November 28, 2014

dilema bila baruuuu menjadi seorang ibu

Antara beberapa situasi yang kita mungkin akan hadapi bila menjadi seorang ibu buat pertama kali. bertabahlahhhhhhhhh :p


Situasi 1

Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, si ibu memegang seketul botol susu bersama bayinya. 

Si A: ehhh baby kecik lagiiiii, napeee dah bagi susu formula? napee tak bagi susu ibuuu. susu ibu adalah hak seorang anak. tak baik menidakkan hak keatas seorang anak. 

Si Ibu: mana susu formula?

Si A: dalam botol tuuuuuuuuu. 

Si Ibu: ehhhh tak laaaaaa. ni susu saya kakkkkk. anak saya sepenuhnya minum susu saya cuma saya pam dan letak dalam botol. 

Si A: laaaa nape tak bagi direct, kan senanggg. barulah mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak, skin to skin katanya. 

Si Ibu: kakkkkkk, takpeeee. janji susu saya.

Si A: ehhhh tak elokkkk. dah ada susu, bagi je direct. senang.

Si Ibu: kaw nak ape sebenarnya ni kak? bagi formula salah, bagi susu ibu salah, bagi botol salah. kaw jangan sampai aku bagi tetek aku dekat kaw sudah. HAHAHAHA. *kata ibu tersebut didalam hati, sahaja* 

Kesimpulan dari situasi 1: tak semestinyaaaaaaaaa bila kaw nampak seketul botol susu dan didalam botol tersebut adalah bukan susu ibu. ada banyakkkkkkkkkkkkkk cara seorang ibu boleh menyusukan anaknyaaa dan tak semestinya dengan bergayut sahaja. kalau betul anak dia bergayut sekalipun, takkan aku nak tunjuk, ehh kak. saya tengah menetek anak ni. marilah tengok. marilahhh. miahaha :p kadang-kadang kita jangan taksub sangatttttt macam kita je paling bagus, macam kita je ibu paling menjadi. :) sampai kadang-kadang terpandang serong pada mana-mana ibu yang mengformulakan anak mereka. mesti ada sebab kenapaaa dan mengapa. dan semoga kalian tau, susu formula adalah bukan sejenis najis mughollazoh mahupun najis mutawassitoh. maka berbaik sangkalah. :) kihkihkih ;))



Situasi 2
Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, si bayi sedang menghisap puting. 

Si A: laa nape bagi baby puting. tak elok puting niii. nanti lambat tumbuh gigi. 

Si Ibu: ehh bukan setiap masa pun dia hisap puting. kalau dia menangis yang uncontrolable baruuu saya bagi puting. kalau tak, dia tak hisap puting pun. 

Si A: tapi dalam gambar mestiiii ada puting dekat mulut. tak nak la hisap puting. tak cantik nanti. 

Si ibu: secara kebetulan jee tu. kadang-kadang bila bagi puting ni, dia tidur lena. masa awal-awal je bagi puting, bila dia dah tido saya tanggalkan la. 

Si A: eh takk la. anak akak tak hisap puting pun. elok je tidurnya. susu tak kenyang la tu kott.

Si Ibu: sekali lagi kaw nak ape sebenarnya kak? :p lain budak lain peelnya. dan lain mak lain jugak lah didikannyaaa. saya pun kalau boleh tak nak ajar anak saya hisap puting ni tapi dari dia menangis tak benti-benti, letak tak kena, dukung tak kena, bagi susu tak kena, bagi puting je baru diam. haaaaa kaw rasa? *kata si ibu di dalam hati, lagi.*

Kesimpulan dari situasi 2: puting jugak adalah bukan sejenis najis mughollazoh mahupun seketul najis mutawassitoh. ;p menjadi seorang ibu, pastiiiii si ibu tersebut mahukan yang terbaik untuk anak dia. dia punnnn mestiii sedang berusaha taknak bagi anak dia hisap puting tapiiii takkan nak bagitauuuu, ehh kakkkk kakkk. hari ni anak saya tak hisap puting pun. semalam jeee yang akak nampak dalam gambar tu je. huhuhu ;) dannn, mestiii ada sebab jugak napeee seorang ibu bagi anak dia hisap puting. bukan dengan sengaja anak tidur dengan lenanya, tibe-tibe ehh bangun laa nakkk. nah nahh. hisap puting nii. tidakkkkkkk sama sekali. akak pernah rasa nipple crack? meh saya crackkan niple akak :p supaya akak tauu, itulah permulaan kenapa bunga hisap puting.



Situasi 3
Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, captionnya adalah 'hai, hari ni checkup saya 4 bulan dan berat terbaru saya adalah 6kg.'

Si A: anak saya 3 bulan dah 7kg.

Si B: anak saya 4 bulan dah 9 kg. 

Si C: anak saya lahir-lahir terus 6kg. 

