April 30, 2015

9 bulan aku simpan rahsia ni :)

sejak dari bunga lahir sampaiiiii la ke hari ni genap 9 bulan umur bunga, aku sebenarnya ada simpan satu rahsia yang rasanyaaa takde sapee pun tauu melainkan keluarga dan kawan terdekat aku. ;) dari hari pertama bunga lahir, she was born sebijikkkk macam rupa cina. mata sepett gilee sampai aku terfikir, ehhh takkan aku tertukar anak kottt. :p rasanya takde pulak bangsa cina yang bersalin sama-sama dengan aku time tuu miahahaha. 


sesepet sepet mata bunga, dari hari pertama lahir mata hitam dia dah bulat yang penuh. tapi masa tu aku takde laaa assume apa-apa sangat sebab rasanya majoriti baby yang baru lahir mata hitam dorang memang besar kannn. tapiiiiii, mata hitam bunga ni sesuatuuuuuu sangatttt. :p takdeee rasanyaaa dalam keturunan aku bila dia semakin membesar, dengan mata-mata hitam dia sekali membesar. :p selalu standard biasa-biasa jeee. 


demi Allahh, boleh dikatakan setiap kali aku bawak bunga keluar, benda pertamaaaa strangers akan cakap pada aku dan bunga adalah 'wahhhhh besarnyaaaa mata hitam diaaa!' dan percayalah, setiap kali tu jugak la aku tak tauuu nak buat mimik muka macam mana. kahkahkahkah. :p dan ayat seterusnyaaa topik perbualan itu selalunyaa mesti strangers strangers ni akan tanya, mata ikut sapeeee niii? mak dia kee ayah diaa? sambil strangers strangers tersebut menilik peghatiii muka aku laki bini. :p dan sekali lagiii mampusss aku tak reti nak buat reaksi mimik muka macam mana. kang aku jawab macam aku, riak sangat bunyi. :p HAHAHA. kang jawab macam syafiq, aku pulak rasa macam menyampahnyaaa menipuuu HAHAHAHA. selalu aku senyum sipuuu-sipuu maluewww jewww :p kihkihkih. 

tapiiiiii sebenarnyaaaaa ada satu ceritaa disebalikk cerita mata hitam bungaaa. :p berdebo pulak nak cerita. kikikiii. begini kisahnyaaa. :p sebenarnyaaa, masa aku mengandungkan bunga duluuu, ada satu peristiwa yang aku takkan lupa sampaiiii bila-bilaa. ;) time tu punyaaa la aku kusyuk ngadap komputer dalam bilik sekali syafiq terjerit-jerit panggil aku depan tv. aku ingatttt kenapaaaa laaa laki aku niiii buang tebiat ke apeee. kaw tauuu kenapaa? (-__-') ayat yang keluar dekat mulut dia time tu adalahhhhh, 

" sayang, cuba awak tengok, gileeeee ahhhh. besar gileee mata hitam diaaa. sebijikkkk macam mata kucing kann? besarnyaaaa. "

laaaaaaailahaillahhhhh, aku ingatkan kenapaaa laaa laki aku siap menjerit panggil aku semata-mata takut terlepas apa yang dia nak tunjuk. kaw tau dia tunjuk mata sapee? heliza helmi. (-__-') 


gigihhhh aku pegii menghadap sekalii ingatkan laki aku nak ajak mengumpat. :p HAHAHAHA. tapiiii, dari intonasiiii penceritaan syafiq time tu, aku tak rasaaa dia sedang memuji. dia macam terkesima lalu cepat-cepat panggil aku suruh tengok sekali sedangkannnnnn dia terlupaaaaaa sekejapp aku rasa time tuuu, bila isteri mengandung, orang tua-tua selaluuu pesan, kalau rasa sesuatu benda tu ajaib atau pelik, jangan tegurrrrr. nanti kenannnn pada baby dalam perut. (-__-') 

aku dah perasan time tuuu tapi takpelahhh, tak amek serius sangatttt sampaiiii laaa bermulanyaa bunga lahir dan semakin membesar, asyikkkkk laa orang tanya aku, makan apa masa mengandung dulu nak bagi baby mata hitam besar. terus rasa macam apeeeee aku nak jawab niii. takkan nak jawab makan anggurrrr sebab aku pun lupaaa time mengandung dulu sempat makan anggur takkk :p kikiki. takkan nak jawab macam mata aku, kang pengsan pulak orang yang menanyaa HAHAHA. takk takk, mata hitam aku tak besar. syafiq pun takk. kami normal. bunga kurang normal :p kikikiiii. dan haaaa, ni laa jawapan diaaa. kenan mulut syafiq kutuk orang. HAHAHA. 

