Lazada Malaysia

September 30, 2014

terima kasih semua T__T

sejak dah jadi mak-mak orang sangat ni :p banyakkkkkkkkkk sebenarnyaaa perubahan dalam hidup aku dengan syafiq tapiiii yang paaaaling ketara sampai tak terungkap dengan kata-kata adalah bahagian rezeki untuk bunga. yes. kalau dulu aku selaluuuuu dengar, anak ni pembawa rezeki. walau sesusah mana kita contohnya, rezeki untuk anak tu mestiiii adaa. sebelum ni aku kalau dengar ayat ni, aku just sekadar dengar jeee kuikuikui :p yee laa sebab belum ada anak kannnnn. mana kita nak tau, mana kita nak mendalami. :p tapiiiiiiiiii sekarang, wallahi. bila aku rasa, aku lalui, aku bersyukur Ya Rabbi. bunga sangattt pembawa rezeki kepada kami suami isteri. :') 

benda bab-bab rezeki ni susah tauuu sebenarnya nak describe dari bentuk macam mana sebab rezeki kan datang dalam banyak-banyak keadaan dia. dan kadang-kadang aku paaaaaaaaaaling risau takut aku terlepas pandang berterima kasih pada semuaaaaaaa yang tak pernah jemu-jemu bagi bunga hadiahhh dan wang ringgit sepanjangggg dia lahir. (-__-') jadi tak salah rasanyaa kalau aku gunakan blog sebagai medium untuk sampaikan ucapan terima kasih kami suami isteri sebab majoriti sedara-mara dan kawan rapat aku semua memang baca blog aku. hihiiii. 




ni adalah sebahagian dari hadiah yang bunga dapat sepanjanggggg dia lahir sampaiii laa ke hari ni genap 63 hari umur dia. yang mana takde dalam gambar sorryyy aku dah bukak sebab mak bunga tak menyaboo. :p huhuuu. alaaaa terharunyaaa. terima kasih banyak-banyak korangggggg. T__T janganlaaaa baik sangattttttttt. T__T tak tauuu nak balas jasa baik korang semuaa macam manaaa. ni baruuu masuk bab hadiah, belum bab duit bunga lagiii. T___T bunga, beruntungnyaaaaaaaaaa awakkkk. :) semuaaaa orangggggg sayang bunga, semuaa orang baik dengan bunga. besar esok-esok jangan lupa berbudi pada semua yeee nak. :) tak perlu kotttt aku mention berapa yang bunga dapat tapi cukup korang tau, aku dengan syafiq tak pernahhh lupa baiknyaaaa hati korang allahurabbi. 

bungaaaaaaaaa, hadiah dekat bawah ni mestiiiiii bunga palingg sukaaa kalau bunga menurun peel mummy. HAHA. dasarrrrrrrrrrrr sangatttt kannn. :p


terima kasih banyak-banyak tok mummyyyyyy, tok daddyyyyyy, nenek, atukkk, tok ma, tok ayahhh sebab dari kecikkkkk dah ajar cucu kesayangann berkecimpungg dalam dunia keemasan iniewww kennnnnn. ;p mantikkk nadia dengan syafiq besor esok-esok dia mintak yang lagi besorrrrr. HAHAHA. 

demi Allah, terima kasih untuk setiap rasa kasih dan sayang korang untuk bunga. :') lahirnya bunga sangattt membuka mata hati kami. lahirnya bunga tak pernah putus-putus rezeki kami. terima kasih semua. :') may Allah bless you. may Allah bless us. :)) Amin.

September 29, 2014

photoshoot baby newborn dari thephotolicious



bunga ni sejak dari dalam perut lagi mak bapak dia dah ajar berkecimpung dengan kamera :p mak dia laa yang lebih, bapak dia tak berapa sangatttt hihihi :p jadi, bila lahirnyaaaa si bunga ni, makin menjadi-jadi laaa tebiat akuuu. :p sebenarnya, dah lamaaaaaaaaaaa aku berangannnnnnnnnnnnn, kalau ada anak esok, time dia baru lahir aku nak teruss buat photoshoot untuk baby sebab aku selaluuuu tengokkkk alaaaaa comenyaaaaaa babyy yang baru lahir posingg macam-macam gaya. jatuh hati sangatttt. dorang kan lembut lagi, jadi kaw letak la tertonggeng ke tergolek ke dorang semua pasrah. 

so sekembalinyaaa aku dari kampung lepas bersalinkan bunga, aku terus contact kak kay dari thephotolicious untuk shootkan gambar bunga. nape aku pilih thephotolicious bukan photographer lain? sebabbbbb bila kita bermain dengan bayi ni, bukan semuaaaa orang expert dalam bidang lembutnyaaaa tulang bayi. sejauh manaaaa boleh lentur badan dia. sepantas manaa kita kena buat kerja untuk dapatkan shoot yang terbaik. aku dah laaaa spesis susah nak dapat anak T____T kau ingat senanggggggg aku nak bagi orang tunggang terbalikkan anak aku. T__T jadi hanya yang betul-betul pakar dan dah selalu bermain dengan bayiii jeeee aku pilih. mahal sikit pun mak pasrah nakkkkkkk. janji ada gambar cantik untuk buat kenang-kenangan dan janji anak aku tak sakit. dah. (-___-') lagipunnnnn selepas 4 tahun kawen baruuuuu dapat bungaaa. (-__-') kalau setiap tahun keje aku beranak je memang takkkkkkkkkkkk laaa aku nak photoshoot segala HAHA. asal nak photoshoot mengandung, asal nak bergambor mengandung. amboiiiiiiiiii kaw ingat aku kilang proses anak? :p HAHA. 

ok berbalik kepada photoshoot bunga, masa photoshoot ni umur dia genap 30 hari. kalau ikutkan, dorang prefer baby yang fresh from oven macam time 7 hari keee, 10 harii kee janji yang 30 hari kebawah sebab time umur macam tu tulang temulang dorang semua still lembut dan boleh lentur lagi. kau letak la gaya apa dorang mengikut jee tapi bila dah umur 30 harii, tulang kan dah start menguat. jadi tak semua posisi baby tu akan mengikut. akan ada sesetengah pose kita letak je dia meraung. tu maknanya dia tak selesa. macam kes bunga, dalam masa dua jam kak kay shoot, asal dapatttttt jeeee sebab bunga macam tak selesa sangattt tapi kak kay memanggg expert. pantasssss dia buat kerja untuk dapatkan shoot yang terbaik punya pasal hikhik. ;))
 
