July 16, 2014

harga runtuh sempena Super Raya Sale by Lazada


jangan tak tauuuuu, dekat 2 jam lebih dahh aku duk belek satuuuu-satuuu barang dekat website lazada niii. :P kenapaaa aku beria kemain gigih? sebabbbbbbb, dorang sedang mengadakan promosi harga runtuh kaw-kaw sempena raya dan yang palinggg tak best, sehari jeeee salenyaaa iaitu hari ni. T__T jadi, korang hanya ada hari ni untuk grab shopping mak nenek segala yang best-best dalam website lazada. oiiiii banyakkkk gileeeee hokeyyy. lazada ni macam-macam ada jual. aku dah kelabu mata dahh yang tuu nak, yang ni nakkk. mau takkk rambang mata, ada sesetengah barang potongan diskaun dia sampai 92% kott. 


setelah dihitung dikira, aku rasa rugi gilaaa kalau aku tak beli sesetengah barang yang dorang tengah promosi raya ni sebab ada setengah barang jauhhhhhh lagi murah dari kaw beli dekat luar contohnya ada beberapa alat elektrik yang aku perasan. oiii seronokkkkk. nak buat kueh raya kannnn? nah oven seketul. murahhh gileeeee. T___T harga asal seratus lebih kannnn. promosi dorang RM59 jeeeeee.



haaaaa, korang belum beli baju raya laagiii? nahhh nahh nahhhh. baju hatta dolmat kottttt. harga sale dia jauhhh lagi murah dari korang pegi beli baju dekat jalan tar yang terpaksa bersesak sesak dengan orang ramai percayalahhh.


bukan tu jeee, kalau korang shopping dekat lazada ni, korang siap bolehhh main roda impian gituuuuuu. ;)) pusing-pusing dapat hadiah, mau tak seronok kalau tibe-tibe dapat cash voucher RM100. wiiii boleh sambung shopping lagiiii ;)) tapi ingat tauuuu, semuaa harga runtuh dan lucky price roda impian ni hanya berlangsung selama sehariiiii jeee iaitu hari ni, 16 Julai 2014. habissss je sampai pukul 12 malam nanti, harga sume dah back to normal.

cepat tauu korang. tinggal berapa jammm je lagi nii. T__T meh sama-sama sambung mentelaah website Lazada dengan aku sebab aku nak sambung shopping lagiiii niiiii. murah kannn. hihihi ;)


Super Raya Sale by Lazada boleh klik sini yeee :)




July 15, 2014

dugaan mengidam sepanjang mengandung

sepanjang 9 bulan lebih aku mengandung, setiap hari boleh dikatakan mestiiii ada pengalaman baru yang tak pernah pernah pon aku lalui sebelum-sebelum ni. jadi sebelum aku terlupa, baik aku share dekat blog siap-siap dengan harapan, boleh aku jadikan panduan dan perbandingan bila aku mengandung untuk anak-anak seterusnyaaa nanti. ;) kemainnn ayat anak-anak seterusnyaa kenn. dah bunyi macam kilang pemprosesan anak aku ni mihmihmih ;p 

alhamdulillah sepanjang aku mengandung, aku takde mengidam yang diluar kawalan. kan ada setengah orang mengidam nak makan sabun la, nak makan daging rusa la, nak makan selipar la, takde takde alhamdulillah. :) anak aku dia request yang biasa-biasa senang cari jeee kuikuikui. :p contohnyaaaaaaaa masa mula-mula tau aku mengandung dulu, tiba-tiba sebelum tidur tu rasa nak makan dunkin donut. haa sudah. (-__-') celah mana nak cari dunkin donut malam-malam buta. gigih la laki aku balik keje esoknya terus gi cari si dunkin donut niii. tapi masa ni sebenarnya belum tahap kronik lagi. time ni still boleh kawal kalau rasa nak makan tu datang, takde la yang time-time tu jugak nak. takde. :) masa ni still boleh konsider esok-esok pon xpe janji kena makan. baikkkk kennnnn :p


tapiiiiiii, time tu 5 bulan kottt aku mengandung, tibe-tibe datang peel mengidam nak makan laksa penang dan laksa penang tu mestiii makan dekat satu kedai yang kitorang pernah makan sebelum-sebelum ni dekat Sri Gombak. pasrah la syafiq petang-petang hari bawak aku pegi kedai tu hihihi. sampai-sampai je seperti biasa kedai tu memang sokmoo ramai orang. siap kena beratur sebab sejujurnya, sepanjang aku makan mana-mana laksa penang dekat kl ni, kedai tu paaaaling sedap ditekak aku. so no wonder ramai orang sampai gigih beratur. sekaliiii, bila sampai turn aku, maaf dik laksa dah habis. T____T oii berapiii. terus nampak akak tu kecik besar kecik besar. HAHAHA. rasa nak nangis gileee tak dapat makan laksa time tu. vodo tau kalau ingat balik. :p tolong la percaya. 

