April 28, 2015

baby chair sangatttt membantu :)

sepanjang mengandung duluuu, aku tak pernah pun terfikir yang seketul baby chair adalah sebuah keperluan terutama bila anak dah start umur 6 bulan keatas. duluuu aku sokmo fikir car seat dengan stroller je benda paaaaling penting setiap kali nak keluar rumah. dalam rumah rasanya tak perlu apa-apa kotttt. :p rupanyaaaaa, nehiii beteyyy nehiii. (-__-') bila dia dah pandai recognize mana satu mak diaa, mana satu bapak diaa, aku tak pasti anak korang macam mana tapi bunga ada satu peel kalau aku hilang sekejap dari pandangan mata dia, haaaaaa sudahhhh. (-__-') dia punya menangis kemainnnn drama. hihiii.


jadi segala ceruk rumah aku angkut sekaliiii. :p cumaaa kalau aku masak, aku tak berani memasak sambil dukung bunga. kang tak memasal terpercik minyak panas kena anak aku nayeee. huhuuu. ok bab teman aku memasak dekat dapur settleeee. tapi bila asyikk letak dia dekat bawah macam ni aku rasa macam alahaiii, kesiannyaaaaaa bungaaaa. T__T dekat lantai je dia dudukkk, boleh? :p atleast letak dia sama tinggi dengan kita yang berdiri ni takde la macam sedih sangatttt. hihihi. 

sampai laa satu hari aku pegi makan dekat kedai, waiter tu tanya nak baby chair tak kak? aku terjawabbb haa boleh jugak padahal tak pernah-pernah punn sebelum tu bunga duduk dalam baby chairrrr. sekali bila letak, ehh ehhhhh. dia dah pandai tegapkan badan laaaaa. :) aku rasa macamm ehhhh bila masa awak pandai, mummy rasa macam bunga baruuu jeeewww lahir. :p hihihiii. 

dari situ laaaa aku dapat idea, bagussss jugak kalau ada benda alah ni seketul dekat rumah. atleast takde la sedih sangattt anak aku duduk dekat lantai jewwwww :p kikikiii. selalu orang beli baby chair untuk letak baby time makan jeeee tapi aku main letakkk jee sesuka hati tak kira masa asal dia nak duduk. praktikalnya baby chair ni dalam hidup aku bilamana setiap ceruk rumah jugak aku angkut contohnyaaaaaaaaaa, setiap kali aku mandi miahahaha. :p 


atauuuu setiap kali aku sibuk uruskan bisnes. 


setiap kali bunga nak makan memang tentu-tentu aku letak dia dalam baby chair ni kannn ;)



ehhh senang cerita kerusi ni sangatttt berjasa laaa dalam kehidupan seharian akuu. hihii. nak nak sekarang ni bila dia dah pandai melasak. heyy mendebarkan betul setiap kali tinggal bunga atas katil aku. memang menempah mauttttt untuk dia tergolek kebawah sebab kaw letak laaa bantal bergunung pun, ada jee taktik dia untuk menjatuhkan gunung-gunung bantal yang aku bina tuu semata-mata nak pegi ke hujung katil punya pasalllll. T__T jadi bila ada kerusi ni, sempatttt laaa aku mandi keee basuh pinggan kee kemas rumah kee, buat kerja pape keee dengan tenang. takde la pikir kang jatuh anak aku. haaaaaa gituewwww :p




bilaa aku sokmo post gambar bunga dekat facebook dan instagram asyikkk la duduk dalam baby chair ni, ramaiii pulak yang pm tanya beli dekat manaaaaa. alaaa sebenarnyaa nadia beli dekat Ikea jeeeewww. ;)) seketul RM49.90.


nanti korang boleh laaa pegi beli. very the membantuuuuu kerusi ni dalam hidup akuu huhuu. :) rasanya yang baby chair dekat Ikea adalah yang paling murah aku pernah survey. yang biasa-biasa macam dekat Giant kee Tesco kee pun dah RM70 keatas. baikk aku beli yang Ikea punyaa mihmihmih. ;)) sekian laporan ketumbesaran bunga untuk episod kali ini. :p


11 comments:

  1. Bagus bunga. Lepas ni advancekan lagi keaktifan anda untuk mommy. Hihi.

    ReplyDelete
  2. alolo....macam-macam gaya bunga ni tau nanti bila bunga dah start berdiri dia takkan nak duk dlm tu mcm hariz dah pandai bangun dah dari baby chair tu, dah xleh biar dah, kang jatuh tergolek pulak.

    ReplyDelete
  3. kalau akk, style bawak gi makan angkut car seat . Merata bawak pakai cars seat . Nasib lah Qaireen jenis nak duduk diam . So selamat lah ibu ngan abah dia makan dengan tenang . Kekadang tue , lelap tunggu kitaorang habis makan . Kalau g pasaraya berdua , letak car seat dalam troly pasaraya jer . Padahal ada jer carrier tapi lagi selesa dia duk dalam car seat kot .

    ReplyDelete
  4. anak akk dpt dok sekejap je..lepas tu dh kena pass kat orang lain..sbb dia xmo dok sangat...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum yaya, sheila pun terasa nak beli lepas tengok yaya inform rege kat ikea bapok murah. heeee tak sabar tgu adik baby keluar... ngeeeee bunga comel, dapat gak umi sheila gomol awakkkkkkkkkkk :))))

    ReplyDelete
  6. Bunga ni comey sangat.. Gambar yang pakai tudung tu mesti bunga dah bosan.. hihihi..

    ReplyDelete
  7. alololooo...behave je dak bunga ni..meh duduk ngan mama nory seminggu meh..hihihih

    ReplyDelete
  8. banyak beza harganya dari tmpt lain...ohoo..ikea ni betul2 menggugat jiwa

    ReplyDelete
  9. Bunga hati2 duduk diam2 dlm baby chair tau jgn berdiri nanti awak tjatuh pula ... Comey sgt bunga ni...gewram!!!

    ReplyDelete
  10. Kalau bunga pesen xleh berenggang nadia boleh try baby wearing jugak.. Kompem kejap je dia tertido didada mummy..hihi

    ReplyDelete
  11. betul.. baby chair sangat berguna.. kat rumah pon ade satu.. senang hidup..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...