 

dalam masa lebih kurang dua jam yang dorang shoot, ada dalam 600 lebih keping gambar antaranyaaaaa



















oiiii takkk larattt akuuu nak letakkk semuaaa gambarrr. :p kang ada yang muntah hijooooo asyik tengok muka bungaaaaa jeeee hihihi. ohhh kalau korang perasan, ada sesetengah gambar badan atau muka bunga merah-merah kannn. haa tu bukan sebab kena gigit nyamuk ye bukannnn. ;) bunga ni kulit dia cepat sensitif. macam alah bulu-buluan kee sentuhan kee yang banyak-banyak kali kena sentuh. contohnya aku ciumm dia banyak-banyak kali kann haaa siapp. mestii merah-merah badan dia tapiii merah ni jenis yang tak lama. dalam 15 minit nanti hilang balik. ramaiiiiiiiiiiiiiii yang tanya aku berapa harga untuk shoot baby macam ni. setahuuu aku, untuk newborn shoot dengan thephotolicious, dorang ada tiga pakej. pakej RM1000, RM1500 dan RM2000. untuk bunga ni aku amek pakej RM1500. untuk pakej RM1500 aku dapat unlimited shoot selama dua jam, soft copy yang dorang burn semua gambar, seketul frame gambar bunga macam nii


dan sebuah album yang macam buku majalah macam nii,


ituuu jeeee. :)) ok dahh, nanti sape-sape nak shoot newborn boleh try dengan thephotolicious yee. sekian dulu dari bunga dan mummy bunga yang time ni berusia 30 hari. ;))



September 26, 2014

nama sebenar bunga :)


ramaiiiiiiiiiiiiiii yang tanya aku, kenapa panggil bunga dengan nama bunga? memang dalam nama betul dia ada perkataan bunga ke ape? hihi :) seperti yang semua sedia maklum, yesss aku dengan syafiq memang panggil bunga dengan gelaran bunga sebabbb ntah, dah terbiasa dari semasa mengandung lagi. kan aku pernah cite dalam entry nii macam manaaaa boleh terstart dan terpanggil dengan nama bunga. ;)) oh bukan aku dengan syafiq je, boleh dikatakan majoriti keluarga dan kawan-kawan rapat aku memang dorang dah terbiasa panggil bunga dengan gelaran bunga. mungkin dorang pun soooo sweettttttt macam aku dengan syafiq. mihmihmih. :p 


pada asalnya kitorang cubaa untuk masukkan nama bunga dalam nama sebenar dia tapii macam tak sesuaiiii sebabbbb, syafiq nama pangkal dia ada nik. Nik Asyraf Syafiq. dia still nak meneruskan tradisi nama nik dekat depan nama untuk anak-anak dia. soo tak ke kelakar kalau aku letak nama Nik Bunga binti Nik Asyraf Syafiq. HAHAHAHA. sebelum orang lain gelak baik aku gelak duluu. :p HAHA. haaa nampak takkkk. tak sesuaii kann. lainnnlahh kalau nama bunga semata-mata. Bunga binti Nik Asyraf Syafiq. haaaa gituewwwww. takde la pelik sangat bunyi dia. hikhik. ;)) kalau la betul nama sebenar bunga adalah bunga, senanggg hidup aku pilih nama adik-adik bunga esok. ok mula-mula bunga, anak kedua daun, anak ketiga dahan, anak keempat batang. batang? oiiiiiiiii macam serammmmmmmmm je! HAHAHAHA. :p 

ok berbalik kepada nama bunga, jadi lepas kitorang dah habis pikir semasak-masaknya, kitorang bersepakat untuk letak nama sebenar bunga dengan nama lain. maka terhasillah nama Nik Adelia Syazwina binti Nik Asyraf Syafiq niiiiiiii. :) 


haaaaa, ni laaa nama sebenar bunga. tapiiiiiiiii, kitorang still panggil bunga dengan gelaran bunga sebab aku rasaaaa bila setiap kali sebut 'bunga', feel dia macam sesuatu sangattttt. rasa macam anyonyonyoooo sayanggnyaaa. macam korang panggil boyfriend girlfriend korang hubby kee, bie keee, baby ke haaaaaa. kenapa tak panggil c ke d ke e? ;p mesti sebab bila korang sebut hubby ke bie ke baby kee mestiii korang rasa macam alooololoooooo manjanyaaaaa. anyonyoooo sayanggnyaa. kan? haaa gituuu laaa. bila aku panggil bunga dengan gelaran bunga, it make me feel different. ;) kelainan yang datang dari hati yang penuhhhh dengan kasih sayang iniii. :)) bungaaaa, esok-esok kalau orang tanya nape orang panggil bunga dengan nama bunga? bunga jawab jee bunga adalah nama manja yang mummy daddy panggil untuk bunga. :)) tapi nama sebenar bunga adalah Nik Adelia Syazwina. :) jadi oleh disebabkan bunga ni banyak sangattttt nama :p, tak kesahhh la orang nak panggil bunga dengan nama apee. bunga bolehhh, adelia boleh, syazwina boleh, nadia je tak boleh sebab tu nama mummy bunga. muehehee :p


