Lazada Malaysia

May 28, 2015

honeymoon di Lexis Hibiscus Port Dickson ;)

haiiii. awak rinduuu sayaaa takk? :p harini saya kembali bersiaran selepas sebulannnn mood saya menyepiii :p sebenarnyaa hari ni aku nak cerita pasal tempat bercuti aku laki bini dua tiga hari lepas sebabbb amagaddd, ramainyaaaa yang tanyaaa. ;) tapi no wonderr sebab tempat dia memang cantik sangatttt. jangan tak tauuuu, siap ada tengah-tengah malam buta whatsapp tanyaaa harga berapaa, dalam bilik ada apaaa, ada berapa katil, book dekat manaa. (-__-') helloooooo cool bebehh coolll. ;) hihii. haaa sekarang, mehhh aku share dengan korang berdasarkan pengalaman aku. 


sebenarnya kitorang laki bini plan untuk check in dekat Lexis Hibiscus ni time anniversary yang ke lima 7hb June nanti. maka haruslahhh si isteri paaaling terujaaa. ;)) terus laju-laju bukak website Lexis Hibiscus. sekali tengok harga time tarikh 7 June tu adalah RM799. T__T hoiiii kaw biar benarrrr hibiscussssss. T__T takkannnn aku nak bayar RM800 untuk seketul bilik semataaaaaa. (-__-') kalauuu mak aku tauuu aku beli seketul bilik dengan harga RM800 untuk satu malam, confirmmm sebulan belum tentu lagiii habis bebel dia muahahahah :p tapi aku kan bangsa pantang berundur sebelum berjuang ;p haruslah aku berjuang lagiii mencari harga paaaling murahhh HAHAHA. 

 
 



last-last setelah beberapa jam pikir, baiklahhhh. kita proceed je dengan mana-mana tarikh yang ada janjiiii nak yang paling murah. :p kikiki. dapatlaaa seketul bilik Executive Pool Villa dengan harga RM399. iniii jeee yang paling murah nakkk. Lexis Hibuscus ni dorang ada dua jenis bilik. satu Executive Pool Villa, satu lagi Premium Pool Villa. dari segi harga, Executive Pool Villa lagi murah dari Premium Pool Villa sebabbbb, bilik executive kecikkk sikittt dari premium. tapiiii, segala kelengkapan dalam bilik dorang dua dua jenis bilik sama jee. setiap bilik ada 2 king bed, 2 sofa yang aku rasa bolehh je kalau seketul orang dewasa nak tidur dekat situ, ada private pool, private steam room, ada cermin intai ikan dalam lautt :p 









haaa semuaaa ada lahh. takde beza punnn dari segi kelengkapan dalam bilik antara Executive dan Premium kecualiiiiiiii, pool korang nanti akan menghadap kemana.

untuk Executive Pool Villa, boleh dikatakan majoriti bilik dia akan menghadap bilik orang lain. maksudnyaaa, kalau kaw mandi pool, orang bilik setentang dengan kita boleh nampak sebab Executive Pool Villa ni terletak dekat daun bunga raya tersebuttt. :p Premium Pool Villa adalah di bahagian kelopak bunga raya tersebutt. ;)


untuk Executive Pool Villa, pemandangan kita macam terbatas tak seluas lautan sebab aku percaya kaw akan jamu mata tengok orang bilik depan mandi pool pakai bikini two piece sesaje berlenggang-lenggang kuak lentang dalam kolam HAHAHA. dan untuk pengetahuan korang, walaupunnnn pool dorang adalah private pool, kaw jangan extremmmm sangattttt babe pegi menyondol dalam air segalaaa. :p walaupunn kaw akan rasa heyy tazabarnyaaa tapii ketahuilah bahawasanyaa pool dorang adalah dari kaca yang mana setiap liuk lentok badan kaw dalam air, orang bilik setentang dengan kita boleh nampak. kaw garu bontot pun orang boleh nampak walaupun dalam air miahahaha :p jadiiiiii, kalau kaw rasa napsu kaw mungkin unpredictable, aku sarankan better kaw beli bilik Premium Pool Villa siap-siap dengan harapan kaw tak ganggu pandangan mata orang lain. HAHAHHAA. ok berbalik pada kisah aku. oleh disebabkan napsu aku laki bini mungkin masih under control kohkohkohkoh :p, so kitorang decide book bilik Executive jewwww janji dapat bercendana gituewww :p 

