May 21, 2013

Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang


sambungan dari entry #TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL sebelum ni, 


haaa kan aku ada cakap, berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa dalam banyak-banyak airport, Skypark Terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang adalah antara yang paaaling senang. sebab? aku cakap terus terang ehh. :) aku ni alspesis malas berjalan banyak-banyak. kalau boleh tak perlu berjalan lagi bagus. semua main naik eskelator je. kehkehkeh. :) tapi kalau bab shopping, berjalan dari pagi sampai ke petang pun wa tak kesah. kuikuikui. ;) bagusnya Terminal Skypark ni, kita tak perlu jalan jauhhhh pun untuk sampai ke gate pelepasan dia. seriusss. kan selalu lepas kita check in, kita kena jalan boleh tahan jauh untuk sampai ke gate pelepasan tapi dekat Skypark Subang ni, eh ehhh, sekejapnyaa. 


untuk pengetahuan korang, Subang Skypark ni dulu dinamakan Terminal 3 atau Domestik Terminal untuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. 


sehingga hari ni, hanya ada dua jenis penerbangan yang beroperasi sepenuhnya di Subang Skypark iaitu Firefly dan Berjaya Air. dan the good news is, hari ni dorang baruuu buat announcement bahawa bermula June 2013, Malindo Air pon join the club sama-sama beroperasi di Subang Skypark, yeayyyy! maknanya bermula bulan jun nanti, akan ada tiga penerbangan di Subang Skypark iaitu Firefly, Berjaya Air dan Malindo Air. :) tapii, kadang-kadang kalau korang terperasan ada kapal terbang Firefly di KLIA, ohh tu hanya untuk kegunaan penerbangan khas atau disewa untuk tujuan khas. 





semua peserta bergambar depan pusat penjualan tiket :) credit foto to nigel, thank you nigel. gambar cantik sangattt. i copy la. ;)) hewheww.


ok berbalik kepada Subang Skypark, kalau korang suka beli tiket secara walk in, korang boleh datang terus ke Subang Skypark berbanding membeli secara online sebab dalam Subang Skypark ni memang ada pusat penjualan tiket khas untuk Firefly, Berjaya Air dan Airasia. cuma untuk Airasia, korang hanya boleh membeli tiket di pusat jualan ni tetapi untuk penerbangan, korang still akan terbang di LCCT. 


Subang Skypark ni ada 13 kaunter untuk memudahkan dan mempercepatkan proses check in para penumpang. dan the best part is, depan kaunter check in nii je tempat scan beg. dekat gile. scan beg, jalan dua tiga langkah dah sampai kaunter check in. seeee, sebab tu aku cakap Subang Skypark ni antara airport paling senang. tak perlu jalan berkilo batu check in, lepas tu berkilo batu lagi baru scannnn, lepas tu berkilo batu lagi baruuu sampai gate pelepasan. heyyyyy, i is malassss. :p kalau kaw tanya aku lepas ni nak pegi Subang Skypark lagi tak. heyy dah tentu-tentu aku cakap nakkkk, duit je ntah ade ntah tidak nak book flight. sayanggggggggg, kemana kita lepas ni? ehhhh. kuikuikui. :) 


untuk memudahkan para penumpang, dari check in kaunter ni, dorang dah siapkan satu garisan kuning khasss untuk para penumpang ikut untuk terus sampai ke gate pelepasan. senang keje. tak payah pening kepala ehh macam mana nak pegi dekat gate pelepasan ni, eh dekat mana gate pelepasan ni. just follow the yellow line. senang dan cepat. tu guideline dia. tak semestinya untuk orang buta je. selain dari penumpang biasa, line ni pon sangatt membantu untuk orang buta tapi dorang tak nampak warna, dorang cuma boleh rasa. :)

Proses airport tour di Subang Skypark untuk #TSDayOut ni diketuai oleh Encik Rusdi dari pihak Firefly. Beliau yang terangkan berapa lama dah Subang Skypark ni beroperasi, flight apa yang ada dekat sini dan sebagainya.