nasibbbb baikkkkkk kenan benda yang comey :p di buatnyaaaa kenan hamster macam adik perempuan aku dulu kecik-kecik, parahhhhhhhhhhh dari kecik sampai ke tadika nak tidur menyodok dekat kerusi lagi haruuuu kahkahkah. ;) selagi tak tidur basah lenjun, selagi tuuu tak boleh angkat dia letak dekat katil. kisah benar wa cakap luuuu. :p nasib baikkkk sekarang takde dahh peel ni. kalau tak mantikkk dalam asrama tengah-tengah malam buta bangun menyodok cari kerusi kikikiii. :p

ehh aku tak kata aku percayaaa sepenuhnyaaaa kenan menan segala niii. kuasa Allah semuanya kannnn tapi rasanya command sense kotttt, time kita mengandung, banyak benda kena jaga. perbuatan kita, percakapan kita. ehhhh tak semestinyaa time mengandung jewww. tak mengandung pun kena jaga tapiiiiiiiiiii susahnyeeelahaiiii nak kawal emosi dari mengutuk orang. kennnn? :p muahaha. ehhh korang duluu time mengandung ada kenan pape keee? manaaa laa tauuu ada yang lagi rare dari kenan hamster adik aku. :p HAHAHAH.

okkkk sekian duluuuu dari sayaaaa hasil kenan mengenan daddyy sayaaaaa. ;)) hewhewwheww.






April 29, 2015

Photoshoot model testimoni Ephyra :)


haiii semuaaaa ;)) kemainnnn kannn tajuk entry akuuu hari ni. :p rasa macheamm heyyyy poyonyaaa kaw nadiaaaaa tapi lantakkk :p aku nak cerita jugak dekat sini untuk kenang-kenangan. kaw ingat senangggggg orang nak approach kaw untuk jadi model kalau agak-agak muka macam kapal pecah. T__T nak nak kalau muka macheamm aku. (-__-') kapal tu bukan takat pecah jeee, siap karam lagii dahhhh. mueheheh :p so haruslahhhhh aku sedikit teruja dan terharuuu :p


masa bulan februari hari tu, pihak Oceanlife Marketing selaku pengeluar Ephyra ada approach aku untuk jadikan aku sebagai model testimoni dorang. kalau korang dah lama baca kisah perjalanan hidup aku dari penulisan blog aku sini, korang mestiiiiiiiiii tahu aku antara berjuta pengguna tegar Ephyra bermula time awal-awal dorang dikomersialkan lagi. seingat aku firstttt time aku guna produk Ephyra adalah pada 29.7.2013. dan dekat bawah ni korang boleh baca pengalaman ikhlas aku sepanjang aku menggunakan Ephyra. :)

29.7.2013: Sana sini Kolagen EPHYRA :)  
27.8.2013: Ephyra sangattttt berkesan :)  
30.9.2013: EPHYRA sangatttttttt bestt! :)  
7.11.2013: Majlis Makan Malam EPHYRA bersama Memey Suhaiza & Norman Hakim :) 
2.1.2014: mengandung sebab Ephyra?  
23.4.2014: EPHYRA terbukti berkesan :)


