March 15, 2017

Hotel paling murah di Maafushi Island, Maldives

1. Harga tiket flight ke Maldives.
2. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 1

3. Pengalaman bercuti ke Maldives, Day 2

kalau mengikut pengalaman travel aku sebelum-sebelum ni, aku memang tak pernah melancong ke luar negara melalui mana-mana travel agensi. aku prefer untuk buat itinerary aku sendirii sebab rasanyaa bila buat plan sendiri ni banyak benda kita boleh jimatt. ituuuuu paling utama muahaha :p tapi tak tauuuu la kan akan datang nanti macam manaa. mana laa tauu kot tibe-tibe nanti, nahhhhh duit sedebuk. uruskan semua. buat laaa ape saya tak kesah. janji saya sampai sana. haaaa gituewww. nampak tak tokoh drama 7 petang TV3 ala-ala orang kayaaa duit tak surut-surut tapi rasanya duit kemana aku kemana habuk pun takde kihkihkih. ;)


ok berbalik kepada cerita hotel kita, seperti biasa selepas berminggu-mingguu mengoogle, antara sebab kenapaa aku memilih untuk stay di Kaani Beach Hotel selama 5 hari 4 malam dekat Maafushi Island niii adalah kerana time tuu harga dia adalah yang paaaling murah. aku book si kaani ni dari booking.com yang mana time booking tu tak perlu bayar pape pun. booking je dulu. bila dah sampai dekat hotel nanti baruu kita bayar pada reception hotel. selain tu, harga dia dah termasuk dengan buffet breakfast setiap pagi. so dah settle dan tak perlu nak pikir tentang perut lapar sebab tak makan pagi lagi dahhhh. kan makanan dekat sane mahallll ya ampun. selagi bolehhh aku cuba untuk cut cost khennn. :p kikiki. 


haaa time nak booking hotel dekat maafushi island ni, aku sebenarnyaa dilema tak tau nak pilih antara Kaani Beach Hotel ni atau Arena Hotel sebab rata-rata orang mesia yang pegi sana memang akan stay dekat dua hotel ni jeee. so once aku dah pergi ni kann, meh aku bagitau korang. dua dua hotel ni adalah hotel 4 bintang dekat maafushi island, dua dua pun best aku tengok dari luaran tapiiiii Arena Hotel ni dia side belakang sikit. so korang kena jalan jauhhhh sikitt kalau tiap kali korang nak ke jeti untuk naik ferry kee, speedboat kee sebab dia bukan dekat laluan utama. dia macam menghadap pantai belakang. si kaani ni menghadap pantai yang memang laluan ferry dan speedboat yang mana dorang akan singgah tiap kali nak pickup guest pegi snokeling ke scuba kee atau mana mana aktiviti air. kalau korang jenis tak kesah berjalan jauhhh takpee, masalahnyaa aku kesahh. :p dah la panas terik ya ampunn dekat sana, barang banyak nak kena mengangkut, dukung bunga yang tak suka pijak pasir, aku kan mengandunggg time ni :p dan segala alasannnnn laa aku cuba bagi muahahaha. dan yang paaaling penting, penat weyyy setiap kali selepas join trip snokeling kee scuba diving keee, rasa macam tolonglaa cepat sampai bilik. tak dayaa dah nak berjalan seret kaki atas pasir ni hahahhaa. haa tu baruu tinggal dekat kaani. kalau arena mungkin 4 malam belum habis ko baca bebelan aku niii. :p muahaha



ok berbalik pada cerita bilik kita, since aku kesana berempat, aku syafiq bunga dan adik aku, soo kita perlukan sebuah bilik yang memuatkan 3 dewasa. bunga dorang tak kira jadi aku memilih sebuah bilik Deluxe Triple Room with Balcony and Sea View yang mana dalam bilik tersebut ada satu katil queen dan satu katil single macam dalam gambar nii. 



kemahinnn kan katil siap berdeco-deco bagaiiiii. :p kaw tau kenapa dorang deco katil aku? sebab aku menggunakan sepenuhnyaa peluang yang ada. muahaha. haa nanti korang boleh gunakan tips ni tauu. :p bila tiap kali korang booking hotel, tak kesah la melalui agoda ke booking.com ke atau direct melalui hotel tersebut ke, korang akan perasan dia ada tulis bahagian 'Special Request', so haa time tu la korang tulis la time korang check in ni nanti konon-konon tarikh anniversary korang keee, birthday korang kee, so kalau sudi, tolong decokan bilik kita tanpa sebarang caj extra. kalau tak boleh takpee. try and error gituueww. bukan dorang tau pun tarikh kita kawen bila dan dorang takde nak tanya-tanya pun. hewhew. :p so kalau nasib kita baik, dapatlah deco free dan ada jugak sesetengah hotel bila kita bagitau time check in tu adalah special celebration pape, dorang akan bagi kek kee sebakul buah keee, haa tak ke bestt. benda free babe sape tak suka. kikiki :p


aku bayangkannn dorang akan deco bilik mengguna rose petal macam teddyprank selalu deco bilik-bilik hotel tapiii kaw jangan mimpii :p celah manaa ada pokok rose dekat pantai ni muahahaha. mendapat laaa sebuah bilik yang didecokan khasss menggunakan bunga kertassssss muahahahha :p nak je aku bagitau kalau setakat bunga kertas, rumah mak aku berlambakkk :p macam-macam warna ape hahaha tapi idok le berkata begituuuu, dalam hati jee. :p kang kalau bagitau di buatnya dorang hias pakai pelepah kelapak tak ke lagi haru hahahhaa.