September 10, 2014

kisah pengalaman sepanjang melahirkan bunga :)


haiiiii semuaaaaaa. :) yes, aku amek masa 43 hari untuk recall balik segala apaa yang aku lalui sepanjang prosesss bersalinkan bunga. sebenarnyaa dah lamaaa nak karang tapi sejak jadi mak mak orang sangatttt ni :p, aku rasa lagi best tatap anak dari tatap komputer. boleh? HAHAHA :p aku warning awal-awal tauuuu. mungkin entry ni adalah entry yang paaaaling panjang sepanjang aku berblogging. dannnn, yang paling penting, tolong. kalau awak rasa ayat-ayat saya nanti akan buat awak rasa eeeeeiiiiiiiii lucahnyaaa, eiiiiiii menyampahnya, eiiiiii 18sxnyaaa. fineee, jangan teruskan pembacaan bermula dari ayat ni. :p sebabb, aku akan cerita sepenuhnya seikhlas hati aku yang mana bila kaw nak bersalin esok, atau bini kaw nak bersalin esok, baru kaw tau lucah tak lucah belakang cite. yang penting pengalaman yang kita bakal lalui. oiii lain orang lain pengalamannn. percayalah, the real perasaan nak bersalin adalah samaaa macam perasaan nak pegi berperang. antara sakit dan tak sakit. antara hidup dan mati. antara kita dan yang maha kuasa. T___T


sebenarnya, aku ada dua due date. kenapa sampai dua orang lain satu je. :P sebabbbbb, aku takde tarikh lasttt period. due date aku hanya bergantung pada saiz tumbesaran baby setiap kali scan dan percayalah, setiap kali scan, tarikh mestiii akan berubah-ubah. jadi doktor bagi aku dua anggaran tarikh bersalin. satu 15.7.2014, satu lagi 23.7.2014. satu hari, lebih kurang dua minggu sebelum 15.7.2014, lepas je bukak puasa malam tu, aku rasa sakit pinggang yang melampau-lampau. sampai tak boleh nak jalan. T__T terus terfikir, sakit pinggang ni tanda-tanda nak bersalin jugak ke. maklum laaa, first time kennnnn. (-__-') aku try tahan. allahhhh, menggigil-gigil badan efek tahan sakit pinggang punya pasal. T__T aku tak leh nak bajet, ni sakit pinggang sebab nak bersalin atau sakit pinggang sebab bekas pernah inject tulang belakang time operate kaki dulu. jadi untuk keselamatan, syafiq terus bawak aku pegi hospital selayang. 



sampai je dekat hospital selayang, doktor terus suruh baring untuk check graf jantung baby dan contraction segala. so far takde tanda contraction langsung doktor kata cuma graf jantung baby macam tibe-tibe melonjak naik macam aku tengah berlari. dia tanya aku awak tengah berdebar ke. ehhh takk laa. tak berdebar langsung pun. so doktor terus suruh aku rehat jap sebab nak pantau jantung baby lagi. bila graf jantung baby dah stabil, doktor terus mintak izin untuk check jalan. ikhlas aku cakap dengan korang, mind set kena kuat. (-__-') walaupun orang selaluu cakap dengan aku check jalan sakit gile, tapi untuk pengalaman pertama time tu, alhamdulillah. sakit yang biasa-biasa je bagi aku sebab dia bukan main seluk jeee rupanya. aku mati hidup ingatkan setiap kali dorang check jalan, dorang main seluk je. tak tak. doktor akan sapu gel untuk membantu melicinkan proses selukan. proses selukan kaw! kaw ingat ni main seluk-seluk poket? :P HAHAHA. lepas acara seluk menyeluk :p, doktor pun bagitau yang bukaan baru 1 cm. so puan boleh balik dulu. fineee. (-__-') baruuu teruja tak sabar nak bersalin. pasrah la kami pulang ke pangkuan jalan. mihmihmih. 

lepas jee malam tu, setiap saat aku tunggu tanda-tanda sakit nak bersalin tapi tak jugak kunjung tiba. so aku pun lalui laa hari-hari seperti biasa berjalan merata. tarikh 15.7.2014 yang sepatutnya due date aku yang pertama pun dah lepas. still takde tanda-tanda nak bersalin sedangkan aku jangka, dalam dua tiga hari lepas balik dari hospital selayang tu mungkin aku bersalin kottt tapi takkk jugakkk. tarikh due yang kedua dan terakhir iaitu 23.7.2014 punnn dah lepassss. T___T tak jugak ada tanda-tanda nak beranak. sampaiii laaa 25.7.2014 iaitu tiga hari sebelum raya tak jugak rasa nak bersalin, oiiii takkan taknak balik kampung berayaaa, oiii takkan nak beraya berdua jeee di pagi raya kelip-kelip aku pandang syafiq, syafiq pandang aku. T___T :p tak boleh jadi niiii. nak taknak aku tetap berkeras nak balik beraya dekat kampung. jadi kitorang pun berani matiiii laaaaa bawak mak buyung yang dah lepas tarikh due balik kampung yang amek masa 8 jam perjalanan dalam kereta. alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya tanpa terberanak dalam kereta. kuikukui. :p dann jangan tak tauuu, sampaiiii ke raya pertama masihhhh tak beranak-ranak jugakkkk. bukan setakat tak beranak, sakit pun tidak. so sempat la raya pertama tu aku makan nasi minyak, rendang ketupat segala mihmihmih. :p 


kenapa raya pertama makan puas-puas? (-__-') sebabbb, aku dengan syafiq dah bersepakat, sakit ke tak sakit ke, raya kedua aku dah kena serah diri dekat hospital sebab time tu dah overdue seminggu dari tarikh due yang terakhir tadi. kan due last aku 23.7.2014, so 29.7.2014 tu aku pon berlenggang-lenggang la suami isteri ke hospital tanpaaa rasa sebarang sakit. gaya pegi hospital macam nak pegi beraya. miahaha. ;) mula-mula kitorang pegi private hospital dekat kota bharu, malangnya dorang taknak terima aku bersalin dekat situ sebab ye la, selama mengandung tak pernah pon datang checkup dekat hospital dorang. jadi dorang taknak amek risiko. sadisss kann. T__T :p lagipun aku kan dah overdue kan. banyak kemungkinan boleh berlaku. jadi pasrah la kitorang laki bini menyerahkan diri ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kota Bharu.

demi Allah, time ni sikitt pun takde rasa macam nak pegi bersalin sebab tak rasa sakit langsung. rasa macam nak pegi melawat orang lain sakit pun ye. HAHAHA. ;)) so sesampai je dekat hospital, nurse terus bagitau aku dah kena warded sebab dah overdue. dalam hati aku, yeayy. akhirnyaaa. warded pon. HAHAHA. tak sabarnyaaa nak tengok anak sendiri. hihihii. :P maka bermulalah kisah pertarungan dalam wad aku. hihihi. 