Kau rasa apa patut aku jawab? woowwwwww, tahniahhhhh. anda berjaya menjadi seorang ibu yang baik sebab anak anda lebih berat dari anak orang lain. gitu? kannn aku dah cakap.. lain badan, lain keupayaan dia. kadang cuba kita selami, aku bagi contoh paling simple. saya pakai handphone samsung biasa je. ooooo. saya pakai handphone iphone6. kaw rasa apa yang si pemakai samsung biasa tu akan rasa? kaw nak cakap iphone kaw lagi bagus dari samsung biasa? samaaaaa jugak dalam bab menjaga anak. kaw nak cakap kaw paling pandai menjaga anak sebab tu anak kaw paling sihat? dan yang tak berapa berat sangat ni tak pandai jaga anak? kesiannnnnnnn si mak. penat dia menyusu si anak siang malam dah berat badan anak dia tak naik banyak sangattt nak buat macam mana. bersyukurlah. ada anak punnn dah cukup bersyukur. tak perlu kottt nak banding-bandingkan anak sape lagi berat, anak sape lagi besar. anak sape lagi sihat. anak sape lagi pandai. kalau dah hobi suka bandingkan, kaw bandingkan je sorang-sorang dalam hati.



Situasi 4
Si ibu mengupload sekeping gambar di facebook atau di instagram yang mana dalam gambar tersebut, si bayi sedang berada di dalam seketul stroller bernama Quinny.

Si A: ooo pakai quinny ekkk. membazir je beli mahal-mahal. banyakkkkk je stroller lain yang sama macam quinny sekarang. tak semestinya kena beli quinny. muahaha

Si B: Haah, semalam saya baruu beli SCR999, sebijikkkkkk macam quinny. baruuuuuu RM300 je. sama je fungsi dengan quinny. untuk tolak anak je punnn. hihi

Si B: ehhh saya pakai bugaboo. mahal sikit dari quinny. tak kesah beli mahal janji baby selesa. 

Si D: beli yang biasa-biasa je pun tak peeee. bukan pakai lama pun stroller ni. nanti lama-lama dia dapat kaki, takde nyeee dia nak duduk dalam stroller.

Si Ibu kepada anak yang duduk dalam stroller quinny tadi: *kelu* Allahuakbar. sejak ada anak ni, kadang sesetengah situasi boleh buat aku hilang kata-kata. you may right and i might wrong but sometime it doesn't make any sense. at all. mungkin diam lagi bagus kottt. kang aku jawab kaw sentap. kang aku jawab dahhhh aku mampuuuuuuu kaw cakap aku berlagakkkk. huhuhu :p ehhhh penatlahhh. awak nak apa sebenarnyaaa nii? nak saya belikan awak quinny sorang seketul? :p



Situasi 5

Si A: baby baru lahir kena cukur rambut dia. rambut kotor ni. kena darah lendir segala dalam perut kann. 

Si Ibu: takpeeee tak cukur kottt. sunat je kannn. buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa.


Si A: ehhhh tak bolehhhh. tak baikkk. rambut kotor tuuu. 

tiba-tiba azan berkemundang menandakan telah masuknya waktu solat maghrib bagi kawasan-kawasan tersebut. :)

Si Ibu: A, awak nak solat pegi la masuk bilik tetamu dekat sana. sejadah dah ada dahh dalam bilik. 

Si A: oooooo. ok ok. jap lagi saya solat. nak reply whatsapp jap. 

dannnn sampai kesudah, sampai ke waktu isyakkk dudukkkk la si A tu di situ sambil mereply whatsapp tersenyum sorang-sorang. kemainnnnnnn kawww cakappp tak baikk la tak cukur kepala bagaiii, yang kaw tak sembahyang, baikkk? *kata si ibu di dalam hatiiii sahajaaa sambil melihat si A yang buat wa nampak lu kecikk besar kecik besarrrr. HAHAHAHHAA*



dan situasi-situasi seterusnyaaa yang mana kalau aku senaraikan, mungkin sampai malam esok belum tentu habis kaw baca. hihii. kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita mungkinnnn boleh menyentuh perasaan ibu-ibu lain yang mana pada masa yang sama, dia pun samaaa macam kita. nak yang terbaik untuk anak masing-masing. sedang belajar dan sedang mengajar adalah dua benda berbeza. pandai dan memandai-mandai punnn dua perkara yang jauh banyak makna dia. menjadi ibu dan menjadi ibu kepada ibu lain punnnnnn tak sama maksud dia. aku tak cakap menegur tu salah. bolehhhh je menegur tapiii sebolehnya biar kena dengan cara dia. ni kaw sedap main hentammm macam kaw je yang paling betulll palinggg pandaii palingg bagus. kalau aku hentam, apa kaw rasa? ;) ohhh semuaaa cerita dan situasi diatas hanyalah rekaan semata-mata. tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. mihmihmih. ;) moral of the story, marilahhh kita sama-sama menjadi seorang ibu yang terbaikkkk untuk anak kita. bukan untuk anak orang lain sebab anak orang lain pun ada mak dia jugak yang mana punnn nak yang terbaik untuk anak dia. hewhewhew. ;))





