April 29, 2014

trimester ketiga, wiiiiii ;)



pejam celik pejam celik rasa macam sekejappnyaaaaa dah 7 bulannnn. wiiiiiiii~ bestnyaaaa! selamat datang ke 3rd trimester nadia farahida. hihihi ;) semalam check up dekat klinik dah genap 28 minggu 1 hari. ada lagi 12 minggu jewww untuk tunggu baby keluar melihat dunia insyaAllah. :)) rasa macam baruuu jee semalam karang entry first time aku tau aku mengandung dekat entry sini. the moment when i knew, i'm pregnant! T___T menipuuu laa kalau aku cakap takde perasaan berdebar langsungg. T__T oiii kaw gileee tak takut nak bersalin. (-__-') dengar orang cerita pon dah serammmmm, apetah lagi bila kena lalui sendiri. tapi perasaan meronta-ronta untuk melihat anak sendiri laaaaagi kuat dari perasaan takut. dalam kepala aku pikir satu je, janji semua selamat dan dipermudahkan. aminnn. :)

sepanjang 7 bulan 2 hari aku mengandung, berat badan aku naik 6.9kg. :) ni soo farrr laaa. ;) lepas ni mestiii naik lagiii kannn tapi i is ok jeee naiklaa naiklahh kuikuikui :p semalam time checkup, firsttt time kena minum air gula seumur hidup. oiiiii dia punya rasa, ngeriiii sampai pening pening kepala aku. huhu.




sebelum-sebelum ni aku sokmoo dengar ada yang siap muntah-muntah lepas minum air gula. aku macam eeeeerrr alaa air gula je kottt. :p just bayangkan kita minum air sirap yang manis dia manis gile dahhh. :P sekaliiii, bila sampai turn aku yang kena minum, nurse tu tunggu depan muka sebab nak pastikan kita minum sampai habis. satu gelas purple dekat atas ni penuhhhhhh air dia. sebelum minum kena amek darah dulu. ok settle amek darah nurse tu terus suruh minum jangan bagi muntah langsung. kalau tak nanti kena minum balik. baiklahhhh. aku terus minum non stop sampaiii tinggal separuh macam dalam gambar dekat atas ni. T____T sekali aku dapat rasa macam sel sel pipi dalam mulut aku dah mengambang geliiiiiii. hahhh sudahhhhh. macam manaa ehh nak cakap rasa dia. dia ibarat kaw bancuh 20 sudu gula dengan air masak. dan jemputlah minum. :P HAHA. takde dahhhh rasa air sirap ke air sunqick keee. dia rasa air gula semata-mata yang pekat kaw kena minum satu gelas ni penuh hoiiiiii hazabbbbb ngeri. T____T

lepas habiskan separuh gelas, automatik aku tercakap dekat nurse, oooo no wonder laa ramai yang muntah lepas minum air gula niii. geliii tekak saya kak. saya nak amek gambar boleh? nak tunjuk ok kawan-kawan, ini adalah air gula ituuu. HAHAHAH. :p yang nurse tu ponnn layannn jee :P janji awak kena minum sampai habis tanpa muntah. awak nak amek berapa keping gambar pon amek la. HAHAHAHA. padahal masa ni aku cuba cover untuk muntah. tu yang aku stop amek gambar sekejap. kuikuikui. aku rasa, kenapa rasa dia hazab sangat mungkinnn la sebab dalam keadaan perut kita yang tengah kosong langsung, ye laa, kan untuk minum air gula kita kena puasa dari pukul 10 malam sampai laaa keesokan paginya sampai ke saat kena minum air gula, perut takde isi, tiba-tiba kena paksa diri minum segelas air gula yang manis gile terus rasa loya dia menjadi-jadi. oiiii serikkkkk :p nak habiskan segelas ni 4 kali aku benti benti. huhu. T___T terus terbayang macam manaaa laa fear factor kena makan mata kambing usus kambing batu kambing segala. HAHAHA. lepas minum air gula, nurse cakap boleh minum air mineral tapiii 3 teguk je. tak boleh lebih. kena tunggu lagi 2 jam untuk amek darah sekali lagi. dan selama 2 jam tu jugak still tak boleh makan dan tak boleh minum ape-ape. hanya ada air gula dalam perut aku dan rasa air gula tu still melekat dekat sel-sel pipi dalam mulut aku. oiiiii nak muntah. :P tapi aku tahan. bertabahlahh. (-__-')

nasib baik pada masa aku sedang melayan perasaan geli nak muntah tu, doctor panggil untuk scan baby. terus lupa perasaan nak muntah tadi. hihihi. terus segar dapat tengok baby gerak-gerak dengan bahagianyaaaa awak menendang-nendang memusing-musing ye sayanggg. ;)) so far semua normal doktor cakap. air ketuban cukup, kedudukan janin ok, jantung baby ok, kepala dia dah dekat bawah, berat baby 1.2kg, dan still a girlll ;) aku cukup risauuu kang tiba-tiba scan nampak jantina lain pulak sebab boleh dikatakan 70% kelengkapan baby semuaa dah beliii. oii seremmmm. hihihi ;)

berdasarkan apa yang aku baca, untuk perkembangan baby berusia 7 bulan di dalam kandungan, saiz dia lebih kurang seketul bunga kobis yang seberat sekilo lebih gula. dia dah boleh bukak tutup mata dia, kuku jari pon semua dah tumbuh, hobi dia dah mula hisap jari ;) dan perkembangan otak dia adalah sangatttttt aktif. masa ni dia dah boleh kenal suara mak ayah dia. anyonyonyooo ;) oooo no wonder la dari keadaan dia yang diammm je tak gerak, bila syafiq panggil terus dia tendangggg. ooo dia kenallll suara daddyy diaaaaa. so sweettttt mihmihmih :p


