Lazada Malaysia

May 14, 2013

Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 2

sambungan dari entry Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia  - Day 1 :) 



untuk first timer yang datang ke bumi australia macam aku, tak dinafikan agakk makan masa jugak untuk kitorang adapt dengan waktu sydney. kaw bayangkan, pukul 5 pagi dorang matahari dah terpacak terang benderang. ape kess pukul 5 pagi dah macam pukul 12 tengahhari je gaya matahari dia. padahal tempat kita, pukul 5 pagi adalah waktu paling tak nak bangun betapa syokknya tidur. huhuu. :p perbezaan masa antara sydney dengan malaysia adalah 2 jam. aku tak kesah pon tang beza masa dua jam tu tapi aku kesah sebab sydney pukul 6 petang kedai semuaaa dah tutup dahhh. T___T dia macam selepas pukul 6 petang, bandar sydney mati. dia punya pukul 6 petang sunyi sepi orang lengang je macam pukul 11 malam, seriussss. 

jadi untuk hari kedua, lepas makan pagi dekat malaysia hall, dalam pukul 11 pagi, kitorang pon keluar. bawak bekalan makanan segera sampingan untuk alas perut macam maggie cup, biskut, air siap-siap untuk makan tengahhari sebab takut tak jumpa kedai halal. yesss masa ni la termos untuk air panas sangattt diperlukan untuk makan megi tepi jalan. isi air panas siap-siap dekat malaysia hall dan bawak la kehulu-kehilir dalam bag sepanjang berjalan.  kuikuikui. ;)) 



papa kan superheroooo! :p haa satu beg ni semua stok makanan sampingan. satu lagi bag aku bawak semua untuk dokumen-dokumen penting. asingkan siap-siap senang. syafiq handle camera. :) mama handle duit. kak jie dengan adam berlenggang. kuikuikui. :p


plan kita hari ni adalah untuk ke paddy market atau nama lain dia adalah market city yang mana kalau korang datang sydney tapi tak pergi paddy market tak sahhh percutian korang. :P ni mazhab nadia bin farahida. muahaha. dan kenapa kitorang terus pegi hari ni, sebab hari ni dah hari ahad. dorang hari isnin tutup. sedangkan selasa kitorang dah nak balik dah. jadi hari ni je la sempat kitorang pegi. heyyyy jangan tak pergi, meroyan wa babeee. T___T jadi, untuk ke paddy market ni, korang kena naik dua bas berbeza. dari malaysia hall, korang lintas jalan dan tunggu bas dekat bus stop situ. macam biasa, amek bas 373 untuk ke circular quay terlebih dahulu. 


sampaiii je dekat circular quay, untuk ke paddy market, korang kena naik salah satu bas nombor 436 hingga 440, atau bas nombor 470. dia tulis Broadway via George Street. paddy market tu dekat area george street tu la. :)



lepas je korang naik bas ni, dalam 5 atau 10 minit, ada trafik light simpang empat, paddy market akan berada sebelah kanan korang kalau korang dari Circular Quay macam aku ajar tadi. 



nampak je paddy market baru tekan loceng eh. kalau tak nanti korang kena jalan jauhhhhh sepanjang george street tu sebab memang la paddy market tu pon dekat george street tapi kalau nak berjalan, heyyy jenuh jugakkkk melecet kangkang korangg seriusss. punyaaa la panjanggg george street ni. tapi kalau nak lebih secure takut terlepas kan jenuh pulak, kaw tanya je mana-mana mat salleh dalam bas. buat-buat tanya market city atau paddy market atau chinatown kat mana. tiga nama tempat ni adalah dalam satu kawasan yang sama. nanti kalau mat salleh tu baik, dia offer untuk tolong tekankan loceng bila dah dekat nak sampai. haaa kan senang. kuikuikui :p

yeayyy dah sampaiiiiii. sebelum lintas jalan ke paddy market pon sempat lagi kan kaw melesetttttt sondol sikit-sikit. muahaha :p



*sorry gambar ni terblur. sebenarnya nak tunjuk hari apa paddy market ni bukak. 

