Lazada Malaysia

June 20, 2014

set bersalin dan kelengkapan berpantang

haiiii semuaaaa ;)) lamanyaaaa tak update blogggg. mestiiii ada yang ingat aku dah bersalin kannn. ;) ohh belumm belummmm. ;)) bunga masih seronok berenang-renang dan belum bersedia melihat dunia yang penuh pancaroba ni hikhik. ;) kalau dah bersalin esok korang jangan risau, korang tak nampakkk dahhh muka aku dekat blog ni. asyik muka anak jeee. pasrah tau nanti. HAHAHA. ;P 

Alhamdulillah so far boleh dikatakan semua barang-barang baby dah siap, barang-barang untuk bersalin pon dah ready. tunggu masa nak bersalinnn jeee. siang malam terbayang macam manaaaa laaa aku bersalin esok-esok. T___T ehh tukar topik boleh? seram sejuk pulak rasaaa. (-__-') ;p ok hari nii aku nak cerita kelengkapan berpantang aku esok-esok. oiiiiiii berhari-hari hokeyyy aku stadi tentang produk-produk berpantang niiii. yee laa, kan berjutaaa spesis ada dipasaran sekarang. aku percaya semuaaa produk berpantang ni bagus-bagus. tak kesah mahal ke murah ke cumaaa, yang membezakan dia adalah fungsi kepada badan kita. tak semestinya yang mahal adalah yang terbaik badan kita boleh adapt dan tak semestinya yang murah result dia tak sehebat yang mahal. kaw pakaiii laaa produk paling mahal atas mukabumi ni pon tapi kalau last-last memberi kesan negatif pada badan kita dan baby tak guna jugak. ye dak? sama jugak konon kalau nak yang paling murah.

kalau ikutkan keturunan keluarga aku, moyang, nenek dan mak aku sangattt menitik beratkan proses berpantang ni. kalau dulu aku tengok mak aku siap kena tido atas katil kayu yang berpara-para yang bawah dia siap ada bara api panas tu untuk cepatkan proses kurus kott ntahhh. siap setiap masa bertungku berpeluh-peluh panas tapi memang menjadiii laaa wa cakap luuuu. ;) orang dulu-dulu kan gigihhhhhhhh. herba-herba akar kayu untuk mandi kee tampal dekat perut ke ehh apa-apa je laa semua cari belakang rumah nenek aku jeee. kan besttt kalau rumah aku ni belakang rumah nenek aku jugak. :p malangnyaa, oleh disebabkan rumah kitorang nun jauhhh di tengah kota kuala lumpur, aku memasrahkan diri untuk menggunakan beberapa herba versi moden sebab kalau ikut perancangan aku laki bini, insyaAllah aku bersalin dekat kl dulu. tengok la lepas seminggu dua, baruuuuu balik sambung berpantang dekat kampung. kenapa nak bersalin dekat kl? bukan sebab nak ic anak no kuala lumpur atau selangor ye harap maklum sikit pon aku tak heran. aku akan bersalin di kl dulu sebabbbbbb, aku nak syafiq ada dekat labour room time aku bersalin esok-esok. dia kerja swasta babeee. cuti tak banyakk. kalau contohnya aku balik bersalin di kampung, dia tengah keje dekat kl, tiba-tiba dah nak bersalin sangatttt dahhh, kalau dia tak sempat sampai time aku nak meneran tak ke syahdu? T___T dia bukan mengada-ngadaaa tapii ntahhh. aku nak dia tengok betapa hebat dan agungnya aturan dan ciptaan Allah. tu kan anak dia. :) haa lain laaa kalau dah tau ok haribulan sekian sekian konpemm aku akan bersalin, aku pon nak bersalin dekat kampung. ni kita tak tauu kannn. aku hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan setiap urusan bersalin aku. Amin. :)

ok berbalik kepada barang-barang berpantang nanti, sebenarnya badan aku dah terbiasa makan jamuu. dari awal-awal kawen dulu lagiii sebenarnya tapi takde laa aku nak cerita seketul-seketul jamu ape aku amek kennnnnn. :P kata nak suami sayang lebihhhh, harus laaaa umphhhhh gituuuu! BAHAHAA. :P so far alhamdulillah aku takde alergic dengan sebarang jamu jamuan hahaha. sebarang jenis jamu badan aku boleh adapt. dan jangan tak tauuuu, very the badan kampung kannn. :) jamu tradisional antara jamu yang cepat bertindak balas dengan badan aku. jadi untuk berpantang nanti, korang kenal 3 ketul ni apeee? ;)) 


