Lazada Malaysia

May 10, 2013

Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 0

bismillahirrohmanirrohimmm :)

nampak tak, buka mukaddimah cerita dengan bismillah. sebab apa, sebab Ya Allahhhhh, tolonglaaa bagi aku kekuatan untuk menghabiskan episod cerita Sydney ni secepat dan serajin mungkin, Amin. :)

hehe. sopann kan. mukaddimah jewww. hewhew. :P heyyy kaw tauuuu *hilangdahhhtahapsopantadi :p, sebenarnya aku spesis kalau pergi bercuti dengan keluarga, aku tak suka cerita dekat blog terlalu details macam sedetails time bercuti dekat uss singapore dengan kawan-kawan hari tu sebab aku rasa macam emmmmm nak privasi sikit kott. tapi oleh disebabkan heyyy ramaiiinyaaa yang paksa aku cerita dekat blog, aku cuba cerita sedetail boleh ye. make sure kaw baca sebijik-sebijik sebab entry ni mahaaaa panjang, kalau tak siappp :P

pada yang tanya berapa harga tiket flight ke sydney aku beli ni, total untuk 7 orang adalah RM5409 all in. korang boleh baca entry ni, Harga tiket flight ke Sydney.


flight kitorang ke sydney adalah pada 26.4.2013, pukul 11.40 malam. kalau naik airasia, flight ke sydney memang satu trip je setiap hari. hanya pukul 11.40 malam. dan penerbangan amek masa 8 jam. T____T lamaaaa babeee tapi aku pasrahhh, nak kenal tempat orang kann. jauh perjalanan luas pemandangann. ecehh :p poyoo kaw. padahal, jauh perjalanan banyak duit beterbangann T__T 

selalunya, walaupun aku dah web check in online siap-siap, spesis aku 2 jam sebelum waktu flight dah wajib ada dekat airport. biarlaaa orang nak kata rugi masa je termenung bagai menunggu flight lama tapi sekurang-kurangnya, tak kelam kabut rushing mushing. (-__-') 

jadi alkisah, dua hari sebelum tarikh kitorang ke sydney, aku terjumpa satu teksi exora dekat area kawasan rumah aku ni. aku mintak no tel siap-siap dan deal dengan dia suruh datang pick up dekat rumah aku pukul 7 petang. dia caj RM90 dari rumah aku ke airport untuk sebuah exora. aku onnn. dan pada hari kejadian aku nak ke airport, kan janji pukul 7 petang kan nak datang pickup, pukul 6 aku call dia takut dia terlupa. dia kata heyy saya tak lupa, rumah you dengan rumah saya dekattt. sekejap je boleh sampai. pukul 7 saya sampai. ok legaa. pukul 7 sharp aku tunggu dekat security guard dengan perasan teruja weyy nak gi sydneyyy. tengok jam, eh dah pukul 7.15. mana teksi ni. aku call masuk voice mail, aku mesej tak reply. aku dah tak sedap hati dahhhh. mau buat dia tak datang. jenuhh nak cari teksi lain. aku tunggu sampaiiii pukul 7.45 babe. kaw bayangkan dengan beg segala mak nenek bagai menunggu sambil mencarut dalam hati. sharp pukul 8, betul tekaan aku. dia tak datang. demyu#@$$#$%%$#*?%#@! hanginn wa babe hanginn. kaw taknak datang kaw cakap awal-awal, dah la off hp, taik tau tak! aku bila kelam kabut, aku jadi blur. T____T nasib baik syafiq cepat-cepat tahan teksi proton saga lama yang lalu depan rumah aku tu dan mama papa aku tak kesah berhimpit macam ikan sardin dalam teksi usang yang memuatkan kitorang berenam. usang pun usang laaa, sardin pon sardinn laaa. janji sampai airport. dan dia caj RM110. T___T redhoooo.