dan kitorang berpeluang untuk masuk Flight Operation Centre dimana semua kakitangan Subang Skypark termasuk pilot, peramugara peramugari melaporkan diri sebelum dorang start keje. dan dekat sini jugak la controller kapal terbang kott la kapal terbang delay ke, kapal terbang on the way ke, masalah cuaca masa kapal terbang on the way ke, haaa semua dekat operate centre ni. :)


 
 jommm kita pegi gate pelepasannnn wiiii :)






eh ehhh, blogger anuar penaberkala pon adaa :) ni kali kedua kitorang jumpa selepas event lasertag redmummy hari tu tapi first time berborak. heyyyy first time borak tapi rancak macam dah setahun kenal. kuikuikui. hai selamat berkenalan nuar. maaf kitorang semua stok bini orang tapi tak tahu malu kecoh bising semedang gaya macam anak 10 orang kann. kuikuikui :p

seee, dah sampai ke gate pelepasann. sekejap kannn :p


haaa, sebelum terlupa, satu benda penting korang perlu tau tentang Subang Skypark ni, walaupun dia adalah sebuah lapangan terbang, dia bukan hanya sebuah lapangan terbang. :) dia bukan kaw nak terbang je baru boleh masuk sini takkkkk. banyakkk lagi benda lain korang boleh buat dalam Subang Skypark selain dari untuk naik kapal terbang contohnya dalam ni ada Maybank, ada pejabat pos, ada perkhidmatan hospital, ada Peugeot Lounge yang mana satu-satunya lounge untuk pengguna peugeot dalam dunia, just tunjuk boarding pass and kunci kereta dah boleh masukk bestnyaaaa :)), ada SimFlightKL yang mana korang boleh merasai sendiri pengalaman bawak kapal terbang, ada banyakkkkk restaurant best macam starbucks coffee, big apple, Mcdonalds dan banyak lagi laaaa. Senang cite, Subang Skypark ni open for public la macam shopping complex gitueeww sebab tak semestinya nak naik flight je datang sinii. nak jalan-jalan pon boleh. oraitt? nanti korang boleh pegi sini ehh, meh aku bagi details.

Skypark terminal, 
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
472000 Petaling Jaya, Selangor. 

03-7845 1717

http://www.subangskypark.com 

atau korang boleh terus LIKE facebook page dorang, tak rugi ponnn :)

 

dan tak sahh kalau aku tutup entry tanpa gambar aku dengan orang terpenting Subang Skypark. hewhew :) kenalkan, Mr.Francis Anthony, Senior Vice President Skypark Subang. Hi sirrrr! :) segan nak bercakap, say hi je la. hehe :p

14 comments:

  1. memang nmpak best dan mudah nk cari tempat2 tu semua...xpernah lagi smpai sini...=)

    ReplyDelete
  2. giler syok kt subang skypark ni.. heyyy nk join jugak lahhh

    ReplyDelete
  3. ho.. xyah jalan jauh ke gate pelepasan yea? ok gak tu.. xlea penat jalan jauh.. hu3

    ReplyDelete
  4. kite xpenah naik kapal terbang... huhu

    ReplyDelete
  5. baguslah kalau camtu...x yah membazir duit gi jejauh ke klia ataupun lcct kannnn

    ReplyDelete
  6. maklumat bgus ni..rujukan nanti if smpai sana kan..kih2...

    ReplyDelete
  7. teruja tengok korang dapat join event2 seperti ini..boleh tau dgn lebih details dan dapat masuk kawasan2 larangan hehehe

    ReplyDelete
  8. nk komen lg..hehehe..selalu lalu depan skypark ni..ngee..nnti nk singgah la

    ReplyDelete
  9. wohhh! kemain posing ngn bos subang skypark! hihik

    ReplyDelete
  10. pehhhh detailll, ada harapannn ni..

    fuhhh fuhhh...

    ReplyDelete
  11. Hehe review complete sonang tau apa ada dalam tu subang sky park.

    Entri terbaru saya dalam blog Harga Kereta Sewa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...