Lazada Malaysia

February 03, 2016

SAYA BUKAN PELACUR

Mungkin sudah tiba masanya saya menceritakan siapa saya yang sebenar. Nama saya Nadia Farahida. Seorang bekas pelajar lepasan Pengurusan Hotel dari sebuah university tempatan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 Besut, melanjutkan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3 di MRSM Kuala Lipis, Tingkatan 4 & 5 di MRSM Bitara Pengkalan Chepa. Bunyi macam wah hebatnyaaaa lulusan asrama penuh tapi percayalah, asrama penuh inilah yang mengajar aku erti sebuah kehancuran. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang aku lalui 10 tahun dulu sehinggalahh saat ini, saat aku menceritakan dari sekeping hati yang jiwanya pernah mati.
Aku mula menjadi harapan mak ayah aku time aku darjah 6. Tersenarai dalam Top 5 Pelajar Cemerlang sekolah, menjadi Penolong Ketua Pengawas, mendapat keputusan 5A dalam kesemua mata pelajaran UPSR aku cukupppp membuatkan mak ayah aku bangga. Tipulah kalau aku cakap aku tak bangga, kembang setaman babe :P kaw ingat senang nak dapat 5A? Hihihi. Baikk sambung cerita. :P life was sooo wonderful. Straight A UPSR, Straight A PMR, maka aku ditawarkan pula ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa. Sebuah MRSM terkemuka yang rasanya rata-rata semua mak ayah nak anak dorang masuk MRSM Berbitara ni termasuk la mak ayah aku.

Once aku masuk ke MRSM ni, aku semakin memikul 1001 harapan keluarga aku. yes, i have a big dream too. Plan aku time tu adalah abis je spm nanti, aku nak sambung pelajaran dekat luar Negara. Australia terutamanya. Tak kesah jurusan apeee, janji belajar luar Negara. Supaya bila orang tanya mak ayah aku nanti, anak awak belajar mana sekarang. Oooo luar Negara. Confirm orang akan kagum dan mak ayah aku mesti bangga. Seronoknyaaa! Tapii, semuanya musnah.

1001 harapan keluarga aku berkecaiiiiii sampai result SPM pun sampai ke sudah aku tak pegi amek. Kaw faham tak macam mana sakitnya aku rasa bila aku hancurkan harapan tinggi melangit mak ayah aku. semua sebab sebuah maruah aku yang hancur.

Sampai aku mati, mustahil untuk aku lupa ketika aku diuji dengan tohmahan yang paaaaling berat aku pernah pikul. Setahun babe, aku lalui seorang diri. Duduk di asrama, pegi makan dekat dewan makan sorang diri, pergi kelas sorang diri, pergi prep sorang diri, pergi mandi seorang diri, pergi padang sorang diri. Takde kawan dan takde sape sudi kawan dengan aku. Dan kerana setahun berseorang diri ni lah menjadikan siapa aku sekarang.

Mustahil aku boleh lupa, lepas siap makan di dewan makan, sekumpulan ‘kawan’ yang pernah menjadi kawan membaling semuaaa sisa-sisa makanan pada aku time aku tengah berjalan di depan semuaaa pelajar lelaki dan perempuan. mustahil aku boleh lupa semuaaa yang ada dalam dewan makan tu berteriak keseronokan memboooookan aku. mustahil aku boleh lupa wajah jelik disetiap muka di dewan makan itu memandang aku. Mustahil aku boleh lupa meja dan buku aku dalam kelas sentiasa menjadi mangsa air dan sampah sarap oleh sekumpulan kawan itu. Kaw minum air, air selebihnya kaw tuang dekat meja kerusi aku kenapa. Kaw makan kenyang, kaw pegi sapu meja kerusi aku dengan sisa lauk pauk kaw kenapa.

macam manaa aku boleh lupa bila kejatuhan aku adalah sebuah kemenangan bagi korang. Mustahil aku boleh lupa, hampir disetiap public phone sekolah ada nombor hp aku. mustahil aku boleh lupa hancurnya sekeping hati aku bila depan mata sendiri tengok terpampang


 ‘NADIA PELACUR 012-92902**’

di beberapa tandas awam sekolah. Allahurabbii. Kenapa korang menzalimi akuuuu. Satu sekolah memandang aku hina. Setiap hari aku menyendiri. People keep talking and never stop. Nama saya buruk, maruah saya hancur. Setiap hari lelaki mana ntah telefon aku ajak main sebab aku pelacur. Nama aku nadia pelacur. Sape-sape boleh call sebab dah terpampang dekat toilet nama aku gitu. Allahurabbi, masa ni aku dah zero. Aku rasa nak bunuh diri supaya aku dah tak perlu nak hadapi semua ni sorang diri. Tapi nak tak nak, aku kena lalui sebab time tu dah penghujung tingkatan 5. Nak tak nak, aku kena lalui sampailah habis exam SPM.