pukul 9.30 kitorang sampai airport. phewww legaaa babe. masih awal dan tak perlu rushing-rushing dahh. sempat dinner dekat marry brown, beli dunkin donut, dan terus ke check in bagasi. untuk flight pegi ni, kitorang check in 1 beg besar 20kg dan boleh dikatakan 40% dari isi perut beg tu adalah makanan segera. muahahaha :) ada 2 tin sardin yang sampai sudah tak makan-makan siap bawak balik mesia balik, 1 tin tuna, 1 ketul roti gardenia yang besar, 6 ketul maggie cup perisa ayam untuk dua orang adik aku yang kaki megi, 4 ketul bihun pama cup untuk aku sebab aku tak megi kuikuikui, chipsmore dan beberapa ketul makanan lain dah lupa ape. ohh sebelum terlupa, aku angkut sekali 1 botol termos air panas untuk persediaan kottt laa dekat sydney susah cari makanan halal time berjalan-jalan boleh makan megi tepi jalan jeeww. :) sampai je airport, beg makanan ni kitorang suruh dorang wrap untuk keselamatan. bukan takut makanan hilang tapi takut kena buang. huhu. harga wrap seketul beg besar adalah RM10. :) 

procedure check in di lcct sangatttt lancar. berat beg tadi 20.5kg tapi staff airasia cakap takpee momantai. thank youuuu cik tak tau namaa. :) sebelum masuk ke gate terakhir tempat tunggu flight still ada scan barang. kira dua kali scan la. time ni aku bajet makanan marry brown chicken meal ape nama ntah dekat tangan adik aku tak lepas masuk sebab biasa kan flight tak leh bawak makanan luar tapi boleh jeee dorang xde marah ponn. selalu tak boleh kann tapi mungkin flight AirasiaX boleh. aku pon tak pasti sebab ni kan pertama kali naik AirasiaX. T___T :P aku assume AirasiaX bolehh bawak makanann luar dan makan dalam flight. Airasia je tak boleh. senang. mihmihmih ;) tepat pukul 11.40 malam, flight kitorang pon terbangggggg :) yeayyyyyyy sydneyyyyyyyy ;))



seat dalam kapal terbang AirasiaX adalah 3 3 3. maknanya satu row ada 9 orang. kitorang semua berenam dalam 1 row yang sama, 1 seat kosong sebab adik aku sorang lagi tak ikut dan ada dua penumpang asing.  :p

heyyy bosan ok 8 jam dalam kapal terbang. nak tido tak berapa nak lena. ni la padahnyaaaa. :P berpuluh gambarrrr kitorang sampai tak sanggup nak letak semua. HAHAHA.


sepanjang dalam kapal terbang, dorang ada dua sesi menghantar makanan. samaada dua jam selepas flight berlepas atau dua jam sebelum flight landing. aku pilih dua jam sebelum landing sebab aku bajet, ni kan first time sampai bumi orang. nak cari makanan dekat sana nanti belum tau ntah jumpa ntah tidak. sekurang-kurangnya perut dah isi siap-siap tak de la lapar sangat.  

masa mula-mula dalam kapal terbang, pramugari atau pramugara akan suruh kita isi satu declaration form setiap passanger. dekat declaration form ni, dorang akan tanya details kita macam nama, nombor passport, nombor flight, alamat dari mana, alamat dekat australia nanti, pernah tak masuk Australia dalam masa 12 bulan sebelum ni, datang Australia untuk tujuan apa, berapa hari, tinggal dekat mana, contact number, dan part palinggggg penting, dia tanya makanan apa kita bawak masuk Australiralia. boleh dikatakan aku tick semua dalam form tadi sebab dia tanya bawak makanan dalam tin tak, dia tanya bawak ikan ke, dia tanya ada ayam ke, heyy semua la dia tanya. untuk keselamatan, apa jee barang yang korang rasa korang bawak, korang tick je. jangan risauu. baik jujur dari menipuu, kantoi nanti kena bayar denda berapa ratus dollar ntahh lupa.

 
settle form. :) dekat-dekat nak sampai sydney dah, dorang pon hantar makanan. aku dan syafiq amek nasi lemak pak nassir sorang satu yang super duper sedapppp. :) 1 set meal adalah RM12.00. setiap set dorang akan bagi sekali dengan air mineral.
 

kak jie (adik perempuan aku, memang panggilan dia kak walaupun dia baruu darjah 6 :p) amek chicken teriyaki yang bagi tekak aku sedap gile jugak sebab dia macam ayam masak kicap versi manis. :)
 


adam (adik lelaki aku darjah 1) dan papa amek green curry tapi sampai sudah dorang tak makan. adam tido semedanggg. papa aku bukan jenis pemakan kalau berjalan sebab dia takut tiba-tiba melekattt je dekat toilet huhu. green curry ni macam kari ayam versi warna hijau tapi aku tak try sedap ke tak. sudahnya, papa punya pramugari tu buang dan adam punya, aku sempat masuk beg sebab aku takut nanti adam bangun dan lapaaaaa. :)
 

mama aku amek japanese cuisine ntah ape nama tapi dia cakap tak sedap. gambar pon lupa nak snap.