mestiii tak kenall kannn. meh aku bagitau. paling kiri ni orang panggil nenas batu. tengah-tengah bulat-bulat macam biji peluru tu adalah manjakani :) dan paling kanan daun kering macam sampah sarap tu adalah kacip fatimah yeeee harap maklum. ;) untuk mengembalikan keanjalan dalaman wanita kita, manjakani dan kacip fatimah adalah yang paaaling penting. :) tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal keanjalan dalaman, kesian laki i esok-esok meranaaaa HAHAHA. sekarang aku nak cerita selalunya orang tua-tua guna semua-semua ni termasuk laa daun inai keee, daun pandan keee, daun pokok kapal terbang kee, haa campur jee la semua semua sekali buat air rebusan untuk mandi keee, cuci luka jahit dekat bawah kee, buat minum keee, haa tengok laa. kena pandai campur-campur herba. tapi kang jangan memandai-mandai. tak masal tak leh tido malam sebab panas. better tanya orang tua-tua dulu okehhh. tapi ni cara tradisional laaaa. kan aku dah bagitau keturunan aku suka yang tradisional. tapi oleh disebabkan aku dah separa tradisional, aku tetap beli mandian herba yang dah siap-siap pack jugak sebagai add on gituuuu. HAHAHAH. ;)


ni namanya Mandian Herba Bersalin keluaran TYT. beli mandian ni percuma sekali minyak sapu TYT kotak kuning kecik tu. dalam 1 kotak mandian herba ni ada dua pack. cukup laa buat syarat sebab ni kan mandian separa tradisional yang add on jeee. ;) 1 pack untuk sekali mandi. orang bersalin kan mandi sekali je sehariii. so dua pack untuk 2 hari. hari-hari seterusnya selama 44 hari tu pepandai la kaw mandi yang tradisional tadi pulak. lagipon bukannya hari-hari kena mandi herba kann. dan kalau tak silap aku sekotak ni RM8.00. 

aku sangatttt berharap pinggang aku back to normal macam sebelum mengandung dulu sebabbbbb, kalau tak sia siaaa je semuaaa baju aku dua lemari niii. T_______T jadi haruslahhh kita memakai bengkung dengan harapan ohhh tolonglaa langsing kembaliii. T___T 


aku beli seketul je sebab yang nenek aku jahit sendiri dah ada. ni namanya Set Ibunda Bengkung. aku beli RM25. aku sengaja beli yang jenis tali-tali banyak sebab orang cakap, tali-tali banyak ni senang slim berbanding yang segera jenis sarung dan zip tu ntahhhh. aku pon tak tau sangatt sebab first timeee kannn. tapi kalau nenek aku punya bengkung, dah macam kain kapan panjang dia. HAHAHAH. 

ok bahan-bahan untuk luaran semuaaa dah cerita. sekarang untuk dalaman pulak. orang cakap nak badan segera bertindak balas, dia kena bertindak seiring luaran dan dalaman. jadi untuk dalaman, aku pilih set Air Mancur atas saranan tukang urut aku dan google selama 4 hari 4 malam. ;)


katanya, selama dia berbidan dan mengurut orang berpantang bertahun-tahun, dalam banyak-banyak produk, set Air Mancur adalah yang paling bagus walaupun harga dia murah jee. tak perlu mahal-mahal katanyaaaa sebab isi dalamnya semua samaaa khas untuk ibu didalam pantang ajeee semuaanyaaa nakkk. tu diaaa laa kata. :) tapi aku percaya jugak sebab orang indon ni mantap-mantap badan dorang walaupun anak dah 10. lagipun dalam 1 box ni dah lengkap untuk kegunaan selama 40 hari. 


dia dah siap-siap ada jamu yang kita perlu makan dari hari ke 4 hingga hari ke 8. lepas tu jamu kedua yang kita perlu makan time hari ke 9 hingga hari ke 28. lepastu jamu ketiga yang kita perlu makan dari hari ke 29 hingga hari ke 38. kemudian dalam box ni jugak dah ada tapel wangi dan minyak telon yang mana cara guna dia untuk sapukan pada perut. dalam box ni dah siap-siap ada pilis untuk kita sapu dekat dahi jadi tak perlu beli asing-asing lagi dahhh. pilis ni taknak bagi sakit kepala orang cakap. haa param pon ada jugak. param ni panas, lumurkan satu badan untuk buang angin dan betulkan perjalanan darah. haa ada lagi laaa tiga empat jenis barang yang aku malas nak cerita details sangat HAHAHA yang mana sangattt lengkap untuk proses berpantang kita selama 40 hari tak perlu beli asing-asing lagi dahhh. sumee adaaa. senang kejee. hihihi. cuma make sure masa korang beli esok, cakap dengan kedai tu Set Air Mancur yang pill punya tauuu. sebab dia ada dua jenis set. satu set yang semuaaa barang dia adalah dari serbuk yang mana korang kena bancuh minum dengan air. euwwwwww. ;)) aku spesis tak sanggup nak telan berserbuk bancur segala gitu. jadi cakap la siap-siap nak yang pill punya. untuk 1 box set Air Mancur ni aku beli RM55. murahhhh kannnnnnnn? ;)) dia mahal murah belakang cite, janji result dia esok-esok. jadi untuk tau perubahan aku selepas guna ni korang kena tunggu aku abis pantang esok-esok. HAHAHHAAH. 