Aku still ingat macam mana rasa bila kaw tak mampu dah berhadapan dengan semua orang yang tak henti-henti menjaja fitnah kita, aku still ingat macam mana takutnyaa nak keluar beli makanan banyak kali sebab setiap kali orang nampak aku, orang akan membooookan aku. end up, aku mencatu sebungkus nasi itu. Aku still ingat macam mana rasa bila orang yang menzalimi aku sentiasa ada dengan aku. di depan mata aku. sebilik, sekelas. End up, aku menyembunyikan diri di dorm kosong yang takde sorang manusia pun duduk situ. Aku soranggg jeee. Tidolah aku dekat situ, makanlah aku dekat situ. Sebab takut dicaci lagi.

Aku still ingat macam mana seronoknya korang bergelak gembira menghala iron panas betul-betul depan muka aku, demi sebuah keseronokan kemenangan. Aku tak faham. Dan sampai kesaat ni aku tak faham. Mungkin seronok bagi korang tengok aku macam orang bodoh terkebil-kebil sikit pun tak bersuara. Mungkin seronok bagi korang setengah jam sebelum exam paper Kimia SPM start, korang bantai sorok kasut sekolah aku. sampai kesudah korang tak bagi aku. aku jalan kaki ayam babe macam orang bodoh cari kasut nak gi exam. End up, aku kutip kasut koyak buangan dekat tong sampah. Abis je exam, korang boleh letak balik kasut sekolah aku tanpa sikit pun rasa bersalah betul-betul depan mata aku sambil bergelak ketawa. Allahuuu.

Seumur aku hidup, aku tak pernah jumpa manusia sezalim korang. Koranglah yang paling. Korang jaja cerita aku, korang fitnah aku bertalu-talu sampai satu sekolah tak sudi pandang aku, mungkin time tu korang lupa, Allah itu satu.

Sejak time tu, aku memilih untuk tidak dikenali lagi. Aku memilih untuk menyendiri. Aku tak suka orang kenal aku, aku tak suka orang tahu sejarah hidup aku. aku tak suka orang tanya betulkan awak nadia yang pelacur itu. I had depression and it was very severe. It kills me. Dia membunuh seluruh jiwa aku dari dalam sampai pernah satu tahap, aku rasa kosong. I kept asking, kenapa Allah uji aku dengan ujian maha hebat ini disaat permulaan untuk aku berjaya. Takde sorang pun sudi kawan dengan aku unless, dia adalah seorang lelaki. Yang mana aku percaya, dorang berminat untuk melanggan aku. bukan menjadi kawan aku. at this moment, aku tak percayakan lelaki. Aku tak percayakan sape-sape. Aku tak nak berkawan dengan sape-sape. Sebab? Sebab kawan baik sendiri yang menzalimi aku.

Berbulan-bulan aku amek masa untuk memulihkan dalaman aku, bertahun tahun aku amek masa untuk percaya tak semua orang jahatnya begitu. Kenapa aku post cerita ni dan macam mana aku pulih? Jadikanlah pengajaran supaya kita tahu, tak semua orang tu baik dan tak semua orang tu jahat. Allah cipta bermacam jenis bentuk supaya hidup kita lebih meriah :P To be honest, dalaman aku tak pernah pulih pun Cuma kejatuhan mendorong aku untuk buktikan yang aku boleh. dendam luka yang ada dalam hati aku memaksa untuk aku lebih gigih. Supaya satu hari nanti, walaupun aku tak mampu membanggakan mak ayah aku dengan belajar ke luar negara, memadai mak ayah aku bangga bila tengok muka anak dia di surat khabar dan majalah-majalah dan mengaku, anak sayalah itu. itu lebih mengubati dan membahagiakan aku.