sepanjang perjalanan, boleh kira berapa minit je aku tdo. tak selesa dan ditambah dengan terujaaa. :p tengah aku sedap-sedap nak lelap, kak jie kejut aku tengok panorama indah ciptaan tuhan. speechless. 




dari keadaan luar gelap gelita, macam mana fajar naik perlahan-lahan sehingga matahari cerah terang benderang. kaw akan nampak satu line merah masa fajar naik dan aku percaya, kaw takkan dapat tengok dari mana-mana melainkan dari dalam kapal terbang. subhanAllah. pleaseee, don't miss it. sila book flight sekarang :p *tibe-tibe. hewheww

tepat pukul 7.30 pagi waktu malaysia kitorang selamat landing di Sydney International Airport. waktu sydney time tu 9.30 pagi. Alhamdulillah yeayyyy :))

sesampainya di airport, kita perlu serahkan declaration form yang aku isi dalam kapal terbang tadi dekat imigresen dorang. sampai je kawasan check check ni, dorang tak main babe scan scan bagai ni. kaw tau dorang scan guna apa? guna ANJING. :) haha. tragediii betul sydney ni. kita kena beratur dan letakkan semua beg kita dalam 1 barisan. biar je bag kat situ, kejap lagi imigresen dorang akan lepas sekor anjing. time kitorang kena check, dari jauh anjing tu dah berlari dan terus terkam bag aku. aku dah agakk dahhhh aku dah agak dahh. :) HAHA. kan tadi masa dalam kapal terbang nasi yang adam tak makan tu aku masuk beg. staff tu tanya aku apa ada dalam bag. aku cakap nasi dalam kapal terbang tadi, bukak la check. dia pon bukak. dia kata oo ok, takpe, kita try lagi sekali. kalau anjing ni tak dapat kesan dah, dia lepas. kalau tak, sorry dia kena buang. dalam bahasa omputih la babe. aku translate terus. :P aku cakap ok silaaa. :) dia pon bawak la anjing tu pegi jauh sekejap, lepas tu datang balik. dan seperti dijangka, dia tetap berlari dan terkam beg aku. muahaha. redhooo. dorang pon amek la nasi adam. aku tak kesah ponn. hewheww :) janji, jangan buang stok makanan ringan dalam luggage besar yang diwrap tu. situ lagi banyak makanan. HAHAH. settle imigresen. :)

dan seperti dijangka, adam is lapaaaaaaaaa :) dia kann tak makan dalam flight tadii. nasib baik dalam airport ada MCD. tawakkaltuAllah. :) masuk mcd dan tapau 1 set fish fillet, coke dan fries. harga 1 set ni adalah AUD7.60. convert duit mesia, RM24.00.
 
oleh disebabkan kitorang pegi bukan under mana-mana pakej tour agent, semua aku main gamble urus sendiri jadi sesampainya di airport sydney, aku memilih untuk naik teksi ke tempat penginapan kitorang. aku rasa ni cara palingggg jimat, senang dan cepat bila kaw ke sydney ramai-ramai berjemaah macam ni sebab dia kira per taxi. bukan per head. dan teksi dia adalah teksi meter. selama aku duk stadi sebelum pegi sydney, rata-rata kaki travel australia lain mengesyorkan cara palinggg jimat, amek train 'Airport Rail Link' terus dari airport ke central city, dan dari central city tu boleh naik bas ke tempat penginapan. harga untuk 1 tiket 'Airport Rail Link Pass' ini adalah AUD18.60 seorang. kalau 6 orang? AUD18.60X6= AUD111.60. convert duit mesia AUD111.60xRM3.16= RM352.65. T____T heyyyyy cannot cannott. bayar RM352.65 ni, baru sampai stesen central dia, belum sampai tempat penginapan lagi. (-___-') nak angkut segala mak nenek beg turun train, lepas tu tukar naik bas pulak memang takkk laa. lain la kalau pegi berlenggangg sorang dua. jadi aku amek keputusan untuk naik teksi. lebih jimat sebab kitorang pegi ramai-ramai dan dia terus hantar ke depan pintu. tak payah kaw nak menyusahkan diri mengusung beg kehulu hilir. :)


to be continueeee sebab dah panjang berjelaaaaa dan percayalah, aku karang entry ni dari pukul 10 malam tadi dan sekarang dah pukul 2 pagi. baruuu sampaiii part dekat airport. T____T to be continue to be continue insyaAllah, good nighttt :)

 

51 comments:

  1. gigih tunggu k.nadia hupdate..nk tgk opera house tuw hahaha

    ReplyDelete
  2. fuhhhh....mmg panjang tapi tak terasa lak panjangnya entry ni...

    sila sambung lagi ye...:)

    ReplyDelete
  3. wah... bestnya... kalau tau nadia nak pergi sydney, saya dah kirim budu dah..