dan adalah tidak lengkapppppp bagi orang berpantang kalau takde pemanggang tak kesah pemanggang biasa kee pemanggang ajaib keee untuk panggang makanan kita dalam pantang esok-esok. ;) kata nak kurus cepat. jangan mimpi nak makan kari ayam ke masak lemak segala. pasrahhhh la wahai hatiii huhuuu. :p mak aku sajee beli pemanggang ajaib sebab dia tau dia yang akan jaga aku esok-esok. jadi nak mudah keje, beli je yang ajaib senang. lepas pantang pon boleh guna lagi. hihihi. seketul pemanggang ajaib ni RM168. flask untuk isi air panas pon aku beli jugak sebab ntahhh, macam perluu jee bila ada anak esok-esok. alang-alang terus beli. seketul RM49.

haaa dalam banyak-banyak barang yang aku senaraikan dekat atas ni, satu benda yang takde dalam gambar tapi boleh dikatakan antara yang terpenting jugak adalah tungku. aku tak pasti korang guna tak tungku time berpantang tapi kalau keluarga aku, tungku batu sungai tu wajibbbbbb untuk tuam badan. tapi sekarang tungku tu dekat kampung. so takde gambar. hihihi. haa sebelum korang tanya dekat manaa aku beli semuaaa barang-barang dekat atas ni, meh aku bagitau siap-siap. sila ke Chow Kit. semuaaaaa adaaaa. hihihihi ;)) semoga entry ni sikit sebanyak membantu korang yang blur-blur macam akuuuuu muehehehe ;)


27 comments:

  1. Cari air mancur xjumpa. Xpe,next!

    ReplyDelete
  2. tak sabar plal nk tggu baby nadia keluar. hihi

    btw, nant kalau nadia nk mnyusu baby, jgn minum jamu dulu tau takut panas. nanti baby mudah cirit birit or kalau ada kunig lmbt hilang :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum yaya, wahhh bestnya pantang cara kampung! nyesal ohh tak balik pantang kg ni... tak memasal pantang sendiri. huhuuu bengkung yaya tu sama cam sheila. alhamdullilah memang badan cepat mengecil. hihiii tak sabar tgu bunga keluar, umi sheila nak cium-cium dia (",)

    ReplyDelete
  4. waahh dh ready ye...tahniah ye nadia...selamat bersalin n selamat berpantang :D

    ReplyDelete
  5. wahhhh. cepat masa berlalu, nadia dah nak bersalin. I'm so excited! hehehe :)
    Take Care taw nadia !

    ReplyDelete
  6. kite beli setpantang amway (complete siap param,pilis,bengkung) mahal.
    sudahnye bersalin operate.
    -pilis,param xpakai sbb kesian badan baby berabuk je time tdo dgn dye
    - ubat2 jamu xpakai sbb menyusu badan, takut baby xleh terima (makan kari pon baby cirit berkali2)
    - bengkung, panjang ia smp ke bwh perut, which tempat operation. xleh pakai. (perut buncit)
    conclusion : pembaziran. heheheh.

    ReplyDelete
  7. Mekasih nadia. Set air mancur tu mana nak carik ekkkk. Kedai jamu biase ade ke.. Nak prepare gak ni besalin bulan 10

    ReplyDelete
  8. i beli set lps bersalin salindah jer..memang dh guna dari 1st baby lg..serasi kiranya..
    yg mandian lombeli..yg ubat/apa2 nak tepek kat perut pun lom beli..bengkung dh beli tp bengkung versi mls ie yg tepek2 tu jer bkn yg tali hehehe

    ReplyDelete
  9. Gud job adik...byk persiapan dah tu...jgn lupa beli tungku baby moden ye....baby cepat nangis kembung perut....kena selalu tungku perut dan tapak kaki baby lepas mandi...insyaAllah mudah dia sendawa nanti...moga selamat semuanya ye dik...

