June 12, 2013

Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 4

1. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 0   2. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 1   3. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 2 4. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 Part 1
5. Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 Part 2
 
untuk hari terakhir dekat Sydney ni tak banyak pon benda berlaku sebab flight kitorang kan awal pagi. 10 pagi waktu sydney. jadi hari ke-4 adalah hari balik semata-mata. cumaaaaa, ada satu part yang aku tak berapa berkenan. sorry to sayyyy. T___T dua hari sebelum balik mesia, aku plan nak naik teksi je suruh pick up dari Malaysia Hall ke airport. dan aku bajet mungkin tambang teksi AUD 65 jugak kottt dari Malaysia Hall ke airport macam hari mula-mula kitorang sampai dan amek teksi dari airport ke Malaysia Hall. so momantaiii. 


tapi kebetulan ada salah seorang student dekat Malaysia Hall sorry lupa nama, dia suggest suruh amek shuttle service under Malaysia Hall terus senang, tak yah call teksi. lagipon yang hantar ke airport nanti orang melayu kita jugak. aku bajet mungkin dia student situ dan buat part time hantar and pick up orang dari airport jadi i is ok je. senang keje kannnn. dan seperti sedia maklum, peel aku. kaw dah check in flight ke, kaw belum check in flight ke tu belakang cite. seboleh-bolehnya aku nak dua jam sebelum masa penerbangan dah ada dekat airport. jadi malam sebelum hari kitorang balik, aku janji siap-siap dengan budak shuttle tu jai nama dia, pukul 8 sharp kitorang nak gerak pegi airport. dia kata ok kak, alaaa rileksss kak, airport dekat je dengan malaysia hall. lagipon check in procedure sini tak serumit dekat kl. aku kan orang kampung tak pernah sampai sydney, jadi aku pon ok kan je la. 
 
tiba hari nak pegi airport, pukul 7 pagi waktu sydney yang mana pukul 5 pagi waktu mesia kitorang semuaaa dah siap. pakai tudung semua dah siap. tapi tak de la gelabah kalut lagi sebab kita janji pukul 8 pagi kan. so ada lagi sejam boleh tunggu. sharp pukul 8 heyy bayang pon tak nampak lagi. aku mintak tolong beberapa orang student sana suruh call si jai. kaw tau 8 pagi dia baru bangun sedangkan dia janji dengan kitorang pukul 8 pagi sharp? aku ok lagi. tunggu punya tunggu, mama aku dah start suruh tahan teksi. aku spesis bengang tapi tak sampai hati kan nanti kesian si jai tu datang kita dah blah. pasrahh tunggu. pukul 8.25 pagi dia sampai. sumpahhh aku masa ni menggigil dah tapi aku cover. aku cuma cakap, dikkkkkk. akak ni orang kampung. kalau akak terlepas flight, semua kos penerbangan akak balik awak tanggung. dia kata maaf kak, tapi akak jangan risau. airport dengan malaysia hall dekat je. ok aku diammmmm. 
 
kaw tau aku sampai airport pukul berapa? 8.55 pagi. aku ada 1 jam 5 minit sahaja untuk check in luggage bagai di sebuah airport yang aku tak tau hujung pangkal check luggage dia dekat mana sedangkan gate biasa tutup 45 minit sebelum flight. T__T bayar si jai AUD 50, terus la kitorang laju-laju berlari cari check in counter AirAsia. 
 
 
settle check in luggage 20 kg lepas tak de masalah. part paling malang, airport dorang sangatttttt strict bab beg hand carry. wajib hanya 7kg setiap orang tak leh share share walaupun dalam 1 booking yang sama. selalu kalau aku travel, yang mana dalam satu booking yang sama, tak kesah pon berkongsi luggage hand carry. tapi australia tak boleh. kaw bayangkan dah la dah lewat. terpaksa la punggah keluarkan barang-barang dari beg dan bahagikan kepada 6 orang dan pastikan setiap beg tak lebih 7kg. aku time ni punyaaaaa la hangiinnnnn dengan si jai, maaf jaiiii. kalau kita datang awal, kitorang xde kelam kabut gini. nampak tak? (x_______x)
 
settle beg. kaw pernah tengok rancangan explore race atau amazing race? kaw bayangkannnn kitorang berlari dalam airport sydney kejar gate sebab takut gate tutup. T____T jaii, kesian mak ayah saya jaii. nasib baik dorang kuat lagi. wallahi kitorang berlari sebab masa ni announcement dah buat dan staff check in counter pon suruh kitorang cepat. dengan begnya, dengan jauhnya, dengan seluar terlondeh-londehnya. Allahhhhh, serik dah akuu. 

nak masuk gate semua kena isi borang imigresen keluar australia pulakkkk heyy macam-macam laaa kawwww. (-___-') baikkk, gigih isi cepat-cepat. sekali tengok, si staff dekat counter tadi silap print boarding pass syafiq. T____T dia silap print nama adik lelaki aku yang tak datang sebab pegi PLKN. dahhh macam mana nak lepas gate kalau salah nama. kaw bayangkan, kaw bayangkan. berlariiiii la aku laki bini lagi sekali pegi check in counter tadi balik dan reprint boarding pass baru. masa ni sumpah aku rasa nak menangis dahh. kepala running macam mana kalau terlepas flight macam manaaaaaaa. T___T settle boarding pass, settle borang, settle imigresen, berlariiiii cepat-cepat masuk gate. 