November 26, 2014

tip darurat menjaga anak :p

amboii tajukkk kemainnnn. :p baruuu 4 bulan ada anak nak darurat bagaii muahahah :p sebenarnyaa aku tak rasa aku dah cukup layak untuk ajar korangg cara terbaik dalam membesarkan seorang anak sebab akuu pun baruuuuuu jeee masuk 4 bulan jadi mak orang. :P mihmihmih. kemainnnnn nak mengajar gaya macam anak dah 10 kennnn. kalau anak dah 10 sekalipun, belum tentu cara kaw jee betul cara aku salah. eh? kihkihkih. :p 

cumaaa tak salah rasanyaaa kalau aku berkongsi apa yang pernah aku lalui. :) oleh disebabkan bunga 24 jam 7 hari seminggu dengan aku, setiap jam bertenggekkk manja kedek-kedek sampai kadang aku konfius, awak tak bosan ke nakkk asyik tengok muka mummy jeee. cantik sangat ehh? :P miahaha. sampaiiiii satu ketika, asal celik mata nak nampak muka aku. kalau tak nampak menangis lalak-lalak mcam kena pukul, haaaa sudahhh. dah macam manaaa mummy nak buat kerja, nak mandi, nak makan segalaaa kalau asyik nak kena baringgg jee sebelah awak nakkk. seronokkk jugak sebab aku boleh tido sama kihkihkih tapiiiii kaw ingat kerja aku 24 jam tido tak payah makan tak payah mandi? :p korang tau aku buat ape? :P


korang nampak tak kain warna hitam depan muka bunga? sebenarnyaaa tu baju busuk akuuuu. :p kihkihkuh. asalnyaa time ni aku nak pegi mandi, dah pukul 3 petang kalau tak silap. 3 petang yang belum makan, belum mandi dan belum buat ape-ape. keje aku baring jeee sebelah bunga. asal bangun dia mesti terkejut. masa ni dua tiga hari lepas dia kena injection tiga bulan hari tu rasanya. tu dia macam manja anyonyonyoo. selalu manja jugak tapi under control. hihi. ;) 

sooo time ni la tibe-tibe aku macam eh, try laa letak baju aku sekejap tengok menjadi tak sebab ada sesetengah orang tua kata, baby ni di awal kelahiran dorang, dia bukan nampak pun mak dia tapiii macam manaaa dia boleh tahu tu adalah mak dia. dan jawapannya adalah dari bauuu dan suara. sooo aku try laaa bagi bauuu aku HAHAHA. :p tak sangkaaaaaaaa menjadik! experimen berjayaaaa! kikiki. ;)) terus cepat-cepat pegi mandi makan dan buat kerja segala. sempatttt laa. takde la macam baruuuu nak turun katil, ehhh dah sedar. baruuu nak melangkah setapak, ehh dah bangun. :) 

aku ada try jugak letak baju syafiq kadang-kadang, tidakknyaaaaa menjadiiiikkk. HAHAHA. nampak sangattttt bau baju syafiq tak berapa menyelerakan. baju busuk aku jugakkkk cukupppp menggoda. miahaha. korang nak try bau? meh aku sua sikitttttt. konpem tido tak bangun-bangun. :p HAHAHAA. haa korang pernah try cara ni? ke cara apa? meh laa share dengan akuuu. mana tauu kottt nanti aku boleh mengexperimenkan dekat bungaaaaa. hihihi. ;))



November 24, 2014

harga car seat Maxi-Cosi CabrioFix


kalau hari tu aku cerita pasal stroller, hari ni aku nak sambung dengan cerita car seat maxi cosi. ;) senang esok-esok kalau korang nak beli, korang boleh refer entry aku ni ye untuk buat perbandingan murah atau mahal maxi-cosi korang dapat. :) 



sama macam stroller dan mainan pertama bunga, car seat ni pon kitorang still beli di kedai yang sama iaitu di LittleWhiz. 

 
kedai dia macam one stop center yang mana segala mak nenek kelengkapan baby ada dekat sini. korang boleh pilih nak beli secara online dekat website atau walk in terus ke kedai dorang di Setia Alam, Shah Alam. untuk stroller dan car seat ni, kitorang walk in ke kedai sebab sajee menggedik nak tawaf kedai dorang muehehe. bila dah tawaf, takde maknanyaaaaa kalau beli stroller dan car seat semata. (-__-') :p jadi kalau korang nak beli, aku cadangkan better korang beli online jeeww supaya tawaitu tak berpaling tadah kihkihkih. ;)

sebenarnya, untuk car seat, bolehhhh jeee nak pilih mana-mana car seat sebab fungsi dia just nak letak dalam kereta jee kann. banyakkk choice yang bagus-bagus. :) janji anak duduk dengan selesa dan secure. tu fungsi utama car seat. cuma kena pandai pilih car seat yang boleh guna sejak dari newborn lagi sebab ada sesetengah car seat, dorang tak sesuai untuk letak baby yang baru lahir. kalau korang tanya aku, antara car seat dengan stroller, yang mana lagi penting. aku pilih stroller. :) sebab belum tentuuuuuu kaw larat nak dukung anak berejam-jam sambil tawaf shopping mall contohnya. :') oiii mencabar mihmihmih. :p mana nak pilih barang, mana nak bawak barang, mana nak dukung anak. silap hari bulan boleh bergaduh laki bini sebab si suami asyikkkk laa ajak balikkk muahahahah. baruuuuuu je sampaiiii, dahhhhhh ajak balikkk. wa nampak lu kecikk besar kecikkk besarrr jeee sayanggggg kahkahkah. :p dan car seat ni dia akan hanya menjadi satu kemestian bila kaw selalu drive sorang-sorang. haa aku la tuuu. :p siang hari setiap isnin sehingga jumaat syafiq adalah bekerja. jadi, akan ada sesetengah hari yang aku kena keluar rumah sorang-sorang contohnya pegi beli barang ke, pegi checkup bunga ke, pegi jumpa orang ke, pegi review pape ke, haaa. time ni yesss car seat adalah benda wajib aku perlu ada. 


