Lazada Malaysia

December 28, 2014

mari bantu mereka T__T


bismillahirrohmanirrohimmmmmm. T____T Ya Allah, aku tak tauuuuuuuuuu nak mula macam mana. dah berapa hari hati aku rasa macam kaca pecah berderai setiap kali bukak facebook. tak terluah. sedihnyaaaaaaaaa Ya Allah. pilu hatiiiiiii aku Allah je tau. aku dilahirkan di Jerteh, Terengganu. sebuah bandar kecil berposkodkan negeri Terengganu tetapi daerah yang paaaaaling hampir dengan negeri Kelantan. syafiq orang Pasir Putih, Kelantan yang mana satu-satunyaaaa daerah dalam Kelantan yang masihhhh terselamat dari bencana banjir. Alhamdulillah kampung dan keluarga kami masih dilindungi dan semoga terusss dilindungimu Ya Rabbi. Amin. 







aku cubaaa letak hati aku ditempat si anak yang mana mak ayah aku terpaksaaa ikat perut berlapar berhari-hari berjuang melalui ujian Yang Maha Esa. aku cuba letak hati aku ditempat si mak yang mana hanya mampu menggosok perut seorang anak yang sedang kelaparan. Allahhhhhhh. hancur hati aku hancur. T___T bayangkannnnnn, yang sedang kehabisan bekalan ubat ituu adalah mak ayah kita. bayangkannnnnn, yang sedang berebut-rebut makanan itu adalah mak ayah kita. bayangkannnnnn, yang sedang mencatu-catu makanan itu adalah mak ayah kita. bayangkannn, yang sedang menggigil kesejukan ituuu adalah mak ayah kitaaaa. bayangkannn, yangg terkapai-kapai meminta pertolongan dipukul arus deras ituuuuu adalah mak ayah kita. T____T Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhuakbar. mak ayah kita tak mungkin pernah membiarkan kita kelaparan, mak ayah kita tak mungkinnn pernah membiarkan tubuh kita menggigil kesejukann. tak pernahh. T___T 

aku tauuuuu, hari ni dah banyakkkkkkk bantuan mula disalurkan terutamanya dari Kuala Lumpur sebab sepanjanggg perjalanan kami suami isteri dalam proses mencuba nasib pulang ke kampung siang tadi, aku tengok banyakkkkk lori dan pacuan empat roda dipenuhi bekalan makanan sepanjang jalan highway karak menuju ke pantai timur. macam mana aku tau tu adalah bekalan untuk bantuan mangsa banjir? sebab dorang konvoi beramai-ramai dan disetiap cermin kereta dorang ada tampal stiker Misi Bantuan Mangsa Banjir. meremangg bulu roma setiap kali aku tengok kereta kereta dorang ni. nakkkk je pegi pelukkkk sorang-sorang cakappp terima kasihhhh ya allahhhhh. hanya Allah mampu balas jasa kalian. terima kasih banyak-banyak. baik sungguhhh hati budi korang. terima kasihhhh. T___T 

tapiiiiiii malangnyaaaa, aku tak tauuuu sejauh mana dorang-dorang ni semua boleh pegi redah banjir sebab time aku mencuba nasib balik kampung tadi, lepas je amek kad tol di Tol Karak, semuaaaaa kenderaan dah dilencongkan susur keluar ke Lanchang sebab dorang dah tutup Lebuhraya Pantai Timur. ok fine kita lalu Lanchang. terus menghala ke Temerloh. sampaiii je temerloh time nak cross satu jambatan kecik dah tak lepas dahhhh sebab air dah paras pinggang kereta 4x4. tuuu 4x4, kalau kereta aku? mauu jadi kapal selam. T___T terus patah balik cari jalan lain. try ikut jalan lama menuju ke Maran, punnnn samaaaa. tak lepas siap dah tutup jalann. dari pkul 1 tengahhari kitorang gerak dari Kuala Lumpur, pukul 9 malam kitorang sampai Kuala Lumpur semula. terpaksa patah balik sebab semua jalan tak leh lalu. dan aku tak tauuuu sampai manaaa semuaaa kereta misi-misi bantuan mangsa banjir tadi boleh laluuuu. T____T tu baruuuuu sampai dekat temerloh. jauhhhh lagiii perjalanan dorang untuk sampai ke negeri Kelantan. sedihnyaaaaaaaaaaa. jadi sepanjang balik tadi hati aku rasa hiba lain macam. untuk berapa lama lagi dan sampai bilaaa mangsa-mangsa banjir ni boleh bertahan kalau misi-misi bantuan ni tergendala? Allahhh. hanya Kau yang tahu. T___T Kau lindungilah mereka Ya Allahhhh. 

