengata semua orang buat salah..
    Nampak dia je betul..

    Macam Nadia cakapla lain anak lain cara didikan maknya.
    Dah maknya pun lain2..
    Yg penting anak kita sihat :)

    ReplyDelete
  26. Nak like nak like...kat sini xde button like rupanya....ngeeee~

    ReplyDelete
  27. Admire your writings. Ingat saya je pikir gitu. Ade senasib. Kalau ada button like nk like sejuta kali.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...