jadi, alang-alang kitorang dah beli stroller quinny yang mana boleh attach sekali dengan car seat maxi-cosi,  kitorang amek je laaa Maxi-Cosi CabrioFix niii. :) bagusnyaaa car seat maxi cosi ni, dia bukan hanya seketul car seat semata-mata. dia juga boleh dijadikan seketul carrier yang boleh angkut jee pegi mana-mana macam bawak sebuah bakul ke pasar. kikikii. dannnn dia jugak boleh dijadikan rocker untuk menghayun baby macam fisher-price punya tuuuu. haa. baguskannnn. ;) 3 in 1 gituewwwww. :p 


cumaaaa mungkinnnn kelemahan dia tak boleh pakai lama. kalau ikut apa yang dia tulis dekat kotak, car seat maxi-cosi ni fit sampai umur baby 15 bulan. anggaran berat maksimum adalah 13kg. jadii kalau baby dah besar atau dah lebih dari saiz ni, sila beliiii car seat yang baruuu harap maklum hewhewhew :) normal price car seat maxi cosi cabriofix ni adalah RM999. aku dapat bestttttttt price RM599. :) itu sahaja pembelajaran car seat baby kita untuk hari ini. selamat membuat perbandingan semuaaaaa. :) 

November 21, 2014

inai murah untuk majlis perkahwinan

korang time kawen dulu pakai inai apeee? aku duluuu gigihhh menumbuk daun inai segala sebab duluuu mana ada jual inai ready made siap main picittttt jeeeewww. T___T nasibbbb dekat belakang rumah nenek aku ada pokok inai. boleh main petik. kalau takkkkk, jenuhhh mencarik. hati dah teruja nak kawen ni, takkan tak nak pakai inai. ye dak? :p inaii tu macam satuu kemestian laa orang tua-tua cakap. :) kalau kawennn jee mestiiii kena pakai inai. tapi dia bukan la jatuh hukum wajibbbb pakaii, tak pakai tak sah kawen kaw. amboiiiii. :p haaa nampak takk mukadimmah ustajahh nadia berkata-kata? mihmihmih :p 


adat jeeee sebenarnya. lain dari yang lain. feel pon jadi lain. selagi merah inai dijari, selama itu cinta kasih berseri. anyonyonyoooo aummmmmmm. :p abisss jee warna inai tu, kemainnn. korang jangan jadi macam suami si mahhh tuu. kan trending sekarang cerita si mah suami dia layan janda bergetah mewangi. amboiiii, isteri yang disanjung tingii suatu masa dulu kini darjatnya hanya dikaki. isteri busuk laaa, gemuk laaa, tak cantik laa. aku pang karang. ehhh emo tetibe. muahaha :P ok berbalik kepada cerita inai kita. haaa sekarang dah senangggg dahh. bukan setakat milo dan nescafe je ada yang segera, inaiii pun adaaa. jangan tak tauuuu. hihihi ;) dah tak perlu menumbuk membancuh segala. sekarang main tekan tiub jeee. hihi ;) 

dulu kecik-kecik seingat aku sokmooo pakai inai comottt momot je. sampaiii la ke hari malam berinai sebelum aku kawen baruu aku tauuuu. rupanya balut dengan saletep duluuu siap-siap sebelumm pakai inai supaya inai tu cantikk je terbentuk satu garisan dan tak sepah-sepah merata. 


nak inai tu melekat elok tak nak bagi asyik tertanggal, time tumbuk daun inai tu, korang lebihkan nasi. haa lenyek dan tumbuk sekali nasi tu dengan daun inai tadi. ehhh tapi boleh tahan renyahh laa nak buat segala-mala ni. better korang beliii je yang dah siap. tunggu nak tadah tangannn jeee. hihihi


haaa kann dah senanggg kerja korang. settle satu masalah inai. beli je inai daun dengan mila nii. ehh korang jangan main belii sebarang inai tauuu sebab ada sesetengah inai dekat pasaran dorang letak bahan kimia supaya konon nampak lebih cantik. tapiii silap hari bulan tangan kaw menggelembung air. seriusss. aku sokmoo tengok dekat facebook ramai orang share tangan menggelembung sebab beli inai yang ada chemical. yang mila punya ni, korang jangan risau. aku kenal mila niii. bestfriendddd kannn ;) apa-apa korang takleh cari dia, korang cari aku. :P mantikkkk. mihmihmih. inai yang mila jual ni adalah sepenuhnyaaa dari daun pokok inai yang dikeringkan dan dikisar kemudian dibancuh samaaa macam kita buat duluuu-duluuuu. tiada sebarang bahan kimia dan perisa tambahan. :p dan warnaa hasil dekat tangan korang nanti adalah bergantung kepada jenis darah masing-masing. inai ni dah siap-siap dikonkan untuk kegunaan 10 jari. korang dah tak perlu bancuh-bancuh dah. tekan dan sapuuuu jee.