dalam banyak-banyak entry perkongsian aku sepanjang menggunakan Ephyra, entry mengandung sebab ephyra? antara entry yang ramaiiii gileee orang mesej aku tanyaa betul keee aku mengandung betul keeee. dah memang betullll aku mengandunggggg yang mana sepanjang aku tak tau pun aku sedang mengandung, aku tak amek sebarang ubat-ubatan punnn kecuali Epyhra dan jamu ketat nenek moyang akuu :p tuu jeee. jadi kalau korang tanya aku, yesss. Ephyra sangattttt membantuuu. jadi bila pihak Oceanlife Marketing tanya sudi tak bekerjasama dengan pihak Ephyra, jangan cakap tapak tangan, dengan tapak-tapak kaki sekali dan semua tapak yang ada nadia tadahkannnn. mihmihmih ;)


beberapa ketul gambar disebalik tabir. ;)




kenalkannnnn, ini innanie ariffin selaku Marketing & Communication Executive Oceanlife Marketing. 


dan kenalkannnnnn, inilah kak miza CEO Oceanlife Marketing. cantikkannnnn. ;) satu sikap yang aku dari duluuuuu respect kak miza, walau setinggi mana dia terbang, dia tak pernahhhh sombong. kalauuuu aku dekat tempat dia, belum tentuuu aku tak takbur. muka cantik, poket tebal, mustahilll aku tak riak muahahahaha :p


dan inilahhhh hasilnyaaaaaaaaaaaaaa, taraaaaaaaa. ;))

 
kalau dekat ig berderu-deruuu dahh orang tag aku. dari hari pertama pihak ephyra2u post gambar ni sebagai testimoni sampaiii laa ke hari ni boleh dikatakan semuaaaa dealer-dealer ephyra repost gambar nii. mula-mula macam makkk aiii, segannyaaaaa. (-__-') tapi takpelah, bukan orang kenal aku punnn hewhewheww :p nanti kalau tiba-tiba korang ternampak dekat surat khabar keee, majalah kee tv mana-mana keee pasal testimoni aku ni, kalau ada sedara mara korang yang kurang percaya dengan iklan tersebut, suruh dorang khatamkan kisah mengandung aku okkkk ;p kihkihkih. 




terima kasih naniee, terima kasih kak mizaaa, terima kasihh pihak Oceanlife Marketing sebab sudi bekerjasama dengan nadiaaaa. ;) nanti kalau ada project baru jangan lupaaa roger nadia lagii ehhh. hihihi. jemput minum ephyra semuaaaaaaaaaaa. ;)



credit photo studio sepenuhnyaaa hakmilik Oceanlife Marketing. :) thank you boss ;)

 

April 28, 2015

baby chair sangatttt membantu :)

sepanjang mengandung duluuu, aku tak pernah pun terfikir yang seketul baby chair adalah sebuah keperluan terutama bila anak dah start umur 6 bulan keatas. duluuu aku sokmo fikir car seat dengan stroller je benda paaaaling penting setiap kali nak keluar rumah. dalam rumah rasanya tak perlu apa-apa kotttt. :p rupanyaaaaa, nehiii beteyyy nehiii. (-__-') bila dia dah pandai recognize mana satu mak diaa, mana satu bapak diaa, aku tak pasti anak korang macam mana tapi bunga ada satu peel kalau aku hilang sekejap dari pandangan mata dia, haaaaaa sudahhhh. (-__-') dia punya menangis kemainnnn drama. hihiii.


jadi segala ceruk rumah aku angkut sekaliiii. :p cumaaa kalau aku masak, aku tak berani memasak sambil dukung bunga. kang tak memasal terpercik minyak panas kena anak aku nayeee. huhuuu. ok bab teman aku memasak dekat dapur settleeee. tapi bila asyikk letak dia dekat bawah macam ni aku rasa macam alahaiii, kesiannyaaaaaa bungaaaa. T__T dekat lantai je dia dudukkk, boleh? :p atleast letak dia sama tinggi dengan kita yang berdiri ni takde la macam sedih sangatttt. hihihi. 

sampai laa satu hari aku pegi makan dekat kedai, waiter tu tanya nak baby chair tak kak? aku terjawabbb haa boleh jugak padahal tak pernah-pernah punn sebelum tu bunga duduk dalam baby chairrrr. sekali bila letak, ehh ehhhhh. dia dah pandai tegapkan badan laaaaa. :) aku rasa macamm ehhhh bila masa awak pandai, mummy rasa macam bunga baruuu jeeewww lahir. :p hihihiii. 