dan percayalah, kitorang berenam adalah orang terakhir masuk kapal terbang. T_______T nasib baikkkkkkkkkk. huwaaaaaaaa. T___T aku kan machooo, takkan nak menangis depan mama papa aku walau dalam hati menggelabah tuhan je tau. sorry jai, sepanjang proses amazing race ni berlangsung, menipu sangatt kalau akak cakap akak tak termaki hamun awak dalam hati. hewhewhew. sampai ke saat ni aku dah set siap-siap dalam kepala, lepas ni kalau pegi sydney lagi, 3 jam sebelum flight aku dah nak ada dekat airport. walau apa jadi, 3 jam sebelum. mesti. cukup la weiiiii kena sekali, cukup. heyyyy aku dah serik habissss. dah la pagi tu tak makan apa-apa lagi. bajet nak makan dekat airport. jangan kata nak makan, nak duduk pon tak sempattt. sebijik amazing race. berlari kawwww sebab gate dia jauh gileee. masuk je kapal terbang, perasaan lega tuhan je tau. perkataan nasib baik sokmo baikkkk kan. :p


berlepas je pramugari terus hantar makanan, melantak macam orang kebulur pat hari dan sepanjang perjalanan 8 jam aku adalah tido mati. penatttttttttttttt. T____T tapi aku tak serik ponn nak pegi sydney lagiiii. bestttt kottt sydney. best gileee! :) sayanggg, ehem ehemm :p jadi, total perbelanjaan pada hari keempat adalah AUD 50 sahaja, convert duit mesia RM158. semua nasi untuk kitorang berenam aku dah add on online siap-siap tapi ada beberapa makanan dan minuman adik-adik aku beli dalam flight dan aku tak tau berapa harga sebab aku kan mentido. :P jadi kita just kira kasar hari ke empat total perbelanjaan adalah RM158 tadi ye. settleee. :) dan Alhamdulillah, kitorang selamat tiba di Kuala Lumpur tepat pukul 5.30 petang. yeayyyyyyy :) bye sydneyyyyyyy :P ada rezeki nanti saya datang lagiiii. ehemmmmmhemmm panjang sikit. :p muahahahaha


 
Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari ke-empat di Sydney.
 
# tambang shuttle dari Malaysia Hall ke Sydney Airport: AUD 50
convert duit mesia RM158.

settleeee semuaaaa cerita 4 hari 3 malam kitorang di Sydney. please stayyy tune. :) next entry aku akan reveal sepenuhnya berapa jumlah semuaaaa perbelanjaan yang habis hanya untuk Sydney. ye semuaaa sekali. tunggu ehhhhh :) tengahhari sikit cite keluar. okeh? :) 
    

17 comments:

  1. waaa sgt suspens bab sampai airport lewat tu..me pukul 8 am gak gerak dari hotel tapi sampai kat airport 8.30 am, terus beratur check-in and beratur masuk queue imegresen tu..so tak de terlibat dgn amazing race heheh me serik sbb kwn me pernah tertinggal flight masa dtg gold coast..dia lewat 5 min ajer..so tak dpt nak check in baggage ..sudahnya dia beli tiket mas utk balik msia..memang lari bajet byk riban gaklah...tu me sgt lah particular bab2 timing ni :)

    ReplyDelete
  2. takutnya..janganlah perdajal orang yang tak biasa dekat negara orang ni....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Nadia...akak baca sampai kecut perut. paham benar cemana berlari nk kejar fight tuh...
    perasaan tu xleh citer arrr.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum yayaaa. Ya Allah, tragis sungguh baca ni. mujurlah sempat.. kalau tak mau sebakul dua si jai kena maki dengan yaya. salute lah mak ayah yaya...

    ReplyDelete
  5. muahahhaa... Kena thanks to Jai coz kalau tak sebab die takde la nak dpt merasa masuk explore race... hahahhaa...

    ReplyDelete
  6. nasib baik tu sentiasa ada kan??? benci betol la ngan orang yang tak tepat masa ni..kita yang bayor dia,patutnya dia kena la jaga..

    ReplyDelete
  7. alahai sian nye kak yaya. kalau saya gelabah kot. yelah kat tempat orang mana lah biasa kan ?

    ReplyDelete
  8. ida tambah ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmmm panjang sikit... ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmmm lagi sekali.. muahahaHAHA

    ReplyDelete
  9. Dugaan, nadia kira blh cover jugak..kalau akak dah maki hamun..ehehe..sabar ok!

    ReplyDelete
  10. kohaja punya Jai, cian mama n papa Yaya, nasib baik dorang larat lagi nk berlari2 kan...tak patut betul lah si Jai ni...
    nnt kite pergi , kite cari org lainn jela...
    eh cakap macam nak pergi je kannn....
    hehehhehehehe

    ReplyDelete
  11. syoknyaaaaaaaa.....gi Sydney boss saya baru last month go to Sydney dan next month nak pergi lagi...apa yg menarik kat sana ekkk...?

    ReplyDelete
  12. selamat nadia penyabar.. kalau fifi.. taknak bayangkan la..

    ReplyDelete
  13. dah lah kat negara org, emoo pulak dibuatnya.... hihihihi.. maraton komen, sbb selalu bc tp x dapat komen.. kat opis internet tgh lembapppppp

    ReplyDelete
  14. YA ALLAH..MACAM-MACAM DUGAAN..DISEBABKAN SORANG TERLEWAT JADI HURU HARA SEMUANYER

    ReplyDelete
  15. nak tumpang tanya boleh.if beli pinggan correle tu,letak pinggan kat luggage ke.kat beg yg hand carry ye..mcm mana nak elak pecah ye

    ReplyDelete
  16. jaijai jai dan jaiiii jai ho btol .. haha

    ReplyDelete
  17. Hihi.. enjoy baca blog nadia & byk info sy dpt utk prepare trip sy oct nanti.. nak wat blog jgk tp lembap skit skrg ni.. hihi.. thx nadia, nak tergelak pun ada episod lari kat airport tu.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...