    ReplyDelete
  10. naddddddddddddd...

    seronoknyaaaaaaaaaaaaa tgk persiapan.. kalau takkkk hari tu, bln 11 nih pun pantang jugakkkkkkkkkkkk

    *kesat air mata*

    ReplyDelete
  11. selamat berpantang nanti.. jaga diri .. jaga kesihatan ... moga selamat melahirkan baby ... dan kembali kurus..

    ReplyDelete
  12. menarik bile tengok manjakani kacip fatimah dengan nenas batu tu.. fifi tak pakai tu semue.. hahaha.. makan jamu atuk je.. bengkung dan tungku..

    ReplyDelete
  13. Seronok je tgk Nadia cter psl jamu2 nie...hehehe..mcm nak berank lg jerk. Selamat berpantang nnt ya..biasanya kalau ank sulung cpt je nak slim tu tp yg penting kena btol2 pantang ler hehehe.... Sekali lagi akk doakan semoga dipermudahkan segalanya.. Aminn

    Nak share doa masa nak berank tu.. Baca. "Lailla ha illa anta subhannaka inni kuntum minaz zolimin...

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan..
    wah beznya bca blog u...
    Beznya tgk cara persediaan berpantang yg lebih kpd cara kampung...

    ReplyDelete
  15. excited kite tgk persiapan nadia ni!! goodluck ok

    ReplyDelete
  16. Tingin nk mkn jamu2 time brpantang, tp takut effect baby klu bf... 1st baby dlu guna salindah, in shaa Allah 2 nd ni pon nk guna salindah jgk...

    Nway smoga slamat smuanye...ameennn ^_^

    ReplyDelete
  17. Banyaknye jamuuu.. tak mampu kiter nak makan. hehehe..

    Semoga selamat semuanya, insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  18. wah byk persiapan dh nadia dh buat..bagus bagus

    ReplyDelete
  19. setuju dengan Nadia..setelah ada 4 org anak dan amalkan jamu secara sederhana semasa pantang bersalin, mmg rasa kelainan..supplement yg hospital mmg ambil juga, terutama 1 minggu pertama, selepas tu proceed dgn air mancur..anak pertama, tak ambil jamu, tapi baby still kuning..setelah diamati, sbbnya saya sendiri minum air kurang..Alhamdulillah, bersalin berikutnya ambil jamu dan air mesti ambil banyak..ok je..baby tak kuning..perut pun tak buncit dgn syarat wajib bertungku, bengkung dan control makan..Semoga semuanya selamat Nadia!Amin..:-)

    ReplyDelete
  20. setuju dengan Nadia..setelah ada 4 org anak dan amalkan jamu secara sederhana semasa pantang bersalin, mmg rasa kelainan..supplement yg hospital mmg ambil juga, terutama 1 minggu pertama, selepas tu proceed dgn air mancur..anak pertama, tak ambil jamu, tapi baby still kuning..setelah diamati, sbbnya saya sendiri minum air kurang..Alhamdulillah, bersalin berikutnya ambil jamu dan air mesti ambil banyak..ok je..baby tak kuning..perut pun tak buncit dgn syarat wajib bertungku, bengkung dan control makan..Semoga semuanya selamat Nadia!Amin..:-)

    ReplyDelete
  21. Set Confine Mum PREMIUM Leesa Formula terus dari Kilang = RM 280 (Harga asal : RM 350). - "Set lengkap ibu bersalin.."

    P/s: Sediakan alamat sahaja, penghantaran adalah PERCUMA.

    * Terhad selagi stok masih ada.

    Sila Call/SMS/Whatsapp : 010-402 2486
    E-mail - iera.dauz@gmail.com

    ReplyDelete
  22. salam..

    nak ajak semua join giveaway...hadiah best, produk penyusuan bernilai RM 750..

    tak terhad kat kat ibu2 je..semua org pon boleh join...kalau menang, boleh kasi adik ke, kakak ke, sedara mara ke, kawan2 ke..hehehehe

    kalo nak, pegi je link nih,

    http://www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html

    mudah jer syarat dia..tak kene bayar apa2 pon...

    jom kwn2...meriahkan giveaway nih...

    ReplyDelete
  23. Slm Nadia,
    Nk tnye ckit...set air mancur ngn harga RM 55 & bengkung RM 25 beli di mana yea? share pls...:-)

    ReplyDelete
  24. thanks nadia berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  25. nice sharing..
    Macam-macam nak kena ada waktu berpantang ni.

    ReplyDelete
  26. Pengalaman bersalin dan berpantang sendiri kat Putrajaya, cari bidan & tukang urut sendiri je..mommies boleh cuba try bidan nih, besttt BIDAN BERSALIN DI PUTRAJAYA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...