Ya Allah, terima kasih untuk sebuah pinjaman yang palinggggg indah yang pernah Kau izinkan kepadaku sepanjang 7 bulan ini. :') Kau peliharakan lah zuriatku Ya Allah selama mana dia didalam rahimku. Kau keluarkan lah dia pada waktu terbaik yang telah Kau tetapkan dalam keadaan yang sihat dan selamat. Aminnn. :) 
sayanggg, lamaaaaaa kami tunggu. kuatlah untuk 3 bulan jee lagi. we love you baby. :')


21 comments:

  1. Alolololo..dh lama kak sya xjenguk sini tau2 dh 7bulan dh..how time flies..anyway, never toooo late kan nak say congats..congrats dik..finally.,;)

    ReplyDelete
  2. bestnyerrrrrrrrrrr..!!!! heheheh..

    pernah minum air gula masa kat Hosp Putrajaya time nak buat IUI thn 2009... rasa dia mmg nak buat termuntah tp tahan jer la.... bestnyer kalau bleh bubuh ais lam air gula tu...letak sirap ker..sarsi ker..takpun perisa jagung..kan sedapppppppppppp :p

    ReplyDelete
  3. Time pregant dlu akak slalu ngelat minum air gula...separuh minum separuh bunag dlm sinki...hahahaa

    ReplyDelete
  4. Mama nory je hebat part air gula..:-) xlama dh nk jmp bby girl yaya ni..

    ReplyDelete
  5. Semoga selamat semua nadia.. banyakkan berehat yer..

    ReplyDelete
  6. Rindunya moment tu..,take care tau...xlama dah...

    ReplyDelete
  7. erkkk tang minum air gula ni rasanya akak yg dah 6 tahun bersalin pun masih seriau terasa² kembang di tekak ni huhuhuhu ..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dah 7 bulan,... moga semua nya selamat lah yerr... YY pun x sabar jugak niee... :)

    ReplyDelete
  9. Woww..kejap je dah 3rd trimester. congrats and take care k!^^
    p/s: can't wait to see your baby. bcos I love babiesss..eh!haha

    ReplyDelete
  10. Lama dah tak jengah blog Nadia nie..
    Wah sekejap jerk dah 7 bulan ya.. Akk doakan semoga segalanya dipermudahkan nnt... Aminnn....

    ReplyDelete
  11. ngerinya tgk air gula tu... sy pulak dah masuk 31 weeks ni.. takde pulak kena minum air gula..dok tunggu jugak bila la nurse nak suruh minum air gula.. tp cam xde je.. pelik jugak sbb org kata skrg ni ibu mengandung umur 25 tahun ke atas.. walaupun takde masalah pape, still kena minum air gula.. tp bagus gak la tak kena sbb tak sanggup rasanya tgk air gula tuu...huuuu..ngeri...

    ReplyDelete
  12. wahh.. bergenang air mata baca entry ni. teringat masa tengah pregnant dulu.. semoga semuanya berjalan dengan lancar :D

    ReplyDelete
  13. lebih kurang la kite....xsabar nk tunggu ag 2 bulan...

    ReplyDelete
  14. mudah-mudahan selamat semuanya.amin.

    ReplyDelete
  15. mesti tak sbar tggu baby kuar kan nadia...syok pulak tgk org ngandong ni...hehhe

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum nadia...wahh dah preggy adik sorang neh....alhamdulilah rezeki Allah kasi..tahniah...dah lama tak blogwalking tetibe masuk je tgk dah 7 bulan....alhamdulilah alhamdulilah....doa awak dimakbulkan....best kan preggy...semoga semua urusan awak dipermudahkan nanti....salam sayang dari akak....:)

    ReplyDelete
  17. bestnya sis dah trimester ke 3..sy bru trimster 1...melayan segala mual2..malas2....apapun jaga keshiatan ya..salam kenal

    ReplyDelete
  18. Tersentuh perasaan seorang ibu mcm Umi Qi baca entry ni...adik nadia....gambar scan tuh jelas nampak baby nadia sihat...alhamdulilah dlm scan ckp girl kan...yeyyyyy geng mama....syukur alhamdulilah....rasa hepi sgt baca entry ni....terasa mcm nak bg QI adik....perasaan yg sama membuak2 nk preggy semula...Allahuakbar, semoga dipermudahkan ye dik....take a lot of rest tau....

    Mmuahhhhhhhh utk mama dan baby...
    xoxo,
    Umi Qi

    ReplyDelete
  19. seronok je baca pasal orang pregnant. bila lah turn saya ni. :'(

    papepun take care k.. :)

    ReplyDelete
  20. fifi time minum air gule tak pernah habis.. minum 5 teguk fifi buang selebihnye,, hihi.. sorok2.. tak sqanggup nak muntah..

    ReplyDelete
  21. saya preggy 2x pun kena minum air gula, tapi air gula yg berperis oren dan blackcurrant so boleh la tekak nak telan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...