dan sampai paddy market, aku dah tak tengok kanan kiri dahhhh. ;p hewhewhew. heavennnnnya babe shopping dekat sini. bukan takat rambang mata lagi dahhhh. terkeluar teruss kaw mata-mata aku! HAHA. :p paddy market ni adalah antara tempat termurah dalam sydney untuk shopping barang souvenir untuk bawak balik malaysia. 

i is busyyyy :P

hasil rembatan dari kedai pertama yang kitorang masuk adalah, 

# 8 ketul pensel case koala
 
# 3 box premium gift

# 13 ketul recycle bag 1 love sydney
# 4 ketul mouse pad

# 1 bag sekolah untuk kak jie
 # 4 ketul boomerang kayu

# 1 ketul boomerang batu with stand 

# 1 set apron

# 13 ketul fridge magnet

# 6 ketul mug 

# 7 ketul tote bag

# 3 set fridge magnet boomerang

# 2 set fridge magnet sydney view

# 1 keping poskad

# 36 ketul metal keychain

# 4 set keychain plastik

# 1 ketul travel pillow

pheewww settle kedai pertama (-___-) sorryyyy aku tak boleh cite details seketul-seketul harga setiap barang ni berapa dekat blog sebab ni semua aku bagi orang. barang aku sendiri dua tiga ketul jewww sadis. T__T dannnn, orang yang aku bagi tu boleh dikatakan semuaaa baca blog aku. kohkohkoh :P baik kawan-kawan mahupun sedara mara. heyyyyy apa cite bagi barang dekat orang lepas tu bagitau berapa harga. cannot-cannot. :) dan bukan la semua barang dekat atas ni aku punya. ada syafiq bagi dekat kawan-kawan office dia, ada kak jie punya nak bagi dekat kawan-kawan and cikgu-cikgu dia, ada barang papa untuk staff-staff dia, ada barang mama untuk sedara mara kitorang, ada yang mila, ida, dan nory kirim aku tolong belikan. tapi, apa aku boleh share, total keseluruhan pembelian di kedai pertama ni adalah AUD190, convert duit mesia RM600.40 T_____T baruuu kedai pertama. (x___x) hewhewhew. nasib baikkkk tokey kedai dia baik gile. sikit-sikit bagi barang free seketul dua. terubat kelukaan poket aku. ngehngehngeh. ;)



dan dia bagi percuma dua ketul beg besar gedabak ni untuk isi barang-barang yang kitorang beli dekat kedai dia. yeayyyy. :)


kedai dia je dah berejam kitorang masuk. rambang mata babeee tak tau nak beli yang mana bila hati cakap semua nak tapi poket cakap jangannn jangannn. :p settle semuaa souvenir, terus cari kedai baju. dekat kedai baju kitorang berjaya rembat,

# 1 helai rompers

# 15 helai t-shirt



# 1 helai sweater

dan total keseluruhan untuk semua baju-baju ni adalah AUD96, conver duit mesia dalam RM303.36. 

selesai beli semua barang-barang ni, kitorang pon masuk area buah-buahan dalam paddy market ni. heyyyyy buah dia bapak murahhhh ok! 




1 kilo baruuuu 1 dollar. anggur pon sama, still murah. 1 kilo 2 dollar. kalau convert duit mesia satu kilo anggur baruuu RM6.32! hello mana nak cariiii! anggur besar, segar dan takde biji. tapi takkan la kitorang nak borong anggur nak bagi souviner dekat orang sekampung kannnn. kuikuikui ;p dorang pon tak heran, dekat mesia pon berlambak anggur. HAHA. so kitorang beli apple sekilo, anggur sekilo. tu jewww. total dekat pasar buah ni habis baruu AUD3, convert duit mesia RM9.48. dan dapat percuma 1 plastik pisang. heyyy murah rezeki. :)) 

settle beli dekat pasar ni, perut dah lapa dah. gigih kitorang keluar dari paddy market sebab nak cari Cafe Kasturi yang semuaaaa traveller malaysia yang datang sydney sebut-sebut tu. dorang cakap dekat kawasan paddy market ni je. ok fineee kita cari sebab dah lapa kannn. rupanya, boleh tahan jauh jugak kena jalan. dan malangnya, sampai-sampai je depan cafe kasturi, kedai dorang tutupppp. T___T huwaaaaaaaaaa.



