August 13, 2014

indahnyaaaa ya rabbi :')


sebenarnyaaaaaa, aku tak tau nak mula macam mana. kalau ikutkan, dari hari pertama bunga lahir lagi aku nak terus update dekat sini tapiiiiii empat hari empat malam belum tentu habis aku karang sebab 1001 kenangan betul. hihiii. ;) hai semuaaaaaa, alhamdulillah bunga selamat dilahirkan pada pukul 9.45 malam, 30 Julai 2014, hari raya ketiga hari tu melalui kaedah pembedahan. kenapa operate?? panjangggggggggggggggg ceritanyaaaaa. :) nanti ada masa aku cerita ehh tapi konpemmmmm panjang berjela. janji korang jangan jemu baca tau? :p huhuu. 



alhamdulillah bunga lahir sihat walafiat, time lahir hari tu berat dia 3.505kg. oiiii sejarahhhhh dalam keturunan keluarga aku anak sulung cecah 3.50kg. selalu mak dengan nenek aku cakap 3.50 kg keatas ni anak nombor dua kee anak nombor tiga keee. aku bantai anak sulung dah 3.50kg. (-__-') anak-anak seterusnyaa aku tak pasti berapa kilo. huhu. 



sebenarnyaa, sampai sekarang aku still tak percaya yang aku dah ada anak. T___T  wallahi, awak adalah anugerah paling indah yang kami pernah miliki. terima kasih ya rabbi. tak pernah jemuu kami menanti. tak pernah serik kami kena uji. selamat datang bunga cinta hati mummy daddy. dah lamaaa kami tunggu. :') terima kasih sayang, hadirnya awak melengkapkan setiap kurangnya keluarga kita. Demi Allah, kalau macam ini indah perasaan yang Kau uji selama 4 tahun kami menanti, kami bersyukur Ya Allah. manisnya cukup untuk kami kenang sampai mati. :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...