dan tiba-tiba aku terfikir, hanyaaaa satuuuu cara lain yang aku boleh bantu setakat termampu iaitu jadikan kampung aku sebagai perantara penghantaran barang bekalan misi bantuan banjir. kalauuuuuu barangggg tak boleh sampaiiiiii sebab terpaksa meredah banjir segala dari Kuala Lumpur ke Kelantan, takpeeee. aku hanya perlukan duit. sebabbbbb, aku boleh mintak tolong mak ayah aku untuk menjadi pengantara kita. selagi kampung aku tak banjir, selagi pasir putih tak banjir, kita cuba sedaya termampu. 

satu-satunyaaa kumpulan persendirian yang sangattttttttt aktif membantu mangsa banjir di Kelantan adalah dibawah naungan Dr.Raja Shamri.  
https://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE

orang biasaaaa yang mempunyai hati luar biasa. semoga Allah sentiasaaaa merahmati tuan sekeluarga. ok berbalik kepada cerita Raja Shamri tadi, dari awal banjir melanda Kelantan, dia dengan kawan-kawanlah antara orang terawal yang menubuhkan pasukan misi bantuan banjir ni. 









setiap ceruk tempat banjir dorang usahakan pegi untuk hantar bantuan selagi boleh. asal ada yang mesej bagitau tempat dan alamat manaaa yang masih belum diselamatkan, pastiiii dorang cubaaa sedaya upaya. 


cuba korang follow facebook dia. boleh klik siniii. dia sedaya boleh seceruk mana dia cubaa salurkan bantuan. nii latest post yang dorang perlukan untuk misi esok, 28.12.2014.



kredit gambar sepenuhnyaaa dari facebook Raja Shamri. 

jadi, oleh disebabkan kampung aku antara daerah terdekat dengan Masjid Ibrahimi yang mana satu-satunya tempat yang Dr.Raja Shamri ni jadikan tempat pengumpulan bekalan pertolongan untuk misi mangsa banjir, makaaa aku akan mintak tolong mak ayah aku belikan bekalan-bekalan yang dorang ni semua perlu di bandar Jerteh dan hantar terussss ke Masjid Ibrahimi, Pasir Putih. 

jadiiii, pada semuaaaaaa yang sama-sama nak bantu, mehhh sama-sama kitaaa. korang boleh transfer sumbangan korang ke akaun Maybank suami aku, Nik Asyraf Syafiq bin Nik Azizan, 153010538403. tak kesahhh berapa nilai dia. kita kumpulkan jadi satu. insyaAllah kita bantu setakat termampu. korang jangan risau, wallahiiiiiiiii. walillahi. satu sen aku takkan guna duit korang untuk kepentingan aku. ni semuaaaa untuk mereka yang perlu. korang boleh ikuti semuaaa perkembangan banjir yang rasanyaaaa tak masuk tv kotttt hanya di facebook Raja Shamri, percayalah. :) semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Amin. 



kenalkan, ni mak ayah aku. orang kuat dalam misi kita ni. :) Ya Allah, kau lindungilah kedua orang tuakuuu. Amin. T__T