dekat kawasan paddy market, ni je satu-satu kedai makan yang betul-betul disahkan halal dan rata-rata sepanjang aku stadi sebelum aku pegi sydney, memang semua orang islam makan dekat kedai ni je. tapi nasib kitorang kurang baik. korang jangan pegi sini hari ahad ehh, ahad dia cuti. hari lain dia bukak je. T____T gigih la menapak balik semula ke paddy market. singgah 7Eleven sekejap beli kopi dan slurpy. 

haaa sini kopi murah. 1 gelas baruuu AUD1. tak kesah espresso ke, ape ke, semua 1 dollar je. murah kan? tapi slurpee dia standard price la kott. satu gelas slurpee AUD2.55. convert duit mesia dalam RM8.05. eh eh boleh tahan mahal jugak kannn.


dekat 7E ni kitorang beli dua gelas kopi, dua gelas slurpee, 1 botol redbull. total semua AUD9.80. duit mesia dalam RM30.96.

settle beli air ni semua, kitorang pon terjumpa satu port baikkkkk punya untuk lepak makan dan gerenti dijamin halal. HAHAH. 


kuikuikuiii. ;)) tangga pon tangga la. janji masuk perut makanan halal. banyakkk je kedai makan dekat kawasan ni tapi ntah halal ntah tidak. mama papa aku sangattttt menjaga bab makan minum ni sebab jadi darah daging keturunan katanya. masa ni la gunanya termos air panas dan semua makanan segera yang kita bawak siap-siap pagi tadi. :) megi pon megi la, tangga pon tangga la, janji sampai sydney, boleh? muahaha :D

settle makan minum, gigih menapak masuk dalam paddy market balik sebab adam nak beli mainan dan kak jie nak beli jam.


muka adam puas hati dapat beli mainan. :) 1 set mainan ni ada beberapa ketul lagi AUD11. convert duit mesia RM34.76 dan jam kak jie seketul AUD15. convert duit mesia RM47.40. 

settle semua shopping, kitorang pon mula menapak balik sebab time ni dah pukul 6 petang. dorang dah tutup dah. masa on the way nak ke bas stop, terjumpa sorang mat saleh ni tengah lukis and gunting-gunting muka orang. adam dengan kak jie pon nak buat jugak. 


dan hasilnya, satu bentuk muka kak jie, satu bentuk muka adam. dia caj AUD2 sorang. total untuk dua orang adalah AUD4. convert duit mesia RM12.64.
 

masa ni majoriti kedai dekat kawasan ni semuaaa dah tutup. jadi kitorang decide untuk balik je. lagipun cuaca masa ni dah drop 14 darjah celcius. bibir aku dah kering gile, nasib baik bawak vaselin. ingattt, nanti korang bawak bekal vaselin tauu! 


cara nak balik ke malaysia hall dari paddy stillll sama macam kita datang tadi. amek mana-mana bas yang dekat skrin depan bas tulis Circular Quay tak kesah bas nombor berapa pon. turun dekat circular quay macam biasa, dan amek bas nombor 373 untuk ke randwick. nanti dia akan lalu depan malaysia hall, tekan loceng, settle. :))

sampai je dekat malaysia hall, makanan dorang dah siap-siap letak dekat depan pintu bilik kitorang. macam tau-tau jeeww i is lapar nasi. HAHAH. ;)) aktiviti malam kitorang malam tu adalah makan dan membelek semuaa hasil tuaian siang hari tadi. :p dan kebetulan baju kotor banyak, wa basuh jewww. ;) dekat malaysia hall ada mesin basuh dan dryer. tak perlu risauu. jadi korang nanti kalau pegi sana, tak perlu bawak baju banyak-banyak sangat eh. buat berattttt beg je. 


basuh AUD2, keringkan AUD1. total semua AUD3. settleee baju kotor! :) 


Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua di Sydney. 

