Lazada Malaysia

November 24, 2014

harga car seat Maxi-Cosi CabrioFix


kalau hari tu aku cerita pasal stroller, hari ni aku nak sambung dengan cerita car seat maxi cosi. ;) senang esok-esok kalau korang nak beli, korang boleh refer entry aku ni ye untuk buat perbandingan murah atau mahal maxi-cosi korang dapat. :) 



sama macam stroller dan mainan pertama bunga, car seat ni pon kitorang still beli di kedai yang sama iaitu di LittleWhiz. 

 
kedai dia macam one stop center yang mana segala mak nenek kelengkapan baby ada dekat sini. korang boleh pilih nak beli secara online dekat website atau walk in terus ke kedai dorang di Setia Alam, Shah Alam. untuk stroller dan car seat ni, kitorang walk in ke kedai sebab sajee menggedik nak tawaf kedai dorang muehehe. bila dah tawaf, takde maknanyaaaaa kalau beli stroller dan car seat semata. (-__-') :p jadi kalau korang nak beli, aku cadangkan better korang beli online jeeww supaya tawaitu tak berpaling tadah kihkihkih. ;)

sebenarnya, untuk car seat, bolehhhh jeee nak pilih mana-mana car seat sebab fungsi dia just nak letak dalam kereta jee kann. banyakkk choice yang bagus-bagus. :) janji anak duduk dengan selesa dan secure. tu fungsi utama car seat. cuma kena pandai pilih car seat yang boleh guna sejak dari newborn lagi sebab ada sesetengah car seat, dorang tak sesuai untuk letak baby yang baru lahir. kalau korang tanya aku, antara car seat dengan stroller, yang mana lagi penting. aku pilih stroller. :) sebab belum tentuuuuuu kaw larat nak dukung anak berejam-jam sambil tawaf shopping mall contohnya. :') oiii mencabar mihmihmih. :p mana nak pilih barang, mana nak bawak barang, mana nak dukung anak. silap hari bulan boleh bergaduh laki bini sebab si suami asyikkkk laa ajak balikkk muahahahah. baruuuuuu je sampaiiii, dahhhhhh ajak balikkk. wa nampak lu kecikk besar kecikkk besarrr jeee sayanggggg kahkahkah. :p dan car seat ni dia akan hanya menjadi satu kemestian bila kaw selalu drive sorang-sorang. haa aku la tuuu. :p siang hari setiap isnin sehingga jumaat syafiq adalah bekerja. jadi, akan ada sesetengah hari yang aku kena keluar rumah sorang-sorang contohnya pegi beli barang ke, pegi checkup bunga ke, pegi jumpa orang ke, pegi review pape ke, haaa. time ni yesss car seat adalah benda wajib aku perlu ada. 


jadi, alang-alang kitorang dah beli stroller quinny yang mana boleh attach sekali dengan car seat maxi-cosi,  kitorang amek je laaa Maxi-Cosi CabrioFix niii. :) bagusnyaaa car seat maxi cosi ni, dia bukan hanya seketul car seat semata-mata. dia juga boleh dijadikan seketul carrier yang boleh angkut jee pegi mana-mana macam bawak sebuah bakul ke pasar. kikikii. dannnn dia jugak boleh dijadikan rocker untuk menghayun baby macam fisher-price punya tuuuu. haa. baguskannnn. ;) 3 in 1 gituewwwww. :p 


cumaaaa mungkinnnn kelemahan dia tak boleh pakai lama. kalau ikut apa yang dia tulis dekat kotak, car seat maxi-cosi ni fit sampai umur baby 15 bulan. anggaran berat maksimum adalah 13kg. jadii kalau baby dah besar atau dah lebih dari saiz ni, sila beliiii car seat yang baruuu harap maklum hewhewhew :) normal price car seat maxi cosi cabriofix ni adalah RM999. aku dapat bestttttttt price RM599. :) itu sahaja pembelajaran car seat baby kita untuk hari ini. selamat membuat perbandingan semuaaaaa. :) 

10 comments:

  1. banyak juga dapat diskaun tu. memang berbaloi2 la.

    ReplyDelete
  2. kite slalu gak beli kt kedai ni.. sbb dekat dgn umh..
    best kedai dia.. macam2 ade

    ReplyDelete
  3. bagus sekali car seat maxi cosi cabriofix nya,,harga nya pun gak terlalu.mahal...

    ReplyDelete
  4. kakak ipar saya pun pakai brand ni juga... yang lagi best kitorang gilir-gilir pinjam car seat yang ni. Sorang ni beranak bagi la pakai. Saya pun jenis travel sorang, hasben slalu outstation. Car seat adalah satu kemestian. Tapi kaedahnya kitorang tade car seat sendiri. Tunggu anak no 2 la baru beli.. HAk3

    ReplyDelete
  5. kitorg tak penah ada car seat sebb umi tak bwk kete.. abh bawak.. umi pegang.. hehehe.. tp nnti zmn sy mmg satu keprluan jugak ni..

    ReplyDelete
  6. Maxi Cosi adalah antara Car Seat terbaik dan cantik...

    ReplyDelete
  7. where did you get it for RM599?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...