last-last, aku cakap dekat akak tu, kakkk. takde langsung ke kak. satu sudu pon jadi la pleaseeee. saya teringin mengidam gile kak. T__T lepas tu akak tu tanya aku, oo mengandung ke dikkk. kesiannyaa. jap akak tengok balik. ada kot tapi kesian la sebab saki baki je tinggal, boleh la dua tiga sudu. aku dah melonjak gembira dahhhhh, takpe kak boleh boleh. janji dapat rasa. haaa kesian tak korang dengar cerita aku? HAHAHA. siap merintih merayu nak makan laksa hokeyyyy kaw ada? kuikuikui. ;p last-last akak tu bagi aku betul-betul laksa yang 3-4 sudu jee.


takpe kak takpe, dah cukup dah niii. nikmatnyaaaa tuhan je tauuuu. padahal makan laksa je pon. HAHA. ;) berapa ringgit kak laksa tadi? adik bagi akak seringgit dah la sebab sikit sangat. seringgitt jeee? ye la kata 3-4 sudu je kann. hihihihi. kuat gileee penangan mengidam laksa penang akak ni sampai boleh dikatakan setiap hujung minggu, mestii aku ajak syafiq pegi makan sini. sampaiii la sekarangg. sedapnyaaaaa. ;)) tapi sekarang takde la sampai siap merintih merayu segala. sekarang dah under control. huhuuuu :)

lepass je babak mengidam laksa penang, masuk babak baru mengidam roti siput pulakkkkk.


aku tak pasti korang panggil roti ni nama ape tapi aku panggil dia roti siput sebab bentuk dia macam siput. kuikuikui. ;) feveret aku sejak kecik lagiii roti ni. dah la roti siput tu kilang dia dekat kampung aku je ada. takde dekat kl ni. pasrah laaa mama papa aku datang dari terengganu ke kuala lumpur bawak roti siput ni semata-mata takut cucu dia nanti meleleh air liur teringin roti siput punya pasal. HAHAHAHA. ;)

haa habis babak si siput ni, datang pulakkkk babak mengidam nak makan durian. T__T 


semua salah facebook. stressssss akuuu setiap kali orang post gambar durian dekat facebook. T__T nak nak hari tu kan musim durian. oiii kemainnn memasing post gambar durian yeee. awak tunggu bini awak mengandung esok, tengah-tengah malam tengok gambar durian, baruuu awak tauuu, dari rupa isteri cantik jelita seksi menawan terus bertukar jadi muka hulk semua sebab nak makan durian punya pasal HAHAHHAA. 

time ni aku mengandung 6 bulan lebih rasanya. kesian syafiq, gigih malam-malam buta gi cari durian. malangnya dia pulang dengan hampa. (-__-') aku pasrahhh sampai laa dua tiga hari lepas tu, terjumpa orang jual durian tepi jalan. oiii gembiraaaa terkinja-kinja. tak banyak pon aku makan sebab orang cakap, orang mengandung tak elok makan sebab panas kan. aku makan dalam 5 ulas je kott. sekaliiiii, oii bisaa boleh tahan durian niiii. dia punya panas sampai tak leh tido aku malam tu. terus macam menyesalnyaa makan durian. T__T tapi korang jangan tak tauu, masukkk je mengandung 9 bulan, dah lupaaa dahh tahap menyesal hari tu. :P kaw-kaw aku melantak, alhamdulillah takde rasa panas dan sakit dalam perut dah. mungkin sebab baby dah besar dan dia dah boleh terima kan. hari tu time 6 bulan dia belum cukup sifat lagi. ni kemungkinan yang aku pepandai buat dan mazhab aku semata jee korang jangan percaya sangat muehehee :P

dan yang paaaaaling terakhir dan the latest buat masa sekarang ni, air root beer float A&W. 



haaa yang ni sampai ke saat ni aku tak habis-habis lagii mengidam. kalau boleh setiap hari nak minum. memang hari-hari minum ponnnn :p sebab dah hari-hari mintak. last-last syafiq beli yang dalam botol, letak je ais krim vanilla sendiri. takdenya dia rajin hari-hari nak gi take away air root beer ni semata. huhuu. sedapnyaaaa root beer float niiii. T__T tapi takde la aku pegi minum banyak sampai satu gelas besar gini kann. minum sekadar hilang teringin je laa. nikmat tak terkata gituuuuuu ;) huhuu. 