# shopping di kedai pertama dalam Paddy Market: AUD190
# shopping di kedai baju dalam Paddy Market: AUD96
# buah-buahan: AUD3
# minuman di 7Eleven: AUD9.80
# 1 set mainan adam: AUD11
# 1 jam kak jie: AUD15
# 2 keping lukisan: AUD4
# basuh baju di Malaysia Hall: AUD3
_______________________________________________
TOTAL: AUD 331.80

convert duit mesia, RM 1048.48 T____________T 
settle hari keduaaa. (-____-)          

 

26 comments:

  1. seronok betull Paddy Market ni ek...
    kemaiin lagi kaw bershopping ek...tak pandang kiri kanan...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum yaya, sehari baru. belum khatam 2-3 hari punya. pengsan sheila baca ni! hahahahhahahhaha

    ReplyDelete
  3. hey boleh berniaga ni,

    kaya dah kalau aku jual babe haha...
    adam suka buat muka cam gitu..cumel tapi depan2 malu pulak.....

    ReplyDelete
  4. wahhhh. seronok! err... rase nk pegy pulakkk. kumpullll duit sekarang lah!

    ReplyDelete
  5. wah.. bagusnya boleh pergi Sydney... teringin juga nak ke sana... kumpul duit dulu... Hehe..

    ReplyDelete
  6. hari kedua seribuuuuuuuuuuuuu................................. ;p

    ReplyDelete
  7. PEHHHHHHHHHHHHH,OKAY ONIE TETIBA BARU TERINGAT YANG LUPA NAK TRANSFER DUIT KE KAK YA,OLOHHHHHHHH...SEDIH NGOTIIIIII T_T

    ReplyDelete
  8. wow!! byknyaaa akk shoping.. untuk sy xde ke kak?? nak juga sbg kenangan.. hakhakhak.. buat muka x malu

    ReplyDelete
  9. Seronoknya. Seronoknya. Seronoknya. Bila la nak dapat pergi ke negara orang ni? :)

    ReplyDelete
  10. banyaknya shopping.hahaha. rugi tak order budu hari tu.hehehe

    ReplyDelete
  11. banyaknye banje...hehehe
    bilela nk smpi sane..

    ReplyDelete
  12. semakin teruja ni akak baca...
    harga murah giler tapi bila convert terasa gak mahal..hihi

    ReplyDelete
  13. pitam tengok angka tu.hehe.setiap hari seribu lebih habis spend eh..kna kmpul duit byk2 nk pg aussie ni..

    ReplyDelete
  14. wahh syoknye shopping..ada lg tak fringe magnet lebih? nak beliii..rugi je hari tu lupa nak kirim kat nadia kan..huhu

    ReplyDelete
  15. sehari di paddy market? memang terbaik..

    ReplyDelete
  16. Kalau tau ritu leh kirim FM seketoi tapi berbayar la..huhuu..
    Takpalah takdak rezeki..

    Leh tahan jugak soping, kemarin 3ribu ari ke 2 sribu... :)

    ReplyDelete
  17. baca mcm murah.. tp tgk tukaran mata wang balik fuhh blh tahan jugak yer ... tp xpelah .. sekali sampai kan.. beli lbh cenderahati .. walaupun untuk sendiri 2 jer yer... hihihihihi

    ReplyDelete
  18. dear nadia...suhu 14 c tu, kena pakai jaket setebal mana? syok i baca ur entry..tak sabar2 nak fly dh ni sbb 1st time nak gi OZ...i pernah dok kat UK tapi tak leh imagine sesejuk mana sydney hehhe

    ReplyDelete
  19. Nadia pandai u cerite.. and nice trip :)

    ReplyDelete
  20. tempat nya tidak ada yang menarik nih!!!

    ReplyDelete
  21. omgeeee...ni tempat paling best...

    ReplyDelete
  22. utk yg bakal melawat Sydney, info dr Nadia ni sgt bagus & membantu ...

    ReplyDelete
  23. Informative blog nadia ni. Ssp nk dtg sini bole refer mklumt kat blog nadia ni. Highly recommended. And boleh hubungi sy kay.abubakar@gmail.com utk homestay ( limited 5pax only) beserta mknan halal disediakan di sydney

    ReplyDelete
  24. sy akan terbang ke sydney pd 17 nov ini. tidak ikut rombongan. agak risau terutama bab makan. en abu bakar leh tolong sy x ?? sy akan menginap di metro hotel on pitt

    ReplyDelete
  25. Salam Nad, bila nak g syd lg? Bole bg contact email nak tya pasal syd trip tu, nak mintak tip-tip.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...