    ReplyDelete
  4. Mila baca sebijik-sebijik yaya satu pun tak terlepas pandang huhuhu

    ReplyDelete
  5. cepat nadia sambung citer. bersemangat nih!!

    ReplyDelete
  6. seronoknya...xabis citer lagi ni tp dah rasa xcited!!! =)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. wah...best2...cepat la sambung..hehehe..rasa mcm baca novel lak..hehe..tp org yg nak sambung tu mesti malas kan..hehe..nak tulis blog ni bukan blh kalut2..kena rilek2...baru la best tulis..hehe..

    ReplyDelete
  8. eh kira murah tu kalau 7 org je dah lima ribu lebih... teringin sangat nak g sana, nak pgg koala bear.. huuuuuuu

    ReplyDelete
  9. x sbr nak baca strusnye..x rsa pnjg pon entri nie..hehe

    ReplyDelete
  10. beshyna bc percutian ni... jauh dh p..

    ReplyDelete
  11. InsyaALLAH. ida doa yaya berjaya habiskan.. go go yaya! u can do itttttttttt ;))


    haii sydneyyyy! haiiii..hari ni saye pakai tote awakk.. hehehehhee

    ReplyDelete
  12. Nasib baik Nadia plan keluaq rumah pukul 7pm kan?..kalau tak mmg kena tggl flight la..apa punya orang daa..janji tak ditepati langsung..grrr..

    ReplyDelete
  13. best nye.. tempat yang memang emma teringin nak pegi =D

    ReplyDelete
  14. Ayoyoyo.. Guna anjing ek?
    Ye la kan, tu cara depa..

    Kecik2 nya adik nadia
    Darjah 1? Klu akak tu dah pangkat anak sedara dah tu ;)

    Moga murah rezki nadia lagi
    Bleh bawak famili ke tmpt lain plak :)

    ReplyDelete
  15. ha2.. pak nasir nasi lemak.. besttt! sebab itu j yg teman selera mkn dlm flight air asia tu.. hihihi.. xbuat video ke yunk?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum yaya, waaa bestnya. subhanallah. pandai kak jie kejutkan yaya ye. ngam2 panorama cantik. ya, sheila syak nak habiskan entri ni makan seminggu dua. punya panjang perjalanan ni. hehehe. good luck yaya, semoga cepat habiskan entri. tak sabar nak baca :)

    ReplyDelete
  17. haipp update cepat!
    teruja akak nak baca nih..

    ReplyDelete
  18. Subhanallah cantiknya sunrise tu...xsbr nk tgu next entry..

    ReplyDelete
  19. Pengalaman indah dikongsi bersama :) disebabkan entry panjang komen pun panjang boleh? hehee

    1. Yg teksi Exora tu mnyakitkan hati kan, padahal koi 6 dah telepon dia janji nak ambik kan.. Sudahnya senyap..

    2. Cantik pemandangan masa maatahari nak naik tu.. bertuah nadia sekeluarga dapat tengok masa ni.

    3. Yg anjing guna nak checking, seyes seriau beb, tapi mujur dlm luggage berisi makanan tu selamat kan :)

    4. Mekdi kat sana, humakaihhh punya mahal :)

    5. Telan liur tengok harga tiket Airport Rail Link Pass, mahal bebeno... :)

    6.. Pls sambung lagi ye, nak baca lagi :)

    ReplyDelete
  20. fuhh.. nasib baik bersambung .... panjang ... seronoknya dapat pg keluar negara dgn family kan..