haa pada semuaaa yang berminat, segala pertanyaan harga kee cara guna kee korang boleh contact mila dekat Blog Mila Ahmad, facebook Mila Ahmad atau terus sms/whatsapp mila dekat nombor ni yeee, 012-2531649. ;) sekiannn dari saya yang hanya benarkan syafiq berinai sekali je seumur hidup muahaha. ;p okbaiii.


November 20, 2014

coklat marsbaryummy sedap dan murah!


korang pernahhh makan marsbaryummy? aku pun ni firstt time. dia macam campuran coklat yang melimpah-ruah ohh sedapnyaaaaaaaaa sedapnyaaaaa. aku makan sorang jeee sebekas ni :p percayalah. tak bagitau syafiq ponnnn. :p mantikkk dia baca blog aku kejap lagii kikiki :p 



dia ada dua jenis rasa sebenarnya. satu yang coklat memang warna coklat macam niii. nama dia milk chocolate. dan satu lagi coklat warna putih macam ni. white chocolate namanya. :)


aku kan spesis tamak haloba, dua dua nak tryyyyy. :p nasibbb _annysskitchen_ ni memang ada jual yang sebekas berkembar dua coklat niiii. hihihi. so dua duaaa kita boleh rasa. white coklat ni sedap gileeeeeeeeeee. korang pernah makan Hershey yang warna putih tuuuuu? haaaa gituu la rasa dia. sedappppppp. dalam ni ada kitkatttt, ada coklat m&m, ada mashmellow ada macam-macam laaa senang cakap. ;)) marsbaryummy ni sangattttttttttttt sesuaiiii untuk korang makan time mengadap komputer macam aku. :p sedar-sedar dah habis sebekas. eh tak cukup laaa. nak order lagi la nanti. kihkihkih ;p

tapiiii dalam banyak-banyak part perniagaan annyss kitchen nii, aku sangatttttttttt tertarik dengan packaging dia yang mana kita order untuk bagi hadiah dekat orangggg. wiiii seronoknyaaa. ;)) kan selalu kalau besday kita bagi kek kee. nak pos kek hancurrr kawww. :p nak pos hadiah kena berjalan pegi shopping mall mencarik bagai. ape kata korang order jeeee marsbaryummy ni untuk hadiahkan pada sape-sape. buat supriseeeeee! ;) senanggg sangatttt. korang bayar jeee. nanti kak anis akan poskan. siap boleh tulis dedicated lagiiii macam atas kek tuuu. sweetttt sangattt tauuu. nak tulis i lappp youuu, you lap meee, we are happy familyyyy macam lagu barnie and friends pon bolehhhhhhh ;) hewhewwheww.





meh aku bagitau harga siap-siap supayaaa senang korang nak membajet dan nak order nanti. marsbaryummy by _annysskitchen_ ni ada dua harga. lain bekas lain harga. jadi dorang ada dua bekas. satu jenis bekas empat segi macam nii. 



coklat warna gelap tuu RM13 sebekas. coklat warna putih tu RM14 sebekas.

untuk harga marsbaryummy dalam bekas love macam ni,



coklat warna gelap RM20 sebekas. coklat warna putih RM22 sebekas. kalau nak combine macam aku punya niiii, 



yang ni RM22 sebekas. murahhhhhhhhhhhhh kannnnnnnnn? ;)) 

sebelum terlupa, haa yang nak tulis wish happy birthday to you ke happy anniversary i love you segala satu bekas RM25 jewwww ;) confirm pasangan korang akan cakap anyonyooonyooo, sooo sweetttttttt. ;)) abangggggg, ehemmm. :p kikiikiii. ;) 

korang boleh contact kak anis dekat whatsapp kee, sms kee, call kee dekat nombor ni 013-7781987. instagram _annysskitchen_ atauuu facebook Annyss Love Ishak. jemput laaaa order semuaaaaaaa! ;)

November 19, 2014

harga stroller quinny

sebelum ada suara sumbang-mambang cakap aku nak show off segalaaa, sini aku nak cakap. :P kalauuu betul aku nak show offff, dah lamaaa aku boleh show off sebab boleh dikatakan semuaaaaa cerita pasal dekorasi rumahhh kee, pasal pegi melancong kee, semuaaa aku share harga dekat blog. dengan harapan, entry harga-harga ni semua boleh membantu sape-sape yang sebelum beli pape akan survey duluuuuuu puas-puas macam aku. ;) kata nak yang terbaik kannn. :) sama jugak macam beli stroller anak. aku tak sangka nak beli stroller anak jeeww pon tapi dia punyaaa kena stadii, macam nak beli seketul kereta. huhuhu. being seorang nadia farahida, kalau akuu nak yang terbaik untuk diri aku sendiri, apetah lagi untuk anak aku. stok limiteddddd edition ni babeee. bukan boleh main petikk 'aneeyy anak ikat tepi satuuuu!' kikikii. 