oleh disebabkan hospital ni half government half private dan hospital ni takde wad yang pakej class pertama ke kelas kedua ke kelas ketiga ke segala semuaaa sama kelas, maka tiada istilah suami boleh teman isteri sepanjang masa, isteri boleh teman suami sepanjang hari. takde. T__T semua boleh masuk melawat hanyaaa pada waktu melawat. T__T so pasrah la aku duduk dalam wad sorang-sorang, syafiq tido merempat dalam surau la dalam kereta laa dekat kaki lima laaa. sedih kann. T__T eh malam pertama aku dekat wad tak sedih sangat lagi sebab takde rasa pape sakit kan. so lepas je masuk wad petang tadi, aku hanya berehatttttt semata-mata. nurse cuma datang check graf baby, check graf contraction, suruh kencing, bagi penerangan tentang penyusuan bayi dan sambung berehat. kemudian datang seorang doktor perempuan ajak aku masuk bilik khas untuk dia check jalan. baikla. maka bermula la episod seluk menyeluk akuuuu. T__T aku bajet mungkin paling-paling kurang jalan dah bukak 4 atau 5 cm kott sebab awal bulan hari tu time seluk dekat hospital selayang kan dah 1 cm tapi malangnya, maaf puan. jalan puan baru 3 cm. gulppppp. baruuuu 3 cm doktor? baiklaaahhhh. (-__-') maka sambung rehat lagi sambil mesej-mesej dengan syafiq sebab kematu tak tau nak buat ape selain main facebook instagram segala. 



akak katil sebelah aku kanan kiri memasing ada yang tengah tahan sakit, ada yang pasang yasin dekat handphone, ada yang dah standby nak pegi bersalin. eiiiii lambatnyaaa jalan nak bukakkkkkk. (-__-') aku tak sanggup dah nak tengok orang kanan kiri tahan sakit silih berganti kena tolak pegi bersalin. T__T malam tu, ada sorang lagi doktor lelaki datang ajak aku untuk masuk bilik khas untuk scan baby. kata doktor, so far graf jantung baby awak still ok, normal. baby macam nampak besar sikit. anggaran berat dia dalam 3.65kg. maaf ye puan, saya nak mintak izin check bukaan. kalau still takde progress, esok pagi kita terpaksa induce atau nama lain dia kita panggil masukkan ubat dari bawah untuk membantu mempercepatkan proses bukaan pintu rahim supaya baby senang turun ke bawah. gulpppp. doktor lelaki check jalan? Allahhhh. T__T baiklah doktor. doktor buat la yang terbaik janji anak saya selamat. (-_-') puan, masih 3 cm macam petang tadi. jadi jalan paling selamat dan terbaik adalah saya sarankan puan untuk induce ye sebab kita tak tau apa risiko yang kita akan lalui kalau makin lama baby puan dekat dalam sebab dah lebih hari kan. ok doktor saya terima. :) dalam hati wiwiwiwi tak sabarnyaaaa, esok konpemmmm aku bersalinnnn. esok konpemmm dapat tengok bungaa. gembira sangat rasa sebab dah lamaaa kannn tunggu nak ada anak. aku punya gembira tu sampai aku terlupa sekejap yang aku bakalll mengharungi perit getir melahirkan seorang cahaya mata. T______T 

sepanjang malam aku takleh tido sangat sebab asyik laa terfikir, macam manaaa rasa sakit bersalin tu. macam manaa rasa bukaan dah 10cm. macam mana rasa baby betul-betul dah nak keluar. macam mana rasa nak meneran tu. macam mana rasa bila dapat tengok anak aku nanti. ehhhh macam-macam laa aku terfikir time ni sampai laa aku tertido. huhuhuuuu. 

30.7.2014. dimana hari yang mustahil aku dapat lupa sampai bila-bila. (-__-') hari yang paaaaaaaaaaling panjang aku rasa dalam hidup aku. pukul 7.00 pagi aku dah siap mandi-mandi semua sebab doktor nak datang check pukul 8 jap lagi. sharp pukul 8.15 pagi, 5 orang doktor datang pantau aku. ada yang check graf baby, ada yang tanya soalan yang macam-macam, ada yang amek darah, ada yang tengok semata. yang tengok semata mungkin yang paling pakar sebab hanya dia yang boleh buat keputusan samaada proceed induce atau tak. so yes. puan, kita akan masukkan ubat induce pada puan pukul 9.00 pagi sekejap lagi. last bukaan jalan puan adalah 3 cm, selalunya selepas kita masukkan ubat induce yang pertama, jalan akan buka 1 cm setiap 1 jam. so anggaran puan akan bersalin adalah pukul 3.00 petang. kalau pukul 3.00 petang jalan still tak bukak banyak, kita akan masukkan ubat induce kedua. ok doktor. 

tepat jam 9.00 pagi, sorang doktor perempuan datang ajak aku masuk bilik khas untuk check jalan dan masukkan ubat. dalam banyak-banyak doktor, doktor perempuan ni nampak yang paaaaling lemah lembut soft spoken semua dia. sekali time dia seluk jalan, Allahhhhhhhhhhhh. T____T rasa macam nak tendang muka dia. mak aiiiiiiiiiiiiii. sampai aku cakap sakitnyaa doktor. semalam check jalan takde la sakit macam ni. dia jawab ohh sorry puan, saya check jalan sambil tolong bukakkan jalan puan sekali. maaf ye sakit sikit. Allahhh, aku takkan lupa laa. patut laaa sakittt, aku tak tau dia buat ape dekat dalam rahim aku tapi bila dia keluarkan jari dia, meleleh-leleh darah keluar dan penuhhh darah dekat tangan dia. ok puan, ni kali kedua saya akan seluk untuk masukkan ubat induce ye. aku nampak dia tuang setiub ubat cecair dekat tapak tangan dia kemudian dia seluk dan lalukan air tu semua kedalam rahim aku. ok dah siap puan. eh sekejapnya masuk ubat. cecair rupanyaa. aku ingatkan pil. dia terus suruh aku baring dekat katil aku satu jam tanpa bergerak atau bangun pegi mana-mana supaya ubat tu meresap masuk kedalam sepenuhnya. dari pukul 9 pagi sampaiiii la pukul 11 pagi, sikit pun takde rasa sakit pape. sampai aku konpius. eh ubat ni tak meresap masuk ke. sampaiiiiiiii laaaa ke pukul 11 lebih. (-__-')