Kadang-kadang, kita mungkin lupa. Ibubapalah kunci sebenar kebahagiaan kita. Jangan terlalu mengejar perhubungan sebuah persahabatan sebab ketahui, satu-satunya manusia yang terus tetap akan mengutip setiap serpihan jatuh bangun buruk baik kita hanyalah ibubapa kita. Satu-satunya manusia yang tak pernah berhenti mengasihi kita dengan ikhlas hanyalah ibubapa kita. Selebihnya, ingat. Walau seakrab mana pun kawan kita, hati manusia boleh berubah. Tak mustahil yang paling baik dengan kita akan menjadi duri yang paling tajam memusnahkan hidup kita.

Stop asking kenapa Allah uji kita tapi selalulah ingatkan diri kita, setiap apa yang kita lalui dan bakal lalui mesti ada hikmahnya. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. Cukup menghukum manusia lain dari sejarah lampau mereka sebab di setiap masa lampau mereka, hanya mereka je tahu apa sebenarnya yang mereka lalui.

Kegagalan adalah guru terbaik untuk seseorang terus bangkit. Jiwa aku pernah mati. Maruah aku pernah dijual beli. People starts to pay attention bila at the age of 22, aku mampu beli sebuah rumah condominium with major renovation di tengah Bandar Kuala Lumpur. Aku mampu memiliki beberapa buah kereta tanpa sorang pun tahu jenis-jenis perniagaan apa yang aku miliki.

Listen, kesakitan yang aku pernah lalui dulu mengajar aku, orang akan pandang kita bila kita berharta. Orang akan menyanjung kita bila kita punya segala. Memang itu lumrah kehidupan manusia. Kalau kaw nak disanjung, then work hard. Thats it. Full stop.

To those who put me into all these kesakitan yang bertahun-tahun aku tak boleh lupa dan mustahil aku boleh lupa, thank you so much. Aku percaya Allah ada.

3A's in spm, nama saya nadia, ini kisah benar saya. Dan saya bukan pelacur itu.





41 comments:

  1. Kadang2 terfikir kenapa ada orang yang sezalim tu kan... Sabarlah Nadia.

    ReplyDelete
  2. As salam sy pernah alami..cuma tak seteruk apa anda lalui..sekumpulan manusia yg xheran apa akan jadi. Tahniah anda dah berjaya. Saya dah lama tinggalkan kenangan dan kwn2 yg xmembantu dan alhamdulillah apa yg ada skang mencukupi. selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  3. Sally dah baca masa kat FB harituuu...Allah...dugaan yg maha kuat utk Nadia...harapnya segala dugaan ni bw pulangan yg manis buat Nadia dan keluarga...lupakan la masa yang lalu...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Nice story sis... Akak rasa puas sgt baca citer sis... It is the real story? Dalm citer citer akak hanya nampak kehebatan Allah swt.... Agongnya Allah Ya Adzim, Esanya Allah Ya Ahad, Allah Ya Somad, hanya Dia tempat bergantung, Allah Ya Khifidh Dia Yang Maha MEnjatuhkan, Allah Ya Rafi' Ya Aliy Dia juga Yang Maha MEnaikkan dan Yang Maha MEninggikan hambaNya.... Allahuakhbar Dia Ya Kabir Ya Mutakkabir Yang Maha Besar Lagi Maha Mmbesarkan.... Allah Ya Rahman Ya Rahim sangat sayang dan kasih kan sis.... ada sebab Dia bgkan musibah itu buat sis,,,, segalannya nikmat finally... sis sangat kuat Ya Aziz....

    Boleh tak akak mohon izin jadikan citer sis sebagai inspirasi buat akak, blh buat citer ni....

    ReplyDelete
  5. setiap kesabaran itu ada ganjarannya...
    Insya Allah...

    ReplyDelete
  6. bergenang air mata bc kisah nadia..bia Allah je membalas segala perbuatan mereka..segala keperitan nadia yg dulu Allah dah gantikan dgn kebahagiaan yg nadia kecapi skrg..perkongsian yg memberi inspirasi.. :)

    ReplyDelete
  7. nadia is it real story? Allah..besarnya dugaan awak..huhu

    ReplyDelete
  8. i feel u..sy pon pernah kena camni dgan kawan2 ofis..until now pon sy still rase x boleh percaya dgan sesape except my family..sedih mmg sedih, but life must go on..kita ada Allah yg always tolong kita :)

    ReplyDelete
  9. :( kuatnya awak utk ceritakan semula kisah ini...Allah ada..apa la pandangan kwn2(kawanke) yg buat awak dulu..puncanya apa..