syafiq tauu jenis aku, kalau aku nak beli ape-ape, aku akan usaha sampaiiiiiii aku dapat. jadi bila masuk bab stroller, sepenuhnyaaa dia serahkan dekat aku untuk stadi dan pilih yang manaaaaa yang terbaik. to be honest, aku stadi pasal stroller sahajaaaa dekat dua minggu. T___T segala mak nenek stroller aku buat perbandingan. nak murah tapi cukup lengkap pakej, boleh? kikiki. syafiq dia lebih utamakan keselesaan anak. dia nak stroller yang bila letak anak, bila kita tolak, anak tak bergegar. aku pulak lebih kepada nak stroller yang senang aku handle sebab setiap jam setiap hari, bunga sepenuhnya dengan aku. kalau aku keluar berdua je dengan bunga contohnya time syafiq keje, aku nak stroller yang akan memudahkan aku. bukan menyusahkan hidup aku. hewhewhew. tapiiiiiii, dalam masa yang samaa, aku nak stroller yang smart dengan harapan bila aku berdua je dengan bunga sambil tolak stroller, orang akan nampak aku macam angelina jolie yang sedang tolak adik dia. bukan anak dia. :p kahkahkahkah. membongakkkk sangattt kawww nadiaaa. :P 

okk berbalik kepada kisah stroller kita, selepasss berminggu aku survey, aku laki bini bersepakat untuk beli quinny buzz.



kenapa quinny buzz? sebab badan dia kukuh dan selesa. sangattttt kukuh untuk bawak pegi taman contohnyaaa, takde gegar-gegar langsung macam syafiq nak. sangattt selesa sebab seat dia span yang sangat gebu. macam perut aku mungkin. :P tayar tiga yang senang mencilok kekanannn kekiriii so no wonder kalau kaw tengok laki aku tolak stroller macam tengah main drift. kata tak gegorrr. dia driftkan laa anak diaaa. muehehe. :P sangattttt senangg nak bukak sebab dia automatik unfold hanya dengan satu butang. dia guna gas spring teknologi macam ada setengah bonet kereta, tekann je dia terbukak sendiri. tak perlu terkial-kial menolak. sangattttt stylishhh konon nak nampak macam angelina jolie sangattt kennnn amboiiii. :P seat dia boleh ubah kedudukan. menghadap kita kee, menghadap jalan kee. position rata 180 darjah untuk newborn baby ke, 90 darjah untuk baby tengok jalan jee, 360 darjah macam nak main roller coaster je tak boleh. kikiki. 

yang bagusnyaaa quinny buzz ni, dia boleh cantumkan terus dengan car seat maxi-cosi. contohnyaa baby tengah tido dalam car seat, tibe-tibe kita dah sampai di tempat yang dituju. kita tak nak tidur dia terganggu. so kita terus angkat car seat tuuu dan cantum kan ke kaki stroller niii jadii la macam niii,


haaaa bagusskann. tapiiiii, ada tapiii jugak yeee anak-anak. :) antara beberapa kelemahan yang aku kenal pasti sepanjang 3 bulan lebih aku guna quinny buzz ni adalah, berat dia. yesss. ni kelemahan paaaling lemah. berat dia adalah 11.4kg yang mana kalau kaw kena handle sorang-sorang, nak angkut stroller ni masuk bonet boleh tahannnn jugak laa stamina diperlukan. selain tu, saiz dia adalah ngam-ngam sepenuh bonet kereta gen2. masukk je stroller, dah tak muat benda lain dah. kalau kereta caldina, still boleh adjust ruang kosong untuk letak barang lain. selain berat dan saiz, yess dia senang dibukak. tapiiiii dia memerlukan tenaga untuk ditutup. boleh tahan susah jugak nak tutup. cuma kalau dah biasa, under control laa. aku tengok syafiq tutup senanggg jee. susah bagi aku sebab aku tak boleh guna perut sepenuhnya untuk push dia tertutup sebab aku takut perut aku yang terbukak nantii kikikiiii. ;p 


soo farrrr setakat hari ni, kelebihan-kelebihan dia still menutup segala kelemahan sebab sebenarnya aku berkenan dengan design dia jeeww sebenarnya. :P muehehe. di mata akuu laa. di mata orang lain aku tak tau. huhu. percayalahhhhh cakap aku. dalam banyak-banyak hari aku mengoogle pasal quinny buzz, ni adalah harga quinny buzz yang paaaaaaling murah aku jumpa. 



