April 19, 2017

Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 4

1. Harga tiket flight ke Maldives.
2. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1
3. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 2

4. Hotel paling murah di Maafushi Island, Maldives

5. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 3

hai semuaaaa ;) haa nampak takkk betapa sibuknyaaa aku sampai berminggu-minggu cerita maldives kita tertunda tunda. jadi marilah kita sambung bercerita kembaliii. kalau korang follow citer maldivcs aku haritu, kalau ikutkan harini adalah cerita hari ke 4 di maldives kita. since semalam badan dah penat seharian bersnokeling dan adik aku tak berapa sihat selepas adegan lemas-kelemasan :p so untuk hari ke-empat ni aku planning untuk jalan-jalan dekat sekitar pantai maafushi ni jewwww. :p


selepas breakfast, berjalan la aku laki bini ditepi pantai yang indah tuuuu sambil kepala otak aku running, heyy biar betulll seharian takde buat ape-ape aktiviti. tak boleh jadi niii. sambil-sambil berjalan tu aku memang sengajaaa lalu depan tempat-tempat watersport ni dengan harapan laki aku berkenan nak ajak main game pape kee tapi 17 tahun aku kenal syafiq, itu bukan syafiq. :p dia bukan spesis meminta meronta-ronta macam aku haa bukan. hahahaa. aku je sokmo yang bangsa beria kalau bab berjalan makan angin nii :p






bila dah mundar mandir dekat sini dua tiga kali terus aku rasa macammmm hey i is cannot. :p macam nak main jetskiii jee tapi haritu dah main jetski dekat pangkor. nak main payung terjun tapi dorang tak benarkan sebab cuaca time ni tak berapa nak cantik. macam nak hujan pun ada. aktiviti lain dah biasa main dekat port dickson. aku nak sesuatu yang tak biasa main. aku suruh syafiq dengan adik main game yang alaaaa macam mana nak cakap ehh. game yang kita duduk atas speedboat dan nanti dia akan menembak badan kita keatas langit menggunakan satu tali je. terapung-rapung la kita macam roket tapi tali still pegang badan kita dan berpaut dekat speedboat tu. heyyy terus aku kena maki. awak nak main awak buat sendiri. muahaha. aku dah agak syafiq akan jawab macam tuu sebab syafiq penggayat pada ketinggian kikiki :p terus dia jawab dari main benda alah tu, baik pegi scuba keee. tak de la seram sangat. daddyyy daddyy daddyyy. dah 7 tahun kita berlaki bini. bila dia dah cakap macam tu aku apee lagiiiii. haaa terus jadi. kita pegi scuba. hahahaha. aku sampai ke harini still terbayang muka syafiq hilang darah dekat muka sekejap bila aku cakap ok jadi. kita main scuba. hahahaha. tauuuu seremmmmm. tadi cakap better scuba. so kita amek pakej berscuba diving la. hahahaha. syafiq bernasib baikkk sebab adik aku jenis melayan dan beria jugak. so dia akan berscuba dengan adik. aku? jaga bunga seperti biasa muahahahah :p selamatttttttttt :p


so once syafiq dan adik dah bersetuju untuk berscuba, marilah kita membayar harga pakej scuba diving iniii. untuk scuba ni dorang caj 75 USD sorang. convert duit kita dalam RM330.40. dua orang RM660.80 (-__-') pejam mata dan bayar. T__T huhuuu. first time nak berscuba kann. seumur hidup sepanjang dekat mesia pun tak pernah pernah nak berscuba bagai, sampai maldives boleh pulak gateyy nak berscuba haa amek kaw. (-__-') dah settle pembayaran semuaa ingatkan dorang terus berscuba time tu rupanya pukul 2 petang baruu kita pegi. time tu baruu dalam pukul 11 pagi. since kita dah bayar mahal-mahal pakej berscuba ni kann dan nak menunggu ke pukul 2 petang kita ada 3 jam lagi, terus abang maldives tu offer kita main kayak dan canoe freeeee. wahhhh bestnyaaa. berkayak di maldives gituewww puii :p
















haaaa nampak tak. syafiq bernasib baik sebab adik aku jenis beria macam akuu dan adik aku bernasib baik sebab syafiq jenis melayan. dan aku pun dalam kategori  bernasib baik sebab ada bunga so aku boleh bagi alasan menjagaaaa bunga dan aku tak perlu main semua tu muahahaha :p 


haa nampak tak, mak sibuk menjaga seketul bunga yang tak nak duduk atas pasir lalu alaskan la beliau sehelai kain napkinnnn (-__-')




selesai syafiq dan adik berkayak dan bercanoe, terus kitorang balik ke hotel balik sebab still ada banyak masa dan perut dah start laparrrr. kan makan pagi pukul 8 tadi. sekarang dalam pukul 12 lebih kot. so terus balik dan makan nasiiii. makan dekat mana? masak dekat bilikk kikiki :p

tengok jam dah dekat pukul 2 petang jadi moh ler kitaaa ke tempat scuba tadi. tak jauh pun dari hotel. dalam 20 langkah dah sampai mueheheh :p sampai-sampai je terus dorang suruh pilih bajuuu.




