Lazada Malaysia

March 05, 2013

hayati lagu ni babe. HAYATI.


tolong. hayati.
lagu ni sangattttt buat mata aku berkaca. T_____T
 
sungguh. aku tak pernah bercerita tentang mak ayah aku secara details. tak pernah. sebab bagi aku, bukan semua cerita boleh dikongsi. cukup korang tau, aku punya mak ayah terhebat di dunia. tapi, percayalah, aku antara anak yang tak pernah meluahkan perasaan kasih dan sayang aku pada seorang lelaki bergelar ayah. 

percayalah, darah yang mengalir dalam badan aku sangat kerasss bila sesuatu melibatkan mak ayah. selagi aku boleh sekat air mata aku dari mengalir depan mak ayah aku, aku sekat. walau seperit mana. aku machoo babe. (-____-') dan percayalah, seumur aku hidup, aku tak pernah ungkap depan-depan ayah aku, aku sayang dia. TAKPERNAH.  T____T tapi aku percaya, dia tau aku cukup sayang dia. CUKUP. kaw tau kenapa aku tak pernah luah? sebab aku yakin, terlalu yakin. kalau aku luah, air mata aku takkan mampu ditahan. kaw tau aku sayang dia lebih dari segalanya. tapi aku tak pernah luah. aku maluuuu. T___T dan kenapa aku cerita dekat sini sekarang? sebab aku tau, ayah aku baca. aku tahu. T_____T

tak pernah meluahkan tak pernah bermakna tak sayang. kaw gile. ayah aku ni babe ayah aku. aku bangga dengan siapa dia. T___T wallahi, aku sanggup buat apa sahaja demi mak ayah aku, demi adik-adik aku, demi keluarga aku. T____T aku tak cakap aku cukup berjaya dengan siapa diri aku sekarang tapi aku cukup bersyukur. aku sempat buat ayah aku bangga. cukup. aku tak pernah mintak sebarang penghormatan atau pujian dari korang semua. aku tak perlu semua tu. T___T semuaa aku buat untuk mak ayah aku. ramaiiii kawan aku yang tanya macam mana aku boleh jadi seperti aku sekarang, aku tak pernah jawab. betul? sebab, terlalu dalam untuk aku berkongsi. terlalu emosi untuk aku hayati. 


cukup untuk korang tau, darah yang mengalir dalam tubuh aku, kental dia, gigih dia, kuat dia, berani dia, semuaa demi keluarga dia. ibubapa dia. adik-adik dia. cukup.

demi Allah papa, demi Allah mama, mama papa mak ayah terhebat kakak ada. palingggg hebat. selagi kakak hidup, kakak janji. kakak akan bahagia kan mama papa. kakak janji. *sapuairmata (-___-')

hargai mak ayah korang babe. hargai. takde dia, takde kaw di dunia ni. kaw anak dia sanjung, tapi kaw letak dia dekat punggung. kaw apehal? 




22 comments:

  1. T_________T tak terkata wey sedihhh

    ReplyDelete
  2. Mama & papa adalah nyawa kita..luv my parents so much...

    ReplyDelete
  3. mmmmm..sedihnya..akak kalau bab mak pak ni mmg ratu air mata..

    ReplyDelete
  4. Sayangi mereka selagi masih ada..... ;( my dad passed away long time ago.......f

    ReplyDelete
  5. alahai..boleh tau dah tulis entri ni sambil lap lap air mata... !hug

    ReplyDelete
  6. yess,hargai while they still alive.....when they gone,u wil not regret anything....ayu syukur Allah bagi peluang untuk jaga mama ayu waktu sakit,bagi result flying color waktu papa ayu meninggal....

    ReplyDelete
  7. Nana pun suka lagu ni. Siyes. Mmg admire dengan semua lagu kok pingggg ni. :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nadia, sedihnya baca entri ni... lebih kurang sama je cerita kita nadia...

    ReplyDelete
  9. sy percaya akk anak yg baik...terima kasih share entry ni... akk mengingatkan sy =)

    ReplyDelete
  10. tanpa dorang siapalah kita kini... berbakti selagi termampu

    ReplyDelete
  11. sedang nangis tepi tangga.. tskkk

    ReplyDelete
  12. argh... sedih. yana pun tak prnh meluahkan syg dgn kata2. hanya dgn perbuatan saja. harap mrk fhm ^__^

    ReplyDelete
  13. aaa...sedehh..uhu..
    nia pon jenis yg tak pernah luah rasa sayang kat mak ayah.. serius susah!! mcm nadia..malu kan..
    tp kat at gila2 syg dorg..sggup gadaikn nyawa utk dorg kan nadia..huhu..

    ReplyDelete
  14. Nadia...1st time dengar lagu ni...disini...

    Ayah & Mak CiM juga segalanya, tanpa mereka siapalah kita, jerit perih mereka, tak berjayalah kita, usaha gigih mereka membuat kita bangga.

    ReplyDelete
  15. Salam nadia...:) selamt ptg...lagu yg best

    ReplyDelete
  16. selagi ade hormati lah mereke.. jge mereke.. ibu fifi da takde.. sedih tak sempat balas jase..

    ReplyDelete
  17. sis pun tak pernah luahkan perasaan kat ayah atau ma sendiri. huhu
    tak cakap kita syg tak semestinya kita tak syg. setiap org ada cara tersendiri untuk tunjuk rasa syg kan.

    ReplyDelete
  18. berbaktilah kpd mereka selagi mampu...rindu mak ngan arwah ayah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...