dari situ laaaa aku dapat idea, bagussss jugak kalau ada benda alah ni seketul dekat rumah. atleast takde la sedih sangattt anak aku duduk dekat lantai jewwwww :p kikikiii. selalu orang beli baby chair untuk letak baby time makan jeeee tapi aku main letakkk jee sesuka hati tak kira masa asal dia nak duduk. praktikalnya baby chair ni dalam hidup aku bilamana setiap ceruk rumah jugak aku angkut contohnyaaaaaaaaaa, setiap kali aku mandi miahahaha. :p 


atauuuu setiap kali aku sibuk uruskan bisnes. 


setiap kali bunga nak makan memang tentu-tentu aku letak dia dalam baby chair ni kannn ;)



ehhh senang cerita kerusi ni sangatttt berjasa laaa dalam kehidupan seharian akuu. hihii. nak nak sekarang ni bila dia dah pandai melasak. heyy mendebarkan betul setiap kali tinggal bunga atas katil aku. memang menempah mauttttt untuk dia tergolek kebawah sebab kaw letak laaa bantal bergunung pun, ada jee taktik dia untuk menjatuhkan gunung-gunung bantal yang aku bina tuu semata-mata nak pegi ke hujung katil punya pasalllll. T__T jadi bila ada kerusi ni, sempatttt laaa aku mandi keee basuh pinggan kee kemas rumah kee, buat kerja pape keee dengan tenang. takde la pikir kang jatuh anak aku. haaaaaa gituewwww :p




bilaa aku sokmo post gambar bunga dekat facebook dan instagram asyikkk la duduk dalam baby chair ni, ramaiii pulak yang pm tanya beli dekat manaaaaa. alaaa sebenarnyaa nadia beli dekat Ikea jeeeewww. ;)) seketul RM49.90.


nanti korang boleh laaa pegi beli. very the membantuuuuu kerusi ni dalam hidup akuu huhuu. :) rasanya yang baby chair dekat Ikea adalah yang paling murah aku pernah survey. yang biasa-biasa macam dekat Giant kee Tesco kee pun dah RM70 keatas. baikk aku beli yang Ikea punyaa mihmihmih. ;)) sekian laporan ketumbesaran bunga untuk episod kali ini. :p


April 27, 2015

fridge magnet sebagai hiasan dapur ;)

sejak ada anak ni, aku rasa lamaaaa gile dah aku tak bercerita pasal dekorasi. :P kalau duluuu blog aku sokmooo takde cite lain dahhh, asyikkkk la pasal dekorasi je sampai aku rasa mungkin ada yang dah jemu hewhewwheww :p haaaa hari ni aku back on track pasal dekorasi okehhhh. ;)) haaa aku nak tanya korang, selalu kalau korang pergi melancong mana-mana, fridge magnet tu satu kewajipan tak untuk dibeli? :p dan bila balik dari bercuti nanti, fridge magnet yang konon-konon satu kewajipan tadiiii korang tampal dekat manaaaaaa? aku dari duluuuu sokmoo dilemaa, idokkklerrr banyakkk fridge magnet aku sebab fridge magnet yang ada dekat rumah aku ni majoritinya mestiiii tempat yang aku dah pegi. aku tak pasti korang macam mana tapi kalau spesis aku, aku jejak tempat tu baruuuuu aku beli supaya dengan harapan, aku boleh bajet aku ni spesis kuat berjalan ke takkk. kalau masih sikit fridge magnet, bawak-bawak la sambung berjalannyaaaa muehehehe. :p 


selalu aku tengok orang tampal koleksi fridge magnet ni dekat depan pintu peti ais kannn. yang jadi satu masalah bagi aku kenapaaa setiap kali nak tampal fridge magnet sokmoooo tercicir adalahhh pintu peti ais rumah aku bukan spesis bolehhh menarik dan melekatkan magnet. pintu peti ais rumah aku spesis kaca. T__T sadis betul. memanggg takkkkk laa fridge-fridge magnet tu akan melekat. (-__-') lepas tu mulaaaaa la letak merata kemudian kesimpulannyaaaa, hilanggg lupa ntah letak dekat manaaaaa. huhuuuu.