haa rasanya 5 makanan ni je kott yang aku mengidam sepanjang 9 bulan aku mengandung. nasibbbbbb tak adventure sangat. kalau tak kesian laki aku nak melayan. hihihi. korang dulu pernah ke mengidam makanan yang mencabar gile? contohnya nak makan sabun kee ape-ape je la yang pelik. ada? sebab ada kawan aku, dia punya mengidam oiii mencabarrrr. ubat gigi kaww dia mengidam nak makan. gigih laaa dia makan ubat gigi dah rupa chewing gum dibuatnyaaa haruuuu. (-__-') :p dan aku adalah bernasib baikkkk takde alahan yang takleh bau suami, takleh dekat dengan suami. kalau tak yang ni lagi haru. (-__-') aku lagi rela makan ubat gigi dari takleh dekat dengan syafiq, 9 bulan kotttt. sambung lagi 100 hari berpantang, oiii cannottt cannottt. kahkahkah. ;p eh bulan puasa ni, tak boleh cerita detail sangat. okbai. :P HAHAHAA 



July 10, 2014

Resepi Nasi Briyani paaaaaling cepat dan senang! :)

kalau korang same spesis macam aku, skill masak takde la hebat mana ponnnn tapiii berangan nak suami puji wahhh hebatnyaaaa isteri abanggggg masakkkk padahallll kuikuikuiii :p haaaaa meh aku share satu rahsia resipi dengan korang muahahaha ;p korang pernah masak nasi briyani?? aku pon baruuuuu je beberapa kali masak nasi briyani sepanjang aku hidup. tu ponnn selepas aku jumpa rempah yang instant punya. HAHAHA. 


haaa nampak takkkk. ni laaa perencah nasi briyani yang aku guna. kalau kaw spesis semua bahan perencah nak sediakan sendiri, rempah ratus sume nak tumbuk sendiri, ok jangan baca entry ni. :p ni hanya resepi aku untuk memudahkan kerja para isteri yang kadang-kadang pemalas macam aku. hihi. ok meh kita proceed. bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nasi briyani adalah semudah ABC. ;) ohh sebelum terlupa, time aku masak nasi briyani ni, aku guna separuh je perencah dia sebab masak hanya untuk 3 orang makan untuk time berbuka je. time sahur memang takkkk la perut aku boleh terima nasi briyani hohoo. ;P


ok bahan-bahan dia adalahhhh, 

# beras yang telah siap dicuci bersih.

# sepaket perencah nasi briyani cap maggi
# 3 sudu besar minyak sapi
# isi ayam di potong dadu suka hati nak letak banyak mana. 
# setengah labu bawang besar dipotong bulat.
# rempah 4 beradik macam dalam gambar dekat atas (seketul kayu manis, dua ketul bunga cengkih, dua bijik pelaga hindi, dua ketul bunga lawang) 
# kismis suka hati banyak mana nak letak. :)

beras yang telah siap dicuci tadi korang asingkan letak dalam bekas lain dulu tau sebab periuk nasi kita nak terus guna untuk tumis sume bahan-bahan dekat atas ni. ok mula-mula kita panaskan 3 sudu minyak sapi tadi dulu. agak-agak dah panas, masukkan bawang besar dan rempah 4 beradik tadi. kalau nampak macam minyak sapi tadi macam tak berapa cukupp jee sebab guna 3 sudu je, takpe. korang masukkan air sikit. jangan masuk minyak dah. takut berminyak sangat nasi kita nanti. okk tumiss dulu sekejap. kemudian masukkan semuaa isi-isi ayam tadi. tuangkan separuh perencah nasi briyani ni. masukkan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.


agak-agak dah rupa pecah minyak dan ayam pon nampak macam dah masak sikit-sikit, korang tuang je kesemua beras yang korang dah basuh bersih tadi. tambah air ikut kuantiti yang korang selalu sukat untuk masak nasi. kacauuu sebati dan terus angkat periuk nasi ni letak dekat plug rice cooker macam biasaaaa. biarrr je dia dekat situuu sampaiii dia masak sendirinyaaa. 