*Update: Sumber dari Harian Metro, 28.12.2014, 2:15AM T___T
Sementara itu, beratus kenderaan antaranya membawa barang bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terpaksa balik semula ke KL kerana Kilometer126 LPT, dinaiki air, kira-kira 7 petang semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19383#sthash.dBKEBljV.dpuf
Sementara itu, beratus kenderaan antaranya membawa barang bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terpaksa balik semula ke KL kerana Kilometer126 LPT, dinaiki air, kira-kira 7 petang semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19383#sthash.dBKEBljV.dpuf


Ahad, 28 Disember 2014 @ 2:15 AM


**Latest Update, 28.12.2014


mama nadia sedang menunggu roti dipackingkan untuk misi perantara penghantaran bantuan mangsa banjir. jumlah kutipan sumbangan kita untuk hari ini adalah RM545. kita bantu sekadar mampu. Allah tahu. insyaAllah. terima kasih semuaaa 


RM545, sumbangan kalian. dalam perjalanan untuk dihantarkan ke pasukan bantuan mangsa banjir dibawah naungan Dr.Raja Shamri dan Dr.Hadi di Masjid Ibrahimi Pasir Puteh.


 
Alhamdulillah. tugas kita untuk hari pertama selesai. sumbangan kalian sepenuhnya telah diserahkan kepada Dr.Hadi, tengah-tengah dalam gambar. thank you sooo much mama papa, kakak loves you. semoga Allah sentiasaaa melindungi dan merahmati dua insan paling agung dalam hidup aku ini. Amin. T_T

Sementara itu, beratus kenderaan antaranya membawa barang bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur terpaksa balik semula ke KL kerana Kilometer126 LPT, dinaiki air, kira-kira 7 petang semalam. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19383#sthash.dBKEBljV.dpuf

12 comments:

  1. Mak, abah, kakak (suami, ank 4 tahun & mertua) serta adik2 saya berada di Wakaf Che Yeh Kelantan...sblm ni umah xpernah banjir tp tahun ni Allah s.w.t uji kami dengan dugaan besar ni... Mak, Abah & adik2 sy berlindung di SK Kota manakala kakak & family mertuanya di SRK Kota..
    mmg sedih sangat bila dgr mereka ckp dalam keadaan lemah...air xde, mknn kurang...skrg dh lost contact dengan mak abah & adik2 sbb bateri telefon habis..kakak pula on off telefon sbb nak jimat bateri...
    Moga hujan & banjir ni cepat reda & surut...amin...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. allahuakbar. sayu hati tnegok kedaan mangsa banjir. hanya doa yang mampu kukirim buat mereka :)

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. Setiap hari saya menangis sebab tak tahu nasib ayah mak saya di k.krai sbb dah berapa hari tiada khabar berita.Dah seminggu tengok fb utk update keadaan semasa.Mcmana lah agaknya mkn minum dan tmpt tinggal ayah mak. ;(

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum yaya. Allahurabbi.. meremang sheila baca entri ni. sebak ya.. semoga Allah permudahkan segala urusan ...

    ReplyDelete
  5. terima kasih nadia kongsikan info ni.. kongsikan no akaun ni.. marilah sama² kt membantu mana yg termampu .. insyaallah dipermudahkan .. amin...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sedihnya..mujur ada lagi kawasan yang boleh berhubung dengan mereka yang terkandas kan..semoga segala pertolongan kita sampai pada mereka.

    Saluran Bantuan Pantai Timur melalui SMS

    ReplyDelete
  7. TT^TT
    Baru nk ilangkan sedih sebab lama tak menyinggah kat sini..
    pastu baca entry ni lagi bertambah sedih pulakk ..TT^TT
    May Allah protect them!

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar..sedih jugak tengok..berebut maknan

    ReplyDelete
  9. Salam kenal, bila tgk news atau baca kt internet, sedih sgt tgk mangsa2 banjir tp berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulkan...semoga mereka tabah....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    ReplyDelete
  10. Allah hu akbar.. hebat insan2 yang membantu mangsa banjir..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...