aku memang sengaja pilih bilik menghadap laut sebab dah alang-alang sampai ke maldives, aku bayangkan malam-malam mestii asyikkkkk je duduk dekat beranda bilik sambil menikmati angin laut perghhh. dan kenapa aku pilih bilik berbalkoni? korang nampak tak dalam gambar bawah ni, dorang ada sediakan ampaian dekat balkoni. so senang la nanti setiap kali lepas mandi laut kan berpasir-pasir macam snokeling ke pape, boleh basuh dan terus sidai dekat sini. cepat la sikit kering dan takde la terperam busukk buat menambah berat luggage time nak bawak balik nantiii.






rupa bilik air dorang sama macam dalam gambar atas ni. sepanjang aku dekat sana, memang staff dorang hari-hari akan kemas bilik kita, tukarkan towel, refill mandian shampoo, dan tambah air mineral. cumaa dalam toilet dorang takde bath tub.


kan tadi aku ada bagitau salah satu sebab kenapa aku pilih si kaani beach hotel ni adalah harga dia dah termasuk dengan breakfast.


so dekat restoren ni la setiap pagi kita akan breakfast. walaupun makanan dorang tak berapa nak masuk tekak aku, since konsep dia adalah buffet breakfast, aku still ada banyak pilihan lain untuk aku makan selain si roti tossei tu kikiki. kalau dekat hotel ni yang aku perasan, makanan yang wajib ada setiap pagi adalah roti tossei, telur rebus, roti bakar, hotdog, cereal macam cornflakes tu. makanan lain dorang akan tukar-tukar contohnya masa hari pertama ada nasi goreng. hari kedua maggi goreng, hari ketiga nasi goreng balik, hari terakhir aku dekat sana maggi goreng balik. restoran ni dekat lobby dorang. bilik aku dekat tingkat satu. haa sebelum aku terlupa, adalah lebih baik time korang isi special request tu, korang try mintak bilik paling bawah kee sebab hotel dorang takde lif. semuaaa naik tangga. hoiii penat boleh tahannnnn bila tiap kali balik snokeling kena naik turun tangga. siap berhenti tarik napas sekejap lepas tu sambung daki tangga balik. hahahah.


selain dari tu, rasanya setakat aku berjalan di pulau maafushi tu, depan kaani beach hotel ni je yang ada playgroud. sesuai laa untuk orang yang ada anak kecik macam aku ni kannn. :) tak payah nak jalan jauh, jalan dua tiga langkah dah sampai sini. hihi. dalam hotel ni pun ada karaoke room dan snooker. semua guest dorang boleh guna tapi take turn laa. benda ada satu. berkongsi bersama gitueww. :P 

majoriti yang pernah ke maafushi island ni akan bagitau inilah hotel yang paaling happening di maafushi. mungkin sebab hotel ni setiap malam dorang tawarkan pakej candle light dinner dekat depan hotel dorang. so sape-sape yang nak bercandle light dinner tak kesah dari hotel mana boleh datang makan dekat depan hotel kaani beach hotel ni. 


harga adalah 12 usd per head. duit kita dalam RM54 sorang.


rasanyaa semua detail pasal hotel ni aku dah bagitau kott. ke ada lagi yang tertinggal lagi yang korang nak tau? kan aku bagitau orang maldives ni baik-baik. haa termasuklah staff-staff hotel ni. hari-hari aku mintak ais, hari-hari jugak la dorang melayan. air dekat sana kan mahal jugak. so aku buat la air sendiri dekat bilik. :p aku turun pegi restoren mintak ais, dorang bagi freee jeee ais satu jug. aku nak bayar tapi dorang cakap takpee its free. panas yakmat kann cuaca dekat sana T_T tekak boleh sawan memberontak kalau tak jumpa ais hahaha. 


dan seperti yang sedia maklum dekat entry sebelum ni, aku ada bagitau total harga bilik di Kaani Beach Hotel ni. tapi takpee meh aku bagitauu lagi sekali. total keseluruhan untuk 5 hari 4 malam di Kaani Beach Hotel untuk satu bilik Deluxe Triple Room with Balcony and Sea View adalah 665.28 USD. convert duit kita dalam RM2963. jadi anggaran satu malam di Kaani Beach Hotel ni adalah RM741. 


thank you soo much guysss! you are awesome! ;) kott laaa kan management dorang terjumpa blog akuuu mihmihhmih. rasanya semua benda pasal hotel ni aku dah bagitau. harap membantu korang nantiiii. happy holiday semuaaaa dan nantikan sambungan cerita hari ketiga di maldives okkkkk. ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...