sebelum terlupaaa, harga RM399 untuk satu malam tadi adalah without breakfast. dorang sediakan breakfast tapiii kaw kena bayar asing dekat cafe time nak makan nanti. RM35 per head. dia tak include dalam harga bilik. T__T manakala untuk check in time, check in time dorang pukul 4 petang, check out 12 tengahhari macam biasa. jadi oleh disebabkan kitorang sampai awal dekat Port Dickson haritu, aku terus ajak syafiq tapaukan makanan dulu siap-siap untuk bawak bekal masuk hotel kikikiki :p 



sharp pukul 4.30 petang terus kitorang check in. tu pun dah rasa ehhh kita dah lewat ni banggg. :p jangan sia-siakan setiap minit yang kita bayar demi seketul bilik ni. HAHAHAHA. and the best part is, time nak check in, receptionist tu cakap dorang telah upgrade kan booking aku ke Premium Pool Villa secara percumaaaaa. ;)) hoiii seronoknyaaaa. harga Premium Pool Villa untuk haritu adalah RM800. gileee tak seronok. bayar RM400 untuk bilik RM800! hihihii. aku tanya si receptionist tu nape awak upgrade for free, kaw rasa dia jawab ape? :p berguna jugakkk jadi blogger ni rupanyaaaa. ;) rezeki kan datang dalam pelbagai bentuk. hihiihihi. ;))

terus dia bagi map sebesar alam untuk kitorang pilih bilik manaaa yang kitorang nak. hoiii dari napsu aku laki bini boleh under control tadi terus bertukar jadi tak boleh nak control lagii dahhh. HAHAHA :P saya nak bilik taknak menghadap bilik orang dan seaview pleaseee muehehehe. 



yeayyyy. dapatlahhhh bilik 205 yang mana sebuah bilik Premium Pool Villa yang betul-betul menghadap lautan dan menghadap bilik-bilik yang masih belum siap under construction. seronoknyaaaaa takde orangggggggg wiiii! ;))



besar gileeee bilik dia untuk dua ketul dewasa dan seketul bayi macam aku laki bini sebab dalam setiap bilik memang ada dua king bed. jadi 1 katil bunga conquer, satu lagi aku laki bini mueheheh. :p 


bila bilik tu terlampau besar, ikhlas aku bagitau korang, kalau korang datang sini untuk honeymoon, u have soooooo many place untuk 'diterokai'. :p sebab tu aku cakap better korang pilih bilik yang tak menghadap bilik orang lain sebab dia macheamm setiap pelusuk bilik ada kegunaan dia kahkahkah. :p mestiii ada sebab kenapaaa dia buat steam room tertutup sebelah pool dan inilah masanyaaaa kohkohkoh. :p



tapiii kalau kaw datang sini berjemaah macam sebuah keluarga besar pun sesuai jugak sebab bilik dia besarrrrr dan takde la sia-sia sangat dalam bilik ada dua katil king, ada dua sofa bed. 


untuk yang ada anak ramai laaaagiii laa aku rekemen korang datang sini sebab nanti mak ayah tak payah nak bersempit berebut katil dengan anak-anak dahhh. dan tentu-tentu anak-anak korang nanti boleh mandi pool sepuas-puasnyaaa. ;)) 


bagi aku, yes tak dinafikan Lexis Hibuscus ni boleh tahan mahal harga dia tapiiii ikhlassssss dari hati aku, kalau korang sedang mencari sebuah tempat untuk mengeratkan kasih sayang sesama keluarga, mandi pool sepuas-puasnyaa dalam sebuah bilik yang sama sambil rasa tenang gileeeee jauh dari segala kesibukan kota, yesss. Lexis Hibiscus is the right place. aku bagi 9/10. recommended gileee cuma yang tak best satuu je bagi aku, kenapalahhh dorang tak includekan breakfast dalam harga bilik yang kita bayar. T__T kaw tahu takk RM35 untuk makan pagi seketul manusia aku rasa mahal gileee. huhuuu. 


haaa memang laa sebelum check in kitorang dah tapau makanan siap-siap tapi perut aku kan bangsa asyiklaaaa lapar. :p pukul 10 malam tiba-tiba mintak nasi pulekkkk. nak keluar cari kedai makan berhampiran memang idok lerr rajinnyaa sebab boleh tahan jauhhhhh jugak Lexis Hibiscus nii untuk keluar ke jalan besar dan menapak cari kedai makan pulekkk. jadi marilah kita order makanan dari bilik jeee. syafiq punya nasi goreng kampung dengan coke. aku punya kuew tiaw goreng dan inilah kuew tiaw goreng paaaaling mahal aku pernah makan selama aku hidup HAHAHAHA :P 