    ReplyDelete
  10. teruknya perangai diorang. tabahnya Nadia.

    adik akak pun blaja MRSM PC dulu.sebelum ni penah kena fitnah couple dengan cikgu. sampai ada cikgu mintak adik blaja dekat rumah masa study. takut ganggu study adik. yang fitnah tu cikgu jugak.huhu

    ReplyDelete
  11. Nadia?

    Akak speechless.

    #pelukketat2

    ReplyDelete
  12. Ya Allah...seram sejuk baca kesah Nadia..setahun Nadia mampu harungi dugaan ni.semoga Nadia terus kuat semangat

    ReplyDelete
  13. pengalaman hidup mengajar kita supaya lebih kuat..kan?
    hi sis :)
    blogwalking todayyy ^^

    ReplyDelete
  14. Subhanallah..beratnya dugaan..moga yg memfitnah itu mdpt hidayah hendaknya..keep strong dik

    ReplyDelete
  15. menangis saya baca kak nadia... saya pun selalu dihina. orang hina kita gemuk, dugong terdampar lah apelah diorang tak trpikir ke perasaan kita macam mana:( sedih sangat

    ReplyDelete
  16. Allahuuu...sebakkkkkkkkkkk...sangat2...i feel youu Nad.. cerita kita lebih kurang sama jalannya... cuma tahun akak difitnah cam tu akak masih lagi sekolah rendah..logik? sekolah rendah kita difitnah begitu rupa. sampai malu nak keluar rumah..nak berkawan... akhirnya sama cam nad..menyendiri..dah pada umur 23 akak mampu beli rumah sendiri wlupun kos rendah... dan sekarang insyaallah akan ada rumah ke-3.. bukan nak menunjuk..cuma sebab kehancuran masa silam tu akibat fitnah buat akak bangkit..

    Allah jer tau perasaan kita Nad...dan semua ni berkat doa dan kesabaran selama ni... insyaallah..ada manisnya... :'(

    ReplyDelete
  17. Nadia..

    Allah dah gantikan kesabaran Nadia dengan ketenangan Nadia sekarang.. Kesenangan sekarang hasil susah payah Nadia selama ni...

    Semoga mereka semua lebih buka mata dan bertaubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa org yg dizalimi cepat makbul. Mintalah Tuhan saja membalas kejahatan org yg memfitnah anda dan memberikan anda kemenangan.Org yg memfitnah anda, besar dosanya dan kezalimannya. Pasti doa anda cepat makbul.

      Delete
  18. baca ni kat BlogRetis tadi.. tergamam.. :(

    susah nak percaya begitu sekali akhlak pelajar2 MRSM, sangat mengecewakan.. Apapun ini adalah pengajaran berharga utk awak dan bila awak kongsikan ni, jaid pengajaran buat kami pula. Terima kasih sudi share cerita ni..

    semoga awak terus tabah dan kuatkan semangat lebih lagi utk buktikan kpd mereka awak jauh lebih baik drpd mereka.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  19. Allah..
    nak nagis bace..siyes yaya?
    kuatnya yaya..klu ila xtau la ape jd dh..tp tu la..alhamdulillah ngan ape yg yaya ade skarang..
    merangkak la dorg nnt mntk ampun ngan yaya kt sana..Allahhh..dosa ngan manusia mmg xkan terhapus slagi xjumpa sendiri org yg kita aniaya..
    moga hidup yaya diberkati..

    *hughughug*

    ReplyDelete
  20. Bg nama budak tu meh sini aku skolahkan. Im mrsm f1 sampai f5.. mrsm jelebu-beseri n kije mara.. ni bangsa bdk2 jaya x sedar dek untung masuk mrsm setelah mak bapak pujuk rayu bg lepas nama masuk ke?

    ReplyDelete
  21. Itulah kegagalan sistem pendidikan malaysia. Terlalu menekankan kepada pencapaian akedemik, tiada penekanan kepada akhlak. Maka lahirlah manusia yg cemerlang akademik tetapi rendah akhlaknya, seperti di mrsm. Mereka inilahyg akan menerajui Malaysia di masa hadapan dengan kepimpinan yg penuh dgn korupsi dan salah guna kuasa.