RM1899 untuk warna red revolution, sekali dengan canopy, rain cover, shopping basket, parasol clip dan Maxi-Cosi Infant Carrier Adapter. adapter je tau. bukan sekali carrier maxi cosi. :P huhu. pasal car seat maxi-cosi ni lain kali aku cite ehh. ohhh sebelum terlupa, aku beli dekat website LittleWhiz ni,


semoga sikit sebanyak entry aku ni membantu korang time nak membeli stroller esok-esok ;)) 


November 13, 2014

mainan pertama bunga ;)

kemainnnnnnnn tajuk. over sangattttt kan aku sejak jadi mak orang ni. :p mainan pertama pon nak cerita. :p haruslaahhhhh. tu nasib aku cerita pasal mainan pertama je, cer kalau aku cerita pasal taik pertama bunga tak ke haruuu. kikiki ;) kalau ikut aku, taik anak pun aku teruja. rasa macam satu kejayaan bila anak berak kahkahkah. ;p ok berbalik kepada mainan bunga, percayalah. sepanjang 14 tahun aku kenal syafiq, dia tak pernahhhhhhhh beli barang secara online. tak pernah. yang selalu handle bab membeli online tu aku. :p dia jenis tak amek tau bab membeli-belah ni. :p kalau aku tanya pendapat sekalipun contohnyaa aku nak beli baju dekat thepoplook, aku tanya dia. abang, yang mana cantik. yang paaaling cantik. kaw tau dia jawab ape? ikut laaaaa. semuaaa cantik. T___T ko tanya laaa 44 kali pun dia tetap dengan jawapan ikutlah dia. (-__-') tapi kadang aku suka peel gini. senang aku nak buat keputusan. tak tanya pon takpe, aku main beli jeee sokmo. kahkahkah. 

tapiiiiiiiiiiiii, percayalah. mainan bunga ni dia beli onlineeeee babeeeee amagaddddd T____T aku rasa macam nak terjun lombong je. :p HAHAHA. ada satu malam tu gigih dia ngadap komputer, aku ingatkan dia buat ape diamm jeee. sekali amboiii, kusyuknyaa. tengah pilih mainan untuk bunga rupanya. over sangattttttttt daddy niii. belek aku tiap malam pun takde kusyuk gitu tauuuu kohkohkoh. ;p 

lepas tu tanya aku, yang ni ok tak awak rasa? bahaya tak? material dia elok tak? oiii nak beli mainan anak je punnnnnn. :p gaya macam nak beli rumah sebijik. HAHAHA. aku layankannn jeee. seronok rupanya ada anak ni. dia macam lebih mengeratkan hubungan suami isteri sebab mummy daddy pun boleh tumpang main sekali :p dan mendidik daddy supaya membeli sambil mummy goyang kaki. muehehehe. mainan ni semua kitorang beli dekat website LittleWhiz ni,


tempat yang samaaaa kitorang beli stroller dan car seat untuk bunga. yang ni nanti aku cite ehhh.


untuk permulaan, cukup la 4 ketul ni dulu mainan untuk bunga belajar warna-warni supaya merangsang minda sementara sel-sel otak dia sedang giat berhubung. hihihi ;)


aku paaaaaaling suka Fisher Price Grow With Me Mobile ni sebab setiap kali aku letak bunga dalam baby cot dia, pasang mende alah ni, dia kusyukkk termenung pikir, ehh makhluk asing apeeee laaa sedang berlegar-legar niiii. hewhewhew. ;)


seketul makhluk asing ni adalah RM107.90. 



ni Fisher Price Lion Ring Rattle. seketul RM26.90.



ni Simple Dimple My First ToyBall Rattle. seketul RM11.60.

dan satu kotak mainan lagi macam dalam gambar mula-mula dekat atas RM25 sekotak. dalam tu ada 4 ketul mainan yang macam-macam bentuk, macam-macam bunyi. ;)

total keseluruhan untuk mainan pertama bunga termasuk caj penghantaran adalah RM181.40. RM181.40 untuk mainan anakkk jeeeeeeeee?? (-__-') huhuuuu. nakkk, baju dalam mak pun mak beli yang longgok-longgok tiga sepuluhhh tiga sepuluhh. tak sayang lagiii tak tauu lahhh. KAHKAHKAH. ;P



saya tak bersalahhh. saya tak bersalahhh. bukan sayaa yang nak beli menan ni sumeeeee. mummy dengan daddyy saya yang over. kikikiii ;)




 

November 12, 2014

majlis kesyukuran bunga


sebenarnya majlis kesyukuran bunga ni kitorang buat tengah bulan september hari tu. tapi seperti biasa laaaa aku kan spesis suka peram cerita. :P dah berkurunnnnn baru reti nak karang dekat blog. tu punnn kalau mood rajin mengarang datang. kalau tak aku peram je sorang-sorang. kikiki ;) sepanjang bunga lahir, ni majlis kedua untuk bunga sebenarnya. majlis pertama dia kitorang dah buat dekat kampung haritu. yang dekat kampung tu majlis akikah. yang dekat rumah kitorang ni aku buat sempena melunaskan nazar aku. :) bila settle nazar baruuuuu kita boleh cerita sebab dah rasa, leganyaaaaaaaa. :)


