May 21, 2013

SimFlightKL di Subang Skypark

sambungan dari entry:

# TSDayOut to Skypark Subang with Firefly and SimFlightKL 
# Skypark Terminal di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang 
# Firefly Airlines


aku cakap terus terang ehh dengan korangg, dalam banyak-banyak part sepanjang #TSDayOut dekat Subang Skypark ni, part paaaaaling aku tunggu-tunggu adalah part bawak kapal terbang di SimFlightKL. heyyyy first time babe seumur aku hidup nak bawak kapal terbang. :) dan kenalkannnn, ni pilot kita untuk hari ni, Kapten Hariz. ;) heyyyy muda gileee dah jadi pilot siap bawak kapal terbang, baruuuu 21 tahun okehhh. anak aku esok-esok, lahir je aku trainn siap-siap, setiap hujung minggu bawak datang SimFlightKL. kehkehkeh :)


kan sebelum ni aku pernah bagitau, dekat airport Subang Skypark ni tak nampak pon macam sebuah airport sebab dekat dalam airport ni banyakkkkkk tempat best-best antaranya adalah SimFlightKL. SimFlightKL ni adalah satu tempat di mana korang boleh merasai sendiri pengalaman membawa kapal terbang Boeing 737NG dan Airbus A320 simulators. dan part paling best, tempat ni open for public. korang boleh je datang ke Subang Skypark ni semata-mata untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang di SimFlightKl, tak semesti datang airport sebab nak check in flight je. Nanti kalau nak try, korang boleh datang Subang Skypark dan SimFlightKl ni berada di tingkat 1 okeh.


say byeeee sebab masa ni pilot sedang memandu ke penang. kitorang jadi penumpang je dulu mula-mula sebab semuaaa berebut nak try bawak kan. kitorang pasrahhhh jewww :p 


masa orang lain tengah bz berebut menjadi pilot, Kapten Wafi tanya kitorang, kalau ada apa-apa soalan tanya la. aku ape lagiii, soalan paaaalingg tersimpan lama aku pendam, selama aku hidup, aku sokmooo terfikir, macam mana seorang pilot tu tau jalan untuk menuju ke suatu destinasi. macam kalau dekat atas tanah kan ada jalan raya, dekat langit mana ada jalan raya. macam mana dorang bajet jalan yang melalui awan tu dah pastikan tak berlanggar dengan kapal terbang lain dekat awan. so Kapten Wafi pon terangkan laaa. sebenarnyaa, dekat screen depan pilot, dorang memang dah siap ada satu koordinasi yang mana kalau nak pegi ke Penang contohnya, just ikutttt je koordinasi tu. pilot ni sebelum menjadi seorang pilot sangattt la mencabar sebab kena tau dan belajar banyaakkkk benda tentang koordinasi la, cuaca la, bentuk awan la. tapii, bila dah jadi seorang pilot beriktiraf, okkkkk. kerja kaw hanya aim semasa menerbangkan dan mendaratkan pesawat. masa dekat atas awan biru, semuaa sistem kapal terbang tu yang beroperasi. just follow the instruction. cool kann? :)


kenalkannn, ni adalah Kapten Wafi :) banyakkkk ilmu baru yang aku dapat sepanjang dekat SimFlightKL ni. untuk pengetahuan korang, dekat dalam SimFlightKL ni ada dua simulators. satu Airbus A320 yang kitorang berpeluang memandu ni,


dan satu lagi adalah Boeing 737NG,


bagi yang tak tau, simulator ni macammmm sedang memandu kapal terbang yang sebenar tetapi bukan di awan biru yang nyata. ;) maksudnya, korang still memandu sebuah kapal terbang, semuaaa peralatan sebijik sama macam dalam kapal terbang, semua sistem semuaaa sama dalam kapal terbang, semua gear ke stereng ke, semuaa la yang ada di skrin yang pilot guna adalah sebijik sama macam kapal terbang sebenar. bezanya, pemandangan luar dari skrin tak berapa nak real sebab dia dalam bangunan je sebenarnya. hewhew. :P tapiiii, kaw akan rasa samaaaaa real macam kaw sedang naik kapal terbang yang sebenar. dengan semasa flight nak take off nye, semasa landingnya, rasa gayatnyaaa, still macam real. masa nak take off dan masa nak landing, kita kan jadi pilot, kita yang kena control supaya kapal terbang tu tak tersasar dari landasan. memang real habissssssss la! silap pusing boleh masuk laut babeeee. (x______x)


haaa nampak tak jalan raya tu, masa ni Kapten Hariz tengah mengajar aku macam mana nak run dan terbangkan kapal terbang ni. kaw bayangkan kaw tengah bawak kereta, lepas tu kaw kena tarik satu gear yang mana kereta kaw boleh willy habis mendongak ke langit. phewwwww~ real babe real. gayat pon ada. 

