oleh disebabkan aku jenis pantangg jumpa cermin, aku decide nak lekatkan cermin besar dekat dalam rumah. besar sebesar dinding. lagi besar lagi bagus (x__x) bukan takat boleh belek jerawat je, senang boleh tengok atas sampai bawah. lagipon cermin besar boleh membantu buat rumah kita nampak lebih luas walaupon padahal hakikat sebenar kecikkkk cenonett je. kuikui :)
sebelum aku decide company mane yang akan pasang cermin tu, mesti la aku survey-survey dulu kan. mula-mula ingat nak beli cermin siap dekat ikea, tapi xde saiz sebesar dinding yang aku nak. kena sambung 4 cermin besar. tapi, konpem akan nampak jurang sebab cermin ikea macam ade border. cermin tu akan nampak sangat terpisah. so tak jadi. xpe, nexttt kita pergi nilai. dekat nilai kan ada banyak kedai-kedai cermin bagai. banyakkk. tapi tetap ada border macam border kayu. lagipon tak muat nak masuk kereta kalau beli. kena sewa lori. satu hal pulakk kann. tak jadiii lagi. tiba-tiba aku teringat adam. dia pernah pasang sliding door dekat dapur rumah aku. aku try call tanya dia ada buat cermin makeup besarrrr tak. dia cakap ada. esok dia datang ukur dinding and bagi quote harga. yayyyyy!
sebelum
aku nak cermin sebesarrr dinding ni sebab senang nak main sehati berdansa dengan syafiq. tak pon pasang lagu, kita senam aerobik. nak joget gangnam style pon boleh. :D
selepas
seee. memang cermin sesaje dekat 1 dinding tadi. penuhh. kalau korang perasan, cermin ni dipotong tiga. memang terpaksa potong sebabnya, mana muat besar gedabak ni nak masuk liftttt. pfftttt~ jadi terpaksa la dipotong kepada tiga keping. tapi tak nampak jurang sangat kan sebab dia xpakai border pape. memang cermin sesaje. aku dah lupa berapa kaki dinding ni sebab saiz and harga cermin ni berdasarkan berapa kaki dinding kita nak buat.
haaaa, macam ni. ada tiga keping. sekejap je dorang buat kerja. adam datang ukur, tiga hari lepas tu dia terus datang pasang. siapppp. santekkk! (x__X)
kalau korang berminat atau tengah planning nak pasang cermin gedabak ni jugak, korang boleh terus contact adam ye. harga cermin berdasarkan saiz yang kita nak. call dia suruh dia datang ukur. tak kesah area mane rasanya adam ni. kl selangor semua dia on. meh aku bagi details dia.
adam, 012-3279932