sebenarnya, kan aku tergolong dalam golongan antara yang lewat dan susah dapat anak. jadi time sebelum aku mengandung dulu, aku pernah laa bernazar, kalau aku dapat anak esok, aku nak buat majlis kesyukuran dan jamu sekor kambing. time tu tahun kedua kawen kotttt kalau tak silap aku. jadi bila lahirnya bunga, benda pertama aku bagitau mama papa aku, aku pernah bernazar sekor kambing. jadi soalan aku sebelum akikah bunga hari tu, kan kita akan sembelih sekor kambing untuk anak perempuan time akikah dia. boleh ke kita satukan sekor kambing dengan dua niat. satu niat akikah, satu niat nazar. janji kambinggggg. dan jawapan dia tak boleh yeee anak-anak. :) satu kambing satu niat. kambing untuk akikah sekor, kambing untuk nazar sekor. jadi baruuuuuu aku tauuu. kottt laa nanti korang bernazar macam aku, ni aku share untuk pengetahuan kita sama-sama yeee ;) 

oleh disebabkan rumah aku takde laa besar mana T___T, nak pasang khemah segala pon tak boleh sebab rumah atas langit kennnnn :p, aku mintak maaf tauu yang mana termisss kitorang tak sempat jemput. kalau ikut hati aku, semuaaaa aku nak ajak tapi kambingnya sekor je. :p gaya macam sekandang. mihmihmih. lagipun aku catering untuk 100 orang makan jeewww hikhik. :p alhamdulillahh, boleh dikatakan majoriti cakap makanan semuaaaa sedap terutama gulai kambing dan ayam masak merah. Alhamdulillahhhhhhhh. ;) legaaaa aku dengar walaupun bukan aku yang masak. hihii. seperti biasa, kalau ada sebarang majlis makan-makan dekat rumah aku yang kena jamu untuk lebih 50 orang makan, aku akan tempah dengan Abang fifi. :) kawan sekerja aku dulu. mauuuuu tak sedappp. dia bekas chef hotel Crystal Crown Kuala Lumpur dengan Hotel Hilton kannnnnnnnnnn. :) sekarang dah run bisness catering sendiriii. lagggii senangg keje aku menempah. hihi ;)


aku malassss puji lebih-lebih, kang kembang setaman kawan aku nanti. :P tapi kalau tak sedap, takdenyaaa aku tempah berkali-kali kann. hihi. pada yang nak tempah sebarang catering untuk sebarang majlis, tak kesah untuk berapa orang makan, korang boleh contact fifi atau ruby dekat nombor ni ye, 0173996985. betapa tak menang tangannya aku time majlis bunga hari tu sampai terlupaaaa nak snap gambar semua makanan. T______T sorryyyyyy. 

selain makanan berat macam nasi, kuih-mueh, buah-buahan segala, aku ada amek coklat fountain dengan kawan baik aku jugakkkkkkkkkk kikikii. ;)) bagusss kaannn ada kawan-kawan serba-serbi pandai ni. huhuuu. 




nanti korang boleh book dengan ida ehhhh. tak kesah untuk sebarang majlis. kawen keee, akikah ke, birthday party ke, jamuan office ke ehhh semuaaa la boleh. macam-macam pakej dia adaaaaaaaaaa. tak nak amek pakej tapi nak sewa mesin sajeee pon boleh. murahhhhhh okkk. RM150 jeee, free 2kg coklat. mana nak dapat? haa cari ida ehh. ni nombor ida. 012-2334792. 


haaa sebelum terlupaa, time majlis hari tu ramaiiii yang tanya aku mana aku buat frame ayat kursi dan gambar-gambar bunga nii. yang ni korang boleh tempah dekat Canvas D'arte ni yeeee. 


kualiti dorang tiptop. tiga empat hari dah boleh siap dah. yang paaaaaaaaling best, pos freeeee jeeee ;) korang boleh contact Encik Hafriz dekat nombor ni ye, 012980662. ;)

terima kasih pada semuaaaaaa kawan-kawan sedara-mara yang sudi hadir memeriahkan majlis kesyukuran bunga hari tuuuuuuu. maaf tauu tak sempat nak amek gambar dan layan semua oranggg. T___T nasibbbbbbb baikkk aku sempat paksa yang mana upload gambar bunga, jangan lupa hashtagggg #bungaadeliasyazwina. senanggggggg aku nak trace. wiiiiii seronoknyaaa. ;) banyak jugakkk orang upload. kikikiiii. ;)) antaranyaaaaa, 



kakakkkk nanie :p sweetttt sangatttttt nanieee ni tauu. siap buat entry. kak yaya tak suruh pon kannn. ni bukan event berbayar tau. eh? ;p jemput baca semuaaaaa Bunga Hati Blogger Terkenal Nadia Farahida ;)


kawan kesayangannn anyonyonyooo ;) ida dan nory. milo takde sebab outstation manila time ni. milo datang dua tiga hari sebelum majlis.













haaaa nantiii kalau sape-sape nak upload gambar bunga atau ape-ape je la yang berkaitan dengan bunga anak aku :p, bukan bunga matahari ke bunga kekwa ke bunga kembang setaman ke bukan bukan, korang jangan lupa letak hashtagggggg #bungaadeliasyazwina ehhh. :P senang nanti aku nak tengok. amboi nadia, kaw ingat anak kaw artis nak hashtag hashtag bagai? kahkahkah ;)) okbaiii. :P terima kasihhhhhhhhhhhhhh semuaaaaaaaaaaa ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...