allahhhhh, rupa-rupanya skali sakit tu datang, dia datang yang non stop dahhhhh. T__T sakitnya Ya Allah. sampai menggigil-gigil badan aku. seorang diri tahan sakit sebab bukan waktu melawat lagi. kalau tak syafiq mesti teman aku. T__T aku maluu takut orang nampak badan aku gigil kuat sangat, aku tarik pelan-pelan tirai katil aku. sakitnya. tapi aku tak nangis. sebab aku tau, ni bahagian aku. aku mestii lalui. kan nak tengok anak sendiri. T__T awak tau apa ubat saya? surah yassin. T__T dan Dia yang maha kuasa. Allahuakbar, percayalah. setiap saat aku berdoa dalam hati. (-__-') Ya Allah, kalau ni kesakitan yang paling sakit yang Kau uji keatas aku, semoga dengan setiap ayat quran yang aku baca terlintas dimulut ini Kau jadikan dia sebagai ubat untuk kurangkan sedikit kesakitan yang aku tanggung Ya Allah. sambil baca yassin, sambil badan menggigil, sambil tahan sakit, sambil air mata mengalir. Ya Allah, bantulah aku. T___T 

waktu melawat pukul 1 tengahhari. tepat pukul 1 syafiq pon masuk teman aku. kitorang tak banyak borak sebab syafiq tau aku tengah tahan sakit. aku tau syafiq tengah risau sebab airmuka dia nampak keruh. ni muka paling keruh aku pernah nampak. T__T dia usap rambut aku. dia suap aku makan. dia pakaikan stokin. dia selimutkan aku. dia hanya tanya doktor cakap ape. selebihnya, dia hanya diam sambil duduk dikerusi sebelah katil perhatikan aku. T______T kadang-kadang dia cakap sayang sabar ye. sayang kuat ye, abang ada. sayang kena yakin ye, sayang mesti boleh lalui. T__T sebenarnya, percayalah. bila mana kita tengah sakit, sentuhan dan belaian seorang suami cukup untuk meredakan sedikitttt kesakitan yang kita tengah lalui. over sangatt kalau aku cakap asal suami sentuh terus hilang sakit tu takkk :p sakit still sakit tapi perasaan tu sangattt mendamaikan. tahun depan kita beranak lagi eh bang? :p kihkihkih. waktu melawat tengahhari sejam jeeee. (-__-') pukul 1 sampai pukul 2. waktu melawat seterusnya adalah pukul 5 hingga 7 petang. jadi terpaksa la syafiq tinggalkan aku terkontang kanting sorang diri menahan sakit dekat katil. dia tunggu dekat luar wad tanpa pegi mana-mana sebab nak standby apa kata doktor pukul 3 petang jap lagi. kan doktor kata pukul 3 kemungkinan besar aku akan bersalin. so kita tunggu. 

aku tak pasti orang lain bersalin sakit dia macam mana. tapi untuk bahagian aku, demi Allah ikhlas aku berkongsi. (-___-') sakitnya dia rasa macam perut kita menegang, tegang dan terik sampai rasa nak pecah. macam belon yang kita tiup, makin masuk angin makin besar kan. haa macam tu la rasa dia. rasa macam nak pecah. dan bahagian bawah rasa macam direntap. (-__-') awak bayangkan perut tengah tegang rasa macam nak pecah tadi dan bahagian bawah rasa macam ada batu bata yang tengah tergantung yang kita kena bawak dan imbangkan. T__T Allahuakbar. menggigil-gigil badan aku tahan. tak putus-putus doa dalam hati. tak lekang walau seminit ayat lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzolimin. T_T Ya Allah, bantulah aku. lambatnyaaaaa masa berlaluuuu. sampaii laa pukul 3 petang, tak jugak doktor datang. last-last dalam keadaan sakit, aku panggil nurse suruh check jalan. nurse kata sekejap ye puan, doktor on the way. dia punya on the way sampaiiii laaa ke pukul 4 petang. tepat pukul 4 petang, nurse ajak aku masuk bilik khas. sekali dia kata puan, doktor lelaki india je yang bertugas petang ni. dia dah sampai. sekejap ye puan. dalam hati, haa? doktor lelaki? india? allahuakbar. baiklah. T___T 

mind set aku bila lelaki india mestiii buat kerja kasar. mesti sakittt gile. T___T nampak je doktor terus aku bagitau, doktor. pleaseeee. jangan kasar sangat boleh, dari pagi saya tahan sakit. (-__-') dia terus cakap, yes mem. segentlemen mungkin saya cuba. saya tahu puan tengah tahan sakit. cepat dan pantas dia buat kerja. yes, tak sesakit yang doktor perempuan lemah lembut ayu sopan pagi tadi. T__T legaaaaa. puan, jalan puan baruuuu 4cm. suppost dah boleh 5cm keatas dah tapi its ok, at least dia semakin bertambah. so kita tak perlu tambah ubat induce lagi. just tunggu untuk beberapa jam lagi biar jalan terbuka secara semulajadi ye. sebab kalau induce lagi, saya takut badan puan tak boleh terima kesan ubat dia. ok doktor. (-__-')

lepas kena seluk, dalam keadaan menggigil-gigil terus pegi toilet. muntah muntah dan muntah. terus doktor tadi pegi toilet tanya aku ok tak. aku jawab ok okk. saya ok doktor. terus doktor tu kata awak rehat ye. nanti akan ada doktor lain yang akan datang pantau lagi. so aku rehat je dekat katil sampai la pukul 5 petang waktu melawat lagi. sharp pukul 5 petang, syafiq, ibu syafiq, mama, papa, nenek aku dan adik adik aku sume dah ada dekat tepi katil. keluarga aku banyak diam. dorang hanya perhatikan aku. T__T aku tauuu dorang tengah seka air mata. aku pon sebenarnya. T___T sebab tu aku diam. tahan sebak dan tahan sakit. (-__-') aku jarangggggg tunjuk aku lemah depan mama papa dan adik-adik aku. ntahhhh. mungkin sebab aku nak cuba tunjuk yang aku ni kuat sebenarnya walaupun hakikatnya takde la kuat mane pun. huhuuuu. masa ni dah pukul 6, aku dah start rasa contraction yang kuat sakit dia bertalu-talu non stop. aku suruh adik aku catat beza masa setiap kali aku mengerang sakit. purata dia dalam dua hingga tiga minit mestii sakit tu datang. setiap kali datang sakit dia, setiap kali tu jugak aku muntah. muntah air jernih yang berplastik plastik sekali dia kuar. (-__-') 