sampaiiii la satu hari tu aku pegi Ikea. selama-lama aku hidup, tak pernah pulak aku perasan menatang papan magnet ni ada juallll dekat Ikeaaaaaa. (-__-')


selalu aku perasan jenis yang macam whiteboard dan blackboard jeeee. tak pernah pulak nak nampak jenis yang macam niii. kalau tau dari dulu kan senang. :p takde laaa setengah aku tampal tepi cpu komputer, setengah dalam plastik, setengah dalam dashboard kereta, ehhhh merata laaaaa. :p kikikiiii. terusss beli yang Ikea punyaaa malas pikir panjang dahhhh. seketul magnet board ni RM49. aku rasaaa macam dah murah dahhh sebab duluuu aku pernah ternampak ada orang jual online pesen yang macam ni la jugak lebih kurang, sekeping papannn gituu dalam RM100 lebihhh. belum masuk postage segala lagiii. nasib tak beliiiii muahahaha :p haaa nanti korang boleh la pegi beli dekat Ikea jugak. dia memang ada satu warna ni jeeee. bolehhh je kalau korang nak sangkut dekat dinding mana-mana supaya nampak lebih elegant dan cantik cuma masalahnyaaaaa dapur rumah aku takde tempat yang boleh dipaku dahhh. T___T semua kena pakar yang drill. kalau takkk hancurrr berkecaiiii tile-tile dindinggg. T__T jadi cara paling selamat untuk mengekalkan kecantikan dapur tanpa memecahkan sebarang dinding :p aku tenggekkan jeee benda alah ni dekat meja bar betul-betul dekat dapur. kikikiii :p 


tak praktikal sangat sebab aku letak nonong-nonong gituuu jee tapiii takpeee laaa. ;)) buat sementara waktu ni biar je dia bertenggek dekat situuuuu. :p bukan aku kena pikul tiap masa punnn. hikhikhik. ;)) kecualiii bila bunga dah besar sikit nanti, bila dia dah start pandai berdiri tarik-tarik barang segalaaaa, confirmmm aku akan pertimbangkan celah mana pulakkk aku nak letak benda alah niii. kang jatuh berderai hempap anak aku mau aku terjun lombong menyesali keranamu sekeping papan besi. hihiiii. haa korang punya fridge magnet tampal manaaaa? dah penuhhh dahhhh pintu peti aisss? ;) kalau belum jommm kita sambung berjalan hanya semata-mata untuk penuhkan pintu peti ais. mueheheheh :p






April 24, 2015

senangnyaaa ada Spa di Rumah :)

aku dari dulu sokmooo berangan, kan besttttt kalau tiap-tiap minggu boleh pegi membelai diri dekat spaa. rasanya sepanjang aku hidup, boleh bilang berapa kali jeeewww aku pernah pegi menyerah diri untuk dibelai dekat spa. selebihnya aku menyerah pada syafiq jee untuk membelai. :p kohkohkoh. heloooo, kaw ingat murahh sekali rawatan dekat spa? (-__-') busuk-busuk pun mesti paling tidak dalam RM80 sekali rawatan. tu pun mungkin dalam 20 minit jeeewww sental-sental terus siap. alaaaa sadis betul. baruuu nak layan feel disental kennnn. ;p tu kalau sekali treatment. kalau empat lima kali treatment? mauuuu pitammmm aku nak membayor bab spa sajeeee berapa dah peruntukan sebulan. T__T baik aku sental sendiri kikiki ;))

kalau korang samaaa spesis macam aku, nak cantik jelita gebu gebas contohnyaa :P tapiiiiii selalu tak cukup masa nak menadah diri ke spaaa keee, atau korang memang bangsa penggeli atau segan ye laaa nak bukak baju separa bogel segala bagai tunjuk dekat orang di spa tu nanti, atau senang cerita, nak cantik tapi nak cepat dan murah, meh aku share dengan korang satu benda. :) korang pernah dengar produk-produk Spa*D*Rumah? haaaaa. namaaa pun spa di rumah kann. ;)) haruslahhh kita boleh berspa dekat rumah jewwww curlasssss. bestkannn! 