lastttt sekali, bila nasi dah masak, korang taburkan semuaaaa kismis tadi dalam nasi. gaul biar rata. siapppppppppppp! ;) haaaa, senang kannnnnnnn? ada setengah orang suka letak gajus, terpulang la. aku tak letak sebab aku tak makan. hihihi. settleeeee laa masak nasi briyaniii. untuk lauk, terpulang pada korang la. selalu kalau aku masak nasi briyani, lauk dia mesti kari ayam, telur masak merah dan papadom. acar takde sebab kitorang laki bini mana makan sayurrr. huhuuu :p kalau malas, korang buat satu lauk pon dah cukup. contohnya, nasi briyani dan kari ayam. haaa dah sedap dahhh. :)


ohh sorryyyy gambar selepas siap dimasak tak berapa nak gah manaa sebab time ni kalut orang dah azan. mana nak berbuka puasa, mana nak amek gambar. hihihi ;) selamat memasak semuaaaaaaa! ;))

July 03, 2014

mengandung dan berpuasa


terharuuuuu sangatttt bila ada kawan-kawan dan sedara-mara yang whatsapp tanya aku larat puasa takk sebab dah sarat kann. tak larat takpe boleh bukak puasa. T__T anyonyonyooo, auntiiiiie auntieeee semua, jangan sweetttt sangatttt bolehhhh. (-__-') bunga kuattt, takde manja-manja ni. hihi. 

Alhamdulillah setakat ni aku still lagi boleh berpuasa macam biasa. aku sebelum-sebelum ni pun sokmo pikir, macam manaaa laa bulan puasa nanti nak puasa. boleh keee aku tahan sebab dah cukup 9 bulan, baby pon dah cukup sifat kann. takkan dia tak lapar kalau aku tak makan. T___T tapi, lebih kurang dua tiga minggu sebelum ramadhan, aku dah belajar try puasa. bukan niat nak belajar sangatt ponnnn, memang kena puasaaa sebab puasa ganti tahun lepas punya belum habis lagiii. kuikuikui. ;) jadi time mengandung 35 minggu hari tu, aku try puasa 4 hari straight yang aku tinggal tahun lepas punya. Alhamdulillah under control takde pitam pengsan segala. siap boleh tawaf jalan tar, shopping raya merata dengan mak aku. hihihi ;) 

jadi bila aku rasa oooo puasa ganti siap boleh tawaf jalan tar, takkannnn puasa bulan ramadhan tak boleh kan. :P so aku niat, aku kenaaa puasa. salah satu cabaran berpuasa time mengandung 9 bulan ni, dia takde la rasa lapar sangat tahap kebulur nak pitam tu tak. dia macam kita puasa biasa-biasa je cumaa, kaw akan rasa kesiannyaaaa bila tengok perut kita berombak-ombak, baby siap tersedu-sedu. (-_-') automatik kita akan terfikir, dia lapar nii. kita tak rasa sakit pon, cuma rasa alaaa kesiannyaaaaaaaaa. T___T tapi aku sokmoo ingatkan hati aku, Allah takkan uji seorang hamba dia lebih dari apa yang kita mampu. sama jugak macam time puasa. terus usap perut sambil cakap-cakap dengan bunga, bunga sabar yee. bulan puasa ni. bunga pon kena puasa. maghrib nanti kita makan. sekejappp jeee lagi. haa kadang-kadang aku siap amek video time dia bergolek mengeras segala tapi takkan aku nak tepek sini lucah sangatttt kannn. hihihi. 

tapi sebenarnyaa, antara siang hari di bulan ramadhan dengan malam hari di bulan ramadhan, aku lagi ngeri malam hari sebabbbbbbbbb, lepas je berbuka puasa, kaw akan rasa macam allahhh allahhh allahhhhhhh mentang-mentang dah boleh makan. kemain ligat dia berpusing dalam perut. kadang-kadang sampai rasa macam perut dan peha kita nak krem. aku boleh dikatakan asal malam, mestiiiiii cuak. cuak gile. (-__-') sebabb, dia punya tindak balas selepas perut masuk makanan adalah 3 kali ganda hyper sampai setiap malam aku akan confius, ni sakit nak bersalin ke sakit dia teruja dapat makan. jangan tanya aku dah start rasa mild contraction ke belum sebab dah seminggu aku start rasa cuma dia bukan yang setiap 5 minit sekali tu tak. dia dalam setengah jam sekali. lepas tu ok balik. ni sakit yang rasa macam direntap dan diramas kita punya tuttt. kalau tengah berdiri pon aku boleh terduduk. tapi sekejap-sekejap je la. ni mild contraction kan orang panggil? ntah aku pon konpius. korang dulu macam mana nak tauu ni adalah tanda-tanda sebenar nak bersalin? aku hari-hari terfikir. rasa macam standby nak pegi berperang pon ada dia punya berdebar dan teruja tuuu. mihmihmih. 