bila dah dua minit sekali sakit dia datang, aku agak dah nak bersalin kott sebab selalu aku baca blog orang, kalau dua minit sekali ni dah tahap kira standby je. tak tahan sangattt sakit dia, aku suruh nurse check jalan. mula-mula nurse tu macam nak tunggu doktor masuk pukul 9 malam nanti tapiii pleaseeeee kakk, saya tak boleh tahan sangat dah niii. sekarang baru pukul 6 lebih. nak tunggu 9 malam kee. dia terus baiklah baiklah. selukkkkkk laa beliau dengan penuh lemah lembut sebab dia tau aku dah hyper sakit. T__T dia bagitau dik maaf sangat-sangat tau. kalau ikutkan kita dah boleh tolak adik pegi labour room dari pukul 5 petang tadi lagi sebab dah lama sangat adik induce kan tapi labour room penuh. kalau saya tolak sekarang pun kes adik kena reject naik atas balik sebab jalan adik still 4cm lagi. so kita tunggu dekat wad sini dulu ye. jalan 6cm je kita terus tolak adik dengan katil turun bawah pegi labour room. boleh ye? takkan aku tak cakap tak boleh. aku pasrah je la sebab dia mungkin lebih tau dari aku. so aku sambung berehat dekat katil. oh sebelum sambung berehat, lepas check jalan tadi, nurse tu dah siap-siap masukkan dua tiub ubat julat dekat bontot supaya time meneran nanti takde la bendasing yang kuar. so segala kotoran dah selamat terbuang. hikhikhik. ;)

tepat pukul 7.00 malam, waktu melawat dah habis. aku still tak bersalin jugak. aku suruh family aku semua balik dulu sebab aku sendiri tak pasti bilaaa aku akan bersalin. T__T harapan aku semakin menipis dah. bila kita tak tau pukul pukul berapa kita akan bersalin, aku tak sampai hati nak buat family aku menungguuuu jeee dekat luar wad. kesiannn dorang. nanti kang tunggu tunggu tak jugak bersalin. so aku suruh dorang semua balik dulu kecuali syafiq yang memang setiap saat teman aku walauuuu dari luar wad. sebaknya ingat balik. the moment aku bersalam dengan mama papa dan nenek aku sebelum dorang balik, aku mintak maaf mintak ampun yang betul-betul ikhlas dari hati, yang pertama kali buat aku rasa takuttnyaa nak tempuh seorang diri. esak-esak aku nangis. kakak mintak maaf mama, kakak mintak maaf papa. T___T

lepas dorang sume balik, syafiq peluk aku erat-erat. sayang kuat ye. abang tunggu sayang dekat luar. apa-apa bagitau abang. okkk bang. sambung nangis tersedu-sedu. T__T so tinggallah aku sorang-sorang lagi lalui setiap saat setiap bahagian yang Allah tulis untuk aku lalui. tapi percayalah, walau sesakit mana dia uji kita, aku percaya Dia takkan uji aku lebih dari ape yang aku mampu lalui. (-__-') demi Dia yang maha besar dan maha kuasa, percayalah. Dia maha mengetahui lagi maha mengasihani. T___T aku redha dengan setiap rasa apa yang aku rasa, aku redha dengan setiap apa yang aku lalui. besarnya pengorbanan seorang ibu. tingginya darjat seorang ibu. setiap saat aku fikir, oo macam ni mama aku rasa dulu. T__T patutla darjat seorang ibu disanjung tinggi. setinggi pertarungan hidup dan mati. 

tepat pukul 8.30 malam, tengah-tengah aku layan sakit, tibe-tibe ada sorang doktor lelaki datang. awak induce dari pukul berapa lagi puan? pukul 9 pagi doktor. Allahh. nurse nurse, tolak puan ni pegi labour room sekarang. tolak je tolak. saya handle kes dia. bahaya ni dah lama sangat. ok doktor. terus nurse tadi berlari amek wheelchair. aku tengah blur gileeee time tu. nurse tadi terus datang melulu dekat aku sambil tolak wheelchair. jom dik kita nak tolak adik pegi labour room dah ni. barang-barang dah siap? ha? barang ape kak? barang baby la dik. ooo dah dah. jap saya amek dalam beg. ic semua jangan lupa bawak. bra panties semua dah bukak? dah dah. eh suami awak mana? suami saya dekat luar la kak. kan bukan waktu melawat. laaa, call dia sekarang suruh dia pegi labour room sekarang. sekarang jugak. haa? ok ok. oiii blur gilee aku time ni. rasa macam ehh berdebarnyaaa. nape kalut sangatttt niiii. terus aku call syafiq suruh dia pegi labour room sekarang. dia lagiiiiiiii terkejut. ye la, kan sebelum dia tinggal aku pukul 7 tadi baruu 4cm. dah sekarang baru pukul 8.30 dah kena tolak pegi labour room. mesti dia terfikir dah 9 cm ke aku tibe-tibe dah kena pegi labour room. cepatnya pulak. aku dapat dengar suara dia tengah berlari tanya orang labour room mana labour room manaa. oiii kaluttt, berdebarlah senang cite. 

sambil nurse tolak aku turun pegi labour room, sambil dia tanya aku, dik tudung mana? haahh? tudung? tudung dekat katil tadi la kak. laaa, nape tak pakai tudung diikkkk. kan kita nak pegi labour room ni. kau bayangkan aku punya blur terus aku jawab ape dekat akak misi tu. kak, nak bersalin kena pakai tudung ke? takkan time meneran atas tertutup bawah ternganga? kahkahkahkah. ;) bila ingat balik, aku rasa macam nak humban diri sendiri kelaut. :p ye laa sebab aku tengah blur kan. bila akak tu tanya mana tudung, terus aku terbayang atas kemain tertutup cantik, bawah ternganga kemainnnn menadah. kahkahkah. ok fine tak kelakar. :p terus akak tu pasrah melayan aku. sesampai je dekat labour room, dia terus suruh aku baring atas katil. adik baca doa banyak-banyak ye. selawat banyak-banyak. akak kena tinggal adik dekat sini. nanti nurse sini handle. call suami adik suruh standby dekat pintu dan tandatangan kebenaran meneman sebelum masuk ye. lepas doktor pecahkan air ketuban baru dia boleh masuk teman. ok kak. maka terbaringlah aku terkebil-kebil dekat katil sementara tunggu doktor dan nurse lain datang. 