first timeeee aku tengok syafiq dan adik pakai gini terus rasa macam amagaddddd, serammmmnyaaa. (-_-') takde pakaian senonoh sikit keeee heyy risau aku kang tibe-tibe menjelmaaa ampunnn mak pitam nokk hahahaha tapi alhamdulillahhh, takde adegan merbahaya berlaku hahaha. 

ok baiklah mari kita sambung bercerita, since kitorang tak pernah berscuba diving sepanjang hidup, so selepas je dah pilih baju, kasut dan segala peralatan yang berkaitan terus abang maldives tu bawak kitorang masuk dalam satu bilik theater. dekat bilik tu dorang pasangkan video dari a sampai z macam manaaa cara untuk berscuba dengan betul. start dari macam mana kita nak kawal pernafasan kita, macam mana nak control kalau tibe-tibe bila dalam air google kita masuk air, dan segala benda laa yang berkaitan dengan scuba. video ni nanti macam konon-konon kita dah dalam air, jadi sekurang-kurangnya bila dah terjun dalam air betul-betul, kita akan teringat balik video ni. haa gituuu. jadiii tanpa membuang masaaa, moh ler kitaaaa naik speedboat untuk ke tempat scuba tuu.


tak ramaii pelancong yang memilih untuk berscuba jadi time kitorang pegi ni, yang berscuba hanyalah 4 orang termasuk syafiq dan adik aku. lagi 2 orang mat cine dari negara mana pun aku tak pasti sebab dorang tak paham bahasa inggeris tapi dorang memang dah expert bab bab scuba ni. dari peralatan scuba pun dah boleh agak sebab dorang bawak yang dorang punya sendiri. camera dslr stok-stok proo untuk underwater punya. syafiq dan adik baru terkedek-kedek nak pakai kasut, dorang dah siap terjun hilang ntah kemana hahaha.






demi allah, time ni aku rasa macam betul keee dorang ni nak main terjunnnn jee. (x__x) kang tibe-tibe ditelan ikan jos macam mana. tak pun kang tibe-tibe lemas dekat dasar keee nak buat macam mana. berdebarnyaaaaaaaaa aku tuhan je tahu.  tapi aku control cool sebab taknak bagi adik dan syafiq pun cuak. helloooo duit dah bayar ni, kang tibe-tibe dorang cakap tak berani heyyyy mantik. :p terus tanya adik dan syafiq ok tak. dorang cakap okkkk. so aku legaaa. hahaha. untuk pengalaman pertama kali, dorang takde main terjun jeee dekat laut dalam. dorang bawak dekat tempat yang berpasir. so dorang terjun dari boat dan still berpijak atas pasir dulu. nanti pelan-pelan berenang ketempat yang semakin dalam dan semakin dalam hingga laa dorang hilang dari pandangan mata akuuuuu. 


hoii seramnyaaaa time niii. macam-macam aku terpikir dekat kepala otak. tak terluah jee. adik dan syafiq terjun dengan sorang cikgu scuba dorang. kalau korang perasan dekat gambar atas ni, kawasan berpasir dekat tengah-tengah laut tadi tu dekat air laut yang warna biru cerah tu. lepas je dorang dah hilang dari pandangan mata, terus boat aku naik ni meluncur laju ntah kearah mana pun aku tak tau. tapi hey jauhnyaaa. larat ke laki dengan adik aku berenang ni. macam mana dorang tau boat tunggu dekat sini. kang sesat macam manaaa. (-__-') macam mana kalau tibe-tibe dorang hilang dalam sana mana aku nak cari. ehhhh macam-macam laaaa aku pikir sambil berdoaaa ya allahh, selamatkan suamikuuu. selamatkanlahh adikkuu. hahahaha. susahh kalau imaginasi terlalu ikut emosi nii. air kannnn ketakutan utama akuuu. :p padahall dorang berdua rilekkk je dalam air siap berpeace-peace bagaiiiii, mak dekat atas macam nak pecah dada menahan emosi sebab aku terbayang aku yang tengah berscuba sekali mashaAllahhhh, boleh meninggal terus dekat dalam air sana. seriussssssss. (x__x) yang dorang siap berenang masuk gua keluar gua lagii weyyy nasib baikkkk takde ikan besar melintas lalu-lalangg jemput bersyukur. hahahaha. ko bagi laaa aku RM10,000 sekalipun, idoknyeee aku berscubaaaa. percayalahh. T_T










bak kata syafiq, mungkin cikgu scuba tau dorang kan pertama kali. jadi setiap masa dorang berpimpin tangan jeee supaya dorang tak rasa panik dan dorang sentiasa berenang bersama-sama. lepas tangan sekejap jee untuk amek gambar lepastu sambung pegang tangan balik. aku syak cikgu tu takut tibe-tibe ada ikan besar melintas, mau menggelupur laki dan adik aku lari hahahaha. 