so farr aku belum start drama air mata lagi dengan syafiq. T__T kata beranak ni macam nak pegi berjihad kannnn. belum belum. aku buat-buat cool dulu walaupun dalam hatii sebak macam nak pecah dada. (-__-') takutnyaaa allahurabbi. T__T selalu kalau sebak aku datang, syafiq tak layan sangattt sebab dia tak nak aku lemah. nanti dengan dia dia sekali lemah. jadi kesimpulannya, bila kita tak tau bila tarikh sebenar kita akan bersalin, moh la kita berjihad laki bini dulu sebelum kena berjihad 100 hariii nanti muahahahaha. ;p 



July 02, 2014

dekorasi ruang tamu

lamanyaaa tak cerita pasal dekorasiiii. boleh tak hari ni aku nak sambung cerita pasal deko-deko? hihi ;) asyik cerita pasal anakkk jee kang orang kematu nak baca blog aku. muahaha ;) ok hari ni aku nak cerita pasal dekorasi ruang tamu. sebenarnya rumah aku ada dua ruang tamu. satu ruang tamu untuk kitorang melepak tengok tv, satu lagi ruang tamu yang jarang guna sebab jauh sikit dari TV. tapiiii kalau kalau datang peel malas aku, ruang tamu yang jauh sikit dari TV ni akan jadi tempat pengumpulan gunung ganang baju yang belum dilipat muahahaha. ;p haa ni la ruang tamu yang jauh sikit dari TV tuuu. 


dulu ramai yang pernah tanya aku pasal sofa L-Shape merah ni. korang boleh baca dekat entry ni ehhh. aku pernah share sebelum nii. manakala untuk satu lagi ruang tamu, aku pilih warna malap-malap sikit sebab nama lagi ruang tamu untuk family kann. bila malap-malap ni tenangg je tengok tv sambil baring-baring huhuuu. :D


untuk ruang tamu sofa hitam ni, aku banyak bermain dengan warna warni sebab kang kalau semua malap, kelam hidup aku bosan tak berseri. :P huhu. sebenarnya tip aku senang je, sebelum aku beli ape-ape perabot untuk rumah aku dulu, pemilihan warna perabot adalah bergantung pada warna dinding. contohnya, sebelum aku beli sofa hitam ni, aku aim siap-siap dulu dinding ni nanti warna apa. ok aku pilih warna kelabu. bila dah set dalam kepala nak warna kelabu, aku akan imagine warna apaaa yang boleh masuk dengan warna kelabu. dalam kepala aku masa ni sofa yang sesuai dengan dinding warna kelabu antara merah, putih atau hitam. tu jee. putih senang nampak kotor, merah dah ada untuk ruang tamu lagi satu. jadi tinggal hitam jeee. ok deal dinding warna kelabu, sofa hitam. bila gabungkan bersama, dia nampak cantikk tapiiii macam tak berseri sangattt sebab dua dua warna macam dullll je. T___T sebab tuuuu laa frame gambar yang sangatttt bewarna-warni macam tadika tu memainkan peranan untuk menaikkan seri untuk ruang tamu niiii. :P hihihi. cuba bayangkan aku pasang frame hitam atau putih jugak. oiiiiiii kelammmm. T__T tapi bergantung pada taste masing-masing la. taste aku memang macam tadika sikit. mihmihmih. 



untuk sofa hitam ni, aku memang sengaja pilih yang jenis recliner boleh bukak tutup ni sebabb senang boleh duduk sambil berlunjur kaki konon macam selesa sangatttttt laa siap boleh baring-baring segalaaa :p time sakit pinggang asyik duduk je, terus tarik button recliner dia. agak-agak dah tak sakit pinggang boleh tutup balik dan kembali kepada bentuk asal gituuuuewww :p agak-agak nak selesa lagi baik kaw amek bantal baringgg je dekat bawah nadia tak payah nak recliner sangatttttt lahhh muahaha. ;)) haa jangan tanya aku berapa harga sofa hitam ni tauuu sebab dah lupaaa. (-__-') tapi seat dia jenis 3+1 je. bukan 3+2+1. asalnya dia 3+1+1. tapiii oleh disebabkan space ruang tamu ni ngam-ngammm je dengan 3+1, jadi lagi 1 kerusi lebih aku bagi dekat kawan aku. huhu ;) ok tu je pembelajaran pemilihan warna sofa kita untuk harini, selamat berdekorasi koranggggggg. ;))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...