untuk permulaan, aku masih lengkap berpakaian. tshirt dan berkain batik. masih sopan baringnya. tiba-tiba datanglah seorang nurse yang baiknyaaa lemah lembut dia. pangkat mak orang aku rasa sebab dia sangatt menenangkan aku. mungkin dia tau sakit nak bersalin tu macam mana. so dia layan aku sangatlah baik. ok dik, akak nak pasang alat dekat perut adik untuk check graf jantung baby dan graf contraction ye. baik kak. buatlah. percayalah, perasaan aku time ni satu je. awak buat la ape pon, janji saya boleh cepat-cepat tengok anak saya dalam keadaan sihat selamat dan sempurna. lepas je dia pasang alat, bacaan graf jantung baby dah tak berapa cantik dahh. dik, baby awak macam makin lemah. mungkin dia tido kot. akak akan pasangkan alat dekat hidung adik. nanti adik sedut ye sebab nak suruh baby gerak. ok. dia masukkan wayar dekat kedua-dua lubang hidung aku. rasa angin suam-suam meresap masuk setiap kali aku sedut nafas. eh dik, badan awak panas ni. awak demam ke tadi? sejak bila lagi demam? sejak petang tadi kak. mungkin sebab efek ubat induce kot kak. banyak kali saya muntah. ok akak check suhu jap. allah, 38.9 celsius! tinggi suhu awak ni. awak larat ke nak meneran kejap lagi. terus dia menjerit panggil nurse lagi sorang. 

nurse baik tadi terus suruh aku telan dua biji panadol, dan segelas cecair ubat ape ntah aku tak tau. aku main telan je. terus dia tekapkan oksigen dekat hidung aku. yang nurse baru masuk lagi sorang terus tanggalkan baju aku untuk dia lapkan badan dengan air suam untuk turunkan suhu sambil dorang bercakap dalam bahasa misi yang sepatah haram aku tak berapa faham. masa ni dorang tanggalkan baju je untuk tuam. terus datang sorang lagi nurse pakaikan aku baju hospital yang ada tali dekat depan. sekarang dah ada tiga orang nurse dalam bilik bersalin aku. kemudian datang seorang doktor perempuan terus check buku rekod aku sepanjang dekat hospital. so dia tanya puan dah kencing dan berak belum? dah dah. dekat atas tadi sebelum turun. ooo okk tapi takpe, kita nak masukkan tiub air kencing ye puan sekejap untuk buang segala sisa sisa air kencing yang tinggal. bila semua air kencing dah keluar kita akan tanggalkan balik. ok doktor. mak aiiiiiiiiiiiii nyilunyaaaaaaaaaaaaaa masukkan tiub air kencinggggg huwaaaaa. T____T rasa macam erghhhhhhh sakitnyaa. tapi aku pasrah. lepas je semua sisa air kencing dah keluar, dia pun tanggalkan tiub tu. fuhhh. legaaa. 

kemudian datanglah doktor lelaki tadi yang suruh nurse tolak aku ke labour room dengan segera. doktor ni pun baik je tapi pantasnya dia buat kerja walaupun dia macam lembut-lembut sikit. puan, saya akan pecahkan air ketuban puan. so lepas saya dah pecahkan air ketuban nanti, puan akan rasa sakit sikit ye sebab kepala baby akan menekan pintu rahim puan untuk dia keluar. ok doktor. buatlah. (-__-') sekali, bila dia dah pecahkan air ketuban, doktor tadi terus bertukar menjadi serius. dalam keadaan tenang, terus bertukar jadi keadaan tegang gile. doktor tadi terus suruh nurse panggil lagi beberapa orang doktor lain. aku dah cuak dah. dah kenapa semua kalut malut ni. oiii macam dalam dramaaaa sangattt Ya Allah. sebijik. (-__-') maka datang la dalam tiga empat orang lagi doktor lain untuk double confirm air ketuban aku. 

sambil tunjuk bekas takungan air ketuban aku, tiba-tiba doktor lelaki tadi bagitau, maaf puan. kita dah tak boleh tunggu lama ni. anak puan dah berak dalam perut. jadi kami terpaksa operate untuk keluarkan baby puan secepat mungkin sebelum berlaku apa-apa yang tak diingini. aku terus blur. hah? operate? ok doktor. suami puan mana ye? ada dekat luar. time doktor pegi panggil syafiq, aku dah rupa ayam togel dah. T__T korang bayangkan aku tak tau dah berapa orang misi kerumun aku. sorang sambung tiub air kencing balik sebab sepanjang operate kena pakai tiub air kencing. T___T sorang sambung lap badan. sorang dah start inject sane inject sini. yang syafiq masuk bilik aku terus blur jugak. dia pon macam aku. dia ingat doktor panggil masuk untuk teman aku meneran sekali kena panggil masuk untuk sign borang kebenaran pembedahan. (-__-') doktor tadi terus terangkan dekat dia tapi dalam keadaan pantasnyaaaa semua benda ni berlaku. syafiq signn je borang, terus bilik bersalin aku dah macam dalam drama. mana nak tolak katil untuk tukar katil lain, mana nak sambung wayar segala lagi, mana nak pakaikan shower cap, mana yang nak lap badan aku tak habis-habis, mana nak suruh aku minum air ubat ape ntah. sebijikkkkkk macam ayam togel. pasrah la nak. T___T 