segala bahan macam sabun kee, scrub kee, massage oil keee sebijik sejibun macam di spa punya. yang membezakan hanyalah tempat semata-mata. ;) 


dah tak payah dahhh korang nak bersusah payah nak ke spa segalaaaa. beli jeeee produk Spa*D*Rumah ni, confirmmmm korang akan rasa sebijik diawang-awangan macam dekat spa gituewwwww. dengan bau wangi dia ya ampunnnnn, besttttt gileeee lahhhh. murahhh pulak tuuu. macam yang aku punya dekat atas ni, aku amek Lulur Pengantin Mutiara, Garam Spa Kaki dan Lavender Massage Oil.


heyyyy teruja betul aku dapat Lavender Massage Oil niii kaw pahammm takkkk. :p bau dia mengasyikkan sangatttt. i is sukaaa berspa dekat rumah sebabbb satu botol ni aku boleh berkongsi laki biniiii :P kikiki. aku tak berapa berkenan kalau nak ajak syafiq pegi spa. nanti tak tenang hati aku pikir apeeee tukang urut tu sedang urut syafiq. sampai manaaa dah dia mengurut. aku tak boleh babeeeee. (-__-') ada sesetengah benda bukan boleh dikongsi gituewwww. :p muehehehe. soo baiklahhh, mari kita bukak spa dirumah. ;) awak massage saya, saya massage awak. sweetttt gitueww :p dengan senang hati aku menyental dan sebab bau dia sangatt mengasyikkan dan menenangkan, ewahhhh kadang boleh tersasarr kawwwww. eh? kohkohkoh. ;p harga dia murahhhh jeeee. 1 botol RM19. boleh pakai berbulan-bulan kotttt melainkannn kaw menyental hari-hari pat kali sehari. ;)) kemainnnnnnn, sedap yeeee? ewahhhh. kihkihkih ;p 


selain Lavender Massage Oil tadi, aku amek jugak Lulur Pengantin Mutiara. ok dah settle bab massage dengan minyak segala, next step adalah proses mandi. untuk time mandi, aku prefer menyental badan menggunakan Lulur Pengantin Mutiara ni sebabbb gabungan serbuk mutiara, susu dan garam mineral dalam dia membantu mencerah dan membaiki keseluruhan kulit kita macam buang sel-sel kulit mati keee, memudarkan parut-parut dekat badan keee, memutihkan keseluruhan badan keee, haa dia macam all in one. yang ni pun still murah gilee bagi aku. hanya RM35 dan the best part is, kaw boleh guna berbulannnn bulann. kalau pegi spa RM35 sekali rawatan belum tentu dapat kennnnn. ;) samaaa jugak macam lavender massage oil tadi, kali ni kita main mengscrub pulekkkk. ;p awak scrub sayaaa, saya scrub awakkkk. sweet dia rasa macam nak hantuk-hantuk jeee kepala dekat dinding. kofkofkof. :p namaa pun lulur pengantin kannn, harus laaa mood macam pengantin miang-miang gituewww hewwhewwheww :p


okkk massage dahhh, scrub badan dahh, sekarang bahagian kaki. aku pilih Garam Spa Kaki. helooo sape kata kaki tak perlu diberi penjagaan. haruslahhh seiring gituuu dengan harapan bila laki aku tengok kaki pun dah tergoda. tu baru kaki. miahahaha :p treatment kaki ni perlu sebab saraf-saraf di bahagian tapak kaki kita antara saraf terpenting yang mengawal keseluruhan imbangan badan kita. alaaa setakat RM29 yang mana kita boleh pakai berbulan-bulan, ape adahallll kannnn. ;) selain 3 produk dekat atas ni, ada banyakkkk lagi produk spa best-best dari Spa D Rumah ni macammm












