August 22, 2016

harga tiket flight ke Maldives :)

hai semua :) punyaaaaa la berkurun lama aku tak update blog sampai tiap kali nak tekan keyboard, aku backspace balik. taip taip backspace, taip taip backspace. T_T maka sampai kesudah aku kematu akhirnya baik aku off cpu. :P bila dah lama sangat tak update blog, aku tak tau cerita mana yang patut aku taip dulu. aku start dengan harga tiket flight ke Maldives boleh? :) sebenarnya cerita ni pun dah berbulan-bulan aku peram. (-_-') kitorang pergi Maldives bulan Mei haritu. ni dah Ogos. tapi aku still kena karang jugak untuk kenang-kenangan dimasa akan datang mana la tauu kott nanti nak pergi lagiiiieww kewww :P lagipun ramaiii kawan-kawan sedara mara kitorang yang menanya. so baiklah. mari kita mulakan. :)

Maldives ni kalau korang tanya aku, dalam banyak-banyak negara impian aku, negara manaaa yang aku paling adoreeee tahap tertinggi, jawapan dia adalah Maldives. :) ikhlas aku bagitau korang, pernah satu masa time tahun kedua kawen kot, aku punya teringin nak pegi maldives, aku tak tido satu malam google semua benda berkaitan Maldives. padahal satu habuk pun takde lagi masa tu. :P sajeee untuk kepuasan dalaman diri sendiri mihmihmih. dan percayalah, pukul 4 pagi syafiq tengah syok tido, aku bantai kejut dia selak-selak nangis ajak dia pegi Maldives. :)) kalau ingat balik, bengom betul rasa HAHAHA. kaw apahal sampai nangis beriaaaa nadiaaa :p ko rasa maldives tu belakang rumah kawwww! :P laki aku dalam mamai-mamai pun sempat lagi pikir, tempat mahal tu sayangg. tapi takpeee, nanti kita pergi ok. terus macam nasib baikkk ayat ending laki aku jawab macam menarik walaupun time tu aku tau, dia malas nak layan drama air mata aku sebenarnya HAHAHA :P maka bila hati dah tak memberontak, terus dapat tido dengan lena walaupun time tu, aku pun tak pasti tahun bila boleh jejak kaki ke Maldives. dalam mimpi pun jadi la. kohkohkoh :P



kenapa Maldives? sebab dia adalah sebuah pulau tercantik di duniaaaaaa. tapi bila mengenangkan duit yang tak berapa nak ramai (-__-'), aku pendamkan je dulu sorang-sorang sampaiiiilah tibe-tibe bulan Februari 2016 haritu, aku terbukak website Airasia dan tengok harga tiket ke Maldives murah gileee berbanding yang aku selalu dengar orang cakap tiket Malaysia Airlines ke Maldives sorang pegi balik RM3000 lebih. so kalau ada yang murah, kenapa nak beli yang mahal. ye dak? :p asal sampaiiii sudeyyyyy ;)

terus aku bagitau syafiq, Maldives jom? ;) laki aku ni pesen ikut jeee bini dia kalau bab berjalan sebab dia tau, yang akan study pasal maldives tu adalah aku, dia membontoti jeewww :P aku asal dapat green light je, terus onnnnnnnnnnnn. on the spot aku book untuk 3 dewasa dan 1 bayi. kenapa 3 dewasa? sebab aku angkut adik aku sekali supaya dialah kameramen, dia lah luggage men. muahahah :P maka sampailah kami ke maldives dan selamat pulang dah pun. :P harga keseluruhan tiket kitorang ke maldives untuk 3 dewasa dan 1 bayi adalah, RM2388.72. murahkan berbanding harga tiket MAS? :) huuuhuu~



total keseluruhan harga ni dah termasuk RM142 untuk add on luggage 45kg flight pegi, RM75 add on luggage 25kg untuk flight balik, RM78 untuk add on makan minum tiga orang untuk both flight, dan harga tiket untuk bayi bawah 2 tahun adalah RM50 sehala. so total semua macam aku cakap tadi, RM2388.72 :)



masa mula-mula aku beli tiket ni aku dah terfikir, perlu keee untuk aku add on luggage segala bagai ni. ye la, nak jimat tak payah add on pun tak pe. tapiii oleh disebabkan hasil pengstudian aku selama berhari-hari sebelum aku pegi ke maldives ni, majoriti akan suggest bawak periuk nasi sebab makanan dorang mahal gilee dan beras dorang tak berapa nak masuk dengan perut jenis perut kampung macam perut aku sekeluarga ni, terus aku angkut periuk nasi segala :p. dari asalnya nak bawak periuk nasi dan beras semata, habis segala lauk pauk aku bawak sekali sebab aku tau, perut aku laki bini ni memang bangsa wajib makan nasi setiap hari. kalau tak boleh parkinson. muahahaha. bunga pun sama. setiap hari memang dia akan mintak nasi. walaupun aku perlu bayar RM200 lebih untuk add on luggage semata, sikit pun aku tak menyesal bayar mahal-mahal sebabbbbb, sepinggan nasi dekat maldives adalah dekat RM100. :') so kalau 3 orang makan bukan ke dah RM300? tu baruuu sekali makan. takkan sehari nak makan sekali je? kitorang dah la duduk sana seminggu. kiralaaahhh (-__-') so marilah kita memasakkkk. kitorang banyak save dekat bahagian makanan, so yang mana duit extra, kita habiskan dengan segala aktiviti air. nama lagi pulau kannn. :) 


haa korang nanti kalau nak pegi maldives, jangan lupa bawak periuk nasi ye kuikuikui :P 



aku bawak yang macam ni, jenama elba sebab dia 2 in 1. nak masak nasi boleh, nak masak lauk pun boleh. tak perlu gas segala bagai. sambung ke plug jee dan memasak la kaw nak masak ape punnnn. ;) senang kannn. RM139.90 seketul. aku beli dekat tesco jeww :P sekiannn, permulaan cerita Maldives aku. tapi tak tahu tahun bila pulak sambungan dia. :P




10 comments:

  1. hahaha tahun 2016, baru update 3 entry ye nadia. hehe bestnya maldives,

    ReplyDelete
  2. Wahhh....lame giler hakakkkk tggu update... tup2 cite malatopssss psl Maldives yer Nadddd..hahaha...

    Lagi22222... cpt sambung plssss....

    Nak gmbr si Bunga lebihhhh yer....ekekekek

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing. In Shaa Allah memang nak ke sana satu hari nanti. Nanti update lagi ye.. boleh jadikan itinerary untuk kami pulak.. muchas gracias! :))

    ReplyDelete
  4. ok cpt smbung.. yui eksited bc tau..huuuu

    ReplyDelete
  5. Menariknyaa. Sesuai ehh Maldives tuh kalau bawak anak2? Kot la kan, dok nampak macam sesuai untuk couple without anak ja, hehe.

    ReplyDelete
  6. okey jugak tu kalau bwk periuk nasi..
    nak makan banyak pun senang.
    tinggal masak je

    ReplyDelete
  7. Hasil study aku plak... Promo aa awal thn je murah... Compare the next promo nya... Makin mahal dan mahal skit... Skang kena tngu 2017 la plak kl nk jln jauh...

    ReplyDelete
  8. amboii nadia... berkurun tak update nasib ingat password lagi.. hahahah.. akak baca kot2 nanti leh pi.. tapiii naik flight takut betul.. hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...