alhamdulillah aku dapat suami yang sangattt memahami. di saat antara hidup dan mati, takde la dia pegi mengamuk oii kenapa kau bogelkan bini aku. kahkahkah. tapi sempat laa aku cakap dengan doktor, doktor, contact lens saya belum bukak lagi. mana saya tau saya akan operate. saya ingatkan bersalin normal je. kalau normal nurse cakap boleh pakai. takpe kott saya pakai sebab half bius je kan? dia terus ehh tak boleh tak boleh. kena tanggalkan. hah sudah. bekas air dia semua dekat wad doktor. aku terus panggil syafiq suruh tolong amekkan bekas air contact lens aku sekali kau tau dia jawab ape? awak buang je contact lens tu. nanti kita beli lain. tak sempat dah ni. aku pun pasrah terus buang je. HAHAHA. mustahil aku dapat lupa adegan ni sampai bila-bila. aku tak serik nak bersalin lagi tapi aku macam serik dibogelkan macam ayam togel kuikuikui. lepas je aku sign borang operation, terus beberapa orang nurse berlari tolak aku pegi dewan bedah. syafiq pon berlari jugak. oii sebijikkk laa macam dalam drama wa cakap luuu. ;p tepat pukul 9.00 malam, masuk je kawasan bilik pembedahan, kena tukar katil lagi. dah sampai dalam bilik pembedahan, punnn kena tukar katil lagi. bila dah dalam bilik pembedahan, satu je aku pikir. cepatlaaa inject tulang belakang. tak tertahan dah rasa sakit perut menegang ni. 

aku kan rabun. tapi still nampak dalam bilik pembedahan tu ada dalam 12 orang rasanya. masing-masing ada tugas masing-masing. oh syafiq tak boleh masuk. bersalin normal je boleh teman. ceaser tak boleh. pasrah la kami suami isteri. T___T so salah seorang doktor yang ada dalam bilik pembedahan tu kenalkan diri dia sebagai doktor yasmin, doktor pakar bius. dia terangkan sedikit sebanyak antara risiko-risiko bersalin secara pembedahan dan dia terus mintak izin untuk inject dekat tulang belakang. ye, ni kali kedua aku kena inject dekat tulang belakang. tapi kali ni tak sesakit yang pertama kali time patah kaki dulu. ni tak rasa sakit sangat sebab perut jauhh lagi sakit menegang dia. T___T lepas je dia dah inject, dalam keadaan sedar dan waras, aku boleh dengar dan rasa setiapppppppp proses yang dorang sedang lakukan cuma tanpa sebarang rasa sakit. (-__-') 

aku boleh dengar bunyi zrapp zrapp zrapp dorang tengah toreh perut macam orang tengah lapah kulit lembu time korban. (-__-') aku boleh rasa setiap torehan dia. 

gambar dari google

aku boleh dengar setiap perbualan doktor doktor tadi. sampai la satu ketika aku dengar doktor bagitau ok standby. terus badan aku bergegar dan bunyi macam mesin basuh yang tengah spin. dan akhirnya, aku dengar suara baby menangis dua kali. ekkk ekkkkk. kemudian terus meraung kuat. Allahhhhhhhuakbar. Allahhhhhhhuakbar. suara bunga ke tu. Allahuakbarrrrrrr. T___T susahnya aku nak gambarkan perasaan time ni. sebaknyaa. pertama kali aku dengar suara bunga, terus terlintas dalam hati aku. abanggg, ni anak abang. anak abang ni. T__T anak abang yang abang tunggu selama ni. Allahurabbi. meleleh-leleh air mata sampai doktor tolong lapkan air mata aku. sebak dan gembira dia hanya Allah je tau. lupa semuaaaa kesakitan yang aku lalui 12 jam sepanjang hari tadi. hilang semuaaaaa kekosongan dalam hati aku sepanjang empat tahun bergelar isteri. T___T sambil taip sambil meleleh air mata lagi. T____T

mama, mama ni baby mama ye. mama boleh cium dia dulu. lepas ni kita terus bawak dia jumpa ayah dia untuk iqamatkan, kata doktor. demi Allah, demi tuhan yang maha kuasa, sebelum doktor bagi aku cium bunga, dia menangis meraung kuat gile. bila doktor bawak dekat aku, aku cium dia, dalam keadaan mata terbuka kelip kelip pandang aku, dia terus diam. T___T diam yang betul-betul diam. sampai doktor cakap ooo dia kenal mak diaaa. Allahhhhhhh. lagi laaa laju air mata aku berderu-deru. Assalamualaikum bunga mummy. T__T sebaknyaaaaaaa. sebaknyaaaa. pertama kali tengok anak sendiri. pertama kali dapat cium apa yang dinanti. T___T mummy takkan lupa sampai matiiii. terus doktor bawak bunga jumpa syafiq dekat luar. iqamatkan dia. bunga lahir tepat pukul 9.45 malam. aku tak rasa pun macam 45 minit dalam bilik pembedahan. aku rasa macam 5 minit je. lepas dah siap jahit semua, dorang terus tolak aku jumpa syafiq dan bunga. 



sepanjanggggggggg aku hidup, aku tak pernah nampak syafiq teruja yang bahagia. T___T tak dinafikan time mula-mula aku disahkan mengandung dulu dia dah teruja tapi yang ni palinggggg yang palingggggggg. T__T dia nampak je aku keluar dari bilik bedah, dia terus sayangggggggg, bunga bukak mata kelip-kelip! sayangg, bunga tengah hisap jari dia! lima-lima jari dia dalam mulut dia! sayanggg dia pandang sayang! sayanggg dia pandang abang! tak lekang senyum dekat mulut syafiq. berkobar-kobar air muka dia. berseri-seri raut wajah dia. penuhhhhhh kasih sayang. T__T


Allahhhhhhhhhhhuakbar. bahagianya aku takkan lupa sampai bila-bila. T__T terima kasih Ya Allah. terima kasih untuk sebuah pinjaman yang paling indah ini. sungguhhh, indah dia lebih dari segala-galanya. 

kehadapan bunga yang mummy cinta,



mummy nak awak tau, awak anak yang cukup sempurna di mata mummy dan daddy. berbaloi sangat kami tunggu selama ni kalau macam ni indah rupa anak mummy. berbaloi sangat apa yang mummy daddy harungi kalau macam ni bahagia untuk kita lalui. bunga, awak adalah bukti kasihnya mummy pada daddy. awak adalah bukti ikhlasnya mummy separuh mati. bunga, awak adalah anugerah paaaaaaaaaaaaling indah untuk kami. satu benda yang bunga perlu tahu, walau daddy adalah cinta pertama yang lahir dari hati mummy, bunga tetap jiwa pertama yang lahir dari nyawa dan cinta mummy. sampai mati bunga tetap anak mummy. :')  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...