haaa macam-macam lagi laaa. dalam banyak-banyak produk dorang, Sabun Payung Mahkota atau lebih dikenali sebagai sabun abang sayangggg kikikii :p dan Set Lulur Kopi dan Gel Mandian Santan Kelapa ni antara yang paaaaaling laris. aku gerentiii korang akan sukaaaa. bau dia wangiinyaaaa, dari jauh dah boleh bau wangi dia. bau kopiiii semerbakkk okehhh rasa macam nak makan-makan jeeee hihii. ;) yang sabun abam sayam kaw jangan laaa pegi makan pulekkk. :p dia untuk mencuci bawahan kita supaya lebih wangi dan umphhhhh gituewww ;))






haaaa, jom laaa try korangg. lepas ni semua orang dah boleh bukak spa dekat rumah. :) save bajetttt. hihi. GST kan segala mak nenek naik harga. rawatan di spaa apetah lagiii. tapi produk-produk Spa D Rumah ni tak naik harga korang jangan risau hihiii. ;) korang boleh contact Spa D Rumah dekat sini yeee, 

https://www.facebook.com/SpaDiRumah?fref=ts

Facebook: spadirumah
Website: MUSH Onlineshop
Instagram: spadirumah
WhatsApp: Mush 011-33020582

jemput order semuaaaaaa. nanti boleh main sental-sental bersama-samaaaaa ehh ehh seronok pulekkkk miahahahahhaa :p okbaiiii 


April 23, 2015

Lasertag besttttt gileeee! ;)



korang pernah dengar pasal Lasertag? amagadddddd, percayalahh cakap aku, sepanjang aku hidup, dalam banyak-banyak permainan zaman moden, lasertag satu-satunya game paaaaaling best aku pernah main. :) 


kaw bagiii la aku main segala mak nenek sukan memanggg takkkk aku akan main sebab aku bukan bangsa pengsukan. :P kihkihkih. tapiiiii, lasertag ni ntahhhhh. dia sangattt buat aku addicted. sekali main terus teringat-ingat tak boleh jadi nii, nanti nak main lagi. haa gituu. macam manaa ehh nak describe. kalau kaw tanya aku dari 1 hingga 10 skala keseronokan main lasertag ni, aku tak pikir banyak dahh. 10/10 aku bagi. :p dahhh aku memang sukaaaa nak buat macam manaa. HAHAHA. setiap kali aku main, aku mesti terbayang macam aku tengah berperang betul-betul. hihi. ;P
 

haaaa korang pernah tengok orang main paintball? haaaa macam tu la lebih kurang permainan lasertag ni cuma yang membezakan dia dengan paintball adalah lasertag kaw tak perlu kena tembak betul-betul sampai sakit badan kena peluru segala bagai takkkk. lasertag ni kita akan ditembak hanyaaaaa menggunakan cahaya laser yang langsung tak sakitkan badan dan langsung takde kesan sampingan pada mata, tubuh badan dan sebagainyaaa. 


kita akan berperang dalam sebuah arena yang mana time berperang tu, kita just nampak cahaya samar-samar dan selebihnya adalah lampu klip-klip pada setiap badan pemain. haaa berperang la kaww dalam gelap gulita itueww diiringi lagu sebijik macam tengah berperang hoiii berdebarrrr. HAHAHA. lasertag ni sejenis indoor game yang kaw tak perlu risau panas terik matahari ke hujan ke sebagainyaa takkk takk. dia dalam aircond. :)) hihi. meh aku tunjuk korang macam manaaa rupaa arena lasertag yang aku cakap tadi. 




haaaaa bestkann. :) nampak tak macam mana korang kena cuba menyelamatkan diri dari ditembak dan dalam masa yang sama kena cuba menembak pihak lawan untuk mengumpulkan mata tertinggi. time pertama kali main lasertag masa dekat ecurve dulu, aku banyak menyorok sebab takuttttttt. (-__-') hoii takutlaaahhh orang datang serbu tembak-tembak kita. huhuu. jadi kalau keje kaw asyik menyorok jee, celah mana nak kumpul mata tak tembak orang kennn. so time aku main kali ni, aku dah set dalam kepala, taknak menyorok dahh. semua aku nak ambush depan-depan macam gangster wa cakap luuuu walaupun kaw tak tauuu, sambil aku ambush orang, sambil aku menjerit ketakutan. HAHAHAA. tak sukaaaa betul perasaan bila kita dikejar musuh. aku lari macam orang gile sampai rasa macam nakkk jeee aku jerit dekat orang yang kejar aku tuu, jangan la kejarrrr. aku takut bodohhhh! ;)) HAHAHHAA. mau tak mencarut, berdebar kannn. rasa macam kena kejar dek hantu. kikiki :p