nasi goreng RM33, kuew tiaw RM33, coke RM13. (-__-') makanlah perut. jangan sia-siakan kikiki :p


aku rasaa, dalam banyak-banyak tempat honeymoon aku laki bini pernah pegi, kali ni mungkin paling susah aku boleh lupaaa sebab tiba-tiba malam tu hujan lebat gileeee siap petir sambung-menyambung. (-__-') kaw bayangkannn, bilik ni kan di tengah laut. pemandangan pun seluas lautan. kaw akan nampak dan dengar kilat tu sambar menyambar betul-betul live depan mata seluas-luas laut depan mata yang ada. dah macam siang rupa diaaa heyyy takutnyaaaaaaaaaaa. nasib baikkk hujan tak lamaa. (-__-') sekali esoknya bila siang, tengok-tengok pelampung bunga dah hilang. jatuh ditiup angin ketengah laut time ribut semalam. kesiannnn bungaa. takpee, kita beli pelampung lainnn yee. hihihiii. 


nanti korang pegi la duduk sini. honestly, kalau korang pilih bilik yang tak menghadap orang, yesss. inilah tempat bermadu kasih yang sebenarrr. selamat berkasih sayang semuaaaaaaaaaa. ;)



24 comments:

  1. bestnyer...tapi harga rm800/night tu agak mahal utk org yg kede mcm akak ni..hihihi

    ReplyDelete
  2. haiyaaaa...mahalnyaaaa...LOL...ingat baru nak ajak teteman gegirl pi mandi sesama...dia da limit tak berapa org dalam bilik? ke mmg tak kisah..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah ,haritu saya booking bilik untuk 4 , boleh bawak masuk 10 orang tapi kena bawak toto

      Delete
    2. ye ke @donkey kal?? kitorng plan esok 8 org nk gi ni

      Delete
  3. Alahaiii..seronoknya kalau boleh datang sini,, kite kalau pilih hotel cari yang murah-murah je...kesiannn

    ReplyDelete
  4. bestnya cuti2an.... cantek tempat tu

    ReplyDelete
  5. OK! nangis aku tengok harga,tp kalau byr mahal2 tapi xleh nk bercendana dlm pool buat apa kan.tp mmg best ah yayaaaaa!

    ReplyDelete
  6. waaaaaa syoknyaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! kena tunggu dpt durian runtuh boleh check in kat sini !!

    ReplyDelete
  7. memang bergandalah keseronokan tu kan dapat offer cenggituu. bestnyeee!!

    ReplyDelete
  8. bestnye.. tapi rase nak nangis tengok harge die..

    ReplyDelete
  9. Patut la nama hibiscus..rekabentuk hotel sebijik sama bunga raya..hihi..nanti Bunga dapat adik la tu..opps..

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa ! kalau kita.. kita pikir banyak kali jugak rm800/night. tak mampuuuu ! tapi kalau orang bagi free.. memang takkkk tolak.. hihi !


    shela-abdrohman.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. alahaiiiii..bestnye..klu nk hanimun siyokkkk la..tapi nk nangis tgk harga tuuu..

    ReplyDelete
  12. Wooooowwww....bestnyaaaa....cantik gilosssss

    ReplyDelete
  13. huh..lexis ni memg tingiiin kot nak pegi....

    ReplyDelete
  14. Biar mahal skit tp puas hati kan....best2x

    ReplyDelete
  15. Memang best giller kat sini

    ReplyDelete
  16. Awak book bilik ni kat booking ke kat mana ya?

    ReplyDelete
  17. dah book untuk bulan may ni.. tapi sky pool punya.. hope sangat2 terlindung daripada pandangan orang lain..

    ReplyDelete
  18. berapa yer no hotel nih...tqvm😘

    ReplyDelete
  19. sesuai sgt utk our honeymoon nanti . yeahh premium pool villa so private n so awesome utk org yg bru berkahwin . boleh nikmati pemandangan laut 😘

    ReplyDelete
  20. Assalam sis tempah bilik guna med. ape ye dpt harga murah rm399? Sebab dekat boking.com plg murah pun sy tengok rm570++ gitu. N one more mcm mn sis dpt uprage bilik executive kpd premium scr percuma ye?blh share tak kalo x keberatan? Email saya nurhafizahhanis2581@yahoo.com
    Tq sis 😊

    ReplyDelete
  21. waaa.. tq2 bagi review.. lain kali nak duduk, senang dah tau... Tapi kalau banding hibiscus ngn grand lexis, grand lexis lebih privasi kot pool dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...