 
masa ni time dah di awan biru. Kapten Haris dah tukarkan semua sistem pada auto pilot, jadi kerja kita hanya follow the instruction. 


masa ni nak landing dahh. tengah pusing-pusing atas laut untuk cari landmark airport. kaw bayangkan ehh macam mana nak control gear, break dan segala mak nenek bagai untuk kapal terbang landing dengan selamat. heyyy masa ni aku cuakk ok walaupun hanya sebuah simulator sebab kaw akan rasa gegaran dan bunyi semuaaa macam real masa mendarat. yeayyy finallyy, selamat mendarat di Airport Kota Bharu selepas 45 minit penerbangan kita. hikhik :p



dan kenalkan, pilot-pilot baru kita. Kapten Nory dan Kapten Mila. :P

aku sangatttt merekemen korang untuk merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang di SimFlightKL ni sebab dia punya real, fuyooooo. real habis. nanti korang try ehhh. semua boleh, kanak-kanak ke, orang dewasa ke, semuaaaa laaa. 


dengan bayaran bermula serendah RM45, korang boleh jadi seorang 'Pilot'. semuaaa hanya di SimFlightKL :) pada mana-mana yang berminat, korang boleh terus datang ke, 
SimFlightKL, 
Level 1,
Skypark terminal, 
Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
472000 Petaling Jaya, Selangor. 
Waktu beroperasi: 10:00 AM to 10:00 PM
03-78474287 

atau korang boleh tengok dekat website www.simflightkl.com atau facebook SimFlightKL




semuaa peserta #TSDayOut di SimFlightKL. credit ohsemmm gambar pada Nigel macam biasa :)











    
like a bosssssss, only at SimFlightKL. mihmihmih ;)

20 comments:

  1. It was nice meeting you kat #TSDayOut the other day! FF's (Fahd Fadzly) send his regards to you and cakap thanks sbb gambar tangan you and Captain Hariz made him won the Best Photograph. Aura tangan tue kot! :D

    ReplyDelete
  2. wow...giler kentang!!! seronoknye!!! mesti nak cuba ni....

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ok sgt hrga cmtu dah dpt pglmn best!

    argh.jeles yui tgk..dahlah kapten muda..wakakakak.

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jadi 'pilot' walaupon kejap je...jeles tengokkkk

    tak pernah tau pon yang ada sediakan perkhidmatan cam gini...RM45 tu kira murah la tuk jadi pilot segera..hehe

    ReplyDelete
  5. giler ohsem la nadia.
    bila lg berpeluang nak jd pilot kan...
    kalu bawa rayyan best ni. semua suis dia petik nnt. naik keta ponnn dah hover. semua dia on, wiper signal, ekon semua la yg ada kalu dia dok seat driver

    ReplyDelete
  6. terase macam nak pergi la nadia.. bawak adik.. mesti die suke..

    ReplyDelete
  7. wahh,,,pengalaman yang sangat seru sekali,,,

    ReplyDelete
  8. Dpt idea utk aktiviti cuti sekolah nanti!

    ReplyDelete
  9. wawiii.. beshnya.. musti cuba sekali ni

    ReplyDelete
  10. taknak jeles taknak jelesssssssssss,okey kita jeles,haha

    ReplyDelete
  11. seronoknya dapat mencuba jadi pilot sementara.. x kisahlah tak bwk kapal btl .. seyes baca teruja lah.. teruja .... mendarat pun rasa gegaran.. iyerlah nak brek mcm mana kan.. (yg x pernah naik kapal terbang) .. berangan jerlah .. jgn bygkan.. ngerii....

    ReplyDelete
  12. jelesnyer.best giler kot dapat merasa jadi pilot tu.

    ReplyDelete
  13. fuyyyoooowwwwWWWww... (lg skali)

    ni mmg kegilaan anak CiM ni, klau ckp pasal kapal terbang, simulator, hurmmm...mcm tau2 jer dia tu semua. tp mmg best kan, gayat skit2 je laaa, kan ada pilot sebelah tu.

    cuti sekolah ni kannn.....tp mcm jauh laaaa Nadia.

    ReplyDelete
  14. hye captain semuaaaa............... pehlis bring me far far away ..................... ;p

    ReplyDelete
  15. pergh..famous abg hariz kita. hahah

    ReplyDelete
  16. kak, jiklu sye nk praktikal di company firefly boley tak..??

    ReplyDelete
  17. kak klu sye nk praktikal dgn company firefly boley tak..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...