haaa nanti korang boleh laa try pegi main lasertag nii. best gileeeee. ;) dia sesuai untuk semua peringkat umur tak kesah kanak-kanak kee, remaja kee, orang dewasa kee haa semua bolehh. lagi ramai lagi meriah. sebelum aku terlupa, meh aku bagitau korang harga siap-siap. 


untuk kepuasan maksima, aku sangattt mensuggestkan korang amek yang Party Package sebab once korang amek party package, semuaa pihak Laser Warzone yang akan uruskan. bab uruskan kumpulan pemain, uruskan makan minum semua orang dan uruskan function room supaya korang ada tempat menunggu yang selesa. tak payah dahh korang pening pikir makan minum segala bagaiii. haaa korang just tinggal bayar dan mainnn jeeeee. 

untuk Party Package ni, harga dia RM50 sorang. maksimum pemain adalah 15 orang. so nanti korang boleh ajak kawan-kawan kee sedara mara kee, kawan satu office kee, kawan sekolah ke tak kesah laa sape-sape, janji paling kurang sekali main adalah 15 orang, terus boleh buat 1 event lasertag dahh. dengan bayaran tu, korang boleh berperang sebanyak 4 kali sepanjang event berlangsung. tu pun dah semputtttt berpeluh jangan cakapp kihkihkihkih :p nanti boleh la korang main lasertag ni sambil sambut birthday party keee, hari sukan office kee, team building kee, tournaments office kee ehh semua boleh laa senang cakap. hihii :)

kalau korang tak nak amek yang Party Package pun bolehh. korang boleh pilih untuk main 1 Game RM20, 2 Game RM32, 3 Game RM42 dan Unlimited Game RM60. kalau kaw tanya aku, konpem-konpem aku pilih unlimited game sebab boleh main sepuas-puasnyaaaa muehehe :p kalau korang adalah seorang pelajar, korang boleh dapat harga lagi murah. bestnyaaaaaa ;) 

pada semuaaaa yang berminat untuk main lasertag ni, ada 3 tempat Laser Warzone dalam Malaysia ni iaituuu di 2nd Floor Ecurve Damansara, 2nd Floor Wangsa Walk Mall Wangsa Maju, dan 4th Floor Gurney Plaza Penang. yang latest aku main macam gambar dekat atas ni semua dekat Laser Warzone Wangsa Walk. 


ni masa lastt game penentuan untuk tentukan team mana yang juara dan naib juaraa. aku team 4, syafiq team 5. berlawan aku laki bini. nasib tak bergaduhh. :P syafiq laaa asyik kejar tembak aku. tercirit-cirit aku menjerit HAHAHA. vodo tauu, nasib laki sendiri. kalau laki orang mau aku tak buat laki dah. HAHAHAHA. 



malangnyaaaa team 5 dapat 1st place. team aku 2nd place. its ok bebehhhh ;) atleast dapat nombor 2 dah best dahhhh kikikiki :P heyyy mauuu dorang tak menang, sorang-sorang ambush macam orang kena rasuk. gugur jantung aku lari kena kejor. HAHAHA

haaa nanti kalau korang nak pegi main sini, jangan lupa ajak aku tauuu. bestnyaaa bestnyaaaa. ;) selamat berperang semuaaaaaaaaaaaaaaa. 

https://www.facebook.com/laserwarzone/timeline


FACEBOOK
www.facebook.com/laserwarzone

CALL
03-4131 0006
 
 
 
boniii, abang jamar, ida, onieee. yaya amek gambar korangggg. ;)) kira halalll la ehhhh. terima kasihhhh. ;)) hewhewwheww.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...