    ReplyDelete
  21. thanks 4 sharing pengalaman...nnt nak pegi bole jadikan panduan :)

    nadia, ingt lagi Rumah 4 Tingkat? fyi, dis is my 2nd blog :)

    ReplyDelete
  22. fuuhhhhh pnjg gile entry nadia kali nih hehehehe tp best bace

    ReplyDelete
  23. mmm... kadang2 bila fikir balik... tak berbaloi McD... ye la, kat oversea, kita melantak McD yang bersamaan harganya lebih RM50... Kat sini burger McD, tak pandang pun... Last time teman ke Amsterdam, sekali makan steak hampir RM150 duit kita... pergg... kadang2 rasa macam tersangat lah mahalnya walau pun disana harga cuma EUR15 jer... Tapi, nak buat macam mana kan... kita nie melancong. Kalau boleh buat part time masa melancong, jimat la sket... :d

    ReplyDelete
  24. salam..tq sudi singgah blog sy..:-)..waaa..best sgt..a'ahh time naik flight waktu senja the best..n waktu malam bosan..tak tahu nak buat ape kat sky..haha..bila ntah nak sampai sdyney..ngah usaha tuk p korean..huhhu

    ReplyDelete
  25. Hepppppp teksi tue berapa pula harganya.. bukan nak habaq...

    ReplyDelete
  26. tak sabar nak unggu next entry..

    suka sangat baca nadia punya entri..jalan cerita yang tak boring bagi akak..

    kelakar tengok si adam..hihi..'pagar' depan takde erk??

    ReplyDelete
  27. pakai anjing.. macam cuak je.. die cium beg tu ke? kene tak?

    ReplyDelete
  28. seronoknya org tu cuti2 yer.. lagi seronok bila dgn family kan..

    cian adam lapar yer.. ngada tau itu anjing.. huhuhu..

    ReplyDelete
  29. Yadayada...entry sydney sudah mari.rajin2hapdate yaw.eka perasan gak kalu naik air asia x org bawa bekal luar,tp eka tak penah bt.paling best masa eka gi macau dulu.geng2 mak nya siap bawa jagung,kuaci mkn ats flight.selamber ja

    ReplyDelete
  30. lain kali kak nadia nk pegi bercuti ajak aa kite ek. hehehe :)

    ReplyDelete
  31. seronoknya :)
    insya'Allah harap2 sampai sana hujung tahun depan (praktikal)

    ReplyDelete
  32. Bestnya dik..next entri plss..xsabar ni taw ni..hehe

    ReplyDelete
  33. seronokny la dapat bawak family pi bercuti. untung la.hehe

    ReplyDelete
  34. AGAK2 LA KALAU GI TRAVEL SORANG2 KE SANE OK TK EH??I MEAN DR SEGI KESELAMATAN N KAWALAN KEMASUKAN WARGA ASING KE NEGARA DIE ORG..... B4 NIE AKU PERNAH TRAVEL SORAG2 KE EUROPE...BUT AUS BELUM PERNAH LG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia rasa ok je sebab boleh stay dekat malaysia hall. malaysia hall semua warganegara malaysia. dan persekitaran sydney untuk jalan2 sangattt secure berbanding malaysia :)

      Delete
  35. hi nadia..thanks for this entry..khusyuk me baca ni...me nak fly ke sydney 31 may nanti...by the way, me nak letak ur blog dlm my blog list lah..i suka cara u tulis entry :) kira cinta pandang pertama ni ;)

    ReplyDelete
  36. wow bestnya..rasa teruja lah pulak nak gi

    ReplyDelete
  37. potonya kok banyak yang sama nih!!

    ReplyDelete
  38. Info yg sgt lengkap...dh baca sampai 2nd day...usaha mengarang maklumat ni sgt bermanafaat..hanya Allah saja bleh bg pahala utk ilmu yg banyak manfaat mcm ni.amin

    ReplyDelete
  39. potong stim betul bila tgh2 syok baca, tergantung lak..!! hahaaa..

    ReplyDelete
  40. memang sydney kebanyakan benda agak mahal...
    for homestay with halal food contact kay.abubakar@gmail.com

    ReplyDelete
  41. kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.kami pun direkomen kan oleh kawan kami yg dah pernah stay dgn holiday homes diaorg.

    ReplyDelete
  42. nadia.. apply visa ke sana mcmana? akak ingat nk bwk anak2 jln2 ke sydney tahun ni, tp xnak ikut travel ejen..

    ReplyDelete
  43. 25.10 insyaalah sy akan g sna..mcm best ja kn..buat solo jerr huhuu T.T

    ReplyDelete
  44. Panggilan sydney!.......Be

    ReplyDelete
  45. Assalamuaikum, saya dan suami telah merancang untuk pergi melancong ke Australia. Di sini saya satu kemusykilan, suami saya warganegara Palestine bole ke dia membuat visa lawatan kat Malaysia ni, maksud saya kat travel agency.

    ReplyDelete
  46. kalau tak nak mknn airasia u boleh mintak stewardess tu simpan dulu then reheat bila nak mkn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...