    ReplyDelete
  22. syabass... u r strong woman and mum. salute!

    ReplyDelete
  23. i was like that before being bullied by people but then no more. i stand for my right i just fight back with them. just jawab je kalau aku pelacur kau mak ayam kot? hahahahahah.. kenapa tak complain je kat cikgu? if zaman tu dah ada video handphone i will just ambik video n antar kat kementerian pendidikan biar merasalah kau kene buang sekolah. tak paham pemikiran kolot kampungan macam tu. well tgk balik sekaramg org tu lah yg paling loser percayalah lah. i dulu lagi dgn baju digunting2 and bila i tgk balik life org yg buat mcm tu kat i so pathetic. im leading a very good life compared to her alhamdulillah praise to Allah.

    ReplyDelete
  24. Kuat sungguh semangat sis. Bila saya baca cerita hidup sis baru saya tahu bila kita rasa kita dah cukup susah lalui hidup ni ada lagi yang susah dari kita.

    Saya doakan sis terus kuat, tabah, berjaya dan berbahagia di samping keluarga sis. Amin.

    ReplyDelete
  25. Sis Nadia mohon share di blog saya ya sebagai pengajaran kepada yang lain. Terima Kasih, kalau sudi singgah sekali ya di blog saya.

    ReplyDelete
  26. Persoalannya. Kenapa dorg tiba2 jaja cerita n ada idea nak buat semua tu?

    ReplyDelete
  27. Sedihnya baca kisah nadia. I feel you. Kisah buli ni dah lama, dah macam kes lapuk tapi tak pernah habis. Orang yang membuli, mengejek dan menghina tu tak rasa apa2 sebab dia puas dengan kejatuhan orang yang dia hina tu. Yang terseksa mental dan emosi adalah orang yang dihina. Such an inspiring story babe. T_T

    ReplyDelete
  28. hye nadia.. kwn sek rendah dulu.. seorang yg bijak pada waktu 2..proud of u babe☺

    ReplyDelete
  29. kenapa mereka sangat zalim?tertanya-tanya..

    ReplyDelete
  30. kekuatan dan ketabahan mengatasi segalanya..
    #hidup perlu diteruskan walaupun merentasi onak duri..

    ReplyDelete
  31. jadi kes buli macam ni, sesuatu yang perlu ditangani oleh kPM. tapi alhamdulillah awak jadi seorang yang hebat sekarang ini.

    ReplyDelete
  32. Allah..dipulaukan geng seramai 5 orang pun dah cukup buat aku rase lonely sgt2 inikan pulak satu sekolah...

    ReplyDelete
  33. sorry to hear that. I pernah alami masa high school.tapi takde lah boo boo, baling sisa makanan semua. cuma dari mulut ke mulut lah. taktahulah mana timbul cerita tu semua. mungkin ex boyfren yang tak puas hati, mungkin pompuan yang sakit hati, most probably pakaian kot. zaman freehair dulu. sampai skrg pun, kalau jumpa ex schoolmate ada yang pandang nak taknak je. tapi I tak kisah pun >,< orang orang rapat lebih kenal sapa kita kan :) stay strong girl

    ReplyDelete
  34. Just be you Kaq Nadia...even though hard to get over it, PEPs its always judging so just be you..even we lost respect from others but never look down on yrself, in every millisecond patience u got one step ahead to Jannah ..

    ReplyDelete
  35. Sedih baca cerita awak.. Saya bukan dari golongan yang bijak pandai. Sekadar sekolah teknik je.. Tapi al-hamdulillah kawan-kawan ok semuanya... Saya rasa mmg bila berada dikalangan golongan2 bijak ni. Mmg akan ada so fat bongkak. Saya rasa sebab tu awak diper lakukan sebegitu...

    ReplyDelete
  36. Allahu :( awak seorang yang tabah . semoga hidup awak diberkati sampai bila bila . Kuatkan semangat .

    ReplyDelete
  37. terbaca kisah ni macam tak percaya je, tapi awak kuat sangat. moga terus tabah hadapi dugaan mendatang.

    ReplyDelete
  38. knapa sbnrnya dorang kata akak mcm tu..msti ada yg dengki or salah faham..sian akak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...