aku rasa ada dalam sejam kottt dorang berenang dekat bawah sanaa tibe-tibe abang maldives yang jaga boat aku cakap, tengok sana. dorang dah sampai. beriaa aku bangun nak tengok tapi tak nampak apee pun. nampak air laut samaaa je semua. sampai sekarang aku tertanya-tanya macam manaaaa dia boleh nampak dan macam manaaa cikgu scuba tu tauuuuu boat tu tunggu dekat mana sedangkan jauhhhh kotttt boat ni bergerak tadi. dorang ada penunjuk arah ke dalam air wey cer tolong bagitauu hahahha. 



naik-naik je terus aku tanya, best tak dik. ada ikan besar tak bang. nampak ape. ada ikan lalu? ikan jos ada? nampak ape. punyalaaa 1001 soalan aku tanya tapi kaw tau adik aku jawab ape? jap kak. takde suara. kering tekak. air ada? hahahaha. sesambil boat kitorang laju meluncur balik ke hotel, adik beria bercerita dorang berenang masuk dalam gua. terngangaa aku. hey tak takut keee masuk guaaa amagad. dia cakap takut jugak mula-mula tapi control macho. hahahah. terus aku teruja nak tengok gambar. dah jomm kita balikk. 


time ni dalam pukul 5 lebih kott rasanyaa. dah siap-siap serahkan balik semuaa baju dan peralatan scuba tadi terus kitorang jalan kaki balik hotel. sementara nak naik hotel tu sempat laa singgah main dekat playground depan hotel kejap sambil melayan bungaa.





seperti biasa, perut dahh lapar jadi marilah kita pulang ke bilik untuk memasak makan malam kitaaaa ;) percaya atau tak, sekali lagi adik aku demam sebabbbbb ada air dalam gegendang telinga dia tak nak keluar-keluar hahaha. siap telan panadol berbiji-biji tapi tak kebah-kebah jugak lagii. 

malam tu kitorang turun hotel lagi sekali sebab ada acara pertandingan ketam. firsttt time aku dengar ada game ketam ni. 


semua pelancong dan penduduk pulau maafushi tu boleh join so aku laki bini pun join laa. rupanyaaa kita kena pilih sekor ketam. dekat belakang ketam tu ada nombor. aku dapat ketam nombor 23. jadi permulaan game tu adalah contohnya ada 30 orang yang main, so akan ada 30 ekor ketam. 


letak semua 30 ekor ketam ni dekat tengah-tengah bulatan, 20 ekor ketam pertama yang sampai ke garisan dulu adalah pemenang. so dari 20 ekor tu nanti letak dekat tengah balik, 10 ekor yang pertama pulak adalah pemenang. dari 10 ekor ketam tu, 3 ekor ketam yang sampai dekat garisan dulu adalah pemenang. dan dari 3 ekor ketam tu, seekor ketam yang paaling cepat sampai dekat garisan dia adalah pemenangg. hadiah dia bestttt wey. aku dah lupaa nombor satu dapat ape tapi top 3 tu semua dapat hadiah. ada yang dapat pakej scuba free, ada dapat pakej candle light dinner free, ada dapat 1 night stay free, kayak free, canoe free wahhh bestnyaaa. napelahh ketam akuuu pemalas nak bergerak. berjalan dua tiga langkah terus menyepi dah acaner nak menang hahahah. 

dah abis game ketam-mengetam ni moh la kita balik ke bilikk. hari dah lewat malam niii. aktiviti apaaaa kita nak buat untuk hari kelima esok ni yee. esok sehari je hari last boleh beraktiviti sebab lusa dah nak balik mesia dahhh. stay tuneee :p jadi tamatlah cerita hari keempat kita di maldives. total keseluruhan perbelanjaan hari keempat di Maldives adalahhhh, 


Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk hari keempat di Maldives.


# Pakej scuba diving untuk 2 orang RM660.80
_______________________________________________
TOTAL: RM660.80
  

settle hari keempatt (-__-') 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...